Jump to content
Sign in to follow this  
admin

JENIS-JENIS LIMAU MANDARIN (Part 1)

Recommended Posts

mandarin1q.jpg
LIMAU OREN MANDARIN ORANGE (Citrus reticulata)  adalah sejenis tumbuhan sitrus kecil yang menyerupai buah oren. Kebiasaannya buah limau mandarin boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai salad buah-buahan. Apa pun penulis blog dapati dimana menurut kajian dengan molekular, limau mandarin, limau mata kerbau (sitron), limau bali dan papeda merupakan leluhur kesemua spesies sitrus lain dan jenis-jenisnya sama ada melalui melalui pembiakan atau penghibridan semula jadi. Penanaman pokok limau manis (mungkin jumlah ini termasuk limau manarin ini) di Malaysia pada 2018 dilaporkan seluas 2,692 hektar dan menghasilkan sebanyai 15,37 metrik tan limau (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Dilaporkan juga keluasan tanaman Limau Bali (Citrus grandis) dimalaysia pada tahun yang sama berjulah 1,149 hektar menghasilkan sebanyak 13,103 metrik tan terutama di Johor dan Perak. Ini menjadikan keluasan kesemua tanaman limau di Malaysia adalah seluas 3,841 hektar. Industri tanaman limau di Malaysia pernah terjejas teruk dengan serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) yang banyak menjejaskan jenis limau manis seperti limau langkat dan sebagainya. Varieti Limau M33 yang diperkenalkan sekitar 1987 di Segamat ,Johor merupakan salah satu varieti limau manis jenis limau mandarin. Ia masih ada ditanam dan berhasil dibeberapa kebun limau yang penulis blog pernah melawat. Pada masa ini Malaysia merupakan sebuah negara pengimport buah limau mandarin serta limau lain dan juga produk berasaskan limau. Mungkin kalangan pembaca keliru dengan sebutan Limau Mandarin, Limau Tangerine, Limau Oren, Limau Kupas, Lokam dan sebagainya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai beberapa jenis limau mandarin atau limau oren untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.

mandarin1r.jpg
Pembiakbakaan limau dijalankan semenjak beratus-ratus tahun dimana hasil kacukan limau ini sudah ada bermacam-macam jenisnya. Oren kuning kemerahan seperti Tangerine juga mempunyai warna, saiz dan bentuk serta rasa yang dilaporkan sama dengan limau mandarin dan beberapa limau lainnya. Limau ini kebanyakannya adalah mempunyai kulit yang mudah dikupas dan senang dimakan serta memberikan rasa manis dan masam yang sangat ideal kualitinya. Citron, Pomelo, Papeda dan mandarian merupakan baka induk kepada kebanyaka varieti limau masakini. Melalui beberapa proses pendebungaan dan penghibridan semulajasi juga maka jenis limau kupas yang manis dihasilkan dan ditanam secara komersil diseluuruh dunia. Negara China meropakan pengeluar utama jenis limau mandarin dengan menguasai sebanyak 53% daripada pengeluaran dunia sebanyak 22.4 juta metrik tan pada tahun 2016 (FAOStat). Pokok limau ini dengan ketinggian antara 3 - 5 meter mempunyai banyak cabang dan bunga biseksual mampu hasilkan buah segar berukuran 5 - 9 cm garispusat. Limau Mandarin dimakan segar dan diproses untuk dijadikan berpuluh malahan rasusan produk berasaskan kepada produk makanan, komestik, kesihatan dan sebagainya.

mandarin1m.jpg
Daripada peneliitian penulis blog mendapati sebenarnya jenis limau mandarin ini telah dibahagikan kepada 3 kelas iaitu Limau Mandarin (Class I), Limau Tangerine (Class II) dan Limau Satsuma (Class III)Limau Mandarin Citrus reticulata) atau juga dipanggil sebagai Oren Mandarine adalah buah kecil bulat yang menyamai Limau Oren yang selalu dimakan segar dengan mengupasnya atau dijadikan salad. Limau Tangerine pula mempunyai warna oren dihasilak daripada hibrid dengan limau mandarin.  Bagaimana pun berikut adalah pengkelasan limau mandarin mengikut beberapa bahan rujukan untuk kita memahaminya: -


mandarin1m.jpg
A. Class I, Mandarin Oranges:

1. Changsa
Changsa dikenali dengan buah oren merah yang rasa isinya adalah manis, berbiji serta didakwa tidak masuk akal (insipid). Buah ini masak pada musim luruh (fall) dimana pokok jenis ini bertahan pada suhu sejuk beku -15 darjah Celcius dan dilaporkan banyak ditanam di Arlington, Texas.

2. Le-dar
Le-dar merupakan jenis limau yang mempunyai dahan yang menjalar daripada kawasan di Bundaberf, Queensland, Australia pada tahun 1959 (Sama dengan tahun kelahiran penulis blog). Pemilik asal baka ini dikenali dengan nama iaitu Darrow menjumpai dimana dahan limau ini mempunyai sifat suka menjalar (climbing tendency). Kemudian sebuah syarikat semaian iaitu Langbecker Nurseries mengambil baka ini dan mengembangbiak sebanyak 5,000 pokok pada tahun 1965 dan di jadikan satu trademark tersendiri. Kualiti buah limaunya adalah buah besar, dengan warna oren kuat dan pokok yang dicantum lebih berpenghasilan cepat dan lebat buahnya.

3. Emperor
Emperor adalah limau mandarin yang besar, berbentuk oblate dengan mempunyai sekitar 9-10 segments dengan biji yang agak memanjang. Ia berasal daripada Australia dan akan matang pada pertengahan musim panas. Lasimnya limau ini dibiakan dengan menggunakan pokok pnanti daripada pokok lemon.  

4. Oneco
Oneco telah diperkenalkan pada tahun 1888 di Florida, USA oleh pembiakbaka atau petani dengan nama P.W. Reasoner. Buahnya adalah sederhana  dengan bentuk buahnya sebagai bentuk 'oblate' sehingga bentuk 'faintly pear'. Ia mempunyai sebanyak  5 -10 biji didalamnya dengan citarasa amat manis. 

5. Willow-leaf
Willow adalah limau mandarin yang mempunyai saiz daun sederhana dan buahnya juga bersaiz sederhana dimana buah berbentuk bulat sehingga bentuk oblate . Limau ini mempunyai sebanyak 10-12 segments sertaa bilangan bijinya adalah sekitar 15 - 20 biji. Memunyai ciri rasa yang berair (juicy) dan sangat manis . Pokoknya pula agak kecil dengan mempunyai banyak dahan dengan tidak berduri dan daun tirus. Pembiakan limau ini lazimnya menggunakan bijinya. 
Artikel ini mempunyai 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca secara berutrutan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!!!...
mandarin1j.jpg
LIMAU MANDARIN...BANYAK JENISNYA...
KELAS 1... MANDARIN OREN NAMANYA...
KELAS II... TANGERINE POPULARNYA...
KELAS 3... NAMA MACAM JEPUN PULA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
21 Zulkaedah 1441H.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  



×
×
  • Create New...