Jump to content
Sign in to follow this  
admin

TANAMAN NANAS DI TANAH BRIS DI JOHOR (Pt 1)

Recommended Posts

sedeli1h.jpg
TANAMAN NANAS (Ananas comosus) di atas tanah bris (tanah berpasir tepi laut) merupakan satu usaha yang mana ia memerlukan amalan teknologi yang berlainan dengan teknik penanaman nanas di atas tanah gambut atau pun diatas tanah mineral. Tanah Bris dan Tanah Bekas Lombong hampir sama sifatnya. Tanah ini dikelaskan sebagai tanah yang mana ia bermasaalah dan jenis tanah ini memang ia mengandungi komponen pasir (sand) yang sangat tinggi iaitu melebihi dari 95% daripada keseluruhan tekstur tanah. Ini menyebabkan tanah jenis ini tersangat salir (excessive drainage) dan tidak dapat menyimpan air dalam tanah. Kadar larutresap dalam tanah bris sangat tinggi. Tanah pasir jenis ini juga mempunyai kadar pegangan kelembapan yang rendah dan tahap keupayaan pegangan nutrien juga sangat rendah. Tahap kesuburan tanah ini sangat rendah dimana kandungan nutrien dan bahan organik juga sangat rendah. Lazimnya pada cuasa panas akan meningkatkan suhu tanah yang tinggi dan banyak tanaman kurang toleran dengan keadaan ini. Bagaimana pun tanaman nanas dengan amalan teknologi agronomi yang telah disesuaikan membolehkan kawasan tanah bris di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Sedeli, Kota Tinggi, Johor kelolaan oleh LPNM dengan Jabatan Pertanian Johor ini berjaya menanam dan juga menghasilkan nanas Maspine (AC4) yang amat berkualiti sebegai produk nanas premium semanjak 12 tahun dahulu. Projek TKPM adalah lokasi khas disediakan oleh kerajaan dibawah kelolaan Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi dengan tujuan untuk pengeluaran bahan makanan negara yang berkekalan. Terdapat lebihkurang 82 buah TKPM seperti ini di seluruh negara yang melibatkan sekitar 1,500 orang perserta dengan anggaran pengeluaran tahunan bernilai lebih dari RM450 juta. Tanaman sayuran merupakan paling luas diusahakan di seluruh TKPM diikuti dengan tanaman buah-buhanan seperti nangka, nanas, betik, tembikai, melon, jambu batu dan sebagainya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai tinjauan teknologi yang saya lakukan kekebun di TKPM ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

sedeli1g.jpg
Teknologi Pertanian dalam bidang amalan agronomi tanaman nanas mempunyai kepelbagaian didalam cara pengusaha perlaksanaannyaa bergantung kepada banyak faktur. Di Malaysia selain daripada faktur cuaca dan amalan teknologi, jenis tanah memainkan pengaruh besar didalam kos pengeluaran dan kualiti penghasilan. Tanah Bris yang ada di TKPM Sedeli ini dimajukan untuk meningkatkan tahap penggunaan tanah bermasaalah dan amalan teknologi yang disesuaikan. Dalam penanaman nanas sebagai contohnya, amalan agronomi untuk tanaman nanas di atas tanah gambut (peat soil), tanah mineral (tanah bukit) dan Tanah Bris memang berbeza semuanya. Tanah gambut dan tanah bris merupakan jenis tanah bermasaalah di Malaysia dimana jika hendak dimajukan memerlukan cara pengurusan yang khusus bagi membolehkan ianya akan menghasilkan tanaman yang subur seterusnya memberikan hasil yang lumayan dan berkualiti. Ramai dikalangan pemilik tanah gambut dan tanah bris yang kurang berjya didalam menanam nanas dengan penghasilan buah nanas yang premium. Tinjauan saya ke kebun Tn Hj Shukri dengan di bantu oleh Pengurus Ladang bernama Hj Kamil di TKPM Sedeli ini banyak dimana saya belajar bagaimana pengurusan tanaman diatas tanah bris yang sesuai untuk tanaman nanas. Mula-mula sekali tentunya membuat ujirasa buah nanas Maspine yang baru dipetik dimana memang saya kelaskan sebagai buah nanas premium (Sila lihat foto disebelah). Buahnya mempunyai keunikan tersendiri dari segi warna kulit, warna isi dan paling penting kualiti isi yang manis. Antara beberapa ciri-ciri marfologi nenas Maspine yang perlu dilihat adalah pada bahagian daunnya. Warna dominan pada permukaan atas daun adalah hijau dengan ada bahan dikenali sebagai kandungan antosianin. Keamatan atau intensiti kandungan antosianin adalah sederhana kuat dengan sebarannya adalah dominan memanjang kearah apeks. Apa yang unik pada varieti ini adalah bentuk daun 'Piping' dengan tiada duri. Ia juga menunjukkan ada seperti garisan timbul yang jelas dilihat pada margin daun. Pada permukaan atas braktea nenas Maspine berwarna merah jambu pudar. Diladang nenas Maspine mempunyai tabiat pertumbuhan yang separa menegak dengan kedudukan buanya yang menonjol. Syarikat ini yang menanam nanas Maspine merupakan salah satu yang terluas di Malaysia dengan varieti ini. Dilihat dari segi fizikal lazimnya buahnya hampir sama bentuknya begitu juga ujirasa kemanisannya, 


sedeli1c.jpg
Buah nanas dari kebun ini agak berlainan tekstur dan marfologi buahnya daripada buah yang di tanam diatas tanah gambut dan tanah mineral. Paling ketara adalah warna kulitnya yang hijau berkilat dengan kulit yang keras untuk dikupas (Sila lihat foto disebelah). Buah ini juga memunyai mata yang besar melebihi duit 20 sen dan menyami duit 50 sen seragam daripada bawah keatas. Ini menunjukkan buah nanas Maspine ini mempunyai piawaian unggul untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog kira dengan 5-6 lapis mata buah biasanya memberikan berat buah diantara 1.2 - 1.6 kilogram sebiji dimana ini merupakan saiz buah gred A yang ideal untuk pasaran. Uniknya dimana jambul nanas ini yang ditanam diatas tanah bris agak keras dan tajam dimana kalau kurang waspada akan menyebabkan luka jika tertusuk hujung daunnya. Keadaan cuaca panas di waktu tengahari akan menyebabkan buah dan daun akan menjadi sedikit keras berbanding dengan penanaman nanas diatas tanah gambut. Kandungan silika yang tinggi dikawasan tanah bris ini juga dipercayai mempengaruhi kejadian ini.

sedeli1b.jpg
Apa yang penting di kawasan tanah bris adalah keperluan air, baja organik dan saliran. Kebanyakan tanah bris yang berhampiran pantai akan mudah digenangi air sewaktu hujan lebat dimana walau pun ia mudah larutresap akan tetapi sering berlaku air bertakung dikawasan tertentu akibat sistem saliran yang tidak sempurna. Ini akan menyebabkan tanaman nanas terjejas pertumbuhannya apabila terendam didalam air untk satu jangkamasa agak lama. Kebun nanas disini membuat batas tanaman yang tinggi sekitar 1 kaki (30 cm) dengan ianya kemudian ditutup dengan plastik silvershine tebal dan lebar (Sila lihat foto paling atas dan disebelah). Penyediaan tanh dengan trekter dan kemudian dibalas dengan menggunakan cangkul untk menaikkan batas yang tinggi. Baja organik akan dibubuh didalam batas sebelum dipasang plastik kerana tanah bris memang memerlukan baja organik yang sesuai untuk menambah kesuburan, melembapkan tanah dan boleh memberikan nutrien agak lama. Ada kalangan usahawan membubuh bahan organik daripada tahi ayam, ada yang menggunakan sekam padi, ada yang menggunakan tandan sawit dan usahawan disini menggunakan kulit biji kopi. Plastik tutup batas penting untuk memberikan kelempaban tanah, mengawal rumpai, memudahkan pembajaan, membalikan cahaya matahari dan memberikan haba dibahagian bawah daun dan mengelakan serangan perosak dan penyakit nanas (Soil borne disease). Penulis blog dapati jika tanpa penggunaan plastik ini maka batas tanaman akan 'hilang' dalam beberapa hari sahja selepas berlaku hujan lebat. Adalah menjadi kewajiban memasang plastik diatas tanah beris bagi menanam nanas. Artikel ini ada dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untun dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
sedeli1a.jpg
TANAM NANAS... TANAH BRIS ADA DI CUBA...
TEKNOLOGI DIGUNA...MEMANG BERBEZA...
GUNAKAN PLASTIK... BATAS MESTI DIBINA...
BAJA ORGANIK... BAJA FOLIAR PENTINGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Sedeli, Sedeli, 
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1441H).
Bersamaan 13 Ogos 2020.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  



×
×
  • Create New...