Jump to content
Sign in to follow this  
admin

POKOK RANTAI EMAS - CARA PEMBIAKAN (Part 1)

Recommended Posts

rantaiEmas1a.jpg
POKOK RANTAI EMAS (Lophanthera lactescens) pada penulis blog rasa memang ramai kalangan pembaca yang kurang kenal atau tahu mengenai kegunaannya. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Malphigaceae dimana ia berasal daripada hutan Amazon, Brazil. Tumbuhan ini juga mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2000 dan pada masa kini merupakan pokok landskap yang sangat popular digunakan oleh pihak kerajaan tempatan sebagai ornamental yang menarik (Sila lihat foto diatas). Pokok ini boleh tumbuh sehingga 20 meter tinggi dan kebiasaannya mempunyai satu batang utama. Dalam keadaan cuaca seperti di Malaysia dilihat iaitu tidak akan berlaku keadaan (fenologi) seperti luruh daun yang nyata tidak berlaku seperti mana negara asal pokok ini. Keunikan pokok ini adalah keupayaannya berbunga sepanjang masa dengan tangkai bunga yang mana ia bergantung sepanjang 40 cm dan mengandungi diantara 300 - 500 tangkai bunga kecil. Apabila ditelitu juga didalati sekitar 30% bunga yang berwarna kuning ini akan menghasilkan buah. Selain tumbuhan ini mampu untuk berbunga cantik, pokok ini juga mempunyai daun yang lebar, berwarna hijau berkilat dan kelihatan sangat menarik dan sesuai sekiranya ditanam dalam kumpulan atau berbaris. Apa yang penulis blog perhatikan dimana antara asas keunikannya ini telah menyebabkan pokok ini sangat popular. Pada awal pengenalan sebagai tanaman landskap, anakbenih pokok setinggi 50 cm dijual di pasaran dengan harga RM70.00. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kaedah membiakan pokok rantai emas untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

RantaiMas1b.jpg
Daripada beberapa bahan rujukkan dibaca mendapati dimana ujud kaedah pembiakan konvensional iaitu melalui biji benih dan cara tampang dilakukan untuk pokok rantai emas. Kaedah pertama dimana pokok rantai emas pada kebiasaannya akan dibiakkan dengan menggunakan biji benih (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun cara pembiakan dengan biji benih memang jarang dilakukan di negara ini dimana pada setiap tangkai bunga terdapat 100 - 200 buah dan setiap buah mengandungi satu biji benih yang tidak boleh disimpan lama. Biasanya biji benih yang matang dan masih segar akan terus disemai. Bagi tujuan menyemai biji benih, kulit buah perlu dibuang. Kerja membuang kulit buah merupakan kerja yang agak rumit sementara hasil dari percambahan biji pula amat rendah iaitu sekitar 2% sahaja yang bercambah. Jika kulit biji bernas dipecahkan pula maka ada cecair putih seperti susu yang pekat akan keluar. Dalam pada itu biji yang tidak bernas hanya mengandungi isi iaitu berwarna kekuningan dan keras.  Penelitian mendapati dimana salah satu kaedah telah sesuai untuk mengasingkan buah dan biji benih yang bernas berdasarkan kepada ketumpatan buah dan biji benih. Buah bersama biji benih yang bernas dan lebih tumpat akan tenggelam apabila dimasukkan ke dalam air, manakala buah bersama biji yang tidak bernas akan terapung dan boleh diasingkan. Teknik kedua lazimnya adalah dengan kaedah pembiakan tampang. Ini kerana kebanyakan pokok rantai emas di negara ini dibiak dengan menggunakan kaedah tut. Kaedah tut mengambil masa yang agak lama untuk dahan berakar iaitu selepas 10 - 12 minggu. Kaedah keratan dahan juga telah dicuba, tetapi peratusan kejayaannya agak rendah. Satu kaedah yang dinamakan ‘keratan mikro’ telah diperkenalkan dan dapat memberi peratusan kejayaan yang tinggi dan memendekkan masa pengakaran. 

RantaiMas1a.jpg
Bagi tujuan pemungutan buah sebaiknya pilih tangkai buah pokok rantai emas yang telah matang iaitu kulit buah telah berwarna hijau pekat diambil (Sila lihat foto disebelah). Buah yang telah dituai hanya boleh juga disimpan selama satu atau dua hari. Selebihnya maka baki biji dalam buah kurang bernas dan tidak boleh bercambah diasingkan. Buah dileraikan daripada tangkai dan ia kemudian dipastikan dimana kulit buah (sabut) dibuang untuk mengeluarkan biji. Kerja-kerja membuang kulit biji benih merupakan proses pengasingan yang amat rumit. Penelitian juga menunjukkan dimana seseorang pekerja yang mahir pun akan hanya dapat melakukan proses pengasingan 500 - 600 biji sehari. Cara untuk mengasingan benih pula dimana buah yang telah dileraikan dimasukkan ke dalam larutan air garam dengan kepekatan 40 gram/liter. Buah dibiarkan terendam selama 5 minit dimana buah yang timbul perlu dibuang, manakala buah yang tenggelam akan diasingkan untuk di proses seterusnya. Hasil kajian mendapati dimana peratusan biji yang tenggelam dalam larutan yang mengandungi garam 40 gram/Liter ini ialah sekitar 16% sahaja dan selebihnya sebanyak 86% adalah timbul.

RantaiMas1c.jpg
Didalam usaha untuk membuang kulit buah sebaiknya ia perlu dikupas secara manual untuk mengeluarkan biji benih. Setiap buah mengandungi hanya satu biji benih berwarna coklat. Pembuangan kulit buah memang perlu dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan biji benih daripada mengalami kerosakan secara fizikal. Kaedah pengasingan biji Tidak semua biji benih yang telah diasingkan daripada kulit biji adalah bernas. Lakukan pengasingan biji benih iaitu untuk pastikan biji benih yang telah diasingkan perlu dimasukkan ke dalam air garam berkepekatan 20 gram/Liter. Daripada beberapa kajian yang telah dijalankan, purata biji benih yang tenggelam dalam larutan garam ini hanya 35% dan biji benih sedia untuk disemai. Biji yang telah melalui proses pengasingan boleh disemai ke dalam bekas seperti pasu atau takung yang mengandungi medium perlit. Biji benih mula bercambah selepas tiga minggu penyemaian dan keseluruhan biji benih akan bercambah dalam masa lima minggu. Secara purata, hanya 30 - 40% biji benih yang disemai. Jika dilihat dari segi peratus percambahan secara keseluruhan, daripada jumlah buah yang diproses didapati hanya 2% daripada buah tersebut yang mempunyai biji boleh bercambah setelah disemai. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RantaiMas1d.jpg
POKOK RANTAI EMAS... APA DIA...
POKOK HIASAN...CANTIK JUGA...
SUKAR DAPAT BENIH... DI CUBA....
BACA ARTIKEL.. DAPAT RAHSIANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Muhharam 1442H). 

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  



×
×
  • Create New...