Jump to content
Sign in to follow this  
admin

TANAMAN NANAS DI TANAH BRIS DI JOHOR (Part 2)

Recommended Posts

sedeli1e.jpg
TANAMAN NANAS (Ananas comosus) di atas tanah bris (tanah berpasir tepi laut) merupakan satu usaha yang memerlukan amalan teknologi yang berlainan dengan penanaman nanas di atas tanah gambut atau pun diatas tanah mineral. Tanah Bris dan Tanah Bekas Lombong hampir sama sifatnya. Tanah ini dikelaskan sebagai tanah yang bermasaalah dan jenis tanah ini memang ia mengandungi komponen pasir yang sangat tinggi iaitu melebihi 95% daripada keseluruhan tekstur tanah. Ini menyebabkan tanah jenis ini tersangat salir (excessive drainage) dan tidak dapat menyimpan air dalam tanah. Kadar larutresap dalam tanah sangat tinggi. Tanah pasir jenis ini juga mempunyai kadar pegangan kelembapan yang rendah dan tahap keupayaan pegangan nutrien juga sangat rendah. Tahap kesuburan tanah ini sangat rendah dimana kandungan nutrien dan bahan organik juga sangat rendah. Pada cuasa panas akan meningkatkan suhu tanah yang tinggi dan banyak tanaman kurang toleran dengan keadaan ini. Bagaimana pun tanaman nanas dengan amalan teknologi yang sesuai membolehkan tanah bris di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Sedeli, Kota Tinggi, Johor ini berjaya menanam dan juga menghasilkan nanas Maspine (AC4) yang berkualiti premium semanjak 12 tahun dahulu. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai tinjauan teknologi yang saya lakukan kekebun ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

sedeli1f.jpg
Tanah Bris merupakan kawasan tanah berpasir yang selalunya amat panas terutama dimusim kemarau dan air agak sukar diperolehi. Bagaimana pun tanaman lasak seperti tanaman nanas dan kelapa boleh disesuaikan amalan teknologinya untuk menjadikan kawasan tanah yang bermasaalah ini mampu menghasilkan buah yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Menurut Hj Kamil, apa yang penting adalah pakej amalan teknologi perlu difahami dan diamalkan didalam penggurusan amalan agronomi diatas tanah bris. Beliau mengakui telah lebih 9 tahun membaca blog pertanian terutama blog Anim Agro Technology. Beliau berterimakasih kepada penulis blog yang mana baru mengenalinya setelah say membuat tinjauan teknologi kekebunnya di Kg Sg Telur, Kota Tinggi pada Januari 2020. Pada masa ini seluas 30 ekar tanaman nanas telah dimajukan keluarga beliau di Johor dibeberapa lokasi. Beliau mengakui dimana mengalami kegagalan pada tahun pertama menanam nanas kerana kekurangan maklumat dan pengalaman. Bagaimana pun beberapa pengubahsuaian amalan teknologi kini mereka telah menanam nanas Maspine ke generasi ke 8 dan akan meneruskan usaha tersebut selagi memberikan pendapatan yang baik.

sedeli1i.jpg
Apa yang penulis blog paling teruja adalah kerana melihat kini penanaman nanas Maspine di TKPM Sedeli ini dimana mereka hanya menggunakan benih daripada Jambul (crown) sahaja dan amat kurang menggunakan sulur tanah. Pada pemerhatian mata kasar mendapati benih daripada bahagian jambul akan tumbuh dengan seragam dengan pokok nanas yang cepat membesar serta boleh berbuah dengan lebih cepat selepas dihormon. Berbeza dengan pokok nanas ditanam dari sulur tanah dimana bilangan daunnya adalah banyak dengan susunan yang seragam. Jambu nanas tidak boleh ditanam terus diatas batas kerana ia mudah reput (daunnya tercabut) tetapi sebaiknya disimpan dahulu selama 2 minggu baru ditanam. Pastikan dibahagian bawah sudah betul-betul kering sebelum menanam. Sebelum menanam juga perlu dibuang daun-daun nanas pada jambul dibahagian bawah sehingga kelihatan akarnya dalam 3-4 cm di perdu jambul. Penanaman jambul perlu dipadatkan tanah dilubang tanaman sama dengan sulur tanah bagi mempastikna pertumbuhan yang baik. Kos harga jambul adalah sama dengan kos harga benih sulur tanah daripada kebun disini. Penulis blog sudah melawat beberapa pekebun nanas yang lebih suka menanam menggunakan jambul nanas dan sanggup membelinya dengan harga lebih tinggi walau pun sebenarnya agak sukar untuk mendapatkan benih jambul dengan jumlah yang banyak.

sedeli1j.jpg
Nanas Maspine merupakan satu varieti nanas yang tidak banyak ditanam di Malaysia seperti nanas MD2, Josapine, N36, Gandul dan Moris. Varieti Nenas Maspine (AC4) merupakan satu varieti nenas hasil dari aktiviti pembiakan dai PRI (Pineapple Research Instituute) Hawai dari kumpulan nenas Cayenne. Ia istimewa kerana varieti ini mempunyai ciri daun TIDAK BERDURI atau Piping Leaf. Sebenarnya nenas Maspine ini adalah mempunyai komposisi hibrid Cayenne, Smooth Guatamalan, Permanbuco, Queen dan Singapore Canner. Varieti ini dibawa masuk ke Malaysia dibawah kerjasama program janaplasma )germplasm) dengan Maroochy Horticultural Research Institute Australia sejak tahun 1990. Buan nenas Maspine ini berbentuk Selinder dengan mempunyai berat sekitar 1.2 - 1.3 kg sebiji dengan warna kulit buah adalah hijau muda. Buah ini mempunyai sebanyak 120 -140 mata dengan kedudukan matanya adalah 'timbul' (Sila lihat foto disebelah). Penulis semasa membuat penelitian mendapati saiz empulur varieti ini sekitar 2.0 - 2.8 cm dengan warna isi nenas adalah kuning keemasan. Buah yang manis dengan kandungan gula sekitar 12 - 14 Brixs ini mengandungi kadar asid citrik sekitar 0.4 - 0.6%. Buah nenas varieti ini amat sesuai untuk dimakan segar atau pun diproses. Sila baca keterangan lanjut mengenai nanas ini dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Harga ladang nanas dari ladang ini sekitar RM6.00 sekilogram (antara harga ladang yang tertinggi) dengan harga runcit sekitar RM7 - RM8/kg dipasaran skitar Johor Bahru dan Singapura. Semuga usahawan in akan terus berjaya didalam memajukan industri nanas negara dimasa akan datang. Artikel ini ada dua bahagian iaitu Part 1 dan Part 2 untun dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
sedeli1d.jpg
TANAM NANAS... TANAH BRIS DI CUBA...
TEKNOLOGI DIGUNA...MEMANG BERBEZA...
GUNAKAN PLASTIK... BATAS MESTI DIBINA...
BAJA ORGANIK... BAJA FOLIAR PENTINGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Sedeli, Sedeli, 
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(22 Zulhijjah 1441H).
Bersamaan 13 Ogos 2020.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  



×
×
  • Create New...