Jump to content
Sign in to follow this  
admin

KELKATU, ANAI-ANAI - CUBA KAWAL (Part 1)

Recommended Posts

anai1b.jpg

KELKATU
atau dalam bahasa Inggeris di panggil sebagai 'Termite swarmers' merupakan satu peringkat kitaran hidup bagi serangga Anai-anai (termite). Anai-anai adalah satu kelompok serangga dibawah famili Termitidae yang mana ia mempunyai lebih dari 2,500 spesis diseluruh dunia dengan berbagai bentuk, saiz, warna dan kesesuaian dalam lokaliti tertentu. Mungkin ramai diantara kita yang dibesarkan dikampong dulu akan dapat melihat kelkatu berterbangan dan jatuh dimana ada lampu (dulu pakan lampu minyak tanah atau lampu gasoline) atau sekarang dengan mentol lampu letrik. Kenapa kelkatu suka meuju lampu dan terdapat beratus-ratus yang datang kerumah kita?. Adakah ianya baik atau tidak terhadap keseamatan kita?. Kelkatu sebenarnya adalah satu peringkat putaran hidup Anai-anai yang bertujuan untuk pembiakan dan mencari kawasan baru untuk membina koloni baru. anai-anai umumnya diketegorikan dalam serangga perosak dan menjadi musuh manusia kerana ianya memakan tanaman berkayu, kumah dan perabot berasaskan kayu dan sebagainya. Anai-anai merupakan serangga bersosial yang mempunyai kitaran hidup dari TELUR, NIM, PEKERJA, ASKAR, ANAI-ANAI DEWASA BERKEPAK (KELKATU) , JANTAN DAN RATU. Merujuk kepada rajah diatas menunjukkan kelkatu merupakan fasa terakhir untuk anai-anai dewasa jantan dan betina mengeluarkan kepak dan 'swarming' kekawasan baru secara berpasangan untuk proses pembiakan. Anai-anai dewasa ini mampu terbang jauh mengikut angin dan dalam keadaan cuaca panas kering diikuti dengan hujan. Jika rumah kita dikunjungi kelkatu...AWAS! musuh kepada kayu dan perabut kayu dirumah anda sebenarnya sedang diancam. Apa pun blog "Anim Agro Technology'' kali ini saya aparkan mengenai beberapa kisah mengenai kelkatu dan kawalan anai-anai sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua.

anai1d.jpg
Memang ramai yang mungkin pernah mengetahui dimana kehadiran anai-anai akan memberi bahaya kepada kita apabila ia merosakan harta benda. Lazimnya m
ereka yang memiliki rumah kayu atau bumbung rumah konkrit yang dibuat dengan kayu dan juga perabot yang diperbuat daripada kayu atau mempunyai pelbagai perabot kayu di rumah perlu berhati-hati dengan ancaman oleh anai-anai. Serangga kecil yang bergerak senyap ini boleh menjadi sangat berbahaya dimana tanpa disedari semua barangan asas organik tahu-tahu hanya tinggal kulitnya dan isinya sudah kosong.  Anai-anai yang hidup berkoloni ini akan membiak dengan cepat jika ada makanan yang cukup dan tidak diperiksa atau tidak dikawal daripada peringkat awal lagi. Lazimnya anai-anai atau ada juga orang kampong saya ada panggil sebagai 'Rayap' ini merupakan sejenis serangga yang membuat sarang di dalam tanah ataupun kayu (Sila lihat foto disebelah). Secara biologinya sebenarnya habitat anai=anai yang berkoloni ini akan makan kayu tetapi selain itu serangga ini juga memakan benda lain yang dikategorikan sebagai bahan lignoselulosa (iaitu bahan yang kaya dengan bahan organik) seperti Rumput, Daun kering, Tumbuhan rendah yang mati dan juga humus. Bagaimana pun dari segi ekosistem dan kebaikan kahadiran anai-anai adalah sebagai agen pereputan (composting agent) yang cekap dan berkesan. Apa pun selalunya orang memang tidak perasan kalau ada anai-anai didalam rumahnya sebab anai-anai akan makan bahagian dalam kayu dan cara bergerak pun selalu melalui bahagian belakang struktur kayu tu sendiri.

anai1o.jpg
Pemilik rumah yang tidak kisah dengan serangga anal-anai ini hanya akan mengetahui apabila kerosakan dilakukan pada tahap teruk dan tidak berfungsi lagi (Sila lihat foto disebelah). Apa yang berlaku adalah 
bila dapat tahu ada anai-anai dalam rumah semasa membuat pmeriksaan atau ada tanda laluannya memang barang sudahpun rosak teruk. Anai-anai selalunya akan menyerang kawasan rumah dengan masuk ke dalam jurang antara lantai dan dinding atau retakan yang ada. Kelkatu adalah serangga betina yang keluar untuk mengawan dimana setelah ia terbang masuk kedalam rumah maka ia akan bertelur dan seterusnya membuat koloni. Kehadiran kelkatu selepas musim hujan jangan anggap tiada ancaman sebaliknya ia adalah membawa 'induk' anai-anai untuk bersarang dirumah anda. Apabila anai-anai pekerja ini menjumai rumah baru maka ia akan dan boleh membuat laluan lain untuk masuk ke rumah. Kajian mendapati anai-anai dari luar boleh memasukki rumah melalui pendawaian saluran eletrik, Kabel atau saluran kabel telefon dan juga saluran paip. Apa pun semua kena faham akan tanda-tanda kehadiran serangga merbahaya ini. Memang agak susah untuk tahu kalau ada anai-anai dah masuk bersarang dalam rumah tetapi memang penting untuk anda peka dengan keadaan yang ada di sekeliling rumah. Antara tanda-tanda yang anai-anai sudah berada dalam rumah adalah seperti (1) warna kayu berubah dimana ini ada kemungkinan yang anai-anai sudah mula menyerang jika warna pada kerangka pintu dan tingkap atau lantai paquet dah mula berubah warna. Warna coklat gelap pada tempat-tempat tersebut selalunya akan bertukar menjadi warna coklat cair jika ada anai-anai. (2) Jika nampak laluan anai-anai maka anda boleh mengesan laluan ni pada dinding rumah selalunya. Anda akan nampak seperti satu laluan panjang bersaiz pensil muncul keluar dari perabot kayu atau kerangka pintu dan tingkap. (3) Kalau ada kalkatu yang dilihat berterbangan bermakna kalkatu selalunya menandakan yang di tempat anda ada anai-anai bersarang. Perhatikan di mana kedudukan kawasan kalkatu selalu keluar dan makan dan usaha untuk mencari anai-anai dalam rumah anda. (4) Kalau anda jumpa rekahan atau lubang maka cuba gunakan alat pemutar skru untuk mengetuk perlahan pada kawasan kayu untuk mengesan lubang. Tengok dengan teliti kalau ada apa-apa rekahan pada kerangka berkayu dan kalau bunyi ketukan berbeza pada tempat tertentu. Kalau anda terjumpa selut berpasir di rekahan tu, memang rumah anda dah diserang anai-anai.

anai1p.jpg
Bagaimana pun penulis blog dapat tahu semasa belajar dahulu du Universiti iaitu terdapat beberapa jenis an
ai-anai yang perlu diketahui. Sebenarnya serangga ini ada beratus jenis mengikut keadaan iklim, persekitaran dan habitat. Anai-anaj di kawasan tropika berlakinan dengan anai-anai di negara sejik dan padang pasir yang panas. Bagaimana pun di Malaysia ada 3 jenis utama yang di temui iaitu Jenis Anai-anai Kayu Kering, Jenis Anai-anai Bawah Tanah dan Jenis Anai-anai BusutAnai anai kayu kering merupakan spesis yang selalunya merosakkan perabut kayu dan barang lain yang diperbuat daripada kayu, kertas, kain dan bahan organik lain. Ia tinggal dikawasan kayu kering dan juga cepat membiak tanpa disedari oleh kita. Sementara itu jenis anai-anai bawah tanah dan anai anai busut pula berkait rapat dengan tanah kerana mereka menggunakan tanah untuk membina sarang anai anai (dipanggil busut) dan laluan ke sesuatu tempat. Anai-anai ini juga merupakan agen pereputan kayu kayan dihutan dan selalunya akan menjadikan bahan organik seperti daun dan ranting kayu diatas tanah  sebagai makanan. Busut anai anai pula boleh mencapai sehingga 2 meter tinggi dimana ia bergantung kepada spesis yang membinanya (Sila lihat foto disebelah). Seperti juga serangga semut selalunya anai-anai bekerja untuk menjaga dan melindungi ratu (Queen) mereka. Ratu anai anai tidak mudah untuk dicari akan tetapi ada juga orang yang memang mencari ratu tersebut hingga ke lubuk dalam sarang kerana  ada dakwaan hebat khasiatnya bila dimakan. Bagaimana pun penulis blog nasihatkan jika jumpa ratu anai-anai sebaiknya dimusnahkan agar tidak membiak lagi. Bukan mudah untuk kita mencari ratu anai-anai tersebut dan sebaiknya jika ada duit panggil syarikat kawalan anai-anai komersil untuk mereka membasmi kehadiran anai-anai dirumah anda.

anai1q.jpg
Lazimnya kawasan perumahan di bandar sama ada rumah kampong, rumah teres, rumah Semi-D, Rumah Bunglow atau kadang-kala rumah pangsa akan ada syarikat kawalan anai-anai yang memberikan risalah untuk pembasmian anai-anai. Bergantung kepada kemampuan dan tahap pembasmian kos yang terlibat memang berbaloi harganya. Ada yang sampai beribu-ribu ringgit setiaap kali rawatan. Bagi promosi kawalan sepanjang hayat memang kos kawalan anai-anai mahal. Bagaimana pula jika anda yang tinggal dirumah teres membuat kawalan akan tetapi jiran sebelah tidak membuat kawalan, adakah kawalan ini berkesan?. 
Bila anda sudah dapat tahu yang ada anai-anai di rumah, kebanyakan orang akan terus cari racun anai anai yang berbentuk cecair untuk hapuskan mereka. Bagaimana pun penulis blog memang ada pelbagai jenis racun anai-anai yang anda boleh cari di luar sana akan tetapi tidak semua racun boleh menghapuskan koloni serangga kecil tersebut dengan serta-merta. Berikut adalah beberapa kaedah kawalan anai-anai yang anda boleh buat sendiri dan lakukan sebagai panduan:

(1) Guna Air Cucian Beras
anai1g.jpg
Air Cucian Beras merupakan bahan yang memang sangat mudah hendak dapat sebab boleh kata hari-hari rakyat Malaysia memang membasuh beras untuk masak nasi. Bergantung kepada berapa kali menanak nasi dan jumlah ahli keluarga maka tentunya memang mudah mengumpulkan air beras dirumah. Petua ini dengan a
nda hanya perlu ambil air pertama dari basuhan beras dan siram pada sarang anai-anai. Cara ini didakwa dapat memusnahkan serangan anai-anai dari terus membuat sarang di rumah anda. Alasan logik berkemungkinan air beras ini tidak disukai oleh anai-anai untuk tinggal dilokasi sebab ia basah dan melekit.

(2) Guna Minyak Tanah
anai1i.jpg
Dikampong saya sejak dahulu memang telah ramai yang menggunakan semburan minyak tanah atau minyak kayu untuk mengawal serangan anai-anai. Minyak Kayu yang disapu pada tiang kayu dan gelegar rumah memang selalu digunakan juga. Minyak tanah yang murah dan berbau ini disembur pada sarang anai-anai atau pada kayu yang telah diserang oleh anai-anai untuk membunuh dan menghalau mereka. Sebenarnya b
au minyak tanah ini sangat kuat diman ia boleh  menyebabkan anai-anai akan lari meninggalkan kawasan sarang dalam rumah. Bagaimana pun bau minyak tanah ini juga akan menganggu penghuninya. Perlu berhati-hati agar jangan sesekali cucuh api kesarang anai-anai yang disembur dengan minyak tanah ini.

(3) Guna Racun Kimia
anai1e.jpg
Kawalan paling mudah mengikut umum kepada anai-anai dilihat adalah dengan menyembur racun serangga Aerosol kepada anai-anai yang bergerak dan kemudian ia mati kemudiannya. Tetapi cara ini hanya membunuh anai-anai pekerja yang berkeliaran sahaja dan koloninya tidak terkesan. Bagaimana pun secara saintifiknya jenis 
racun anai anai terbaik adalah yang diperbuat dari bahan Imidacloprid. Kepada yang tifak mengetahui akan racun ini boleh perg kekedai pertanian dan bertanya penjual atau google saja didalam internet untuk melihat faktanya. Semasa membeli pastikan ia adalah jenis Imidacloprid yang sesuai mengawal anai anai. Terdapat beberapa formulasi racun ini seperti formulasi cecair (liquid) dan juga formulasi serbuk (powder). Bagi formulasi ia perlu disembur terus kesarang anai-anai dan bagi jenis serbuk ditabut sahaja kerana racun ini adalah jenis sistemik. Pastikan membaca label dengan jelas yang tertulis pada label. Racun anai-anai paling berkesan jika digunakan secara berterusan sehingga tiada lagi kesan anai-anai di rumah anda. Ada kalanya dimana anda juga boleh menggunakan umpan anai anai untuk memastikan seluruh koloni anai-anai dapat dihapuskan.
Artikel ini ditulis dalam 2 bahagian iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...!
anai1hm.jpg
ANAI-ANAI KELKATU... SATU BANGSA...
KEHADIRANNYA...MEROSAK HARTA...
MESTI DIKAWAL... DENGAN SEGERA...
ARTIKEL INI... ADA PELBAGAI CARA...

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Rabiul Awal 1442H).

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  



×
×
  • Create New...