Jump to content
Sign in to follow this  
admin

Buah Tembikai Selalu Gugur Sebelum Matang? Cuba Buat Pendebungaan Sendiri (Assisted Polination) Dan Tengok Hasilnya!

Recommended Posts

60780928_416020865898578_486617391602597

Tembikai atau semangka merupakan sejenis pokok menjalar yang mudah ditanam, berbuah manis dan mengandungi banyak cecair. Ada beberapa jenis dan warna tembikai seperti merah, kuning dan oren.

Khasiat yang terkandung pada buah tembikai seperti vitamin A dan kukurbisitrin serta mengandungi  sejenis gula dan garam yang berkesan merawat masalah ginjal dan saluran kencing. 

Bagi anda yang baru berjinak-jinak menanam tembikai tetapi kawasan penanaman kekurangan agen pendebungaan seperti serangga, semut atau lebah, maka pendebungaan manual perlu dilakukan untuk mendapatkan kuantiti buah lebih banyak dan kualiti buah yang lebih baik.

Caranya ialah petik bunga jantan atau Ovari (A) dan sentuhkan felimen bunga jantan kepada bunga betina (B).

60780928_416020865898578_486617391602597

60801759_416020899231908_256493202367211

Bunga jantan biasanya ada filamen yang mempunyai butir debunga. Sentuhkan filamen yang ada butir debunga (bunga jantan) pada stigma bunga betina dan persenyawaan akan berlaku. Kaedah ini dipanggil assisted pollination atau pendebungaan manual.

Sekiranya pendebungaan tidak berlaku, bunga A akan menjadi layu dan buah tidak akan menjadi. Memang kita nampak dah jadi bentuk buah. Tapi kalau tak disenyawakan dengan bunga jantan, buah tersebut akan menguning dan gugur 3 hari selepas bunga kembang.

Sekiranya ada buah yang tak gugur, bermakna ada serangga seperti semut, lebah ataupun angin yang telah melakukan proses pendebungaan keatas bunga tu. 

Semoga bermanfaat. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny Bin Ien

Nantikan artikel seterusnya bagaimana menanam tembikai tanpa biji. 

48939755_10156794125207567_6819086161013

61085700_690199481434535_103092048036783

60800746_690200124767804_388749657603309




Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  



×
×
  • Create New...