Jump to content
Sign in to follow this  
admin

JUS NANAS DENGAN TOMATO

Recommended Posts

jus1b.jpg
MINUMAN JUS NANAS DENGAN TOMATO amat jarang kita dengar dan membuatnya sendiri dirumah. Penulis blog sempat merujuk beberapa artikel mengenai pembuatan dan kajian untuk menghasilkan minuman jus nanas campuran tomato sebagai salah satu formulasi terbaik dipilih melalui uijan sensori. Berdasarkan kepada beberapa ciri fizikal dan ciri kimia, komposisi proksimat dan jangkahayat simpanan jus tersebut. Kajian ini melibatkan sebanyak 9 formulasi bagi melihat akan kelainan dan ujirasa yang akan dijalankan. Apa pun kajian mendapati dimana hanya 4 formulasi terbaik dapat dipilih melalui penilaian sensori ujian. Ujian sensori yang dijalankan ini mempunyai sebanyak 7 skala dimana kaedah tersebut adalah Skala 7 sebagai kombinasi terbaik dan skala 1 paling kurang baik. Formulasi 5 yang mana ia mengandungi 35% puri nanas bersama dengan 10% puri tomato didapati menghasilkan keputusan jus dengan campuran sebanyak 49.76% air dipilih sebagai formulasi terbaik dengan skor palng tinggi. Kombinasi ini diukur dengan faktor seperti tahap kemanisan, kemasaman, keseimbangan rasa manis-masam, rasa selepas minum dan penerimaan keseluruhan pemeriksa semasa ujirasa. Dalam pada itu dari segi ujian makmal dilaporkan dimana Formulasi 5 mengandungi sebanyak 89.67% tahap kelembapan, Abu (ashes) sebanyak 0.31% abu, Serat 0.67, Protin 0.21%, Karbohiderat 9.14% manakala kandungan lemak tidak dapat dikesan dalam kajian ini. Formulasi 5 juga didapati memang mempunyai nilai pH 3.51 dengan tahap kemannisan sekitar 12.5 °briks, kandungan asid nitar sekitar 0.590% dan juga kandungan Vitamin C sebanyak 6.55 mg/100 g. Kajian mutu simpanan meliputi analisis fizikokimia dimana dilakukan ujian mikrobiologi dan penilaian sensori (ujian perbandingan berganda) yang dijalankan selama 8 minggu pada suhu dingin (4 °C). Analisis fizikokimia menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam menentukan kualiti jus tersebut. Artikel subuuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai kajian terhadap pembuatan jus nanas dengan tomato untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

jus1c.jpg
Penulis blog memang tahu ramai kalangan peminat buah nanas (Ananas comosus) memakannya sebagai buah segar akan tetapi sebenarnya ia baik juga diminum sebagai jus. Ia sesuai dicampurkan dengan pelbagai buah atau pun bahan lain seperti karot, timun, limau, kurma, pisang, peria dan sebagainya. Kajian penghasilan minuman jus nanas (Ananas comosus) campuran tomato (Solanum lycopersicum) dilaporkan amat bersesuaian dan menyahut kehendak pengguna. Jus buah-buahan telah pun dikategorikan sebagai produk makanan sihat dimana pada masa ini sebahagian besar masyarakat dunia dilaporkan kerap mengambil jus buah-buahan yang berkhasiat ini sebagai satu amalan. Didakwa dimana jus buah-buahan tidak mengandungi sebarang bahan alergen tenusu seperti laktosa yang mungkin menghadkan pengambilannya oleh sesetengah masyarakat. Ramai pengguna selalunya tidak dapat membezakan antara minuman jus buah dengan minuman berperisa buah (Lee, 2000). Dalam kajian ini ada dilaporkan minuman jus nanas campuran tomato yang telah dihasilkan merupakan satu produk baru yang baik untuk kesihatan. Produk berasaskan nanas mula dibangunkan untuk mempelbagaikan produk nanas yang ada di pasaran Malaysia memandangkan nanas begitu senang didapati dalam negara kita (Hasimah et at., 2002). Terkini ada permintaan terhadap jus nanas sebagai minuman semakin meningkat (Anon, 2004). Terdapat keunikan kepada rasa manis dan masam nanas yang membolehkannya bergabung baik dengan pelbagai jenis rasa makanan yang lain dan ini menyebabkannya begitu popular. 

jus1d.jpg
Dalam berbagai-bagai jenis buah-buahan di Malaysia, tomato dipilih untuk dicampur dengan nanas sebagai minuman jus. Idea ini diperoleh melalui pemerhatian bahawa rakyat Malaysia kurang menerima tomato sebagai minuman jus. Tomato merupakan sayuran jenis buah yang boleh didapati di seluruh pelosok dunia. Penggunaan tomato didapati lebih kepada penyediaan masakan, salad atau diproses menjadi sos tomato clan pun tomato. Buah nanas boleh dikatakan berperanan sebagai pendorong kepada jus tomato yang ada dihasilkan. Campuran nanas dan tomato dalam jus juga merupakan satu altematif untuk mempertingkatkan pada keseluruhan rasa jus campuran di samping mengurangkan rasa dan aroma tomato yang mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah masyarakat. Kombinasi nanas dan tomato dalam jus akan menghasilkan minuman jus yang seimbang kandungan khasiatnya. Menurut Thakur dan Das Gupta (2006) buah tomato mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan sebagai jus kerana mempunyai warna yang menarik serta kaya dengan vitamin dan garam mineral. Apa pun dilaporkan jus tomato yang dipasarkan biasanya hanya mengandungi kandungan garam dan bahan aditif lain yang tinggi yang mungkin mendorong kepada berlakunya alergi pada manusia (Pamplona-Roger, 2001). Kini permintaan terhadap jus sayur-sayuran dan jus buah-buahan yang mengandungi pewama semulajadi didapati semakin mendapat sambutan oleh pengguna. Ini kerana kebanyakan jus yang dipasarkan merupakan jus campuran dua atau lebih jenis buah-buahan.

jus1e.jpg
Biasanya tujuan utama campuran jus yang dihasilkan adalah untuk mengimbangkan kandungan pepejal terlarut, keasidan, kestabilan, aroma dan rasa yang kurang disukai oleh pengguna seperti pahit dalam 'single strength juice'. Pada masa yang sama ujud beberapa ciri-dri yang positif dalam jus seperti wama, aroma, kelikatan dan komposisi nutrien yang unik boleh dipertingkat dan ditonjolkan lagi. Selain dari itu campuran jus turut membantu mengatasi masalah kelebihan atau kekurangan buahbuahan terutama buah-buahan jenis bermusim. Perkara ini turut merendahkan kos penghasilan jus yang melibatkan buah-buahan eksotik. Diantara beberapa kebaikan produk buah-buahan dan sayur-sayuran dan segi pemakanan ialah makanan ini kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan juga fiber tetapi berkalori rendah dan berlemak rendah (Hasimah et al., 2002). Justeru itu program pembangunan produk berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran akan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet secara tidak langsung. Kajian dilakukan mendapati pengambilan sayur-sayuran clan buah-buahan oleh kanak-kanak Malaysia dikatakan masih rendah. Menurut kajian oleh Sinki dan Buco (1994), produk minuman meliputi minuman beralkohol, minuman ringan dan minuman jus dan menyatakan corak pengambilan produk minuman sentiasa meningkat disebabkan kemunculan produk minuman yang semakin inovatif dan kompetatif di pasaran. 

jus1f.jpg
Produk minuman yang hendak berjaya dalam pasaran hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti mudah didapati (convenient), berkhasiat, 'multiplease' dan 'Functional'. Pengguna lebih suka membeli minuman buah-buahan yang mudah didapati dan senang dikendalikan disebabkan kerana kehidupan sekarang telah menjadi lebih sibuk dan rancak. Masyarakat dunia dan di Malaysia jarang mempunyai masa terluang untuk menyediakan jus buah-buahan segar. Justeru itu jika ada produk yang sedia untuk diminum dan tahan lama biasanya akan menjadi pilihan utama mereka. Memandangkan minuman jus buah nanas campuran tomato belum lagi ada dalam pasaran maka kajian asas telah dijalankan untuk membangunkan minuman jus tersebut. Di Malaysia sebenarnya Jus Minuman boleh juga dikategori kepada jus buah, minuman jus buah dan minuman buah mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan Malaysia 1985. Minuman jus buah didefinasikan sebagai minuman yang terdiri daripada air minuman, jus buah tidak tertapai atau campuran jus tak tertapai dan lain-lain bahagian daripada satu atau lebih jenis buah-buahan dengan atau tanpa gula, glukosa atau sirap glukosa yang berfruktosa tinggi yang boleh dimakan dan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 35% b/i jus buah seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan 1985 (352). Dalam pada itu penggunaan karbon dioksida dalam setiap minuman jus buah adalah dibenarkan. 

jus1g.jpg
Minuman jus buah turut boleh mengandungi bahan pengawet, bahan pewama, bahan perisa dan kondisioner makanan yang dibenarkan. Salah satu produk jus nanas yang lama berada dipasaran Malaysia adalah daripada Lee Plantation dengan dijual dalam negara dan pasaran eksport (Sila lihat foto disebelah). Penambahan bahan perisa kepada minuman jus buah hendaklah terdiri daripada bahan perisa asli atau bahan perisa serba-sama bahan asli. Menurut Euromonitor International Estimates (2007), jus buah-buahan atau sayur-sayuran yang dijual di Malaysia dapat dibahagikan kepada 4 kategori iaitu 100% jus, nektar, miuman jus clan minuman berperisa buah (tidak mengandungi jus). Jumlah penjualan jus buah-buahan atau jussayur-sayuran di Malaysia didapati semakin meningkat dari tahun 2010 ke tahun 2015 denga agak ketara. Minuman jus ini didapati telah mendominasi akan keseluruhan pasaran jus buah-buahan atau jus sayur-sayuran dengan jumlah penjualan yang paling tinggi di antara semua kategori pada setiap tahun. Jumlah jus buah-buahan dan jus sayur-sayuran yang dijual di Malaysia dalam juta liter. Didapati penjualan jus buah-buahan atau jus sayur-sayuran di Malaysia turut sentiasa mengalami peningkatan yang menggalakkan sehingga mencapai 96.2 juta liter. Semuga tulisan dalam blog anim agro technologi ini memberi info berguna kepasa semua pembaca. Wasallam!!!..
jus1a.jpg
jus1h.jpg
MINUM JUS... NANAS SUDAH BIASA...
NANAN DAN TOMATO... APA RASANYA...
PELBAGAI PERISA.... BUAH YANG ADA...
MEMANG ENAK... SELEPAS UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilyah Persekutuan,
Malaysia.
(4 Syawah 1441H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  



×
×
  • Create New...