Jump to content
Sign in to follow this  
admin

POKOK SENDUDUK - LIAR DAN DITANAM

Recommended Posts

Senduduk1a.jpg
POKOK SENDUDUK (Melastoma malabriticum) merupakan sejenis tumbuhan renek atau sejenis pokok herba yang selalunya tumbuh meliar di negara kita. Bagaimana pun terkini ada usaha beberapa pihak tertentu yang menanam pokok senduduk ini untuk tujuan tertentu terutamanya sebagai bahan untuk perubatan dan kosmetik serta lain-lain tujuan. Ianya juga adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan dan lazimnya pada bahagian batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh. Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar dan amat jarang kedengaran ia ditanam kecuali jenis khusus senduduk putih. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luarnegara kerana didakwa diantara khasiat tumbuhan senduduk ialah berguna untuk merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim dimana selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit, dikatakan juga daun juga pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan ;leukorea, bagi merawat penyakit tersebut anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia, air rebusan tadi bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari virgina. Apa pun semasa belajar di universiti dahulu nama saintifik pokok senduduk adalah diantara yang paling awal kena tahu semasa praktikal di ladang selain daripada nama saintifik Lalang dan Rmput Kerbau. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai tumbuhan herba pokok senduduk dan kegunaanya didalam kehidupan harian.

Senduduk1b.jpg
Pokok senduduk adalah juga merupakan sejenis rumpai di kawasan kebun tanaman serta kawasan pertanian dan perlu dibasmi kerana mampu menurunkan hasil kepada tanaman. Terdapat beberapa jenis pokok senduduk yang sering kita lihat seperti Senduduk Ungu dan Senduduk Putih.
Senduduk mampu tumbuh sehingga melebihi ketinggian satu (1) meter dalam kawasan yang sesuai. Batangnya berwarna coklat dan mampu mencapai ukurlilit batang sehingga 3-4 cm jika capai ketinggian 1 meter dan ia mempunyi banyak cabang. Daun senduduk berwarna hijau gelap , berbentuk lonjong, agak berbulu serta tebal. Daun senduduk mempunyai lendir jika dihancurkan dan sangat sesuai untuk memberhentikan darah jika dibubuh apabila luka-luka kecil. Cara terbaik ialah dengan ambil daun senduduk segar yang sederhana tua dan kunyah kemudian letakkan pada luka dan darah akan serta merta berhenti.  Bunga senduduk terdiri dari 5 kelopak yang berkembang pagi hari dan warnanya cantik (Ungu atau Putih) yang akan menarik serangga untuk hinggap. Akar senduduk merupakan akar tunjang dan akar serabut yang sangat kuat. Buah senduduk berwarna coklat, berbentuk seperti cawan, berangkai dan mengandungi banyak biji berwarna hitam serta rasa manis jika dimakan. Zaman kanak-kanak dulu saya memang sering makan buah senduduk organik dikampong. Buah senduduk muda juga sangat baik untuk dijadikan 'peluru' senapang buloh mini yang seronak menembak zaman dulu. Kaedah pembiakan senduduk ialah semulajadi iaitu dengan buah senduduk dimakan oleh binatang terutamanya burung (rasa manis) dan akan diberakkan dilokasi lain. Benih senduduk yang banyak akan bercambah dikawasan baru apabila mendapat situasi sesuai. Buah senduduk juga dimakan oleh serangga lain seperti semut, kerengga, binatang lain dan sebagainya. Serangga ini juga mempu membiakan senduduk. Buah senduduk yang matang juga akan gugur apabila kering dan jatuh ketanah. Benih tersebut akan tumbuh atau di bawa arus air kekawasan lain. Kawasan tanah mineral, tanah gambut atau tanah yang bermasaalah lain juga senduduk boleh tumbuh. Senduduk tahan dalam cuaca kering atau pun kawasan mudah terendam.

Senduduk1c.jpg
Pokok senduduk merupakan sejenis tumbuhan kategori rumpai yang berlu dimusnahkan jika berada didalam kebun. Cara memusnahkan ialah dengan Kaedah Manual dan Kaedah Kimia. Kaedah atau cara manual ialah dengan mencabut atau menebas atau menajak menggunakan cangkul, parang atau dengan tajak. Kumpulkan pokok-pokok senduduk tersebut dan bakar apabila telah kering. Apa pun penggunaan racun sentuh tudak membunuh senduduk. Oleh itu disyorkan jenis Racun Sistemik perlu digunakan dalam kawalan senduduk seperti Round-up dan Basta. Ini kerana pokok senduduk mempunyai sistem akar yang dalam dan tidak mati jika guna racun sentuh walau pun daunnya kering. Bagaimana pun pokok s
enduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. Antaranya adalah apabila anda mengalami cirit birit maka amalkan mengambil pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulamdimana masaalah cirit birit akan segera hilang. Ia juga atasi masaalah keputihan bagi kaum wanita. Caranya dengan mengeringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya. Ke 3 adalah dimana pokok senduduk mampu menghilangkan bintik-bintik cacar iaitu dengan mengambil akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang. Pokok senduduk memang sejenis tumbuhan yang melegakan luka kerana buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka dan kesannya darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih. Bagi wanita yang baru lepas bersalin boleh amalkan dengan mengeringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim.

Senduduk1e.jpg
Dalam pada itu didakwa dimana senduduk mampu m
engatasi masaalah Buasir. Caranya dengan merebus akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir. Ia juga didakwa mampu melegakan Sakit Gigi dengan cara merebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda. Jika anda ada masaalah membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang sebaiknya amalkan minum air rebusan dari akar, batang dan daun senduduk dan dibuat mandian. Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar. Apa pun dalam kaedah perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan. Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi.Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong atau bertih atau cacar air.

Senduduk1d.jpg
Bahagian daun senduduk sesuai diguna untuk menghilangkan rasa hanyir ikan keli atau ikan-ikan air tawar sila gunakan pucuk-pucuk atau daun senduduk. Daun-daun tersebut diramas-ramaskan bersama potongan ikan yang telah disiang atau dibersihkan. Gunakan bekas yang telah disiskan sedikit air dan bubuh potongan ikan tersebut dan masukkan sejumlah daun-daun atau pucuk-pucuk senduduk dan ramas-ramas bersama potongan ikan sehingga lendir-lendir ikan hilang. Apa pun diluar sana kena tahu dimana ada 
tiga jenis senduduk berdasarkan warna bunganya dimana senduduk putih ini mempunyai kelebihan dan sangat digemari pengamal-pengamal perubatan tradisional kerana khasiat dan kemujarabannya melawan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Senduduk boleh dibiakkan secara semaian biji benih atau dipotong anak yang tumbuh melalui akarnya. Anak pokok ini dipelihara di tempat teduh sebelum ditanam di atas tanah untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak. Bunga dan daunnya serta akarnya adalah bahagian-bahagian yang sering menjadi sasaran penggemar senduduk putih. Daun dan bunganya dikeringkan dan bahagian yang telah kering ini direndam pula dalam air panas untuk dijadikan minuman seperti minuman teh. Kalau rasa tidak tahan dengan rasanya, masukkan sedikit gula. Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Hghland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras.Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm.Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat.Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya. Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air. Senduduk Putih merupakan sejenis tumbuhan yang sukar ditemui, tidak seperti senduduk ungu yang tumbuh meliar di merata tempat. Senduduk khususnya yang berbunga ungu juga dikategorikan dalam kumpulan rumpai kerana ia banyak tumbuh di kawasan kebun dan perlu dibasmi. Ramai yang menyatakan Senduduk putih jarang dijumpai dan ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ada yang mempercayai ia boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular. Selain itu didakwa juga dapat dipercayai dapat mengubati penyakit wanita seperti keputihan dan darah haid yang tidak henti. Yang menariknya tentang khasiat pokok ini ialah ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap). Sejauh mana amalan ini dipratikkan saya sendiri tidak pasti. Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan tumbuhan ini di harap kongsikan bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
Senduduk1f.jpg
Senduduk1g.jpg
POKOK SENDUDUK.. DIMANA-MANA...
MUDAH TUMBUH... MUDAH TUAINYA...
HERBA BERKHASIAT...PELBAGAI GUNA...
BACA ARTIKEL... DAPAT RAHSIANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Pulau Rawa Resort, Mersing,
Johor,
Malaysia.
(19 Safar 1442H).

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  



×
×
  • Create New...