Jump to content
Sign in to follow this  
admin

POKOK RANTAI EMAS - CARA PEMBIAKAN (Part 2)

Recommended Posts

rantaiEmas1b.jpg
POKOK RANTAI EMAS (Lophanthera lactescens) pada penulis blog rasa memang ramai kalangan pembaca yang kurang kenal atau tahu mengenai kegunaannya. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Malphigaceae dimana ia berasal daripada hutan Amazon, Brazil. Tumbuhan ini juga mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2000 dan pada masa kini merupakan pokok landskap yang sangat popular digunakan oleh pihak kerajaan tempatan sebagai ornamental yang menarik (Sila lihat foto diatas). Pokok ini boleh tumbuh sehingga 20 meter tinggi dan kebiasaannya mempunyai satu batang utama. Dalam keadaan cuaca seperti di Malaysia dilihat iaitu tidak akan berlaku keadaan (fenologi) seperti luruh daun yang nyata tidak berlaku seperti mana negara asal pokok ini. Keunikan pokok ini adalah keupayaannya berbunga sepanjang masa dengan tangkai bunga yang mana ia bergantung sepanjang 40 cm dan mengandungi diantara 300 - 500 tangkai bunga kecil. Apabila ditelitu juga didalati sekitar 30% bunga yang berwarna kuning ini akan menghasilkan buah. Selain tumbuhan ini mampu untuk berbunga cantik, pokok ini juga mempunyai daun yang lebar, berwarna hijau berkilat dan kelihatan sangat menarik dan sesuai sekiranya ditanam dalam kumpulan atau berbaris. Apa yang penulis blog perhatikan dimana antara asas keunikannya ini telah menyebabkan pokok ini sangat popular. Pada awal pengenalan sebagai tanaman landskap, anakbenih pokok setinggi 50 cm dijual di pasaran dengan harga RM70.00. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kaedah membiakan pokok rantai emas untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

RantaiMas1e.jpg

Pengalihan anak benih atau anak pokok induk dimana sebaiknya anak benih yang telah berumur enam minggu boleh dipindahkan ke pasu untuk dibesarkan sebagai bahan tanaman landskap atau dijadikan pokok induk untuk pembiakan secara keratan mikro. Walaupun keratan boleh diperoleh daripada pokok di ladang, tetapi pokok muda yang terhasil daripada biji benih adalah sangat muda (juvenile) dan amat sesuai dijadikan sumber keratan mikro bagi pembiakan berskala besar dengan cepat. Keratan mikro Keratan mikro adalah kaedah pembiakan keratan batang dengan menggunakan keratan daripada pokok yang sangat muda atau yang dimudakan seperti anak pokok kultur tisu. Kebanyakan tanaman boleh dibiak dengan mudahnya menggunakan kaedah ini, termasuk pokok yang amat sukar dibiak seperti beberapa spesies pokok hutan, pokok landskap dan herba. Pokok induk Pokok induk keratan mikro selalunya disediakan khas sama ada ditanam di dalam pasu atau pada batas. Untuk ini anak benih yang terhasil daripada semaian biji benih ditanam pada jarak 10 cm x 5 cm. Batas diletakkan di bawah 70% lindungan. Pokok dipotong dengan kerap walaupun tiada pengambilan keratan bagi memastikan pokok induk kekal muda. Pokok induk yang berumur tiga bulan atau telah mempunyai tiga pasang daun sedia digunakan sebagai sumber keratan. Pokok induk selalunya boleh menghasilkan keratan muda dalam masa setahun, selepas itu ia perlu ditukar.

RantaiMas1f.jpg
Teknologi keratan mikro dilakukan dimana sepanjang 2 - 3 cm daripada pokok induk biasanya mengandungi dua Mata tunas atau node ditanam dalam sistem pembiakan kapilari tertutup (CCPS). Medium penanaman adalah perlit dimana keratan perlu ditanam pada jarak 5 cm x 5 cm. Keratan mikro pokok rantai emas mengambil masa selama 2 - 3 minggu untuk ianya mengeluarkan akar (Sila lihat foto disebelah). Tahap bagi keupayaan berakar keratan mikro pokok rantai emas berbanding dengan kaedah pembiakan yang lain bergantung kepada kemahiran membuatnya dan juga persekitaran. Hasil kajian mendapati dimana peratusan berakar bagi keratan mikro sangat tinggi dan boleh mencapai sehingga 100% dimana ianya adalah disyorkan untuk digunakan. Apa pun kelebihannya dimana jangkamasa untuk berakar sekitar tiga minggu sahaja. Semakin berumur pokok induk yang diambil mdahannya makan peratusan semakin berkurangan dan semakin lama masa diperlukan untuk keratan berakar. Proses untuk mengalih benih ke pasu atau beg tanaman boleh dilakukan selepas empat minggu keratan ditanam. Ketika ini akar pada keratan mikro telah banyak terbentuk. Selepas pengalihan sebaiknya pokok perlu diletakkan di bawah lindungan. Pokok keratan mikro boleh ditanam selepas 5 - 6 bulan dan sebaiknya pokok landskap hanya ditanam apabila telah mencapai spesifikasi yang ditetapkan seperti mempunyai ketinggian 2 meter dan garis pusat batang sekurang-kurangnya 3 cm. Pokok yang telah pun mencapai umur 5 - 6 bulan perlu dipindahkan ke dalam polibeg yang bersaiz lebih besar. Pokok keratan yang terhasil ini juga boleh dijadikan pokok induk untuk membekalkan keratan mikro. Kaedah pengurusannya adalah sama seperti sumber pokok daripada biji benih. Walau bagaimanapun, pokok ini lebih hilang juveniliti berbanding dengan pokok daripada biji benih. 

rantaiEmas1d.jpg
Sebenarnya didapati dimana gabungan antara semaian biji benih yang bernas dan keratan mikro merupakan kaedah yang amat berkesan untuk pembiakan pokok rantai emas. Semaian biji bertujuan untuk menghasilkan pokok induk yang muda, manakala keratan mikro pula digunakan untuk pembiakan berskala besar. Sekiranya 1,000 buah diambil dan diproses, sebanyak 20 pokok induk berpotensi untuk dihasilkan. Oleh yang demikian, seorang pengusaha yang memerlukan 200 pokok induk cuma perlu memproses kira-kira 1,700 buah yang boleh dilakukan dalam masa 2 - 3 hari, berbanding dengan 15 - 20 hari sekiranya tiada pengasingan dijalankan. Pokok induk tersedia sesuai untuk dijadikan bahan keratan mikro apabila berumur tiga bulan. Biasanya dianggarkan setiap pokok induk muda boleh menghasilkan 25 - 30 pokok baharu dalam tempoh 12 bulan melalui kaedah pembiakan secara keratan mikro. Begitu juga sebahagian daripada pokok keratan akan digunakan untuk membekalkan keratan mikro. Oleh yang demikian, sebanyak 5,000 - 6,000 pokok boleh dihasilkan dalam jangka masa 15 bulan. Kaedah pengasingan berdasarkan ketumpatan buah/biji dapat menjimatkan masa untuk memproses biji (membuang kulit buah) pokok rantai emas dan dapat meningkatkan peratusan percambahan biji benih. Pembiakan secara keratan mikro pula menghasilkan peratusan kejayaan tinggi dan dapat mengurangkan tempoh pengakaran. Gabungan antara semaian biji bernas dan keratan mikro merupakan kaedah pembiakan alternatif yang sangat cekap untuk pengeluaran pokok rantai emas berskala besar.

rantaiEmas1c.jpg
Kepada pihak pengusaha nurseri swasta terutama mereka yang terlibat didalam menyediakan anakbenih tanaman bunga-bungaan dan pokok ornamental, tentunya berminat untuk membuat anakbenih pokok yang mempunyai permintaan baik. Oleh itu pembiakan pokok rantai emas diantara usaha yang dibuat dimana lazimnya teknik secara biji benih kurang dijalankan di negara. Perkara ini juga adalah disebabkan oleh peratus percambahan biji benih yang amat rendah. Pembiakan tampang konvesional seperti tut (marcot) dan keratan (cuttings) juga kurang berjaya untuk penghasilan bahan tanaman anakbenih berskala besar. Kini dijalankan beberapa kajian untuk mendapatkan sumber dari buah dan biji benih yang bernas. Caranya adalah dengan mana ia boleh diasingkan disebabkan ketumpatan pada buah atau biji bernas lebih tinggi berbanding dengan jenis buah atau biji yang tidak bernas. Melalui pengasingan ini maka kerja memproses buah (membuang kulit buah) dapat dikurangkan dan peratus percambahan dapat ditingkatkan. Kajian mendapati dimana dengan adanya anak pokok yang muda hasil daripada semaian biji benih maka pembiakan secara keratan mikro dapat dijalankan. Keratan mikro pula dilaporkan memberi peratusan kejayaan yang tinggi dengan masa pengakaran yang singkat. Gabungan kaedah semaian biji benih bernas dan kaedah keratan mikro membolehkan bahan tanaman pokok rantai emas dihasilkan dengan cepat pada skala yang besar. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
rantaiEmas1e.jpg
POKOK RANTAI EMAS... APA DIA...
POKOK HIASAN...CANTIK JUGA...
SUKAR DAPAT BENIH... DI CUBA....
BACA ARTIKEL.. DAPAT RAHSIANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Muhharam 1442H).

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  



×
×
  • Create New...