Jump to content
Sign in to follow this  
admin

NU-ET HORMON TANAMAN NANAS

Recommended Posts

nuet1e.jpg
NU-ET 10.8% merupakah salah satu produk bahaan kimia hormon tanaman Ethephon atau pun hormon pengalak yang ada dipasaran untuk aruhan pembungaan tanaman nanas. Bagi pungusaha tanaman nanas mereka mempunyai banyak pilihan untuk menggunakan bahan kimia bagi tujuan menghormon tanaman nanas bagi menentukan pokok berbuah mengikut program pemasaran yang diatur. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai bahan hormon dalam beberapa artikel sebelum ini yang boleh dirujuk (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Nanas adalah jenis buah yang tidak bermusim daripada keluarga Bromaliceae dengan mempunyai 3 kumpulan utama yang dikomersilkan iaitu Kumpulan Spanish, Smooth Cayene dan juga Queen. Penulis blog merujuk kepada data dari LPNM dimana ia melaporkan keluasan penanaman nanas dalam negara terus naik daripada seluas 14,833 hektar (2005) kepada 15,311 (2007) , 15,792 hektar (2009) dan seluas 17,601 (2010) seperti apa yang dilaporkan dalam Laporan Agromakanan Kementerian Pertanian 2011 dan Laporan Tahunan LPNM). Sebanyak 416,070 metrik tan nanas dihasilkan pada tahun 2010 yang bernilai RM 644.908 juta dengan jumlah purata pengeluaran nanas negara sekitar 25.1 metrik tan sehektar. Negeri Johor adalah merupakan pengeluar utana nanas di Malaysia dengan kawasan seluas 9,830 hektar (atau 68% daripada keluasan di Malaysia) dan menghasilkan sebanyak 163,830 metrik tan pada tahun 2010. Industri nanas telah lama di usahakan di Johor terutama ditanam di atas tanah gambut untuk di kaleng (ditinkan) atau pun untuk jualan nanas segar. Pada masa ini perkapita penggunaan buah nanas adalah 14.3 biji seorang setahun dengan kadar ini terus meningkat. Permintaan nanas terutama nanas premium MD2 terus meningkat untuk pasaran domestik dan eksport. Terbaru dimana negara China telah membuka pasaran eksport nanas dari Malaysia dengan termeterainya protokol pengeksportan buah nanas dengan sasaran sebanyak RM320 juta menjelang 2020. Teknologi untuk membolehkan buah nanas berbuah serentak adalah sangat penting selain daripada pengamalan agronomi untuk menghasilkan buah nanas berkualiti seiring dengan kaedah Persijilan MyGAP. Teknologi terkini memang boleh dilakukan untuk tujuan memprogram atau menjadualkan jumlah pengeluaran buah nanas mengikut pasaran. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai salah satu produk untuk menghormon pokok nanas iaitu NU-ET 10.8% untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

nuet1gf.jpg
Produk NU-ET 10.8% Nufarm ini dikeluarkan oleh Nufarm Malaysia Sdn Bhd yang beralamat di 35-2,Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, Sek U13, 40170 Shah Alam. Mereka boleh dihubungi dengan alamat Email seperti berikut: sales.my@nufarm.com. Penulis blog ada jumpa produk ini digunakan secara meluas iaitu dibeberapa buah kebun dan estet nanas di Johor, Pahang, erak dan juga Selangor semas membuat tinjauan teknologi mengenai tanaman nanas. Dalam tinjaun tersebut pengusaha nanas membeli dalam bentuk 3 cara pembungkusan iaitu pembungkusan 500ml, 1 liter dan 4 liter. Bagi pembungkusan 500ml bahan kimia hormon tanaman Ethephon Nenas atau boleh juga digunakan untuk pisang memang jelas ditulis kandungan bahan aktif didalamnya adalah 2 Chloroethylphosphonic Acid. Dalam lamanweb Shopee dinyatakan harga bagi botol 500ml ini adalah RM13.00 sebotol (Sila lihat foto disebelah). Keterangan oleh pihak Shopee menyatakan ia adalah 'Ready Stock'. Antara beberapa keterangan lain dinyatakan dalam lamanweb tersebut adalah dimana satu 1 botol kimia hormon tanaman 500ml ini sesuai diguna untuk menggalakkan pokok nenas berbunga dan buah nenas masak serentak. Tujuan lain juga adalah untuk memeram buah pisang agar masak serentak. Akhirnya dinyatakan dimana pengguna atau pengusaha diminta untuk membaca label untuk cara dan sukatan penggunaan. 

nuet1gg.jpg
Dalam lamanweb Shopee juga diklankan pproduk Foliar Hormon Nanas Ethrel/Nu-Et 500ml and urea 1kg yang dijual on-line dengan harga asal RM27.00 sebotol akan tetapi setelah potongan diskaun 10% ia berharga RM24.30 dengan penghantaran percuma (Sila lihat foto disebelah). Memang cukup hebat kini sistem perdagangan on-line ini dimana kita tidak perlu lagi pergi kekedai untuk mendapatkan bekalan input seperti ini pada waktu ini. Produk pendahuuan ETHREL PGR mengandungi ethephon iaitu sejenis homon tanaman yang digunakan keatas pokok nenas untuk menggalakkan pokok berbunga atau memasakkan buah sebelum atau selepas dikutip. Dijelaskan juga cara penggunaan iaitu untuk tujuan menggalakkan pembungaan nenas iaitu dengan cara mencampurkan 180 gram urea dalam 18 liter air. Kemudian dimasukkan 50 ml ETHREL PGR dan kacaukan sampal rata. Sebaiknya disemburkan atau tuangkan 50 ml campuran ini kepada pucuk muda pokok nenas. Apa pun untuk tujuan memasakan buah nenas ETHREL PGR digunakan dengan kadar masa 1-2 minggu sebelum memetik buah yang hendak dijual. Caranya dengan mencampurkan 40-50 ml ETHREL PGR dalam 18 liter air dan disemburkan pada buah nenas dengan rata. Bagi pokok nenas dikebun pula boeh gunakan 360 - 450 liter semburan seekar. Perlu diperhatikan dimana campuran ETHREL PGR hendaklah digunakan segera selepas di sediakan dan sebaiknya jangan simpan baki semburan. Jangan campur ETHREL PGR dengan sebarang kimia selain daripada yang disyorkan. Amaran sebagai perkara yang dinyatakan sebagai 'AWAS' kerana ia adalah merbahaya jika tertelan atau terhidu. Elakkan dari terkena pada kulit atau mata. Cuci alat semburan selepas diguna. Bagi tujuan RAWATAN KECEMASAN ETHREL PGR kerana ia mengandungi sifat-sifat asid yang kuat dimana apabila terkena pada mata atau kulit basuh dengan air yang banyak dan sebaiknya siladapatkan rawatan doktor jika perlu.

nuet1a.jpgBagaimana pun kepada pengusaha tanaman nanas Maspine (AC4) di Daerah Kota Tinggi mereka menggunakan produk NU-ET 10.8% untuk membantu mengatur pembungaan dan penghasilan buah nanas mereka. Menurut Tn Hj Kamil sebagai pengurus selama 12 tahun menanam nanas ini mereka membeli NU-ET ini dalam pembotolan 4 liter. Mereka kin mengusahakan hampir 30 ekar tanaman nanas Maspine dibeberapa lokasi. Produk ini dakwa beliau antara bahan kimia yang memang berkesan digunakan didalam menentukan pokok akan berbunga dan berbuah mengikut jadual yang dikehendakki. Bagaimana pun dakwa beliau keadaan tanaman nanas yang hendak dihormon mesti dijaga dengan amalan agronomi yang baik sama ada nanas yang ditanam diatas tanah mineral atau pun diatas tanah bris. Penggunaan plastik penutup batas silvershine dan batas yang tinggi membolehkan pokok dapat hidup subur kerana tidak ada gangguan banjir dan terendam. Baja organik dibubuh diatas batas tanaman sebelum ditutup dengan plastik dan pembajaan butir dan foliar perlu dilakukan mengikut syir. Benih yang digunakan dikebun mereka kebanyakannya adalah daripada Jambul (Crown) dan hanya sedikit yang senggunakan benih sulur (Suckers). Dakwa Hj Kamil dimana pokok nanas yang ditanam dari bahagian jambul lebih cepat membesar dan cepay dibormon berbanding dengan pokok nanas yang ditanam daripada sulur. Buah nanas akan dituai 140 -145 hari selepas dihormon dengan NU-ET 108% dan dijual dalam mana kilut buah nanas masih hijau lagi akan tetapi telah masak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pemnaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
nuet1b.jpg
nuet1f.jpg
sedeli1a.jpg
MENANAM NANAS... BAGAIMANA CARA...
POKOK DIHORMON... SERAGAM BUAHNYA...
NU-ET 10.8% DIGUNA... MUDAH SAHAJA...
MMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMULAH JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Zulhijjah 1441H).

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  



×
×
  • Create New...