Jump to content

admin

Administrators
  • Content Count

    405
  • Joined

  • Last visited

Everything posted by admin

  1. BAJA (Fertilizer) adalah merujuk kepada sebatian kimia atau organik yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali diberi kepada tanah dan media tumbuhan lain iaitu ia boleh juga diletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua jenis iaitu Baja Asli dan Baja Kimia. Baja asli adalah merujuk sebagai baja organik dimana ia lazimnya mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup. Jenis baja kimia pula selalu ia merujuk sebagai baja tidak organik atau baja buatan kilang yang mana ia mengandungi bahan-bahan kimia tidak organik atau daripada bahan galian. Penulis blog dan anda mungkin tahu dimana baja boleh wujud secara semula jadi seperti gambut dan bahan galian atau dihasilkan atau dikilangkan setelah melalui proses semula jadi (seperti penguraian) atau proses kimia (seperti proses Haber). Sebatian kimia sebegini menjadikan halaman, taman-taman dan tanah akan dilihat dimana ia nampak lebih indah kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan. Dilaporkan dimana baja ini ada formulasi khusus bagi tujuan tertentu dimana ia disesuaikan formulasi campuran bahan nutrien untuk membantu pertumbuhan daun atau bertujuan dalam pengeluaran buah. Ia lazimnya mengandungi tiga unsur kimia utama iaitu Nitrogen (N), Posforus (P) dan Kalium (K) atau singkatannya sebagai Baja NPK. Ia dicampurkan didalam kadar yang berbeza-beza sebahai contok jika ditulis pada label NPK 15:15:15 merupakan baja pertumbuhan dan NPK 12:12:17:2 TE untuk pembuahan. Unsur-unsur lain seperti kalsium, sulfur, magnesium atau zat-zat mikro (micronutrients) turut digunakan berdasarkan keperluan atau penggunaan baja tersebut. Walaupun nitrogen boleh didapati di atmosfera bumi, hanya terdapat sekumpulan kecil tumbuhan (contohnya kekacang) yang melakukan proses ikatan nitrogen (proses penukaran nitrogen atmosfera kepada bentuk-bentuk yang lebih berguna seperti nitrat, ammonia dan nitrogen oksida). Hampir semua tumbuhan memerlukan sebatian nitrogen di dalam tanih untuk tumbuh subur. Baja adalah bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Setiap bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan dan dibekalkan kepada tanah contohnya Nitrogen, Fosforus dan Kalium adalah dikelaskan sebagai baja tumbuhan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan tajuk mengenai beberapa fungsi dan penjelasan mengenai baja untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda. Lazimnya antara bahan-bahan yang digunakan secara tidak langsung untuk memperbaiki struktur dan tekstur tanah dalam meningkatkan daya kelembapan tanah dan daya pegangan air tanah serta mengawal keasidan tanah adalah dianggap sebagai bahan pembetulan tanah (soil amendment), pelembap tanah (soil conditioner) dan bahan tambahan tanah (soil additives). Apa pun kesemua bahan ini adalah penting dalam usaha mempertingkatkan kesuburan tanah bagi dapat menampung keperluan pertumbuhan tanaman daripada peringkat awal penanaman sehingga kepada peringkat penuaian hasil. Penulis blog memang belajar dan membaca mengenai ada terdapat 18 unsur pemakanan tumbuhan yang diperlukan oleh tanaman mengikut peringkat pertumbuhan, cara pengambilan unsur pemakanan tersebut dan jenis tanaman. Sudah tentu unsur yang paling utama dan paling penting dalam proses pertumbuhan hampir kesemua jenis tanaman ialah Nitrogen, Posforus dan Kalium (N,P,K). Unsur Nitrogen sangat penting bagi pertumbuhan tanaman daripada peringkat awal percambahan sehingga peringkat pembentukan daun. Dalam pada itu Fosforus (Phosforan) memang baja yang penting bagi pembentukan akar dan dahan. Terpenting juga adalah unsur Kalium yang penting dalam pembentukan bunga dan buah. Pokok akn menyerap smeua unsur nutrien dari tanah melalui akarnya dan dibawa ke bahagian daun bagi menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan tenaga untuk pertumbuhan. Kadar pembajaan yang betul mengikut jadual amat penting bagi mempastikan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dapat digunakan dengan optima. Baja Campuran atau sering juga di[anggil sebagai Baja Sebatian adalah juga baja kimia yang mengandungi NPK dan TE dihasilkan melalui dan menggunakan campuran bahan kimia dan bukan organik. Kesan kekurangan tiga unsur utama ini akan menampakkan simptom secara umumnya pada daun (kurang nitrogen), pertumbuhan terbantut (kurang fosforus) dan tidak membentuk bunga (kurang kalium). Apa pun terdapat juga unsur sekunder yang tidak kurang juga pentingnya dalam pertumbuhan tanaman iaitu kalsium, magnesium, sulfur dan sodium yang diperlukan tanaman untuk pertumbuhan yang subur. Selain daripada unsur utama dan unsur sekunder, unsur surih seperti boron, zink, ferum, mangan, klorin, molybdenum, kobalt dan tembaga (copper) diperlukan oleh tanaman tetapi dalam jumlah yang sedikit. Maksudnya, ada atau tidak ada unsur surih ini dalam pembajaan tidak begitu signifikan dari segi pertumbuhan. Jika kepekatan unsur surih tinggi dalam tanah maka ini akan menyebabkan toksik (keracunan) terutama bagi tanaman yang baharu disemai. Unsur seperti oksigen, karbon dan hidrogen yang tanaman perlukan adalah didapati daripada atmosfera iaitu dalam bentuk karbon dioksida dan air. Namun begitu, unsur karbon dan hidrogen terdapat dalam baja urea disebabkan oleh penghasilan baja urea melalui proses ‘Haber’. Baja urea dihasilkan daripada gabungan gas nitrogen daripada atmosfera dengan hidrogen daripada gas asli contohnya seperti metana seterusnya membentuk gas ammonia. Baja boleh dikelaskan mengikut empat kumpulan yang berbeza dari segi kandungan nutriennya iaitu baja kimia (bukan organik), baja organik, baja galian (mineral) dan baja organik sintetik. Cara pelepasan nutrien dalam setiap jenis baja ini adalah berbeza mengikut kandungan nutrien baja tersebut. Apa pun baja kimia adalah baja yang dihasilkan menggunakan campuran bahan kimia dan bukan organik contohnya campuran bahan yang mengandungi asid sulfurik dan gas ammonia dalam pembuatan baja ammonium sulfat. Melalui tindak balas kimia, bahan tersebut berubah kandungan dari segi atom dan molekul lalu membentuk bahan baharu iaitu ammonium sulfat. Baja kimia ini mengandungi dua unsur iaitu nitrogen dan sulfur. Kandungan unsur pemakanan tumbuhan adalah tinggi dalam baja kimia. Pelepasan unsur pemakanan tumbuhan daripada baja kimia adalah cepat berbanding baja organik dan baja mineral disebabkan sifat yang mudah larut dan mudah meresap ke dalam tanah. Kebanyakan baja kimia digunakan pada peringkat pertumbuhan yang tertentu dan contohnya sepuluh ke 20 hari selepas penanaman, peringkat pembungaan dan pembentukan buah bagi memastikan nutrien daripada baja kimia digunakan sepenuhnya oleh tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan tersebut. Dalam pada itu Baja Organik pula adalah baja yang dihasilkan menggunakan bahan asli tanpa campuran bahan kimia. Cara penghasilan baja organik adalah daripada pereputan sisa pertanian yang mudah terurai contohnya sisa tanaman dan sisa haiwan. Penguraian bahan asli daripada sisa tanaman dan haiwan mengambil masa lebih kurang dalam julat tiga bulan sehingga lapan bulan mengikut tinggi atau rendahnya kandungan bahan yang mudah atau lambat terurai. Hasil akhir daripada proses penguraian ini dikenali sebagai kompos, iaitu baja organik yang terkenal dalam meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman. Kandungan bahan humus (organik) dalam kompos adalah tinggi dan kandungan nutriennya bergantung kepada campuran sisa yang digunakan, contohnya jika campuran menggunakan daun kekacang dan sisa haiwan, kandungan nitrogen adalah tinggi. Manakala, jika abu daripada pembakaran pelepah sawit digunakan dalam campuran pembuatan kompos, maka kandungan kalium adalah tinggi. Pelepasan bahan humus daripada kompos adalah perlahan dan biasanya dibekalkan kepada tanaman pada musim awal penanaman supaya boleh diambil oleh tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan. Dalam pada itu terdapat Baja Galian dan Baja Mineral dimana Baja galian adalah baja yang dihasilkan melalui pemecahan batuan yang mengandungi nutrien contohnya batu kapur yang mengandungi kalsium serta magnesium dan batuan fosfat yang mengandungi fosforus. Proses penghasilan galian ini adalah disebabkan oleh tindakan luluhawa fizikal dan luluhawa kimia terhadap batuan yang merubah bentuk dan kandungannya. Selain daripada itu, perlombongan batuan dilakukan bagi mendapatkan galian dalam bentuk serpihan yang lebih kecil atau serbuk galian yang sedia untuk digunakan. Kebanyakan baja galian mempunyai nutrien tumbuhan yang rendah dan cara pelepasan unsur pemakanan ke dalam tanah adalah lambat disebabkan batuan ini lambat larut dan memerlukan jumlah air secukupnya bagi proses pelarutan dalam tanah. Contoh baja galian ialah ‘China Rock Phosphate’ (CRP), ‘Christmas Island Rock Phosphate’ (CIRP), dan ‘Egyptian Rock Phosphate’ (EGP). Batuan fosfat ini dinamakan mengikut tempat perlombongan batuan fosfat tersebut. Dalam kes lain terdapat apa yang dikatakan sebagai Baja Organik Sintetik iaitu baja yang dihasilkan daripada gabungan gas dan sebatian organik yang disintesis secara bukan semula jadi. Proses penghasilan baja organik sintetik menggabungkan gas ammonia, hidrogen dan karbon dioksida. Sumber kepada gas ammonia ialah pengikatan gas nitrogen (N2) oleh proses Haber atau pembentukan ‘cyanamide’ (sebatian hablur asid lengai terhasil daripada pembebasan ammonia), manakala sumber kepada gas karbon dioksida ialah gas yang terbebas daripada perindustrian dan perkilangan. Baja urea merupakan satu-satunya penemuan yang unggul dalam pembuatan baja organik sintetik. Dalam proses penghasilan baja urea, gas hidrogen yang terhasil melalui tindak balas air dan gas membentuk gas karbon dioksida dalam jumlah yang banyak. Namun begitu, gas yang terhasil daripada air, berfungsi dalam menyeimbangkan campuran nitrogen dan hidrogen yang mengandungi kepekatan gas karbon dioksida yang tinggi (70 - 80%). Proses penghasilan baja urea ini ialah tindak balas berbalik dan memerlukan suhu yang tinggi (400 - 500° C). Penemuan dalam kaedah penghasilan baja urea ini menyebabkan penggunaan baja urea secara meluas bukan sahaja disebabkan cara pelepasan unsur pemakanan yang cepat tetapi juga disebabkan oleh kandungan nitrogen yang tinggi iaitu 46%. Penulis blog dapati dimana pengetahuan pembaca dan petani mengenai jenis kandungan unsur pemakanan dalam setiap baja dan juga fungsi unsur tersebut kepada pembentukan dan pertumbuhan tanaman adalah penting bagi menentukan faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan baja. Apa pun cara pelepasan setiap jenis nutrien daripada baja mempengaruhi keberkesanan cara penggunaan baja untuk kesuburan tanah dan tanaman. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... MENGENAI BAJA... APA BENDANYA... BAJA NPK,,, RAMAI ORANG GUNA... BAJA ORGANIK... BAJA KIMIA ADA... POKOK SUBUR.. MESTI MEMBAJA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11F, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. 5 Rabiul Awal 1442H.
  2. LIMAU OREN MANDARIN ORANGE (Citrus reticulata) adalah sejenis tumbuhan sitrus kecil yang menyerupai buah oren. Kebiasaannya buah limau mandarin boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai salad buah-buahan. Apa pun penulis blog dapati dimana menurut kajian dengan molekular, limau mandarin, limau mata kerbau (sitron), limau bali dan papeda merupakan leluhur kesemua spesies sitrus lain dan jenis-jenisnya sama ada melalui melalui pembiakan atau penghibridan semula jadi. Penanaman pokok limau manis (mungkin jumlah ini termasuk limau manarin ini) di Malaysia pada 2018 dilaporkan seluas 2,692 hektar dan menghasilkan sebanyai 15,37 metrik tan limau (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Dilaporkan juga keluasan tanaman Limau Bali (Citrus grandis) di Malaysia pada tahun yang sama berjulah 1,149 hektar menghasilkan sebanyak 13,103 metrik tan terutama di Johor dan Perak. Ini menjadikan keluasan kesemua tanaman limau di Malaysia adalah seluas 3,841 hektar. Industri tanaman limau di Malaysia pernah terjejas teruk dengan serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) yang banyak menjejaskan jenis limau manis seperti limau langkat dan sebagainya. Varieti Limau M33 yang diperkenalkan sekitar 1987 di Segamat ,Johor merupakan salah satu varieti limau manis jenis limau mandarin. Ia masih ada ditanam dan berhasil dibeberapa kebun limau yang penulis blog pernah melawat. Pada masa ini Malaysia merupakan sebuah negara pengimport buah limau mandarin serta limau lain dan juga produk berasaskan limau. Mungkin kalangan pembaca keliru dengan sebutan Limau Mandarin, Limau Tangerine, Limau Oren, Limau Kupas, Lokam dan sebagainya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai beberapa jenis limau mandarin atau limau oren untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua. Pembiakbakaan limau dijalankan semenjak beratus-ratus tahun dimana hasil kacukan limau ini sudah ada bermacam-macam jenisnya. Oren kuning kemerahan seperti Tangerine juga mempunyai warna, saiz dan bentuk serta rasa yang dilaporkan sama dengan limau mandarin dan beberapa limau lainnya. Limau ini kebanyakannya adalah mempunyai kulit yang mudah dikupas dan senang dimakan serta memberikan rasa manis dan masam yang sangat ideal kualitinya. Citron, Pomelo, Papeda dan mandarian merupakan baka induk kepada kebanyaka varieti limau masakini. Melalui beberapa proses pendebungaan dan penghibridan semulajasi juga maka jenis limau kupas yang manis dihasilkan dan ditanam secara komersil diseluuruh dunia. Negara China meropakan pengeluar utama jenis limau mandarin dengan menguasai sebanyak 53% daripada pengeluaran dunia sebanyak 22.4 juta metrik tan pada tahun 2016 (FAOStat). Pokok limau ini dengan ketinggian antara 3 - 5 meter mempunyai banyak cabang dan bunga biseksual mampu hasilkan buah segar berukuran 5 - 9 cm garispusat. Limau Mandarin dimakan segar dan diproses untuk dijadikan berpuluh malahan rasusan produk berasaskan kepada produk makanan, komestik, kesihatan dan sebagainya. Daripada peneliitian penulis blog mendapati sebenarnya jenis limau mandarin ini telah dibahagikan kepada 3 kelas iaitu Limau Mandarin (Class I), Limau Tangerine (Class II) dan Limau Satsuma (Class III). Limau Mandarin Citrus reticulata) atau juga dipanggil sebagai Oren Mandarine adalah buah kecil bulat yang menyamai Limau Oren yang selalu dimakan segar dengan mengupasnya atau dijadikan salad. Limau Tangerine pula mempunyai warna oren dihasilak daripada hibrid dengan limau mandarin. Bagaimana pun berikut adalah pengkelasan limau mandarin mengikut beberapa bahan rujukan untuk kita memahaminya: - C. Class III, Satsuma (Limau jenis ini sering dipasarkan sebagai “Emerald Tangerine”). Limau Satsuma dikenali dan ditanam semenjak 350 lalu berasal dari Jepun. Pokoknya mampu hidup dalam suhu sejukbeku -11.11 Celcius dan ini bermakna memang ia tahan sejuk. Ia mrupakan jenis oren yang sangat manis dan popular di tanam di Florida serta California USA dimana dilaporkan ia dikahwinkan dengan limau Poncirus trifoliate.1.Owari Owari adalah limau berbentuk bulat sehingga bentuk oblate atau pun bentuk buah pear. Mempunyai saiz buah yang sederhana dan ukurannya 4.0 - 6.1 cm lebar serta 4.0 - 6.25 cm tinggi. Kulitnya nipis, kuat dan kasar sedikit dengan berwarna oren. Ia mempunyai sebanyak 3 - 4 butir biji didalamnya atau pun tidak berbiji langsung (seedless). Ia matang awal dengan pokok yang kecil serta mempunyai daun lebar dan tidak berduri. Tidak mempunyai kepak pada petiol dan banyakk ditanam di Northern Florida, Other Gulf states, Alabama dan sedikit ditanam di California.2. Wase Wase diperkenalkan pada tahun sebelum 1895 di Jepun dan dilaporkan hasil matatunas kacukan dari jenia Owari. Ia telah ditanam dengan meluas di Jepun pada tahun 1910 dimana buahnya berbentuk oblate sehinggabulat atau konical dengan lebarnya 5.71 cm dan tinggi buah 4.5 cm. Kulitnya adalah nipis dan licin dengan berwarna oren. Mempunyai sebanyak 10 segmen didalamnya dan isi yang manis serta matang awal. Pokoknya tumbuh renak dan lambat meninggi serta melempai semasa berbuah. Banyak di tanam di Southern Alabama dan di California.3. Kara Kara merupakan limau Satsuma dengan ukuran buahnya mempunyai ukuran lebar 5.4-7.5 cm dan ketinggian buahnya iaitu 5.4 -7.0 cm. Kulitnya berwarna oren pekat sehingga warna kuning-orn akan tetapi ada kedutan sedikit pada bahagian apeks. Jenih limau ini mempunyai 10 - 14 segmen dan mempunyai aroma kuat, lembut dengan isi yang berjus (juicy). Buah muda sangat masam berasid akan tetapi buah masak adalah manis. Ia mempunyai sebanyak 12 - 20 butir biji bersaiz agak besar dan ada kalanya tidak berbiji langsung (seedless). Jenis buah ini akan matang pada lewat musim dengan pokoknya tidak berduri, ada kepak dipetiol serta tumbuh subur dengan daunnya lebar. Banyak ditana, di California USA dan di China. Artikel ini mempunyai 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca secara berutrutan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!!!... LIMAU MANDARIN...BANYAK JENISNYA... KELAS 1... MANDARIN OREN NAMANYA... KELAS II... TANGERINE POPULARNYA... KELAS 3... NAMA MACAM JEPUN PULA... By, M Anim, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. 21 Zulkaedah 1441H).
  3. Hidroponik adalah salah satu subjek yang saya belajar ketika di universiti. Subjek ini memang asalnya asing pada saya tetapi setelah menceburi bidang pertanian dan hortikultur ini saya semakin faham konsep hidroponik. Kita mulakan dengan persoalan asas iaitu apakah itu hidroponik? Hidroponik ialah sebuah konsep bercucuk tanam tanpa menggunakan tanah. Istilah hidroponik dibina daripada dua perkataan Latin iaitu hidro dan ponik yang bermaksud air yang bekerja. Di Malaysia, hidroponik mula terkenal sekitar tahun 2000 apabila berlaku kenaikan harga barang yang mendadak. Namun ianya bersifat sementara sahaja. Mungkin kerana faktor kurang maklumat dan kefahaman bagaimana hidroponik ini bekerja. Namun begitu, pada awal 2016, semakin ramai ingin mempelajari asas hidroponik yang boleh dibuat di rumah. Di dalam artikel kali ini, saya akan menerangkan konsep asas sebagai pekebun bandar patut kita tahu. Kita akan berkenalan dengan sejarah dan keperluan asas hidroponik seperti medium sokongan dan baja AB. Sejarah Hidroponik Kajian penanaman tumbuhan tanpa tanah boleh dikesan sejak tahun 1600-an lagi. Ahli saintis seperti Belgian Jan Van Helmout (1600), John Woodward (1699), Bassungault (1850), Sachs dan Knop (1860) dan W. F. Gericke (1930) telah banyak menyumbang maklumat ke arah menghasilkan sistem hidroponik yang baik. Van Helmout adalah saintis terawal dengan kajian terhadap hubungan antara air dan tumbuhan. Beliau mendapati tumbuhan memerlukan air bagi bagi mendapatkan bahan-bahan asas untuk hidup. Kajian John Woodward pula mendapati air daripada tanah memberi sumber bahan untuk tumbuhan hidup. Beliau merumuskan air dan tanah juga saling bergantungan untuk membekalkan bahan keperluan dan nutrien kepada tumbuhan. Seterusnya, Bassingault menggunakan pasir sebagai medium sokongan. Di sinilah bermulanya kaedah kultur pasir dalam penanaman tanpa tanah. Walaupun begitu, kajian oleh Sachs dan Knop melengkapkan pengetahuan kultur penanaman tanpa tanah. Mereka mendapati larutan nutrien yang mengandungi nitrogen, fosforus, sulfur, kalium, kalsium dan magnesium berjaya menghasilkan tumbuhan sihat. W. F. Gericke telah menamakan kaedah kultur tanpa tanah ini secara komersil dengan nama hydroponic pada tahun 1930-an. Secara teknikalnya, beliaulah mempopularkan istilah ‘hidroponik’. Jadi tiada isu cantuman dua istilah menjadi satu dalam apa-apa bahasa pun termasuklah bahasa Inggeris dan Melayu. Sistem hidroponik ini mula berkembang sekitar 1950-an. Perkembangan ini tertumpu pada negara beriklim sederhana seperti Jepun, Rusia, Itali, Sepanyol, Perancis, England, Jerman, dan Sweden. Dewasa ini, perkembangan sistem ini mula merebak pada negara-negara cuaca panas seperti Mexico, Timur Tengah dan negara-negara tropika. Di Malaysia, penggunaan sistem hidroponik mula diusahakan oleh Kolej Pertanian Malaya (kini dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia dan ditukar istilah pertanian kepada putra) pada 1950-an. Selepas itu, sistem ini diperkembangan kepada pelajar mereka. Syarikat swasta mula menggunakan kaedah hidroponik sekitar awal tahun 2000. Manakala pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bergiat cergas dalam kajian hidroponik. Kelebihan Hidroponik Sistem hidroponik mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah penanaman konvensional atas tanah. Pengeluaran hasil yang lebih tinggi Bekalan nutrien seimbang berterusan kepada tanaman Penanaman tidak terikut dengan cuaca setempat Sayur dan buah yang dihasilkan seragam kerana bahan nutrien dan nilai pH diberi secara kawalan dan sekata Kualiti buah atau bunga lebih tinggi Penyakit bawaan tanah yang dibawa oleh nematod dapat dielakkan Kos membajak, merumpai, membuat batas dan menyiram tiada Jenis Sistem Hidroponik Kekurangan Hidroponik Walaupun begitu, kaedah hidroponik tetap ada kelemahannya. Kos permulaan yang tinggi bagi membeli peralatan yang sesuai Penyakit cepat merebak jika air tercemar Memerlukan kemahiran teknikal seperti penyediaan larutan nutrien, menguji pH dan keberaliran elektrik (EC) Tidak semua tanaman boleh guna sistem hidroponik Medium Sokongan Pada awalnya, di Malaysia kita banyak menggunakan pasir, batu kerikil dan pecahan bata sebagai medium sokongan hidroponik. Selepas beberapa kajian, penggunaan pasir, batu kerikil dan pecahan bata tidak lagi digunakan. Fungsi utama medium sokongan adalah menyokong pokok. Ciri-ciri berikut perlu ada pada medium hidroponik: Berupaya menyimpan kelembapan Saliran yang baik Mempunyai ruang pengudaraan Tidak berbahaya pada tumbuhan Mudah didapati Tidak bertindak balas dengan larutan baja Poros Contoh medium yang paling banyak digunakan adalah rockwool, bebutir tanah liat yang digelar LECA (lightweight expanded clay aggregate), sabut kelapa hancur (cocopeat), sekam padi bakar, span, kapas, vermikulit dan perlit. Larutan Baja AB Baja hidroponik lebih dikenali sebagai baja AB atau baja XY. Baja AB mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tumbuhan. Oleh sebab itu baja hidroponik boleh dikatakan sebagai baja lengkap. Apapun nama diberi, baja hidroponik adalah larutan nutrien yang mengandungi unsur-unsur nutrien berikut: Unsur Nutrien Bahan Kimia 1. Nitrogen (N) Kalsium nitrat Kalium Nitrat Ammonium fosfat Ammonium sulfat 2. Fosforus (P) Monokalium hidrogen fosfat Super fosfat 3. Kalium (K) Kalium nitrat Monokalium fosfat Kalium sulfat 4. Kalsium (Ca) Kalsium nitrat Kalsium sulfat 5. Magnesium (Mg) Magnesium sulfat 6. Sulfur (Su) Magnesium sulfat 7. Mangan (Mn) Mangan sulfat 8. Kuprum (Cu) Kuprum sulfat 9. Zink (Zn) Zink sulfat (EDTA) 10. Molibdenum (Mo) Ammonium molibdat Natrium molibdat 11. Boron (B) Hibor Asid borik 12. Ferum (Fe) Ferum EDTA / Zat besi (iron chelate) Ferum sulfat Mengapa dinamakan baja AB? Hal ini kerana terdapat dua pembahagian baja iaitu baja A dan baja B. Walaupun begitu tidak lah terhad AB. Boleh jadi XY, CD, atau apa-apa gabungan. Yang penting terdapat dua pembahagian. BAJA BAHAN Baja A Kalsium nitrat Ferum EDTA Baja B Kalium nitrat Monokalium hidrogen fosfat Magnesium sulfat Mangan sulfat Hibor (Asid borik) Zink sulfat Kuprum sulfat Natrium molibdat Pembahagian baja A dan baja B ini ada sebabnya. Di dalam baja hidroponik ini terdapat kalsium nitrat, magnesium sulfat dan monokalium hidrogen fosfat. Ketiga-tiga sebatian ini apabila dicampurkan dengan air akan membentuk ion kalsium yang bercas positif, manakala ion sulfat dan ion fosfat bercas negatif. Pada kepekatan yang tinggi ion kalsium akan bercantum dengan ion sulfat membentuk kalsium sulfat. Ini dapat dilihat secara fizikal dengan munculnya mendakan putih dalam larutan. Mendakan putih ini tidak dapat diserap langsung oleh tumbuhan. Oleh itu tumbuhan akan kekurangan unsur nitrogen, fosforus, magnesium dan kalsium. Oleh sebab itu baja hidroponik dijadikan stok A dan B yang akan dilarut-cairkan sebanyak 100 kali untuk mengelakkan terjadinya mendakan tersebut. Keperluan Hidroponik Sistem hidroponk bukanlah satu yang anda mahu bina dari kosong jika anda seorang pemula atau newbie yang baru berjinak dengan sistem ini. Sistem sedia bina amat sesuai untuk pemula. Sehingga anda sudah mula dan membuat beberapa kesalahan, sistem sedia mula akan mengurangkan kerugian anda. Anda boleh mengkaji apa yang berkesan dan yang tak untuk anda faham bagaimana sebenarnya hidroponik ini berlangsung. Sistem sedia bina hidroponik bermula seringkas bekas takungan sehinggalah ke rumah hijau mini. Selalunya disertakan dengan span, baja dan biji benih. Jika anda membeli sistem yang ringkas, harga bermula serendah RM50 sehinggalah ratusan ringgit bergantung kepada jumlah tanaman yang boleh ditanam. Sebuah sistem hidroponik memerlukan bekas takungan, larutan baja, tapak untuk tumbuhan, pam. Jenis Sistem Hidroponik Kalau kita google atau lihat video di youtube, terdapat nama istilah hidroponik. Saya jelaskan secara mudah, segala teknik itu adalah sub-kategori kepada hidroponik selagi teknik itu tidak menggunakan tanah. Jenis sistem yang anda pilih bergantung kepada berapa luas ruang yang ada dan berapa besar kebun yang ingin anda bina. Sistem Water Culture Sistem water culture adalah antara sistem yang paling ringkas dan menjimatkan. Ia terdiri daripada sesuatu yang mampu memegang tumbuhan, pam dan batu udara, dan bekas yang menampung nutrien. Anda boleh masukkan styrofoam dengan pasu untuk terapung. Sistem ini sesuai untuk tanaman sayur daun seperti salad. Pam air dan batu udara dimasukkan bagi membekalkan oksigen pada bekas tersebut. Kelemahan sistem ini anda tidak dapat menanam tanaman yang besar seperti cili, tomato dan jagung. Sistem Pasang Surut (Ebb and Flow) Sistem ini membanjiri bekas tanaman untuk beberapa masa sebelum surut. Hal ini dilaksanakan dengan adanya pemasa automatik bersambung dengan pam yang terendam dalam larutan nutrien. Apabila pasang surut ini berlangsung selama beberapa kali dalam sehari, dapat mengekalkan kelembapan pada media tanaman. Namun, sistem ini memerlukan bekalan elektrik yang berterusan. Jika tempat anda selalu terputus bekalan alat elektrik, mungkin teknik ini tidak berapa disarankan. Ini akan menyebabkan pokok anda nanti kekeringan tidak dapat air yang cukup. Anda boleh atasi dengan menggunakan medium yang menyimpan lembapan seperti wul batuan. Teknik Tipisan Nutrien (TTN) Teknik tipisan nutrien atau biasa disebut sebagai nutrient film technique (NFT) adalah yang paling banyak kita bayangkan apabila melibatkan hidroponik. Sistem ini membekalkan nutrien secara berterusan pada tumbuhan tanpa memerlukan pemasa. Larutan nutrien sentiasa berkitar antara bekas tanaman dan kembali kepada takungan di bawahnya. TTN tidak menggunakan sebarang media tanaman. Tanaman membesar di dalam bekas sehingga akar mencecah larutan nutrien. Ini adalah teknik yang ideal jika anda mempunyai bekalan elektrik yang berterusan. Sistem Aeroponik Sama seperti TTN, akar pokok tidak membesar dalam sebarang media tanaman. Akar pokok disembur oleh kabus nipis yang mengandungi larutan nutrien. Pemasa digunakan untuk menyembur kabus nutrien secara berkala. Sekali lagi, teknik ini berkesan apabila anda mempunyai sumber bekalan air elektrik berterusan. Sistem Sumbu Sama seperti namanya, sistem sumbu Kesimpulan Saya berharap pembaca dapat sebanyak sedikit memahami apa itu hidroponik, sebuah sistem penanaman tanpa tanah. Dengan anda memahami bahawa hidroponik memerlukan medium sokongan dan baja AB, anda dapat membuat sendiri sistem hidroponik mengikut kesesuaian di tempat anda berada. Jangan lupa bahawa betapa canggih pun sistem hidroponik kita perlu berbalik kepada keperluan asas tumbuhan hidup iaitu karbon dioksida, nutrien, dan cahaya. Jika pembaca ada soalan atau pandangan boleh lah tinggal komen anda di bawah. Rujukan Aziah Arshad. 1996. Menanam Secara Hidroponik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Pelbagai penulis. 2009. Manual Teknologi Fertigasi Penanaman Cili, Rockmelon dan Tomato. MARDI: Serdang. The post Konsep Asas Penanaman Hidroponik (Mudah Faham Untuk Newbie) appeared first on Kebun Bandar.
  4. LIMAU OREN MANDARIN ORANGE (Citrus reticulata) adalah sejenis tumbuhan sitrus kecil yang menyerupai buah oren. Kebiasaannya buah limau mandarin boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai salad buah-buahan. Apa pun penulis blog dapati dimana menurut kajian dengan molekular, limau mandarin, limau mata kerbau (sitron), limau bali dan papeda merupakan leluhur kesemua spesies sitrus lain dan jenis-jenisnya sama ada melalui melalui pembiakan atau penghibridan semula jadi. Penanaman pokok limau manis (mungkin jumlah ini termasuk limau manarin ini) di Malaysia pada 2018 dilaporkan seluas 2,692 hektar dan menghasilkan sebanyai 15,37 metrik tan limau (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Dilaporkan juga keluasan tanaman Limau Bali (Citrus grandis) dimalaysia pada tahun yang sama berjulah 1,149 hektar menghasilkan sebanyak 13,103 metrik tan terutama di Johor dan Perak. Ini menjadikan keluasan kesemua tanaman limau di Malaysia adalah seluas 3,841 hektar. Industri tanaman limau di Malaysia pernah terjejas teruk dengan serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) yang banyak menjejaskan jenis limau manis seperti limau langkat dan sebagainya. Varieti Limau M33 yang diperkenalkan sekitar 1987 di Segamat ,Johor merupakan salah satu varieti limau manis jenis limau mandarin. Ia masih ada ditanam dan berhasil dibeberapa kebun limau yang penulis blog pernah melawat. Pada masa ini Malaysia merupakan sebuah negara pengimport buah limau mandarin serta limau lain dan juga produk berasaskan limau. Mungkin kalangan pembaca keliru dengan sebutan Limau Mandarin, Limau Tangerine, Limau Oren, Limau Kupas, Lokam dan sebagainya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai beberapa jenis limau mandarin atau limau oren untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua. Pembiakbakaan limau dijalankan semenjak beratus-ratus tahun dimana hasil kacukan limau ini sudah ada bermacam-macam jenisnya. Oren kuning kemerahan seperti Tangerine juga mempunyai warna, saiz dan bentuk serta rasa yang dilaporkan sama dengan limau mandarin dan beberapa limau lainnya. Limau ini kebanyakannya adalah mempunyai kulit yang mudah dikupas dan senang dimakan serta memberikan rasa manis dan masam yang sangat ideal kualitinya. Citron, Pomelo, Papeda dan mandarian merupakan baka induk kepada kebanyaka varieti limau masakini. Melalui beberapa proses pendebungaan dan penghibridan semulajasi juga maka jenis limau kupas yang manis dihasilkan dan ditanam secara komersil diseluuruh dunia. Negara China meropakan pengeluar utama jenis limau mandarin dengan menguasai sebanyak 53% daripada pengeluaran dunia sebanyak 22.4 juta metrik tan pada tahun 2016 (FAOStat). Pokok limau ini dengan ketinggian antara 3 - 5 meter mempunyai banyak cabang dan bunga biseksual mampu hasilkan buah segar berukuran 5 - 9 cm garispusat. Limau Mandarin dimakan segar dan diproses untuk dijadikan berpuluh malahan rasusan produk berasaskan kepada produk makanan, komestik, kesihatan dan sebagainya. Daripada peneliitian penulis blog mendapati sebenarnya jenis limau mandarin ini telah dibahagikan kepada 3 kelas iaitu Limau Mandarin (Class I), Limau Tangerine (Class II) dan Limau Satsuma (Class III). Limau Mandarin Citrus reticulata) atau juga dipanggil sebagai Oren Mandarine adalah buah kecil bulat yang menyamai Limau Oren yang selalu dimakan segar dengan mengupasnya atau dijadikan salad. Limau Tangerine pula mempunyai warna oren dihasilak daripada hibrid dengan limau mandarin. Bagaimana pun berikut adalah pengkelasan limau mandarin mengikut beberapa bahan rujukan untuk kita memahaminya: - B. Class II, Tangerine 1. Clementine Limau Clementine ini diperkenalkan paa tahun 1909 oleh Jabatan Pertanian California, USA. Baka ini sebenarnya adlah dibawa masuk dari Algeria pada tahun 1914 setelah ditambahbaik program biakbakaanya. Buahnya adalah sederhana besar berbentu bulat sehingga bentuk elliptical dengan ukuran lebar 5-6.1 cm wide dan ketinggian buahnya 5-7 cm. Kulit buah yang dikopek melihat isinya yang berwarna oren kemerahan mempunyai 8 - 12 segmen yang halus, lembut, tebal, berkilat, loose dan juga puffy. Limau ini juga digelar sebagai Algerian Tangerine. 2. Cleopatra Cleopatra telah diperkenalkan pada tahun 1888 daripada negara Jamaikan ke USA. Kulit limau jennis ini adalah berwarna oren-merah dengan bentuk buah 'oblate' dan bersaiz agak kecil. Ia mempunyai biji dimana selalu digunakan sebagai pokok hiasan (ornamental plants) di Florida dan Jepun ada juga digunakan sebagai pokok penanti (rootstock). Jenis ini juga dikenali dengan nama sebagai Limau Ponki atau Limau Spice. 3. Dancy Dancy adalah jenis limau yang dijumpai di Buea Vista, Florida, UA pada tahun 1871 dan dikomersilkan kaedah penanamannya pada tahun1872. Buahnya mempunyai bentuk oblate atau 'pear-shaped'. Buah bersaiz sederhana dengan ukuran 5.7 - 7.5 cm lebar dan 4 - 5.4 cm tinggi. Kulit buah bermarna oren-merah dan merah dengan isinya oren gelap. Limau ini mempunyai 10 - 14 segments dan 6 - 20 biji didalamnya. Ia memang enak dimakan dan luas ditanam di Florida diikuti kawasan di California dan Arizona . Pokoknya tahan kepada cuaca sejukbeku. 4. Ponkan Ponkan pula adalah oren dengan nama lainya sebagai 'Chinese Honey Orange' yang berbentuk bulat atau pun bentuk 'oblate' dengan ukuran lebarnya 7 - 8 cm. Kulitnya adalah berwarna oren lembut dimana ada lubang dibahagian bawah buah. Mempunyai sebanyak 9 - 12 segmen dengan ada aroma wangi, manis, juicy dan mengandungi biji sedikit jumlahnya. Pokoknya dikelaskan sebagai jensi pokok renek (dwarf plant). 5. Robinson Robinson dihasilkan dengan kacukan dari Limau Clementine Tangerine dengan jenis Orlando tangelo. Ia diperkenalkan di USA oleh Jabatan Pertanian )USDA) pada tahun 1960. Mengandungi sekitar 10 - 12 biji didalamnya dan menjadi populat atau viral apabila dengan menyembur Ethrel mempercepatkan pembuahannya warna oren yang menarik. 6. Sunburst Sunburst adalah hasil kacukan Limau Robinson dan Limau Osceola pada tahun 1967. Kemudian pada tahun 1970 limau ini dibiakkan beberapa anakbenih sebelum dikomersilkan penanamnya pada tahun 1979 terutama di Florida. Buah limau ini adalah bersaix xederhana dengan bentuk buahnya ada;ah 'obate' berukuran 6.25 - 7.5 cm tinggi. Dilaporkan dimana di Florida Tengah kulit buah ini adalah berwarna oren dan oren scarlet dari kawasan tanaman Indian River. Ia juga mempunyai 11-15 segment dengan jumlah bijinya sebanyak 10-20 butir dan warna jus yang kuat. Matang dan dituai pada pertengahan bulan November sehingga pertengahan Dicember. Pokoknya mudah hidup subur, dahan tidak berduri, vigorous dan berbuah awal. Artikel ini mempunyai 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca secara berutrutan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!!!... LIMAU MANDARIN...BANYAK JENISNYA... KELAS 1... MANDARIN OREN NAMANYA... KELAS II... TANGERINE POPULARNYA... KELAS 3... NAMA MACAM JEPUN PULA... By, M Anim, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. 21 Zulkaedah 1441H.
  5. LIMAU OREN MANDARIN ORANGE (Citrus reticulata) adalah sejenis tumbuhan sitrus kecil yang menyerupai buah oren. Kebiasaannya buah limau mandarin boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai salad buah-buahan. Apa pun penulis blog dapati dimana menurut kajian dengan molekular, limau mandarin, limau mata kerbau (sitron), limau bali dan papeda merupakan leluhur kesemua spesies sitrus lain dan jenis-jenisnya sama ada melalui melalui pembiakan atau penghibridan semula jadi. Penanaman pokok limau manis (mungkin jumlah ini termasuk limau manarin ini) di Malaysia pada 2018 dilaporkan seluas 2,692 hektar dan menghasilkan sebanyai 15,37 metrik tan limau (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Dilaporkan juga keluasan tanaman Limau Bali (Citrus grandis) dimalaysia pada tahun yang sama berjulah 1,149 hektar menghasilkan sebanyak 13,103 metrik tan terutama di Johor dan Perak. Ini menjadikan keluasan kesemua tanaman limau di Malaysia adalah seluas 3,841 hektar. Industri tanaman limau di Malaysia pernah terjejas teruk dengan serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) yang banyak menjejaskan jenis limau manis seperti limau langkat dan sebagainya. Varieti Limau M33 yang diperkenalkan sekitar 1987 di Segamat ,Johor merupakan salah satu varieti limau manis jenis limau mandarin. Ia masih ada ditanam dan berhasil dibeberapa kebun limau yang penulis blog pernah melawat. Pada masa ini Malaysia merupakan sebuah negara pengimport buah limau mandarin serta limau lain dan juga produk berasaskan limau. Mungkin kalangan pembaca keliru dengan sebutan Limau Mandarin, Limau Tangerine, Limau Oren, Limau Kupas, Lokam dan sebagainya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai beberapa jenis limau mandarin atau limau oren untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua. Pembiakbakaan limau dijalankan semenjak beratus-ratus tahun dimana hasil kacukan limau ini sudah ada bermacam-macam jenisnya. Oren kuning kemerahan seperti Tangerine juga mempunyai warna, saiz dan bentuk serta rasa yang dilaporkan sama dengan limau mandarin dan beberapa limau lainnya. Limau ini kebanyakannya adalah mempunyai kulit yang mudah dikupas dan senang dimakan serta memberikan rasa manis dan masam yang sangat ideal kualitinya. Citron, Pomelo, Papeda dan mandarian merupakan baka induk kepada kebanyaka varieti limau masakini. Melalui beberapa proses pendebungaan dan penghibridan semulajasi juga maka jenis limau kupas yang manis dihasilkan dan ditanam secara komersil diseluuruh dunia. Negara China meropakan pengeluar utama jenis limau mandarin dengan menguasai sebanyak 53% daripada pengeluaran dunia sebanyak 22.4 juta metrik tan pada tahun 2016 (FAOStat). Pokok limau ini dengan ketinggian antara 3 - 5 meter mempunyai banyak cabang dan bunga biseksual mampu hasilkan buah segar berukuran 5 - 9 cm garispusat. Limau Mandarin dimakan segar dan diproses untuk dijadikan berpuluh malahan rasusan produk berasaskan kepada produk makanan, komestik, kesihatan dan sebagainya. Daripada peneliitian penulis blog mendapati sebenarnya jenis limau mandarin ini telah dibahagikan kepada 3 kelas iaitu Limau Mandarin (Class I), Limau Tangerine (Class II) dan Limau Satsuma (Class III). Limau Mandarin Citrus reticulata) atau juga dipanggil sebagai Oren Mandarine adalah buah kecil bulat yang menyamai Limau Oren yang selalu dimakan segar dengan mengupasnya atau dijadikan salad. Limau Tangerine pula mempunyai warna oren dihasilak daripada hibrid dengan limau mandarin. Bagaimana pun berikut adalah pengkelasan limau mandarin mengikut beberapa bahan rujukan untuk kita memahaminya: - A. Class I, Mandarin Oranges: 1. ChangsaChangsa dikenali dengan buah oren merah yang rasa isinya adalah manis, berbiji serta didakwa tidak masuk akal (insipid). Buah ini masak pada musim luruh (fall) dimana pokok jenis ini bertahan pada suhu sejuk beku -15 darjah Celcius dan dilaporkan banyak ditanam di Arlington, Texas.2. Le-darLe-dar merupakan jenis limau yang mempunyai dahan yang menjalar daripada kawasan di Bundaberf, Queensland, Australia pada tahun 1959 (Sama dengan tahun kelahiran penulis blog). Pemilik asal baka ini dikenali dengan nama iaitu Darrow menjumpai dimana dahan limau ini mempunyai sifat suka menjalar (climbing tendency). Kemudian sebuah syarikat semaian iaitu Langbecker Nurseries mengambil baka ini dan mengembangbiak sebanyak 5,000 pokok pada tahun 1965 dan di jadikan satu trademark tersendiri. Kualiti buah limaunya adalah buah besar, dengan warna oren kuat dan pokok yang dicantum lebih berpenghasilan cepat dan lebat buahnya. 3. EmperorEmperor adalah limau mandarin yang besar, berbentuk oblate dengan mempunyai sekitar 9-10 segments dengan biji yang agak memanjang. Ia berasal daripada Australia dan akan matang pada pertengahan musim panas. Lasimnya limau ini dibiakan dengan menggunakan pokok pnanti daripada pokok lemon. 4. OnecoOneco telah diperkenalkan pada tahun 1888 di Florida, USA oleh pembiakbaka atau petani dengan nama P.W. Reasoner. Buahnya adalah sederhana dengan bentuk buahnya sebagai bentuk 'oblate' sehingga bentuk 'faintly pear'. Ia mempunyai sebanyak 5 -10 biji didalamnya dengan citarasa amat manis. 5. Willow-leafWillow adalah limau mandarin yang mempunyai saiz daun sederhana dan buahnya juga bersaiz sederhana dimana buah berbentuk bulat sehingga bentuk oblate . Limau ini mempunyai sebanyak 10-12 segments sertaa bilangan bijinya adalah sekitar 15 - 20 biji. Memunyai ciri rasa yang berair (juicy) dan sangat manis . Pokoknya pula agak kecil dengan mempunyai banyak dahan dengan tidak berduri dan daun tirus. Pembiakan limau ini lazimnya menggunakan bijinya. Artikel ini mempunyai 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca secara berutrutan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!!!... LIMAU MANDARIN...BANYAK JENISNYA... KELAS 1... MANDARIN OREN NAMANYA... KELAS II... TANGERINE POPULARNYA... KELAS 3... NAMA MACAM JEPUN PULA... By, M Anim, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. 21 Zulkaedah 1441H.
  6. PERTANIAN DIMALAYSIA merupakan salah satu sektor penting dalam sumbangan kepada KDNK dan jaminan kecukupan makanan dalam negara. Sejak sebelum merdeka negara kita adalah sebagai negara pertanian sebelum ia kini berubah kepada sektor perindustrian, petrolium dan perkhidmatan yang lebih dominan. Perubahan masa, teknologi dan industru asas tani dalam sektor pertanian juga telah membawa banyak perubahan dalam senario pertanian dimana sektor ini terus memainkan peranan penting dalam negara. Sistem pertanian di Malaysia jauh berubah daripada sebelum merdeka, selepas merdeka dan masa kini. Bagaimana pun kali ini saya akan imbas kembali akan beberapa jenis dan ciri sistem pertanian di Malaysia untuk dibincangkan. Terdapat 4 jenis sistem pertanian di Malaysia yang dikenalpasti iaitu Sistem pertanian pindah (Nomadic Agriculture), Sistem Pertanian Sara Diri (Self sufficiency), Sistem Pertanian Kebun Kecil (Smallholder) dan juga terkini Sistem Perladangan Ekstensif dan Komersial (Commersial Agriculture). Bagaimana pun di Malaysia kesemua 4 jenis sistem pertanian ini masih wujud dibeberapa lokasi dan negeri. Dalam pada itu kini Sistem Pertanian Vertikal (Vertical Agriculture) lebih mampu menarik minat kalangan usahawan muda seperti pertanian dengan menggunakan Struktur Plindung Hujan (SPH), Pertanian Secara Fertigasi, Vege Factory dan beberapa terminologi lagi. Walau pun kos dalam pertanian vertikal ini agak mahal kos permulaannya akan tetapi ia didakwa mampu menjamin pendapatan yang baik. Dikawasan perbandaran dan kota pula ada jenis pertanian yang diperkenalkan iaitu Sistem Pertanian Bandar (Urban Agricuture) yang mana ia menumpukan kepada penanaman tanaman sayuran dan herba dikawasan keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Tchnology" saya menulis mengenai beberapa jenis dan sistem pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda. Paling awal dilakukan oleh penduduk Malaysia yang tinggal dikawasan pendalaman adalah apa yang dinamakan jenis Sistem Pertanian Pindah. Sistem pertanian pindah ialah sistem pertanian tradisional yang ringkas dan berkonsepkan pindah tapak. Tapak pertanian sering dipindahkan mengikut tahap kesuburan tanah dengan membuka dimana meraka akan membakar hutan (Sila lihat fotoo disebelah). Ia biasanya diamalkan oleh masyarakat pribumi di Malaysia. Apa pun penulis blog yang membuat beberapa kali tinjauan sistem inidi Pahang, Sarawak, Sabah dan Perak mendapati dimana antar beberapa ciri-ciri Sistem Pertanian Pindah boleh dibahagikan kepada berikut. Pertama mengenai jenis tanaman yang diusahakan iaitu dari jenis tanaman jangka pendek seperti keledek, jagung, ubi kayu, padi huma dan juga ada jenis binatang atau haiwan ternakan. Dalam pada itu lasimnya taburan dan lokasi jenis ini adalah tertumpu di kawasan pedalaman yang jauh daripada bandar atau memerlukan perjalanan berhari-hari untuk ke kawasan lain yang maju. Dari segi skala operasi cara pertanian ini hanyalah melibatkan kawasan yang kecil iaitu antara 0.5 shingga 1 hektar sahaja. Mengenai orientasi pengeluaran pula biasanya- hasil keluaran adalah untuk kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga sahaja. Aspek pemilikan dan pengurusan tanah lazimnya tiada hak milik individu ke atas kawasan pertanian (dalam kawasan rizeb rayauan mereka). Kawasan pertanian dibuka mengikut arahan ketua puak atau tuai rumah dan diusahakan secara bergotong-royong. Semua anggota keluarga terlibat dan mempunyai tugas mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang saya perhatikan dimana kaedah pengeluaran dan juga tahap penggunaan teknologi adalah paling asas. Penggunaan kaedah dan peralatan tradisional seperti kapak, cangkul dan tenaga haiwan sering digunakan. Sistem pertanian ini juga bergantung sepenuhnya kepada persekitaran fizikal seperti air hujan (mula menanam musim hujan dijadualkan) dan baja organik hasil pembakaran sisa tumbuhan yang ditebang. Apa pun jenis pertanian ini semakin berkurangan mengikut kemajuan dan permodenan sekarang dimana bahan asas makanan lebih mudah didapati. Jenis kedua adalah Sistem Pertanian Sara Diri Intensif yang lebih praktikal daripada jenis diatas. Sistem pertanian ini dijalankan secara giat dengan mengkhususkan hanya kepada satu jenis tanaman utama sahaja seperti tanamanm Padi (Oryza sativa) sawah di samping beberapa jenis tanaman luar musim seperti keledek (Impomea batatas), jagung (Zea mays) dan sayur-sayuran. Hasil tanaman hanya untuk keperluan keluarga sahaja dan akan dijual sekiranya ada lebihan. Apa pun berikut adalah beberapa ciri-ciri Sistem Pertanian Sara Diri Intensif dimana dari segi jenis tanaman biasanya terdapat dua sistem penanaman iaitu monokultur (tanaman sejenis) dan multikultur (tanaman pelbagai jenis). Mengenai taburan dan lokasi ia akan tertumpu dikawasan seperti lembah sungai yang subur dan mempunyai bekalan air yang mencukupi seperti Dataran Kedah (MADA), Delta Kelantan (KADA) dan beberapa kawasan jelapang padi dibawah IADA seperti IADA Kerian, IADA Barat Laut Selangor, IADA KETARA, IADA Kota Belud, IADA Pekan, IADA Rompin, IADA Batang Lupar, Skim Luar Pengairan JPS dan beberapa lagi. Lazimnya skala operasi atau keluasan tanah pertanian antara 1 hingga 1.5 hektar sahaja dan diusahakan secara individu. Orientasi pengeluaran dimana hasil tanaman hanya untuk keperluan keluarga sahaja dan akan dijual sekiranya ada lebihan. Namun kini di Malaysia semua hasil pertanian dijual untuk mendapatkan subsidi harga padi. Dari sei ciri buruh dan modal dimana sistem pertanian ini masih lagi berintensifkan buruh walaupun sudah ada penggunaan jentera. Petani masih dibelenggu kemiskinan menyebabkan penggunaan modal juga kecil. Bantuan kerajaan diperlukan melalui pemberian baja, racun serangga dan khidmat nasihat. Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi sebanrnya masih ada yang menggunakan kaedah tradisional dan moden seperti penggunaan jentera, baja kimia dan racun serangga. Kemudahan asas seperti sistem pengairan juga disediakan. Bagi Sistem Pertanian Kebun Kecil dimana lazimnya sistem pertanian ini melibatkan penanaman tanaman bukan bijirin dan bersifat separuh komersial iaitu campuran diantara tanaman untuk jualan dan untuk kegunaan sendiri. Apa pun dalam tinjuan penulis blog di seluruh negara mendapati diantara siri-ciri sistem ini adalah jenis tanaman yang diusahakan. Biasanya jenis tanaman jualan termasuk seperti tanaman getah (Hevea braziliensis), Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) serta buah-buahan terpilih mebgikut kesesuaian. Taburan dan lokasi sistem ini meliputi kawasan kaki bukit dan kampung tradisional. Dari segi skala operasi ia mempunyai keluasan kebun kurang daripada 40 hektar (100 ekar) dan berubah-ubah mengikut jenis perkebunan yang diusahakan. Cara orientasi pengeluaran adalah bermatlamat pengeluaran adalah untuk jualan dan kegunaan sendiri. Dari segi tahap pemilikan dan pengurusan tanah pertanian jenis ini lazimnya ia dimiliki secara individu dan diusahakan oleh ahli keluarga. Pengurusan kebun bergantung kepada jenis kebun, iaitu kebun yang diuruskan secara individu diuruskan secara tradisional manakala kebun jenis berkelompok diuruskan secara mini estet. Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi pula dimana tahap penggunaan teknologi dalam sistem torehan, penggunaan baja kimia dan racun serangga di kawasan yang diuruskan secara mini estet. Kawasan kebun kecil individu masih menggunakan kaedah tradisional kerana masih wujud isu kekangan modal. Seterusnya adalah Sistem Perladangan Ekstensif dimana sistem ini adalah berkonsepkan komersial sepenuhnya. Hasil tanaman adalah untuk jualan dan mementingkan keuntungan dan pulangan kepada pelaburan. Apa pun penulis blog mendapati dimana antara ciri-ciri sistem ini adalah mengenai pilihan jenis tanaman seperti tanaman getah, kelapa sawit atau nanas. Tanaman komersil nanas MD2 (Ananas comosus) merupakan diantara contoh yang dimasukkan dalam kategori ini seperi ladang KPF di Tanah Abang, Mersing Johor inii seluas l3bih 300 ekar (Sila lihat foto disebelah). Ladang KPF di Ulu Tiram, Johor Bahru pula mempunyai 700 ekar ladang nanas MD2 dengan jenama MELITA untuk pasaran domestik dan eksport. Mengenai taburan dan lokasi sistem ini lazimnya akan tertumpu di kawasan hutan yang diteroka dan kawasan pembangunan oleh pihak swasta dan juga di wilayah khusus seperti KESEDAR, KETENGAH dan DARA. Dari skala operasi pula ia akan melibatkan keluasan melebihi 40 hektar. Mengenai orientasi pengeluaran dimana hasil pertanian untuk jualan sepenuhnya sama ada di dalam atau luar negara. Dari segi modal, pemilikan dan pengurusan sistem ini biasanya menggunakan modal yang besar kerana melibatkan kos pengurusan yang tinggi. Biasanya ia melibatkan pelaburan syarikat swasta seperti GUTHRIE, SIME DARBY dan DUNLOP serta agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA dan Tabung Haji. Kaedah pengeluaran, penggunaan teknologi, tenaga buruh serta penggunaan teknologi moden dalam semua peringkat bagi meningkatkan pengeluaran dan mampu memantapkan pengurusan. Namun biasanya pergantungan kepada tenaga buruh masih tinggi sehingga ada terpaksa menggunakan tenaga kerja kontrak terutama bagi peringkat bawahan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... PERTANIAN ... BANYAK SISTEMNYA... ADA EMPAT SISTEM.. DI MALAYSIA... SEMUA DILAKUKAN... LAIN CARA... BACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA... By, M Anem, Senior Agronoomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (20 Safar 1442H).
  7. KENAF (Hibiscus cannabinus) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Malvaceae dimana ia merupakan adalah dari Hibiscus renek yang serupa dengan tanaman bendi dan dipercayai berasal dari kawasan Asia Selatan. Tanaman ini diusahakan dibeberapa negara untuk penghasilan fiber dan pelbagai produk lain. Tanaman kenaf di Malaysia pernah di promosikan beberapa belas tahun dahulu di Malaysia bagi tujuan pengeluaran komersil tetapi kurang mendapat sambutan para petani sehingga Lembaga Tembakau Negara (LTN) di tukar kepada nama Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara (LTKN) yang berfungsi untuk memajukan kenaf sebagai tanaman alternatif di Malaysia. Statistik dari LTKN menunjukkan terdapat seluas 1,692 hektar tanaman kenaf pada Oktober 2010 dimana ia melibatkan seramai 480 orang penanam. Kenaf adalah sejenis tumbuhan renek yang cepat tumbuh dan dituai dalam masa 4 bulan serta sesuai untuk menggantikan tanaman tembakau di Malaysia. Kawasan iklim yang sesuai mempunyai taburan hujan antara 60-120 mm/bulan dengan suhu antara 25-28 celcius seperti di Malaysia. Tanah jenis liat berpasir dengan saliran baik perlu dipilih. Elakkan daripada menanam kenaf dikawasan tanah yang ada cacing nematod. Oleh itu satu ujian kiraan nematod perlu dibuat dengan teknik Nematode Count. Tanaman ini masih baru di Malaysia dan kilang memproses kenaf kini hanya terdapat di Negeri Pahang sementara pengeluar benih kenaf terdapat di kawasan Kedah. Varieti kenaf dipilih dari yang tahan serangan penyakit, mengandungi serat yang tinggi dan disukai oleh binatang ternakan untuk dijadikan bahan makanan ternakan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa kata kita meninjau kemajuan dan ppotensi tanaman ini seperti dilaporkan oleh md=edia tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua. Bernama melaporkan dengan tajuk artikel "Potensi besar tanaman kenaf, permintaan semakin meluas" dimana didakwa yang tanaman kenaf mempunyai potensi besar untuk diperkasakan pada masa hadapan ekoran permintaan semakin meluas terhadap produk dihasilkan daripada tanaman itu yang disifatkan lebih mesra alam. LKTN dakwa antara produk kenaf yang semakin mendapat permintaan ialah kertas daripada batang tumbuhan itu yang dapat menggantikan penggunaan plastik dan polisterin. Pasaran global bagi produk kertas juga dijangka semakin meningkat sehingga mencecah ASD342.2 bilion menjelang 2025 yang sudah pasti akan menyumbang kepada perkembangan industri berasaskan eko-fiber termasuk kenaf. Industri kenaf mempunyai potensi sangat tinggi dan kita berharap lebih banyak pihak industri mengambil peluang melabur dalam penanaman kenaf, khususnya daripada pihak swasta dan kerajaan negeri yang diharapkan akan bekerjasama dengan kementerian. Malaysia perlu mewujudkan satu rantaian pengeluaran kenaf yang meliputi segala aspek supaya tanaman kenaf apabila diperkasakan sudah mempunyai mereka yang boleh menguruskan aspek dan kos dalam cara pemprosesan serta pemasarannya. Setakat ini pihak LKTN menyasarkan kawasan penanaman kenaf akan mencecah 10,000 hektar dalam tempoh lima tahun dimana tanaman itu dicadang untuk dijadikan sebagai tanaman campuran kerana tempoh masa tuaian yang singkat. Masa ini di Kg Tebu Hitam, Rompin ramai petani yang terlibat menanam kenaf adalah pesawah yang menanamnya secara bergilir dengan padi. Masih banyak tanah terbiar dan galakan boleh diberikan untuk menanam kenaf kerana setiap bahagiannya boleh digunakan secara optima. LKTN laporkan setakat ini di Pahang terdapat 418 penanam kenaf melibatkan kawasan seluas 635 hektar. Konsep pembangunan yanaman kenaf akan dilakukan dengan kerjasama swasta melibatkan pusat pemprosesan Kenaf In-Situ (PPKI) bernilai RM4 juta dan kemudahan pemproses pulpa dan kertas bernilai RM2 juta dengan kemampuan memproses 10,000 tan batang kenaf kering setahun. PPKI akan mengeluarkan produk berasakan fiber dan 'core' kenaf selain dilengkapi mesin pemprosesan berkapasiti tinggi untuk mengeluarkan fiber bersih manakala mesin pemprosesan pulpa dan kertas pula dapat menghasilkan produk 'brown paper' yang digunakan dalam industri pembungkusan. PPKI dijangka mampu mengeluarkan 500 tan fiber setahun dengan nilai RM1.25 juta manakala pengeluaran produk brown paper dianggarkan 1,800 tan bernilai RM3.6 juta untuk pasaran domestik dan eksport. Sistem Binaan Berindustri (IBS) darrpada opokok kenaf kini semakin mendapat perhatian banyak pihak. Kini ia boleh dibuat rumah yang kukuh daripada hasilan IBS Kenaf (Sila lihat foto disebelah). Apa yang didakwa Ketua Pengarah Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN), Samsudin akan beberapa kelebihan rumah yang dibina menggunakan kaedah sistem binaan berindustri (IBS) berasaskan Kenaf yang lebih ringan dan juga ia tahan lasak. Berita dari Kota Bhru Kwlantan ini nyatakan dimana LKTN telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan sistem binaan berindustri (IBS) dengan menggunakan 90 peratus empulur kenaf. Ia merupakan inovasi berasaskan teknologi baharu yang dihasilkan oleh syarikat tempatan. Kini penghasilan panel untuk pembinaan rumah ini, bukan sahaja mempercepatkan masa dan ia malah turut menjimatkan kos. Sebelum panel terbabit diperkenalkan, ia sudah menjalani beberapa ujian SIRIM Bhd (SIRIM) dan sebaik mendapat kelulusan, ia mula di pasarkan. Kini dengan teknologi baharu ini maka sebuah rumah mampu disiapkan dalam tempoh 14 hari berbanding empat hingga lima bulan menggunakan kaedah yang lama dan konvensional. Panel kenaf ini juga 60 peratus lebih ringan berbanding konkrit selain harganya 40 peratus lebih murah. Kini rumah pertama menggunakan teknologi terbabit kini dalam pembinaan yang sedang dibina di Muar, Johor. Didakwa dimana ia juga sesuai digunakan dalam pembinaan rumah mangsa bencana kerana prosesnya lebih cepat. Biasanya mangsa bencana seperti banjir, kebakaran dan ribut lebih cepat memiliki rumah baharu dan tidak perlu menunggu lama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!.. NAMA KENAF... POKOK RENEK SAJA... CEPAT DITUAI.. KALAU SELALU DIJAGA .... BATANG DIPROSES...ADA PRODUKNYA... PERSOALAN SAYA... MANA POTENSINYA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11F, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia. (14 JamadilAwal 1441H).
  8. BUAH NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika yang ditanam untuk kegunaan makan segar dan juga untuk pproduk proses. Bagaimana pun kini tumpuan yang diberikan oleh kerajaan menghasilkan nanas segar premium seperti MD2 untuk pasaan domestik dan eksport. Dari segi sejarah dilaporkan dimana aktiviti pemprosesan secara komersial buah nanas telah bermula di Hawaii pada akhir kurun ke-19. Penciptaan beberapa jenis mesin automatik untuk proses coring dan peeling oleh pekerja daripada kilang Hawaiian Pineapple Company (Dole), Henry Ginaca telah dilakukan antara tahun 1911 dan 1919 telah memberi impak terhadap pembangunan industri perkalengan nanas berskala besar. Sejak itu dilaporkan dimana Hawaii telah menjadi pengeluar yang terbesar nanas kaleng dunia sehinggalah kemunculan pesaing daripada negara lain seperti Ivory Coast, Filipina dan Thailand antara tahun 1950 dan awal 1960-an. Malaysia juga pernah menjadi pengeksport nans kaleng bertaraf dunnia dalm tempoh sama. Namun demikian oleh kerana model teknologi yang digunakan oleh Hawaii pada tahun 1925 bagi pemprosesan nanas masih lagi ada digunakan sehinggalah sekarang dan tiada pembaharuan dan perubahan yang signifikan dilakukan ke atas mesin tersebut. Perkara ini juga berlaku di Malaysia apabila kilang Lee Pineapple masih menggunakan mesin yang sama untuk pemprosesan sejak penubuhan kilang tersebut pada tahun 1945. Pada era 60-an hingga awal era 70-an, Malaysia juga merupakan antara kelompok tiga teratas negara pengeluar nanas kaleng serta penanam utama komoditi nanas dunia. Namun begitu ia tinggal sejagah apabila kedudukan itu tidak bertahan lama. Pada masa artikel ini ditulis antara pengeluar terbesar nanas dunia ialah Brazil (2,205,590 tan metrik), Filipina (2,169,230 tan metrik), Costa Rica (1,976,760 tan metrik) dan Thailand (1,924,660 tan metrik). Artikek dalam blog "Anm Agro Technology" kali ini saya menulis beberapa skala pemprosesan buah nanas pada skala kecil (IKS) dan berskala besar untuk dijadikan bahan rujukan semua. Malaysia menduduki tempat ke-11 untuk kategori pengeluaran nanas dunia iaitu sebanyak 416,070 tan metrik. Walaupun telah lebih 20 tahun selepas Dasar Pertanian Negara (DPN) digubal akan tetapi industri buah-buahan Malaysia masih belum mencapai tahap kemajuan seperti yang dirancang. Menunru analisis yang dibuat secara secara makro jangkapanjang umumnya menunjukkan teknologi yang dibangunkan selama ini didapati masih tidak berjaya meningkatkan produktiviti nanas secara mapan. Ini dibuktikan melalui maklumat dan data survei pembuatan yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (1985-2007) iaitu mengenai kajian pengeluaran industri pemprosesan beberapa industri buah-buahan termasuklah berlalu bekalan nanas yang semakin berkurangan dalam tempoh 22 tahun iaitu dari tahun 1985 hingga 2007. Berdasarkan statistik terkini juga ada fakta menunjukkan bahawa industri ini mengalami peningkatan semula dengan beberapa insentif kerajaan didalam industri nanas negara seperti program Tanaman Nanas MD2 dan . Sehubungan itu, peningkatan pengeluaran output industri nanas di Malaysia perlu dikaji terutama berkaitan dengan penggunaan teknologi pemprosesan nanas sedia ada dan luang pasaran nanas baru ke Cina. Walau pun permintaan terhadap teknologi pemprosesan nanas baharu di peringkat PKS dan pengilang besar bagi meningkatkan lagi jumlah produktiviti bilangan ouput eksport serta menurunkan lagi bilangan output yang diimport. Ini adalah kerana teknologi yang diamalkan sedia ada masih lagi bersifat manual dan konvensional. Pada masa artikel ditulis terdapat juga beberapa teknologi pemprosesan nanas yang telah diperkenalkan. Penggunaan teknologi pemprosesan nanas yang ada diamalkan sekarang oleh PKS serta permintaan terhadap teknologi dalam pemprosesan nanas bagi proses membuatkan ada produk berasaskan nanas seperti jus atau kordial, jem dan sos telah dihasilkan (Sila lihat foto disebelah). Apa pun majoriti dari pengusaha PKS didapati masih lagi menggunakan kaedah manual seperti menggunakan pisau, menggunakan periuk masak biasa, mesin pengisar biasa dan menggunakan tangan sahaja bagi membuang kulit, mata dan empulur, ambil isi, perah jus, membasuh, mendidihkan, mengacau, memasukkan ke dalam botol, menutup botol dan kemudian akan melabelkannya. Sehubungan itu juga ada beberapa permintaan terhadap teknologi bagi memproses nanas yang diperlukan seperti mesin pemotong, mesin pemutar (spinner), mesin pemerah, mesin penyejuk (cooler) dan mesin pembotolan. Apa pun bagi sektor pengilang besar pula, teknologi yang digunakan kebanyakannya berbentuk automatik dan separa automatik. Namun begitu hasil tinjauan penulis blog mendapati dimana masih terdapat lagi proses yang menggunakan kaedah manual seperti proses dalam pemeriksaan dan penggredan serta mengisi nanas yang telah siap dipotong ke dalam tin. Antara permintaan bagi teknologi pemprosesan nanas selain yang diamalkan ialah teknologi pengupasan dan pembuangan empulur manakala pelabelan dan perkartonan pula, mesin automatik diperlukan bagi menggantikan mesin separa automatik. Selain itu juga dilaporkan dimana semasa pencucian dilakukan, pengilang memerlukan mesin yang boleh memancutkan air terlebih dahulu sebelum penggredan dilakukan serta meningkatkan lagi kelajuan konveyer selepas buah nanas dimuatkan. Bagi memastikan proses pengkeliman berjalan lancar, mesin pengkeliman (seamer) 16 plat perlu diubah suai dengan menjadikannya satu barisan sahaja bagi menjamin kualiti kebersihan buah nanas. Daripada penelitian oleh pihak LPNM dimaklumkan dimana tahap kepuasan teknologi pemprosesan nanas sedia ada masih perlu dipertingkatkan. Kepuasan pengurus dan pengusaha terhadap teknologi pemprosesan nanas yang diamalkan sekarang menunjukkan bahawa kebanyakan mereka berpuas hati (42.8%) dengan teknologi yang sedia ada, sederhana puas hati (28.6%) dan sangat tidak berpuas hati (28.6%). Kebanyakan pengusaha syarikat berhasrat (57.1%) dan sangat berhasrat (42.9%) terhadap inovasi bagi teknologi baharu pemprosesan nanas selain teknologi pemprosesan nanas yang diamalkan sekarang. Diantara beberapa cabaran dan halangan terhadap penggunaan teknologi pemprosesan nanas seperti kos mesin yang tinggi, skar untuk memperoleh mesin yang benar-benar sesuai, modal yang terhad dan juga tidak ada kepakaran untuk mengubah suai mesin yang diguna. Cabaran lain seperti pihak pengeluar atau pembuat teknologi tidak layan karenah usahawan bagi memantapkan teknologi sedia ada kerana urus niaga kecil serta masalah harga terutamanya bagi teknologi pembungkusan. Apa pun bagi pengilang besar tidak mempunyai masalah untuk mereka membeli teknologi pemprosesan nanas baharu yang canggih dan mahal kerana mempunyai modal besar di samping ia juga boleh diperoleh dari luar negara. Cabaran dan halangan utama pengilang besar adalah berkaitan pengeluaran output nanas kerana terlalu bergantung kepada hasil petani bagi mendapatkan sumber, buah yang diperoleh tidak mencukupi kerana hasil pengeluaran nanas kaleng menurun dan tidak konsisten dan juga harga kos barangan yang tinggi dan sukar dikawal seperti tin, gula, minyak dan pembungkusan. Bagaimana pun berdasarkan artikel ini didapati bahawa kesemua PKS amat memerlukan teknologi pemprosesan nanas separa automatik dan teknologi yang dihasilkan itu mestilah tidak terlalu mahal, mudah dikendalikan dan kurang penyelenggaraan. Sehubungan itu, penyelidik MARDI adalah disarankan supaya memberi fokus terhadap permasalahan ini dengan membantu syarikat PKS menggantikan kaedah manual yang diamalkan sejak sekian lama dengan teknologi separa automatik. Manakala, bagi pengilang besar pula, mereka tidak memerlukan teknologi pemprosesan nanas baharu kecuali teknologi pemeriksaan dan penggredan. Oleh yang demikian, pihak MARDI perlu meningkatkan promosi teknologi penggredan automatik buah-buahan tropika yang telah dibangunkan kepada pengilang besar bagi menggantikan kaedah manual yang digunakan. Walau bagaimanapun apabila usaha untuk meningkatkan penyelidikan terhadap teknologi pemprosesan nanas baharu kepada pengilang besar adalah tidak wajar kerana masalah utama yang dihadapi mereka adalah kekurangan bekalan nanas yang sesuai untuk diprosea atau dikalengkan. Hasil kajian LPNM terhadap Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mendapati kebanyakan teknologi memproses nanas bagi jus atau kordial, jem dan sos masih menggunakan kaedah manual. Antara permintaan PKS terhadap teknologi pemprosesan nanas ialah mesin pemotong yang tidak terlalu mahal, meningkatkan kelajuan mesin pembotolan (1 saat/botol), kombinasi antara mesin pembotolan dengan pelabelan serta mesin digital pelbagai fungsi untuk memasak, pempasteuran dan penyejuk. Permintaan terhadap teknologi pemprosesan nanas dalam kalangan pengilang besar adalah dengan menjadikan mesin automatik 16 plates simmer menjadi hanya satu lorong sahaja untuk memastikan tahap kebersihan buah nanas terjamin, meningkatkan kelajuan konveyer selepas buah nanas dimuatkan serta menggantikan teknologi separa automatik dan manual kepada teknologi automatik. Halangan dan cabaran yang dikenal pasti mengenai teknologi pemprosesan nanas dalam kalangan PKS ialah kos mesin yang tinggi, sukar untuk memperoleh mesin yang benar-benar sesuai, tiada kepakaran untuk mengubah suai mesin yang diguna dan harga teknologi pembungkusan yang semakin meningkat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!... MENANAM NANAS...ADA BUAHNYA... DIMAKAN SEGAR... SEMUA SUKA... NANAS DIPROSES ...PELBAGAI CARA... LAPORAN DIBUAT... BOLEH DIBACA.. By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (3 Muharram 1442H).
  9. NU-ET 10.8% merupakah salah satu produk bahaan kimia hormon tanaman Ethephon atau pun hormon pengalak yang ada dipasaran untuk aruhan pembungaan tanaman nanas. Bagi pungusaha tanaman nanas mereka mempunyai banyak pilihan untuk menggunakan bahan kimia bagi tujuan menghormon tanaman nanas bagi menentukan pokok berbuah mengikut program pemasaran yang diatur. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai bahan hormon dalam beberapa artikel sebelum ini yang boleh dirujuk (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Nanas adalah jenis buah yang tidak bermusim daripada keluarga Bromaliceae dengan mempunyai 3 kumpulan utama yang dikomersilkan iaitu Kumpulan Spanish, Smooth Cayene dan juga Queen. Penulis blog merujuk kepada data dari LPNM dimana ia melaporkan keluasan penanaman nanas dalam negara terus naik daripada seluas 14,833 hektar (2005) kepada 15,311 (2007) , 15,792 hektar (2009) dan seluas 17,601 (2010) seperti apa yang dilaporkan dalam Laporan Agromakanan Kementerian Pertanian 2011 dan Laporan Tahunan LPNM). Sebanyak 416,070 metrik tan nanas dihasilkan pada tahun 2010 yang bernilai RM 644.908 juta dengan jumlah purata pengeluaran nanas negara sekitar 25.1 metrik tan sehektar. Negeri Johor adalah merupakan pengeluar utana nanas di Malaysia dengan kawasan seluas 9,830 hektar (atau 68% daripada keluasan di Malaysia) dan menghasilkan sebanyak 163,830 metrik tan pada tahun 2010. Industri nanas telah lama di usahakan di Johor terutama ditanam di atas tanah gambut untuk di kaleng (ditinkan) atau pun untuk jualan nanas segar. Pada masa ini perkapita penggunaan buah nanas adalah 14.3 biji seorang setahun dengan kadar ini terus meningkat. Permintaan nanas terutama nanas premium MD2 terus meningkat untuk pasaran domestik dan eksport. Terbaru dimana negara China telah membuka pasaran eksport nanas dari Malaysia dengan termeterainya protokol pengeksportan buah nanas dengan sasaran sebanyak RM320 juta menjelang 2020. Teknologi untuk membolehkan buah nanas berbuah serentak adalah sangat penting selain daripada pengamalan agronomi untuk menghasilkan buah nanas berkualiti seiring dengan kaedah Persijilan MyGAP. Teknologi terkini memang boleh dilakukan untuk tujuan memprogram atau menjadualkan jumlah pengeluaran buah nanas mengikut pasaran. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai salah satu produk untuk menghormon pokok nanas iaitu NU-ET 10.8% untuk dijadikan bahan rujukkan semua. Produk NU-ET 10.8% Nufarm ini dikeluarkan oleh Nufarm Malaysia Sdn Bhd yang beralamat di 35-2,Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, Sek U13, 40170 Shah Alam. Mereka boleh dihubungi dengan alamat Email seperti berikut: sales.my@nufarm.com. Penulis blog ada jumpa produk ini digunakan secara meluas iaitu dibeberapa buah kebun dan estet nanas di Johor, Pahang, erak dan juga Selangor semas membuat tinjauan teknologi mengenai tanaman nanas. Dalam tinjaun tersebut pengusaha nanas membeli dalam bentuk 3 cara pembungkusan iaitu pembungkusan 500ml, 1 liter dan 4 liter. Bagi pembungkusan 500ml bahan kimia hormon tanaman Ethephon Nenas atau boleh juga digunakan untuk pisang memang jelas ditulis kandungan bahan aktif didalamnya adalah 2 Chloroethylphosphonic Acid. Dalam lamanweb Shopee dinyatakan harga bagi botol 500ml ini adalah RM13.00 sebotol (Sila lihat foto disebelah). Keterangan oleh pihak Shopee menyatakan ia adalah 'Ready Stock'. Antara beberapa keterangan lain dinyatakan dalam lamanweb tersebut adalah dimana satu 1 botol kimia hormon tanaman 500ml ini sesuai diguna untuk menggalakkan pokok nenas berbunga dan buah nenas masak serentak. Tujuan lain juga adalah untuk memeram buah pisang agar masak serentak. Akhirnya dinyatakan dimana pengguna atau pengusaha diminta untuk membaca label untuk cara dan sukatan penggunaan. Dalam lamanweb Shopee juga diklankan pproduk Foliar Hormon Nanas Ethrel/Nu-Et 500ml and urea 1kg yang dijual on-line dengan harga asal RM27.00 sebotol akan tetapi setelah potongan diskaun 10% ia berharga RM24.30 dengan penghantaran percuma (Sila lihat foto disebelah). Memang cukup hebat kini sistem perdagangan on-line ini dimana kita tidak perlu lagi pergi kekedai untuk mendapatkan bekalan input seperti ini pada waktu ini. Produk pendahuuan ETHREL PGR mengandungi ethephon iaitu sejenis homon tanaman yang digunakan keatas pokok nenas untuk menggalakkan pokok berbunga atau memasakkan buah sebelum atau selepas dikutip. Dijelaskan juga cara penggunaan iaitu untuk tujuan menggalakkan pembungaan nenas iaitu dengan cara mencampurkan 180 gram urea dalam 18 liter air. Kemudian dimasukkan 50 ml ETHREL PGR dan kacaukan sampal rata. Sebaiknya disemburkan atau tuangkan 50 ml campuran ini kepada pucuk muda pokok nenas. Apa pun untuk tujuan memasakan buah nenas ETHREL PGR digunakan dengan kadar masa 1-2 minggu sebelum memetik buah yang hendak dijual. Caranya dengan mencampurkan 40-50 ml ETHREL PGR dalam 18 liter air dan disemburkan pada buah nenas dengan rata. Bagi pokok nenas dikebun pula boeh gunakan 360 - 450 liter semburan seekar. Perlu diperhatikan dimana campuran ETHREL PGR hendaklah digunakan segera selepas di sediakan dan sebaiknya jangan simpan baki semburan. Jangan campur ETHREL PGR dengan sebarang kimia selain daripada yang disyorkan. Amaran sebagai perkara yang dinyatakan sebagai 'AWAS' kerana ia adalah merbahaya jika tertelan atau terhidu. Elakkan dari terkena pada kulit atau mata. Cuci alat semburan selepas diguna. Bagi tujuan RAWATAN KECEMASAN ETHREL PGR kerana ia mengandungi sifat-sifat asid yang kuat dimana apabila terkena pada mata atau kulit basuh dengan air yang banyak dan sebaiknya siladapatkan rawatan doktor jika perlu. Bagaimana pun kepada pengusaha tanaman nanas Maspine (AC4) di Daerah Kota Tinggi mereka menggunakan produk NU-ET 10.8% untuk membantu mengatur pembungaan dan penghasilan buah nanas mereka. Menurut Tn Hj Kamil sebagai pengurus selama 12 tahun menanam nanas ini mereka membeli NU-ET ini dalam pembotolan 4 liter. Mereka kin mengusahakan hampir 30 ekar tanaman nanas Maspine dibeberapa lokasi. Produk ini dakwa beliau antara bahan kimia yang memang berkesan digunakan didalam menentukan pokok akan berbunga dan berbuah mengikut jadual yang dikehendakki. Bagaimana pun dakwa beliau keadaan tanaman nanas yang hendak dihormon mesti dijaga dengan amalan agronomi yang baik sama ada nanas yang ditanam diatas tanah mineral atau pun diatas tanah bris. Penggunaan plastik penutup batas silvershine dan batas yang tinggi membolehkan pokok dapat hidup subur kerana tidak ada gangguan banjir dan terendam. Baja organik dibubuh diatas batas tanaman sebelum ditutup dengan plastik dan pembajaan butir dan foliar perlu dilakukan mengikut syir. Benih yang digunakan dikebun mereka kebanyakannya adalah daripada Jambul (Crown) dan hanya sedikit yang senggunakan benih sulur (Suckers). Dakwa Hj Kamil dimana pokok nanas yang ditanam dari bahagian jambul lebih cepat membesar dan cepay dibormon berbanding dengan pokok nanas yang ditanam daripada sulur. Buah nanas akan dituai 140 -145 hari selepas dihormon dengan NU-ET 108% dan dijual dalam mana kilut buah nanas masih hijau lagi akan tetapi telah masak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pemnaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.. MENANAM NANAS... BAGAIMANA CARA... POKOK DIHORMON... SERAGAM BUAHNYA... NU-ET 10.8% DIGUNA... MUDAH SAHAJA... MMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMULAH JUGA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (26 Zulhijjah 1441H).
  10. TANAMAN PORANG (Amorphophallus oncophyllus) yang memang kurang dikenali di Malaysia tetapi ia mula popular di negara Indonesia merupakan tanaman dari famili Araceae yang secara umum ia dikenali dengan nama bunga bangkai kerana bau bunganya yang tidak sedap. Di beberapa kawasan lain di Indonesia tanaman ini dikenal dengan nama Iles-iles, Iles kuning, Acung atau Acoan. Tanaman porang merupakan tanaman berasal dari Indonesia dan dilaporkan ia memang sudah sejak lama dikenali dan dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan. Bahkan semasa zaman penjajahan Jepun dahulu sekitar 1945 dilaporkan dimana masyarakat di sekitar hutan dipaksa untuk mendapatkan porang bagi digunakan sebagai bahan makanan dan industri mereka. Meskipun sudah lama dikenal dan dimanfaatkan dikalangan masyarakat tempatan akan tetapi aspek agronomi tanaman ini masih tidak boleh berkembang dimana kurang penyelidikan dan kajian dilakukan keatas tanaman ini. Ini daripada aspek penanaman, aspek penjagaan sehingga kepada aspek pada pemprosesannya. Mereka hanya menuai dari tanaman porang yang tumbuh liar di bawah pokok-pokok dihutan atau di sekitar belukat dimana ia akan dijual dalam bentuk umbisi basah. Penyelidikan tentang aspek aamalan agronomi dan pemprosesan porang hanya dimulakan sekitar tahun 2000a iaitu terutama di Pusat Perguruan Tinggi. Nilai ekonomi yang tinggi dan peluang perniagaan yang besar mendorong masyarakat dan beberapa pengusaha untuk mengusahakan porang di Indonesia. Sifat tanaman porang yang toleran kepada pokok dan naungan juga mendorong Pejabat Perhutanan Indonesia untuk mereka memberi sokongan dalam mengusahakan tanaman porang di bawah pokok-pokok hutan komersil dibawah jagaan mereka. Pada tahun 1980'an Pejebat Perhutani KPH Saradan telah mulai mengembangkan tanaman porang di kawasan hutan. Penanaman pokok porang di kawasan hutan industri tersebut didokong dari Menteri BUMN Dahlan Iskan sendiri iaitu berlaku pada tahun 2012 yang menugaskan Pejabat Perhutani untuk meneruskan penanaman tanaman porang dengan mana peserta dipilih dari penduduk tempatan dibawah Program Pengembangan Hutan Bersama Masyarakat (PHBM). Maklumat mengenai teknologi penanaman porang ini telah diberikan dengan lebih terperrinci tentang bagaimana cara penamanan porang, kandungan nutrisi dan kegunaannya. Info mengenai syarat untuk pokok tumbuh, cara pengurusan tanaman (termasuk informasi perosak dan penyakitnya), nilai ekonomi dan keuntungannya diperkenalkan kepada peserta. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu artikel mengenai tanaman porang dan juga potensinya seperti dilaporkan oleh media Portal Jember dan beberapa rujukan lain untuk rujukkan anda semua. Sebetulnya sejak dari Perang Dunia ke II, porang telah dieksport ke Jepun, Taiwan, Singapura dan Korea Selatan. Namun begitu penanaman porang kemudian dilaporkan kurang berkembang begitu juga aktiviti pemprosesan porang di Indonesia untuk dijadikan hanan tepung glukomannan. Kemudian pada tahun 1975an usaha untuk tanaman porang berputik dengan adanya kenyataan bahawa tanaman tersebut bernilai ekonomik yang tinggi dan sangat menguntungkan atas faktur kandungan glukomannannya dapat yang berkhasiat sebagai pangan fungsional yang untuk kesihatan. Sifat tanaman porang yang toleran terhadap teduhan atau naungan telah memungkinkan tanaman ini diusahakan dikawasan tanah di bawah pokok hutan seperti dibawah pokok hutan komersil jati, sonokeling, mahogany sengon. Pada tahun 2012 di Jawa Timur telah melaksanakan penanaman porang seluas 1.600 hektar di wilayah KPH Jember (121 ha), Nganjuk (759 ha), Padangan (3,9 ha), Saradan (615 ha), Bojonegoro (35,3 ha) dan Madiun (70 ha). Demikian juga Perum Perhutani Unit II Jawa Tengah sedang mengembangkan tanaman porang seluas 1.200 ha yang melibatan pelaburan sekitar Rp.50 milyar. Keadaan ini adalah bertujuan untuk tujuan pasaran eksport di samping pasar domestik seiring dengan meningkatnya kesadaran dan keperluan masyarakat lokal terhadap makanan fungsional untuk kesihatan ini. Melalui portal tempatan terkini seperti Portal Jember ada melaporkan bagaimana didakwa tanaman porang mampu berikan keuntungan baik kepada pengusahanya. Dilaporkan dimana tanaman porang belum terkini menjadi tanaman yang cukup popular di tengah masyarakat. Bagi petani dan pengusaha mendapati tumbuhan umbi-umbian khas tropika inimemang cukup berpotensi untuk diusahakan dan dijadikan bisnis menguntungkan. Tanaman porang sesuai ditanam di tengah-tengah pokok hutan seperti jati, sengon hingga mahohany (Sila lihat foto disebelah). Porang atau yang dikenal juga iles-iles merupakan tanaman umbi-umbian dari spesies Amorphophallus muelleri. Memang tidak sedikit manfaat yang diperolehi dari tanaman porang seperti ia telah banyak digunakan untuk bahan asas tepung, kosmetik dan penjernih air. Tumbuhan umbi khas tropika ini yang dulu dianggap sebagai tanaman tidak berguna pula menjadi 'kegilaan' para pengusaha di sektor pertanian. Ini disebabkan tanaman ini menjanjikan untung hingga ratusan juta bahkan milyaran rupiah. Di pasaran eksport didakwa hasilan porang banyak dicari sebagai bahan makanan dan industri ubatan juga komestik atau industri kecantikan. Porang adalah sejenis tumbuhan yang pernah dianggap memiliki nilai jualan yang cukup tinggi di pasaran eksport seperti Jepun, China, Taiwan dan Korea. Kemudian sejak masa pandemik Covid-19 dunia telah banyak berubah dimana perniagaan porang mulai banyak diminati oleh sebahagian petani di pulau Jawa hingga ke Kawasan di Sumatra. Kini untuk mendapatkan hasil tahap pertumbuhan dan pegeluaran yang maksima maka harus ada pengurusan tanaman secara intensif. Teknik pengurusan tanaman porang kini telah di tambahbaik dari sebelumnya daripada aspek biakbaka yang dijalankan secara vegetatif maupun generatif. Secara umum telah dinyatakan dimana antara teknik pembiakan porang boleh dilakukan dengan beberapa cara. Cara pertama adalah membiakkan dengan menggunakan Bintil atau Katak. Katak adalah bintil berwarna coklat kehitaman yang muncul pada pangkal atau tangkai daun tanaman porang. Apa pun untuk mendapatkannya, katak dikumpulkan pada masa menuai dimana ia kemudian disimpan hingga memasuki musim hujan untuk ditanam pada kebun yang telah disiapkan. Cara pembiakan kedua adalah dengan lazimnya menggunakan umbisi itu sendiri yang dijadikan benih tanaman. Kawasan sesuai tanaman porang dikawasan tanah dengan tanahnya mempunyai pH tanah sesuai. Tanaman ini perlukan pokok naungan seperti pokok hutan jenis jati, mahoni dan sonokeling. Iklim adalah salah satu syarat untuk tujuan menanam pokok porang. Perlu diketahui bahawa porang menyukai tempat teduh. Kawalan perosak dan penyakit lazimnya sesuai menggunakan fungisida Ridomil dan Benlate. Petani tempatan juga dilaporkan ada menggunakan jenis Basudin dan Thiodan. Pembajaan disyorkan menggunakan baja kompos diikuti dengan baha NPK apabila pokok mulai meninggi. Aktiviti penjarangan dilakukan sebaik sahaja ia mulaii tumbuh agar umbi dapat tumbuh besar. Apabila pokok tanaman sudah mencapai umur matang dan sedia untuk dituai dalam masa 2 tahun dimana tuaian masa umur ini mampu mendapatkan saiz umbisi purata seberat lebih daripada 1 kilogram satu umbisi. Diantara ciri-ciri porang yang sedia untuk dituai dimana ia memiliki daun yang mulai kering dan jatuh ke tanah. Satu pokok porang yang subur dengan umur tanaman melabihi 2 tahun mampu menghasilkan umbi sekitar 2 kg. Dari sekitar kepadatan tanaman 40,000 pokok/ha maka dilaporkan petanii mampu menghasilkan sebanyak 80 metrik tan umbi porang. Setelah umbisi ini dituai maka ia perlu dibersihkan dari tanah dan akarnya dan ia kemudian dipotong dan dijemur. Proses pemotongan umbi harus dilakukan dengan betul disebabkan cara memotong akan menentukan kualiti porang yang dihasilkan. Dengan hasil 80 t/ha maka anda boleh kira sendiri akan jangkaan pendapatan petani dimana harga porang segar Rp 3,000 - Rp3,500/kg ((RM0.85 - RM1.00), Porang Chip/kering sekitar Rp17,500 - Rp22,000/kg (RM5.00 - RM6.30/kg) dan harga Porang Tepung Glucomanan sekitar Rp125,000 - Rp150,000 sekilogram (RM35.40 - RM42,20/kg). Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... MENANAM PORANG.. SATU USAHA... JADI BURUAN.. DI INDONESIA SANA... DILAPORKAN MUDAH... DIJAGA... ADAKAH YANG MINAT... DI MALAYSIA?... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (27 Safar 1442H).
  11. BABI HUTAN (Wild Boar) merupakan merupakan sejenis haiwan liar yang sering dikaitkan dengan perosak tanaman dan menyebabkan petani mengeluh. Ini kerana haiwan yang berkaki empat yang aktif pada waktu malam selalunya akan merosakkan tanaman sehingga menrugikan petani dan berusaha untuk mengawalnya. Penulis blog yang selalu biasa masuk kekawasan kebun sering juga terserempak dengan kehadiran dan kes serangan babi hutan biasanya nampak ia akan melarikan diri masuk kedalam semak dan berdiam sahaja. Biasanya babi hutan hidup dalam kawanan yang terdiri daripada sekitar 20 ekor babi sehingga kumpulan sebanyak 50 ekor. Dalam kumpulan biasa lazimnya terdapat hanya dua atau tiga ekor babi betina dan anak-anaknya. Didakwa dimana babi hutan jantan dewasa biasanya tidak menjadi dari sebahagian kumpulan babi kecuali pada luar musim pembiakan. Ia selalu berjalan secara solo sahaja. Kelahiran babi hutan biasanya terdiri daripada lima ekor anak babi tetapi dilaporkan mampu melahirkan anak sehingga 13 ekor. Biasanya babi hutan adalah haiwan nokturnal atau aktif pada malam hari dan mencari makanan dari senja sehingga subuh dan sesekali ada jumpa dibelukar pada siang hari. Ia berehat pada siang hari. Ini adalah kerana para pemburu paling giat pada waktu siang hari memburunya dan sukar menjumpainya kecuali menggunakan anjng pemburu. Babi hutan merupakan sejenis haiwan yang akan makan hampir semua barang yang ditemui, termasuk kacang, buah beri, akar, ubi, daging bangkai yang reput, sampah, serangga, dan reptilia kecil dan peliknya ada yang makan anak rusa dan anak kambing. Artikel tengahari ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan pelbagai kisah mengenai babi hutan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. Haiwan Babi Hutan boleh mendatangkan ancaman keselamatan keada manusia seperti laporan Berita Harian bertajuk "Tiga parah diserang babi hutan". Di Gurun Kedah terdapat tiga lelaki parah manakala seorang lagi cedera selepas diserang babi hutan di Kampung Jeniang. Dalam kejadian jam 3 petang, babi itu dimana pada mulanya babi hutan tersebut telah menyerang seorang pekerja kedai makan dikenali sebagai En Ibrahim sehingga menyebabkan dia cedera di kaki dan badan (Sila lihat foto disebelah). Babi itu kemudian menyerang seorang lagi penduduk iaitu Encik Shariff Yunus yang ketika itu sedang berehat di halaman rumahnya. Anak mangsa dakwa ketika kejadian dia berada di rumahnya sebelum mendengar abangnya yang mana menjerit meminta tolong. Rumahnya hanya bersebelahan dengan rumah bapa apabila sampai saya melihat abang sedang bergelut dengan babi berkenaan, manakala bapa sudah cedera dan dipenuhi darah. Ketika itu abangnya cuba membuka mulut babi yang sedang menggigit tangannya dan beliau kemudian terus mencapai kayu dan memukul babi berkenaan di kepala dan juga selepas dua kali dipukul bagaimana pun tanpa disangka babi yang sama telah datang menyerangnya pula. Walau pun dia cuba menepis serangan babi terbabit tetapi ia kmudian secara tiba-tiba berhenti menyerangnya dan pergi ke kawasan berlumpur berhampiran rumah bapa dan berkubang di situ. Mereka kemudian terus menarik bapa dan abangnya masuk ke rumah sebelum menghubungi ambulans. Kemudian bapa dan abangnya telah dibawa dengan ambulans ke Hospital Sik dan mereka akhirnya dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan operasi memburu babi berkenaan sedang dilakukan. Ini pula berita My Metro yang mana ia jarang didengar oleh kita dilaporkan didalam akhba tempatan. Artikel bertajuk "Babi hutan lagi sedap" dikatakan oleh pelakon Adam Corrie mengenai pengalaman lalunya yang pernah menikmati daging babi hutan sebelum memeluk Islam. Dakwanya memakan babi hutan lagi sedap daripada babi biasa. Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah berumur 52 tahun mendakwa dan juga membuat pengakuan jujur itu dibuat selepas ditanya oleh isterinya mengenai perkara itu. "Bidadari saya tanya, saya jawablah dengan jujur. Respon 'Erkk' sebab dia (isteri) ingat babi biasa yang lebih ramai suka makan, tapi sebaliknya," tulisnya di media sosial. Pertanyaan spontan daripada isterinya itu ketika mereka menonton siaran berita mengenai isu babi hutan berkeliaran di kampung. Menurut Adam, dia melihat semakin ramai rakannya yang bukan Islam sudah mula mempunyai kesedaran mengenai kemudaratan pengambilan daging haiwan terbabit. Dakwanya sekarang ramai rakan bukan Islam tidak makan daging babi atas kesedaran faktor kesihatan. Alhamdulillah, empat tahun sebelum memeluk Islam, saya sudah tiada rasa nak makan daging babi. Rupa-rupanya Allah nak saya bersih sebelum kembali kepada fitrah. Dakwanya lagi setiap kejadian yang Allah cipta bukan sia-sia. Allah jadikan babi itu ujian bagi umat Islam. Jangan kita pandang hina setiap kejadian tapi pandang ia satu ujian dan hikmah di sebaliknya. Jadikan apa yang saya cerita ini satu ilmu pengetahuan. Ambil yang positif ya. Jika kita pandang negatif, negatif yang kita dapat,” tulisnya. Adam telah memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 sebelum berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada 2008. Beliau adalah pelakon filem KL Gangster dan drama Gerak Khas ini juga pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Selangor pada 2017. Berlainan pula kisahnya di Melaka dimana dilaporkan memang agaj jauh untuk "Babi hutan berenang'' dan membiak di Pulau Besar. Laporan portal Harian Metro dan Bernama nenyatakan dimana tiada bukti atau laporan spesifik menyatakan peningkatan populasi babi hutan di Pulau Besar, Melaka adalah disebabkan migrasi haiwan itu dari Sumatera, Indonesia tetapi kajian mengenai dakwaan pertambahan populasi haiwan di kawasan terbabit perlu dilakukan. Dalam pada itu menurut Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Prof Dr Ahmad Ismail berkata, kepulauan Indonesia yang terdekat dengan Pulau Besar adalah Pulau Rupat, Riau tetapi jarak pulau itu agak jauh iaitu 62.59 kilometer (km) untuk babi hutan itu berenang yang mana faktor arus laut turut perlu diambil kira. Oleh itu jika diikutkan jarak Pulau Rupat dengan kawasan lain yang berdekatan dengan pulau itu di negara ini ialah Muar dan Tanjung Tuan, bagaimanapun dia berfikir idea yang terbaik adalah MNS mengkaji genetik dan populasi babi hutan itu terlebih dahulu untuk membuat sebarang dakwaan. Dilaporkan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang bertanggungjawab akan melaksanakan tugas mereka berdasarkan dakwaan itu mengikut prosedur yang ada dengan mengambil sampel darah haiwan liar berkenaan bagi mengenal pasti spesies itu. Sebelum ini pihak media melaporkan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee dakwa babi hutan berupaya berenang merentasi Selat Melaka dari Sumatera dan singgah di Pulau Besar sebelum berenang ke Melaka sehingga menyebabkan populasi haiwan itu meningkat. Media sekali lagi melaporkan populasi babi hutan di negeri Melaka tinggi serta membimbangkan di 30 kawasan, namun dinafikan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari hari ini yang ada menegaskan populasi itu haiwan itu terkawal dan tidak memberi ancaman kepada penduduk. Pihak PERHILITAN perlu mempunyai kaedah kawalan populasi haiwan liar itu selain mengambil kira bilangan, gangguan atau konflik dengan manusia, penyakit termasuk aspek sains seperti aspek pemuliharaan dan genetik. Kini mana-mana haiwan mempunyai peranan mereka dalam persekitaran. Haiwan ini akan menghadapi masalah kepada manusia atau menyebabkan konflik apabila habitat mereka terganggu. Didakwa pada kebanyakan orang ramai masih tidak faham mengenai habitat, tingkah laku haiwan ini dan maklumat biologi yang lain. Apabila tidak faham, cara mudah jika membunuh mereka atau menangkap dan memindahkan mereka ketika menghadapi konflik dengan manusia. Dari segi sains dan pemuliharaan kita perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum tindakan seperti membunuh haiwan ini diambil. Sebarang tindakan membunuh atau usaha untuk memindahkan babi hutan di kawasan berkaitan perlu mengambil kira faktor pemuliharaan dan kepentingan kepada ekologi. Masih berkisar di Melaka juga dimana dalam akhbar mendakwa populasi babi hutan di negeri ini semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan sehingga sekali ganda berbanding tahun lalu. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Mohd Hasdi Husin berkata, dalam tempoh lima tahun, sebanyak 483 aduan membabitkan konflik babi sama ada di kawasan perumahan mahupun kediaman penduduk yang berdekatan belukar. Pada tahun 2018 sebanyak 125 aduan diterima dan 457 ekor hidupan liar itu yang telah dihapuskan membabitkan 123 operasi hingga Oktober lalu. Daripada jumlah itu sebanyak 212 babi hutan telah ditembak ketika operasi diadakan di daerah Melaka Tengah diikuti daerah Jasin (128) dan Alor Gajah (97). Melihat peningkatan sekali ganda itu, kita bimbang dengan keadaan tersebut dan antara langkah yang dilakukan termasuk akan memasang sembilan buah perangkap babi selain membasmi dengan cara menembak. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program membasmi dan pensampelan babi hutan yang diketuai Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee di Pulau Besar. Hadir sama, Pengarah Veterinar Melaka, Dr Aidi Mohamad dan Pegawai Ibu Pejabat Jabatan Perhilitan, Dr Chee Weng Kian. Mengulas lanjut Mohd Hasdi berkata, sembilan buah perangkap babi hutan bernilai RM23,000 itu akan dipasang di kawasan 'hotspot' di negeri ini dalam masa terdekat antaranya di Semabok, Masjid Tanah, Bukit Katil dan Padang Temu. Penggunaan perangkap tersebut telah banyak diaplikasi di negeri lain dan Melaka akan menggunakan semula kaedah itu kerana sebelum ini lebih banyak bergantung kepada kaedah menembak. Sebelum ini memang ada perangkap babi hutan, tiga empat tahun lalu, namun telah lama rosak dan kita dapatkan yang baharu kerana ketahanan besi perangkap kera lebih tinggi daripada besi perangkap babi hutan. Mereka akan buat percubaan dan sekiranya keputusannya lebih positif, kita harap jumlah perangkap ini dapat ditambah pada peruntukan akan datang. Pihak berkuasa terlibat sering mengadakan operasi bagi membasmi babi hutan di Melaka. Kini memandangkan babi hutan cepat membiak, maka langkah pencegahan awal perlu dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku seperti insiden penduduk diserang binatang tersebut. Pihak Jabatan Perhilitan dan Jabatan Veterinar turut mengambil sampel lima babi hutan yang berjaya ditembak mati di pulau itu bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengetahui spesies serta habitat asal haiwan berkenaan, selain penyakit berkaitan haiwan tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... BABI HUTAN... LIAR HABITATNYA... MALAM HARI... AKTIF GERAKNYA... MEROSAK TANAMAN... SEMUANYA... PERLU KAWALAN... DENGAN SEGERA.. By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia. (7 Rejab 1441H). Patuhi Arahan PKP... Elakkan Covid-19
  12. TANAMAN UBI KAYU (Manihot esculenta Crantz) sesuai ditanam secara intergrasi dengan Tanaman KELAPA (Cocos nucifera) sebagai satu usaha yang boleh dijalankan bagi memberikan pulangan lebih baik. Tanaman ubi kayu merupakan tanaman kontan berkanji yang kaya dengan karbohidrat dan karotena. Ubi kayu masih menjadi tanaman makanan ruji di beberapa negara Asia dan Afrika yang beriklim tropika. Penulis blog mendapati dimana ubi kayu boleh dijadikan sebagai produk makanan seperti kerepek, kuih-muih dan boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap berkandungan tinggi fruktosaglukosa (sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin) dan pengganti separa bagi tepung gandum. Tanaman ubi kayu memang berpotensi diintegrasikan bersama tanaman kontan untuk menambah pendapatan serta dijadikan tanaman industri. Prestasi bagi industri kelapa negara yang menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mendorong usaha untuk kerajaan melalui beberapa jabatan dan agensi dapat mengembalikan kedudukan komoditi ini ke tahap yang lebih kukuh dan lebih berdaya saing sesuai dengan ungkapan kelapa sebagai ‘tanaman seribu guna’. Usaha ini adalah untuk meningkatkan pendapatan pekebun kelapa bukan hanya tertumpu pada usaha meningkatkan prestasi pengeluaran kelapa itu sendiri, malah ia turut merangkumi usaha mengintegrasikan kelapa dengan tanaman lain. Salah satu tanaman yang berpotensi untuk tujuan integrasi dengan kelapa ialah ubi kayu. Semasa blog ini saya tulis terdapat seluas 3,3,37 hektar tanaman ubikayu di Malaysia menghasilkan sebanyak 48,052 metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia). Sementara itu keluasan tanaman kelapa pula adalah seluas 81,585 hektar yang mampu menghasilkan sebanyak 538,685 metrik tan kelapa. Saya ada menulis beratus artikel mengenai kelapa dan berbelas artikel ubikayu dalam blog ini. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya bergembira menulis berkaitan intergrasi tanaman ubi kayu dengan kelapa berdasarkan kepada kajian MARDI melalui Bulletin MARDI yang saya rujuk. Status tanaman ubi kayu di Malaysia telah mendapat permintaan yang tinggi dimana ada beberapa negeri yang sejak dulu aktif menanamnya. Negeri Johor dilaporkan pengeluar ubikayu terbanyak di Malaysia pada tahun 2018 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 7,709 metrik tan dan ketiga adalah dikawasan Siburan di Sarawak sebanyak 1,858 metrik tan. Daerah Kuala Langat di Selangor pula dalah kedua terbanyak dimana mereka mampu didalam menghasilkan sebanyak 4,599 metrik tan pada tahun 2018. Ubi kayu biasanya akan diproses oleh pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menghasilkan produk hiliran lain seperti kerepek dan makanan sejuk beku untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Selain itu penulis blog memang mendapati dimana tanaman ubi kayu turut dijadikan bahan makanan ternakan berbentuk pellet. Ubi kayu juga amat berpotensi untuk dijadikan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui untuk dicampurkan ke dalam petrol dan etanol yang kian berkurangan. Sebelum ini teknologi ubi kayu ditanam di kawasan kampung secara kecil-kecilan oleh petani. Namun kesan ekoran permintaan yang tinggi iaitu daripada sektor industri maka ia mula ditanam secara komersial. Permintaan ini dapat dilihat dari kawasan tanaman ubi kayu di Malaysia sejak tahun 2006 dan terus meningkat saban tahun. Memandangkan ubi kayu yang semakin mendapat perhatian maka satu kajian telah berjaya dilakukan untuk menilai kesesuaian penanaman secara integrasi antara kelapa dan ubi kayu di stesen MARDI Hilir Perak. Sebenarnya kajian mengenai teknologi penanaman integrasi ubi kayu-kelapa memang salah satu pendekatan di bawah program Jabatan Pertanian (Program Intergrasi Tanaman Kelapa). Kadar bantuan sebanyak RM8.000 sehektar diberikan kepada petani yang menerimanya. Aktiviti penanaman integrasi ubi kayu-kelapa telah dilaksanakan di kawasan tanaman kelapa yang ditanam secara baris kembar dua (double avenue). Jarak tanaman kelapa bagi sistem ini ialah 7.0 m x 7.0 m x 15.0 m dengan kepadatan 128 pokok/ha (Rajah 2). Ruang di antara dua baris kelapa selebar 15 m telah digunakan untuk tujuan integrasi semaksimum mungkin dengan tanaman ubi kayu. Ruang di antara dua baris kelapa tersebut telah ditanam 13 baris tanaman ubi kayu pada jarak 90 cm antara baris. Dalam kajian ini, jarak di dalam baris 90 cm dan 60 cm telah digunakan. Jarak antara baris pokok kelapa dengan baris tanaman ubi pula 2.0 m. Ruangan di antara kelapa dengan ubi kayu tersebut adalah untuk ruang saliran air dan perparitan, mengelakkan teduhan yang tinggi dan mampu meminimumkan kerosakan akar kelapa semasa kerjakerja membajak, menggembur dan membuat batas. Kepadatan tanaman ubi kayu di ruang antara baris kembar dua kelapa adalah masing-masing sekitar 6,500 dan 10,790 pokok/ha bagi jarak tanaman 90 cm x 90 cm dan jarak tanaman 90 cm x 60 cm memandangkan lebih kurang 50% kawasan sahaja yang boleh ditanam dengan ubi kayu pada ruang di antara dua baris kelapa (Sila lihat rajah dibawah). Keratan ubi kayu yang sempurna dan berkualiti sahaja digunakan dalam kajian ini dengan anggaran percambahan 95%. Keratan batang telah ditanam secara condong sedalam 5-7 cm kerana plot kajian yang digunakan mempunyai kandungan tanah liat yang tinggi dan mudah dinaiki air ketika musim hujan. Parameter hasil telah direkodkan untuk meneliti kesan amalan integrasi ubi kayukelapa dan analisis ekonomi separa telah dibuat untuk menilai keberkesanan amalan integrasi ini. Amalan penanaman dalam integrasi ubi kayu-kelapa. Aktiviti penyediaan tanah tanah perlu disediakan supaya penanaman dapat dilakukan pada musim hujan bagi memperoleh faedah lembapan hujan untuk tanaman. Ruang tanah di antara baris kembar dua kelapa dibajak piring dua kali sedalam 30 - 45 cm sebelum kerja membajak tanah putar dilakukan. Batas berukuran 60 cm lebar dan 20 cm tinggi membolehkan tumbesaran ubi kayu yang cepat, mengelakkan air bertakung ketika musim hujan serta memudahkan kerja memungut hasil. Ubi kayu boleh ditanam di atas batas terutamanya tanah mineral dan boleh juga ditanam tanpa batas di tanah yang gembur seperti tanah gambut. Namun aras air tanahnya hendaklah dikawal (30 - 60 cm dari permukaan tanah). Penanaman tanpa batas untuk tanah mineral dapat dilakukan namun kerjakerja penuaian boleh menjadi lebih sukar. Penyediaan bahan tanaman Keratan diperoleh dari bahagian tengah batang yang telah cukup matang dan yang berumur 10 - 12 bulan. Bahagian batang yang muda tidak sesuai dijadikan bahan tanaman kerana ia mudah kering. Keratan hendaklah diperoleh daripada pokok yang bebas penyakit dan berukuran 20 - 25 cm perlu disediakan apabila kerja penanaman akan dilakukan. Bahagian pangkal dan hujung atau bahagian batang yang masih hijau perlu dibuang. Oleh itu, sebatang pokok ubi kayu dapat menghasilkan sehingga 9 - 10 keratan berukuran 20 - 25 cm. Pembajaan Baja organik seperti tahi ayam, sisa tanaman dan tahi kambing ditabur semasa kerja-kerja pembajakan piring. Penggunaan baja sebatian (12:12:17:2) pula dengan kadar 500 kg/ha boleh digunakan semasa kerja pembajakan putar dilakukan. Baja tunggal (urea) pada kadar 150 kg/ha ditabur semasa ubi kayu berusia 30 hari dilakukan untuk membekalkan unsur nitrogen yang mencukupi. Selepas itu, baja NPK 15:15:15 ditabur pada jarak 15 cm dari tepi pangkal pokok ubi kayu dan kadar yang disyorkan ialah 500 kg/ha. Memandangkan plot kajian mempunyai kandungan tanah liat yang tinggi dan kurang subur, penggunaan baja pada kadar yang lebih tinggi telah dilakukan untuk memperbaiki struktur tanah, mengekalkan lembapan dan mengimbangi nutrien. Memandangkan kos pembajaan sangat tinggi, penggunaan baja mestilah berhemah bagi mengelak pembaziran. Pengurusan rumpai, perosak dan penyakit Kawalan rumpai Semburan awal racun pracambah amat digalakkan untuk kawalan rumpai di ladang semasa kerja-kerja penyediaan tanah. Racun pracambah seperti Atrazine 80 WP, Alachlor atau Diuron (1.6 kg a.i./ha) disyorkan pada kadar 2 – 3 kg/ha dilarutkan bersama 500 liter air. Kawalan rumpai seterusnya ialah 30 hari selepas menanam dan perlu dilakukan secara berkala dalam tempoh 3 bulan pertama kerana selepas tempoh tersebut, pertumbuhan rumput dan rumpai dapat dikawal secara semula jadi ekoran ubi kayu tumbuh yang merimbun dan subur. Kawalan rumpai pada 3 bulan yang pertama ini boleh dilakukan secara kimia dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai. Kawalan secara manual menggunakan cangkul amat digalakkan. Kekerapan kawalan rumpai di ladang adalah berdasarkan kadar pertumbuhan rumpai. Diantara penyakit yang kerap menyerang tanaman ubi kayu ialah Antraknos yang disebabkan oleh kulat Colletotrichum gloeosporioides f.sp.manihotis. Kulat ini menyebabkan bintik-bintik serta hawar pada daun dan menyebabkan batang muda mati serta reput pada batang tua. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Carbendazim atau Chlorothalonil. Di samping itu terdapat juga penyakit ‘Velvet blight’ yang disebabkan oleh kulat Septobasidium sp. Kulat ini mengeluarkan lapisan kelabu pada batang ubi kayu dan mempunyai hubungan simbiosis dengan teritip (scale insects). Kawalan perosak Serangan tikus kerap berlaku di kawasan tanaman ubi kayu. Ia memakan dan merosakkan ubi yang terkeluar dari permukaan tanah. Tikus boleh dikawal menggunakan Warfarin atau Matikus dan mengamalkan amalan kultur yang baik bagi memastikan kawasan ladang sentiasa bersih untuk mengurangkan tempat persembunyian tikus. Untuk serangan babi hutan, kaedah pagar pertanian amat disyorkan. Penuaian hasil ubi kayu boleh dituai selepas 7 - 10 bulan ditanam. Sebelum ubi dituai sebaiknya batang pokok ubi kayu dipotong dengan meninggalkan batang kira-kira 0.3 meter dari permukaan tanah untuk memudahkan kerja menugal dan menarik batang ubi. Kutipan hasil boleh dilakukan secara manual dengan menarik batang pokok ubi dan boleh juga dilakukan dengan bantuan jentera (Sila lihat foto disebelah). Faedah integrasi tanaman ubi kayu dengan kelapa memberi kesan yang positif terhadap hasil buah kelapa. Hasil kelapa yang lebih tinggi telah diperoleh apabila diintegrasikan dengan ubi kayu berkepadatan normal dengan jarak tanaman 0.9 m x 0.9 m memberikan jumlah kepadatan pokok 6,500 pokok/ha. Hasil kelapa lebih rendah apabila diintegrasikan dengan ubi kayu berkepadatan tinggi dengan jarak tanaman 0.9 m x 0.6 m iaitu sebanyak 10,790 pokok/ha. Kajian menunjukkan hasil kelapa meningkat sebanyak 47% di plot tanaman ubi kayu berkepadatan normal dan peningkatan 31% pada plot tanaman ubi kayu berkepadatan tinggi mengikut perbandingan dengan kawasan kelapa tanpa integrasi untuk tempoh semusim penanaman ubi kayu. Analisis ekonomi separa menunjukkan pada kepadatan normal ubi kayu yang diintegrasikan dengan kelapa, hasil ubi kayu adalah sebanyak 18.59 tan/ha telah diperoleh berbanding dengan 14.13 tan/ha ubi kayu berkepadatan tinggi. Pada harga semasa ubi kayu RM0.80/kg (diperoleh secara purata di pasar tani dan tawaran daripada pemborong), jumlah pendapatan kasar yang diperoleh oleh petani hasil jualan terus kepada pemborong masing-masing ialah RM14,872.00 dan RM11,304.00 sehektar semusim bagi penanaman ubi kayu berkepadatan normal dan tinggi. Sementara itu, jualan hasil tanaman kelapa matang yang sedia ada boleh mencapai RM1,070.00 (1,338 biji) dan RM994.00 (1,180 biji) sehektar semusim ubi kayu berkepadatan normal dan tinggi. Gabungan hasil kedua-dua tanaman daripada integrasi ubi kayu-kelapa memberi pendapatan kasar masing-masing sebanyak RM15,942.00 dan RM12,248.00 bagi populasi ubi kayu berkepadatan normal dan tinggi berbanding hanya RM720.00 sehektar semusim bagi tanaman kelapa secara tunggal tanpa integrasi. Analisis ekonomi separa ini jelas menunjukkan bahawa integrasi ubi kayu-kelap baris kembar dua adalah menguntungkan dan mampu menjana ekonomi petani. Melihat kepada kesimpulan kajian integrasi tanaman ubi kayu-kelapa baris kembar dua kelapa sesuai dipraktikkan kerana sistem ini berupaya memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi kepada pengusaha kita berbanding dengan hanya menanam kelapa secara tanaman tunggal. Pendapatan bersih sehingga menghampiri RM11,000 sehektar boleh diperoleh daripada integrasi ubi kayu-kelapa. Pendapatan ini telah disumbangkan bukan sahaja melalui peningkatan hasil kelapa malah tambahan hasil daripada tanaman ubi kayu yang diintegrasikan di kawasan tanaman kelapa. Sehubungan itu, ubi kayu boleh dijadikan tanaman alternatif untuk tujuan integrasi bersama tanaman kelapa. Kini salah satu tanaman yang berpotensi untuk tujuan integrasi dengan kelapa ialah ubi kayu. Penanaman integrasi ubi kayu-kelapa telah dilaksanakan di kawasan tanaman kelapa yang ditanam secara baris kembar dua (double avenue) dengan 50% kawasan sahaja yang boleh ditanam dengan ubi kayu pada ruang di antara dua baris kelapa. Ruang di antara dua baris kelapa tersebut telah ditanam 13 baris tanaman ubi kayu pada jarak 90 cm di antara baris. Dalam kajian ini, jarak di dalam baris 90 cm (kepadatan normal) dan 60 cm (kepadatan tinggi) telah digunakan. Kajian menunjukkan hasil kelapa meningkat sebanyak 47% di plot tanaman ubi kayu berkepadatan normal berbanding dengan 31% pada plot tanaman ubi kayu berkepadatan tinggi. Jumlah pendapatan bersih yang diperoleh oleh petani hasil jualan ubi kayu dan kelapa masing-masing ialah RM10,992.00 dan RM5,153.00 sehektar bagi ubi kayu berkepadatan normal dan tinggi. Pulangan pelaburan untuk setiap ringgit yang dilaburkan melalui integrasi tanaman ubi kayu-kelapa masing-masing ialah 2.22 dan 0.71 bagi ubi kayu berkepadatan normal dan tinggi dan hanya 0.03 bagi tanaman kelapa tanpa integrasi ubi kayu. Analisis ekonomi separa ini jelas menunjukkan bahawa integrasi ubi kayu-kelapa baris kembar dua adalah menguntungkan dan mampu menjana ekonomi petani. Aemuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... MENANAM UBI ... INTERGRASI KELAPA... JARAK TANAMAN... JARAKNYA BIASA... BENIH DI TANAM... PILIH VARIETINYA... RM11,000 SEHEKTAR...ITU BERSIHNYA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia. (30 Ramadan 1441H). SELAMAT HARI RAYA !
  13. DI MALAYSIA tanaman padi (Oryza sativa) adalah menjadi tanaman ke tiga terpenting selepas Kelapa Sawit dan Getah. Terdapat beberapa jelapang padi dan IADA yang ditumpukan untuk pengeluaran padi bagi membekalkan sebanyak 70% kecukupan saradiri beras (SSL) negara. Banyak varieti padi yang dikeluarkan oleh MARDI sejak lama dahulu hasil penyelidikan dibeberapa lokasi. Bagaimana pun kesemua aktiviti ini berkait dengan kewujudan Bank Gen Padi Kebangsaan yang mana dilaporkan ada menyimpan sejumlah 13,020 aksesi padi. Koleksi inii juga merangkumi pelbagai varieti padi iaitu varieti tradisional, varieti MARDI dan varieti luar negara. Padi varieti tradisional diperoleh dari beberapa ekspedisi pengumpulan di kawasan penanaman padi di seluruh Malaysia. Padi varieti MARDI merupakan varieti padi yang dihasilkan oleh pembaik baka di MARDI. Varieti ini biasanya dibangunkan menggunakan varieti-varieti padi yang tersimpan di Bank Gen Padi. Bagi padi varieti luar negara merupakan varieti padi dari negara lain yang mana ia diperoleh melalui projek kerjasama dengan institusi-instutusi antarabangsa terutamanya Institusi Penyelidikan Padi Antarabangsa (International Rice Research Institute, IRRI). Setiap aksesi padi yang tersimpan di Bank Gen Padi Kebangsaan mempunyai kepelbagaian sumber genetik yang luas dan penting sebagai sumber bekalan genetik untuk penyelidikan dan pembangunan varieti padi moden. Kepelbagaian sumber genetik padi di Bank Gen Padi ini diterokai melalui aktiviti pencirian dan penilaian morfologi yang dilaksanakan pada setiap musim penanaman. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis maklumat mengenai fungsi dan peranan Gene Bank Padi Kebangsaan untuk dijadikan bahan rujukkan semua. Didalam pusat ini disimpan semua maklumat ciri morfologi ini penting bagi membekalkan maklumat asas kepada pembaik baka untuk mengenal pasti dan memilih baka induk bagi membangunkan varieti baharu. Penilaian kepelbagaian genetik berdasarkan ciri morfologi ini banyak digunakan kerana menjimatkan, cepat dan mudah. Sehingga kini cara pengkelasan spesifik tanaman masih berdasarkan ciri morfologi. Kajian ini telah dilaksanakan adalah untuk meneroka kepelbagaian ciri morfologi yang hadir pada setiap aksesi padi yang tersimpan di Bank Gen Padi dan mengenal pasti varieti yang berpotensi agar dapat diperkenalkan kepada penyelidik dan pembaik baka. Hasil kajian ini sangat penting bagi memastikan germplasma padi yang tersimpan dapat digunakan secara menyeluruh untuk penyelidikan serta pembangunan varieti padi moden. Secara tidak langsung, sumbangan varieti ini kepada pembangunan varieti padi moden akan dapat membantu meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras di Malaysia bagi menjamin keselamatan makanan negara. Dilaporkan dimana beberapa kajian telah dilaksanakan untuk meneroka akan kepelbagaian ciri morfologi yang wujud dan mengenal pasti varieti padi yang berpotensi untuk penyelidikan dan pembaikbakaan padi. Aktiviti pencirian morfologi pokok padi dilaksanakan dengan merujuk kepada Senarai Pencirian Padi atau Rice Descriptor List yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Penasihat Beras International Board for Plant Genetic Resources - International Rice Research Institute (IBPGR-IRRI). Analisis kluster berdasarkan ciri kuantitatif mendapati varieti RP 2068-32-6-1 dan R 6682 menunjukkan perkaitan rapat dengan MR 143 pada pekali persamaan = 0.74. Berdasarkan ciri kualitatif mendapati enam varieti menunjukkan skor yang baik iaitu MR 219, MR 219 (UPM4), MR 219 (UPM9), MR 143, IR65601-10-1-2 dan IR65601-67-3-2. Analisis kluster berdasarkan ciri kualitatif mendapati varieti IR66740-AC1-3 menunjukkan perkaitan rapat dengan varieti MARDI pada pekali persamaan = 0.70. Varieti padi yang mempunyai ciri morfologi yang rapat dengan varieti MARDI adalah berpotensi dan sesuai diperkenalkan kepada pembaik baka untuk pembangunan varieti padi moden. Kini sejumlah 46 aksesi telah dibuat pencirian morfologi. Aktiviti pencirian morfologi pokok padi dilaksanakan dengan merujuk kepada Senarai Pencirian Padi atau Rice Desriptor List yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Penasihat Beras Board for Plant Genetic Resources - International Rice Research Institute (IBPGR-IRRI). Pencirian morfologi ini terbahagi kepada dua kategori iaitu ciri kuantitatif dan kualitatif. Bagi ciri kuantitatif, data yang direkodkan adalah panjang dan lebar daun pengasuh, panjang dan lebar daun, panjang ligul, tinggi pokok, panjang tangkai, jumlah anak pokok dan diameter batang. Bagi ciri kualitatif, data yang direkodkan adalah pubesens daun, warna daun, sudut daun, sudut daun pengasuh, bentuk ligul, warna kolar, warna aurikel, sudut batang, warna ruas batang, jenis tangkai, tahap pengeluaran tangkai, paksi tangkai, kehadiran jejangut dan warna jejangut. Adalah dilaporkan dimana varieti padi yang berpotensi berdasarkan ciri morfologi kuantitatif. Pencirian kuantitatif bagi ciri tinggi pokok menunjukkan pokok tertinggi direkodkan pada varieti Tambang dengan ukuran 159.24 cm, manakala varieti MARDI MR 253 merupakan varieti terendah dengan ukuran 54.20 cm. Didapati 63% varieti padi yang dibuat pencirian menunjukkan tinggi pokok 60 - 100 cm iaitu julat tinggi pokok varieti MARDI. Bagi ciri panjang tangkai, sejumlah 50% varieti menunjukkan ukuran panjang tangkai melebihi 25 cm. Varieti yang mempunyai tangkai yang terpanjang ialah varieti Tambang dengan ukuran 32.48 cm. Varieti ini juga menunjukkan ukuran yang terpanjang berbanding dengan varieti MARDI yang biasanya mempunyai ukuran panjang tangkai sekitar 26 cm. Ukuran panjang tangkai boleh berubah 12 - 19 cm pada setiap musim. Perbezaan ukuran ini adalah disebabkan oleh perbezaan amalan pertanian. Berdasarkan kajian korelasi ciri morfologi mendapati tinggi pokok menunjukkan korelasi yang positif dan sangat signifikan dengan panjang tangkai. Pengenalpastian varieti berpotensi berdasarkan julat tinggi pokok varieti MARDI (60 hinggga 100 cm) dan panjang tangkai melebihi 25 cm mendapati 12 varieti yang mempunyai ciri morfologi tersebut iaitu ADT-10, Awini, CI-9534, IR8 X Tadukan, Jarom Mas, MR 143, MR 219 (UPM4), MR 219 (UPM9), PM16624257-1, R 6682, RP 2068-32-6-1 dan Sumalai. Julat ukuran panjang daun pengasuh ialah 24.42 - 73.60 cm. Ukuran daun pengasuh yang terpanjang direkodkan pada varieti Bake Gonh, manakala ukuran daun pengasuh terpendek direkodkan pada varieti Tsuyuake. Julat ukuran panjang daun pula ialah 34.82 - 77.31 cm. Ukuran daun yang terpanjang juga direkodkan pada varieti Bake Gonh, manakala ukuran daun terpendek direkodkan pada varieti Ambemehar 159. Pencirian morfologi kuantitatif dan kualitatif menunjukkan kepelbagaian yang tinggi antara setiap varieti padi yang tersimpan di Bank Gen Padi ini. Varieti-varieti yang mempunyai ciri morfologi yang rapat dengan varieti moden MARDI seperti RP 2068-32-6-1, R 6682 dan IR 66740-AC1-3 adalah lebih berpotensi dan sesuai diperkenalkan kepada para pembaik baka kerana telah sedia ada ciri morfologi yang baik pada varieti tersebut. Namun, varieti-varieti lain juga mempunyai ciri-ciri morfologi yang khusus dan penting bergantung kepada objektif penyelidikan dan tujuan program pembaikbakaan tersebut. Ini jelas membuktikan bahawa maklumat daripada kajian ini memainkan peranan utama untuk penyelidikan dan pembaikbakaan padi sebagai rujukan untuk pembangunan varieti padi moden. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!... ADA GENE BANK... SIMPAN PADI... BUAT BIAKBAKA... SEHINGGA JADI... ADA 13,000 LEBIH...JUMLAH AKSESI... BACA ARTIKEL... BARU MEMAHAMI... By, M Anem, Senior Agronomist, Putrajaya, Malaysia. (3 Muharam 1442H).
  14. PENYAKIT REPUT PANGKAL BATANG (RPB) pada tanaman kelapa sawit yang disebabkan oleh patogen iaitu Kulat Ganoderma (Ganoderma boninense) didapati meningkat di kawasan tanaman semula sawit. Keadaan ini juga adalah berpunca daripada sumber jangkitan penyakit RPB yang terdapat pada tunggul dan akar sawit generasi sebelumnya. Untuk mengawal penyakit ini, penyediaan kawasan penanaman perlu dilakukan dengan teknik yang betul. Dalam wikipedia dinyatakan dimana Ganoderma merupakan genus bagi sejenis cendawan polypore yang tumbuh pada pokok dan selalunya ia akan merangkumi sekitar 80 spesies dimana kebanyakan darinya dari kawasan tropika. Bagaimana pun oleh kerana tahap penggunaannya yang meluas dalam perubatan tradisional di Asia serta dan potensinya dalam bioremediasi maka cendawan ganoderma dikomersilkan dari genus sangat penting dari segi ekonomi. Ganoderma boleh dibezakan daripada polypores lain kerana ia mempunyai dinding basidiospora berkembar. Mereka popular disebut sebagai cendawan rak atau kulat ambal ("bracket fungus"). Dalam pada itu Ganoderma adalah organisma eukariotik yang digolongkan ke dalam kelompok cendawan sejati. Dinding sel Ganoderma terdiri atas kitin (chitin) tetapi selnya tidak tidak memiliki klorofil. Ganoderma mendapatkan makanan secara heterotrof iaitu dengan mengambil makanan dari bahan organik di sekitar tempat pertumbuhanya. Bahan organik tersebut yang akan diubah menjadi molikul-molikul sederhana dan diserap langsung oleh hifa. Kulat Ganoderma juga termasuk dalam 'soil borne fungi' atau pun dikatakan sebagai sejenis cendawan bawaan tanah dan juga jenis hidupan yang memiliki sifat saprofit dan parasit tumbuhan. Sifat yang dimiliki Kulat Ganoderma ini menjadi menarik disebabkan dua peranan yang saling bertentangan iaitu merugikan namun sekaligus didakwa memang ia boleh menguntungkan. Sebagai patogen tumbuhan sebenarnya Kulat Ganoderma dapat menyebabkan busuk akar dan batang pada tumbuhan tahunan tropika di estet Kelapa Sawit atau pun pokok hutan sehingga boleh menyebabkan kerugian. Sebagai saprofit emmang cendawan ganoderma telah lama digunakan sebagai bahan ubat bagi kesihatan manusia. Bagaimana pun di Malaysia dan negara pegeluar kelapa sawit serangan kulat ganoderma adalah mengerikan kerana ia mampu mengurangkan hasil kelapa sawit dan membunuh tanaman tersebut. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai penyakit ganoderma atau teknikalnya sebagai penyakit reput batang kelapa sawit dan beberapa teknik kawalan untuk bahan rujukkan anda semua. Tanaman kelapa sawit yang terkena kulat ganoderma biasanya memang agak sukar untuk dirawat. Jika terkena satu pokok seterusnya kulat ini akan merebak ke pokok yang lain dalam waktu tidak lama. Daripada tinjauan penulis blog mendapati dimana dalam sesetengah kes, kulat ini akan gugur kering selepas dirawat. Namun apa yang berlaku ialah kulat ganoderma ini akan naik kembali selepas itu. Penyakit ini boleh berjangkit melalui akar-akar tumbuhan kelapa sawit yang bertemu di dalam tanah. Sebenarnya Kulat Ganoderma adalah sejenis parasit dimana jika kulat ini akan sering hadir apabila kawasan tanah dimana kelapa sawit ditanam terdiri daripada jenis tanah yang bertoksid dan masam. Perkara ini berlaku kerana lazimnya dikawasan tanah yang bertoksid dan masam tidak atau asidik memang mengandungi mikrob baik yang telah mati atau dalam bahasa mudahnya 'tanah mati tiada organisma baik'. Kejadian boleh berlaku menjadi jenis tanah bertoksid dan masam selalunya juga berpunca dari penggunaan racun rumpai dan baja kimia yang selalu digunakan untuk meningkat hasil tandan sawit. Penggunaan bahan kimia yang lama bertahun-tahun menyebabkan tanah menjadi lebih asidik apa lagi akan menjadi lebih parah lagi apabila memang tidak pernah dirawat tanah tanaman kelapa sawit ini sejak lama. Kesan tanam masam dan tiada organisma baik ini maka apabila terjadi begini kemudian terjadi hasil kelapa sawit akan berkurangan dan juga jangkahayat pokok juga menjadi pendek atau akhirnya boleh mati. Terdapat banyak amalan agronomi dan cara perawatan dan juga untuk mencegah kulat ganoderma dilakukan dimana asasnya adalah pekebun boleh amalkan kaedah pembersihan kebun secara menebas atau dengan menggunakan mesin. Apa pun jika terdesak sangat barulah menggunakan racun tetapi selepas itu perlu rawat kembali tanah yang telah di racun dengan bahan boleh menaikan kesuburan tanah (menaikan pH). Memang telah ramai pekebun sawit yang mengamalkan kaedah pembajaan organik seperti baja tahi ayam untuk kurangkan kesan toksid baja kimia. Ada juga yang mengamalkan kaedah baja hybrid kimia-organik untuk penghasilan tandan sawit yang optimum secara berterusan. Kaedah hybrid kimia-organik menjadikan pokok mendapat baja lengkap seimbang tanpa kesan sampingan. Bagaimana pun sebaiknya bagi pokok yang telah terkena kulat ganoderma rawatan terbaik tanah tersebut adalah dengan menggunakan DOLOMITE atau ZEOLITE. DOLOMITE adalah sebatian daripada batu sedimen yang mengandungi mineral berfaedah. Kandungan tertinggi adalah Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg) dalam bentuk Okside (O2) dan Karbonat (CO3). Dilapangan dimana kompaun ini dapat menyediakan mineral tambahan kepada tanah untuk proses pertumbuhan pokok dengan lebih baik kerana bahan didalamnya dan tahap kemampuannya untuk meneutralkan tanah yang berasid. Terdapat banyak sebab tanah berasid termasuk diladang kelapa sawit yang mana antaranya adalah disebabkan oleh penggunaan baja kimia yang berlebihan dimana dalam keadaan tanam masam maka nutrien tidak dapat diambil oleh akar pokok. Adalah penting untuk pembaca mengetahui akan sifat-sifat dolomite ini kerana asasnya adalah mineral dolomite yang menjadi batuan kristal didalam sistem 'trigonal-rombohedral' yang berwarna keputihan, coklat, kelabu atau ada seakan merah muda. Salah satu jenama produk serbuk Dolomite meningkatkan lagi hasil aktiviti pertanian yang dijalankan dan kawal penyakit tertentu. Dolomite adalah bahan mengandungi unsur yang menggemburkan serta mampu untuk membaiki pengudaraan dalam tanah dan membaikpulih struktur tanah. Kesannya akan membolehkan akar cepat berkembang dalam tanah yang subur untuk menyerap nutrisi. Bahan dolomite ini juga mampu untuk menstabil dan mampu meningkatkan pH tanah (keasidan tanah) serta dapat membantu dalam proses Fotosintesis dimana kesannya ia akan menghijaukan daun. Dolomite mengandungi bahan mineral semulajadi dimana ia adalah tidak merbahaya kepada semua jenis kehidupan, ternakan dan juga tanaman. Dalam jangkamasa singkat ianya akan membantu dan membolehkan cacing dan bakteria baik (good pathogen) untuk berkembang biak. Kesan penggunaan dolomite didakwa mampu untuk mencegah pertumbuhan semua jenis kulat (fungi) dan lumut (moss) dipermukaan tanah dan dipokok. Ia juga didakwa memang mampu untuk mencegah anai-anai, penyakit akar putih, cacing nematod, bakteria dan patogen yang hendak menyerang tanaman. Dalam kes lain pihak MPOB juga ada memperkenalkan teknik sanitasi tunggul dan akar sawit bagi mengawal jangkitan penyakit RPB di kawasan penanaman semula sawit. Ini dilakukan apabila kawalan melihat kesan sanitasi tunggul sawit dari srangan jangkitan ganoderma di kawasan sanam semula dibuat penyelidikan. Amalan sanitasi dengan menorek tanah dan tunggul pokok tua seluas 1.5 m panjang X 1.5 m lebar X 1.5 m dalam, sebelum menanam semula sawit telah mengurangkan kejadian penyakit RPB ke atas pokok sawit baru. Kejadian penyakit RPB adalah kurang daripada 1% di kawasan yang mengamalkan sanitasi seperti ini berbanding lebih 13% di kawasan yang tidak mengamalkan sanitasi iaitu selepas 10 tahun pokok sawit ditanam. Kini kajian mendapati berdasarkan penemuan ini maka langkah-langkah yang disyorkan sebelum penanaman semula sawit sebaiknya dijalankan terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi untuk diserang Ganoderma. Langkah pertama adalah dengan menumbangkan pokok tua. Kemudian dimusnahkan pokok tua dengan meracik batang, tunggul dan gumpalan askar kepada cebisan kecil kemudian menyerakkan secara rata sekata sepanjang barisan tanaman pokok tua dan dibiarkan mereput. Langkah ke 3 dengan mengorek tanah dan tunggul dengan menggali lubang seluas (1.5 m lebar X 1.5 m panjang X 1.5 m dalam) dan ditimbus semula dengan tanah di sekililingya. Seterusnya langkah ke 4 adalah dengan cara membajak kawasan di antara barisan pokok tua atau di sepanjang barisan penanaman baru dan diikuti dengan pembajakan putar. Langkah ke 5 adalah dengan menaman anakbenih kelapa sawit baru di sepanjang kawasan dibajak dan jauh daripada barisan pokok sawit tua (barisan pokok lama). Ini kerana tunggul dan akar berpenyakit merupakan sumber jangkitan pokok sawit yang akan ditanam. Teknik sanitasi yang dijalankan ialah dengan mengorek keluar tanah dan tunggul serta akar pokok sawit tua seluas 1.5 m lebar X 1.5 m panjang X 1.5 m dalam. Ini diikuti dengan membajak kawasan di antara pokok tua atau di sepanjang barisan penanaman baru, kemudian dengan pembajakan putar dan menanam pokok baru jauh daripada barisan pokok tua, untuk mengurangkan kejadian penyakit RPB selepas menanam semula sawit. Melalui kaedah ini maka kejadian penyakit RPB pada sawit tanam semula dapat dikurangkan dengan ketara. Kulat Ganoderma adalah cendawan tular tanah yang pada awalnya banyak menyerang tanaman kehutanan, namun belakangan ini juga banyak menyerang tanaman perkebunan khususnya kelapa sawit. Spora cendawan ini dapat bertahan dalam keadaan dorman selama bertahun-tahun di tanah dimana jika terjadi ketidakseimbangan mikroflora dan juga lingkungan yang mendukung maka spora cendawan ini akan menjadi dominan dan aktif. Pencegahan dengan membaiki keasidan tanah dengan Dolomite adalah antara yang berkesan didalam mengawal penyakit disebabkan Ganoderma. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... TANAMAN SAWIT ...SAKIT GANODERMA... POKOKNYA ROSAK... HASILNYA MINIMA... CARA KAWAL... DOLOMITE BOLEH GUNA... SANITASI LADANG... SIGNIFIKAN JUGA... By, M Anem, Senior Agronomist, Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka, Malaysia. (24 Safar 1442H).
  15. TANAMAN NANAS (Ananas comosus) di atas tanah bris (tanah berpasir tepi laut) merupakan satu usaha yang mana ia memerlukan amalan teknologi yang berlainan dengan teknik penanaman nanas di atas tanah gambut atau pun diatas tanah mineral. Tanah Bris dan Tanah Bekas Lombong hampir sama sifatnya. Tanah ini dikelaskan sebagai tanah yang mana ia bermasaalah dan jenis tanah ini memang ia mengandungi komponen pasir (sand) yang sangat tinggi iaitu melebihi dari 95% daripada keseluruhan tekstur tanah. Ini menyebabkan tanah jenis ini tersangat salir (excessive drainage) dan tidak dapat menyimpan air dalam tanah. Kadar larutresap dalam tanah bris sangat tinggi. Tanah pasir jenis ini juga mempunyai kadar pegangan kelembapan yang rendah dan tahap keupayaan pegangan nutrien juga sangat rendah. Tahap kesuburan tanah ini sangat rendah dimana kandungan nutrien dan bahan organik juga sangat rendah. Lazimnya pada cuasa panas akan meningkatkan suhu tanah yang tinggi dan banyak tanaman kurang toleran dengan keadaan ini. Bagaimana pun tanaman nanas dengan amalan teknologi agronomi yang telah disesuaikan membolehkan kawasan tanah bris di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Sedeli, Kota Tinggi, Johor kelolaan oleh LPNM dengan Jabatan Pertanian Johor ini berjaya menanam dan juga menghasilkan nanas Maspine (AC4) yang amat berkualiti sebegai produk nanas premium semanjak 12 tahun dahulu. Projek TKPM adalah lokasi khas disediakan oleh kerajaan dibawah kelolaan Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi dengan tujuan untuk pengeluaran bahan makanan negara yang berkekalan. Terdapat lebihkurang 82 buah TKPM seperti ini di seluruh negara yang melibatkan sekitar 1,500 orang perserta dengan anggaran pengeluaran tahunan bernilai lebih dari RM450 juta. Tanaman sayuran merupakan paling luas diusahakan di seluruh TKPM diikuti dengan tanaman buah-buhanan seperti nangka, nanas, betik, tembikai, melon, jambu batu dan sebagainya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai tinjauan teknologi yang saya lakukan kekebun di TKPM ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua. Teknologi Pertanian dalam bidang amalan agronomi tanaman nanas mempunyai kepelbagaian didalam cara pengusaha perlaksanaannyaa bergantung kepada banyak faktur. Di Malaysia selain daripada faktur cuaca dan amalan teknologi, jenis tanah memainkan pengaruh besar didalam kos pengeluaran dan kualiti penghasilan. Tanah Bris yang ada di TKPM Sedeli ini dimajukan untuk meningkatkan tahap penggunaan tanah bermasaalah dan amalan teknologi yang disesuaikan. Dalam penanaman nanas sebagai contohnya, amalan agronomi untuk tanaman nanas di atas tanah gambut (peat soil), tanah mineral (tanah bukit) dan Tanah Bris memang berbeza semuanya. Tanah gambut dan tanah bris merupakan jenis tanah bermasaalah di Malaysia dimana jika hendak dimajukan memerlukan cara pengurusan yang khusus bagi membolehkan ianya akan menghasilkan tanaman yang subur seterusnya memberikan hasil yang lumayan dan berkualiti. Ramai dikalangan pemilik tanah gambut dan tanah bris yang kurang berjya didalam menanam nanas dengan penghasilan buah nanas yang premium. Tinjauan saya ke kebun Tn Hj Shukri dengan di bantu oleh Pengurus Ladang bernama Hj Kamil di TKPM Sedeli ini banyak dimana saya belajar bagaimana pengurusan tanaman diatas tanah bris yang sesuai untuk tanaman nanas. Mula-mula sekali tentunya membuat ujirasa buah nanas Maspine yang baru dipetik dimana memang saya kelaskan sebagai buah nanas premium (Sila lihat foto disebelah). Buahnya mempunyai keunikan tersendiri dari segi warna kulit, warna isi dan paling penting kualiti isi yang manis. Antara beberapa ciri-ciri marfologi nenas Maspine yang perlu dilihat adalah pada bahagian daunnya. Warna dominan pada permukaan atas daun adalah hijau dengan ada bahan dikenali sebagai kandungan antosianin. Keamatan atau intensiti kandungan antosianin adalah sederhana kuat dengan sebarannya adalah dominan memanjang kearah apeks. Apa yang unik pada varieti ini adalah bentuk daun 'Piping' dengan tiada duri. Ia juga menunjukkan ada seperti garisan timbul yang jelas dilihat pada margin daun. Pada permukaan atas braktea nenas Maspine berwarna merah jambu pudar. Diladang nenas Maspine mempunyai tabiat pertumbuhan yang separa menegak dengan kedudukan buanya yang menonjol. Syarikat ini yang menanam nanas Maspine merupakan salah satu yang terluas di Malaysia dengan varieti ini. Dilihat dari segi fizikal lazimnya buahnya hampir sama bentuknya begitu juga ujirasa kemanisannya, Buah nanas dari kebun ini agak berlainan tekstur dan marfologi buahnya daripada buah yang di tanam diatas tanah gambut dan tanah mineral. Paling ketara adalah warna kulitnya yang hijau berkilat dengan kulit yang keras untuk dikupas (Sila lihat foto disebelah). Buah ini juga memunyai mata yang besar melebihi duit 20 sen dan menyami duit 50 sen seragam daripada bawah keatas. Ini menunjukkan buah nanas Maspine ini mempunyai piawaian unggul untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog kira dengan 5-6 lapis mata buah biasanya memberikan berat buah diantara 1.2 - 1.6 kilogram sebiji dimana ini merupakan saiz buah gred A yang ideal untuk pasaran. Uniknya dimana jambul nanas ini yang ditanam diatas tanah bris agak keras dan tajam dimana kalau kurang waspada akan menyebabkan luka jika tertusuk hujung daunnya. Keadaan cuaca panas di waktu tengahari akan menyebabkan buah dan daun akan menjadi sedikit keras berbanding dengan penanaman nanas diatas tanah gambut. Kandungan silika yang tinggi dikawasan tanah bris ini juga dipercayai mempengaruhi kejadian ini. Apa yang penting di kawasan tanah bris adalah keperluan air, baja organik dan saliran. Kebanyakan tanah bris yang berhampiran pantai akan mudah digenangi air sewaktu hujan lebat dimana walau pun ia mudah larutresap akan tetapi sering berlaku air bertakung dikawasan tertentu akibat sistem saliran yang tidak sempurna. Ini akan menyebabkan tanaman nanas terjejas pertumbuhannya apabila terendam didalam air untk satu jangkamasa agak lama. Kebun nanas disini membuat batas tanaman yang tinggi sekitar 1 kaki (30 cm) dengan ianya kemudian ditutup dengan plastik silvershine tebal dan lebar (Sila lihat foto paling atas dan disebelah). Penyediaan tanh dengan trekter dan kemudian dibalas dengan menggunakan cangkul untk menaikkan batas yang tinggi. Baja organik akan dibubuh didalam batas sebelum dipasang plastik kerana tanah bris memang memerlukan baja organik yang sesuai untuk menambah kesuburan, melembapkan tanah dan boleh memberikan nutrien agak lama. Ada kalangan usahawan membubuh bahan organik daripada tahi ayam, ada yang menggunakan sekam padi, ada yang menggunakan tandan sawit dan usahawan disini menggunakan kulit biji kopi. Plastik tutup batas penting untuk memberikan kelempaban tanah, mengawal rumpai, memudahkan pembajaan, membalikan cahaya matahari dan memberikan haba dibahagian bawah daun dan mengelakan serangan perosak dan penyakit nanas (Soil borne disease). Penulis blog dapati jika tanpa penggunaan plastik ini maka batas tanaman akan 'hilang' dalam beberapa hari sahja selepas berlaku hujan lebat. Adalah menjadi kewajiban memasang plastik diatas tanah beris bagi menanam nanas. Artikel ini ada dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untun dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.... TANAM NANAS... TANAH BRIS ADA DI CUBA... TEKNOLOGI DIGUNA...MEMANG BERBEZA... GUNAKAN PLASTIK... BATAS MESTI DIBINA... BAJA ORGANIK... BAJA FOLIAR PENTINGNYA... By, M Anem, Senior Agronomist, TKPM Sedeli, Sedeli, Kota Tinggi, Johor, Malaysia. (22 Zulhijjah 1441H). Bersamaan 13 Ogos 2020.
  16. TANAMAN NANAS (Ananas comosus) di atas tanah bris (tanah berpasir tepi laut) merupakan satu usaha yang memerlukan amalan teknologi yang berlainan dengan penanaman nanas di atas tanah gambut atau pun diatas tanah mineral. Tanah Bris dan Tanah Bekas Lombong hampir sama sifatnya. Tanah ini dikelaskan sebagai tanah yang bermasaalah dan jenis tanah ini memang ia mengandungi komponen pasir yang sangat tinggi iaitu melebihi 95% daripada keseluruhan tekstur tanah. Ini menyebabkan tanah jenis ini tersangat salir (excessive drainage) dan tidak dapat menyimpan air dalam tanah. Kadar larutresap dalam tanah sangat tinggi. Tanah pasir jenis ini juga mempunyai kadar pegangan kelembapan yang rendah dan tahap keupayaan pegangan nutrien juga sangat rendah. Tahap kesuburan tanah ini sangat rendah dimana kandungan nutrien dan bahan organik juga sangat rendah. Pada cuasa panas akan meningkatkan suhu tanah yang tinggi dan banyak tanaman kurang toleran dengan keadaan ini. Bagaimana pun tanaman nanas dengan amalan teknologi yang sesuai membolehkan tanah bris di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Sedeli, Kota Tinggi, Johor ini berjaya menanam dan juga menghasilkan nanas Maspine (AC4) yang berkualiti premium semanjak 12 tahun dahulu. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai tinjauan teknologi yang saya lakukan kekebun ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua. Tanah Bris merupakan kawasan tanah berpasir yang selalunya amat panas terutama dimusim kemarau dan air agak sukar diperolehi. Bagaimana pun tanaman lasak seperti tanaman nanas dan kelapa boleh disesuaikan amalan teknologinya untuk menjadikan kawasan tanah yang bermasaalah ini mampu menghasilkan buah yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Menurut Hj Kamil, apa yang penting adalah pakej amalan teknologi perlu difahami dan diamalkan didalam penggurusan amalan agronomi diatas tanah bris. Beliau mengakui telah lebih 9 tahun membaca blog pertanian terutama blog Anim Agro Technology. Beliau berterimakasih kepada penulis blog yang mana baru mengenalinya setelah say membuat tinjauan teknologi kekebunnya di Kg Sg Telur, Kota Tinggi pada Januari 2020. Pada masa ini seluas 30 ekar tanaman nanas telah dimajukan keluarga beliau di Johor dibeberapa lokasi. Beliau mengakui dimana mengalami kegagalan pada tahun pertama menanam nanas kerana kekurangan maklumat dan pengalaman. Bagaimana pun beberapa pengubahsuaian amalan teknologi kini mereka telah menanam nanas Maspine ke generasi ke 8 dan akan meneruskan usaha tersebut selagi memberikan pendapatan yang baik. Apa yang penulis blog paling teruja adalah kerana melihat kini penanaman nanas Maspine di TKPM Sedeli ini dimana mereka hanya menggunakan benih daripada Jambul (crown) sahaja dan amat kurang menggunakan sulur tanah. Pada pemerhatian mata kasar mendapati benih daripada bahagian jambul akan tumbuh dengan seragam dengan pokok nanas yang cepat membesar serta boleh berbuah dengan lebih cepat selepas dihormon. Berbeza dengan pokok nanas ditanam dari sulur tanah dimana bilangan daunnya adalah banyak dengan susunan yang seragam. Jambu nanas tidak boleh ditanam terus diatas batas kerana ia mudah reput (daunnya tercabut) tetapi sebaiknya disimpan dahulu selama 2 minggu baru ditanam. Pastikan dibahagian bawah sudah betul-betul kering sebelum menanam. Sebelum menanam juga perlu dibuang daun-daun nanas pada jambul dibahagian bawah sehingga kelihatan akarnya dalam 3-4 cm di perdu jambul. Penanaman jambul perlu dipadatkan tanah dilubang tanaman sama dengan sulur tanah bagi mempastikna pertumbuhan yang baik. Kos harga jambul adalah sama dengan kos harga benih sulur tanah daripada kebun disini. Penulis blog sudah melawat beberapa pekebun nanas yang lebih suka menanam menggunakan jambul nanas dan sanggup membelinya dengan harga lebih tinggi walau pun sebenarnya agak sukar untuk mendapatkan benih jambul dengan jumlah yang banyak. Nanas Maspine merupakan satu varieti nanas yang tidak banyak ditanam di Malaysia seperti nanas MD2, Josapine, N36, Gandul dan Moris. Varieti Nenas Maspine (AC4) merupakan satu varieti nenas hasil dari aktiviti pembiakan dai PRI (Pineapple Research Instituute) Hawai dari kumpulan nenas Cayenne. Ia istimewa kerana varieti ini mempunyai ciri daun TIDAK BERDURI atau Piping Leaf. Sebenarnya nenas Maspine ini adalah mempunyai komposisi hibrid Cayenne, Smooth Guatamalan, Permanbuco, Queen dan Singapore Canner. Varieti ini dibawa masuk ke Malaysia dibawah kerjasama program janaplasma )germplasm) dengan Maroochy Horticultural Research Institute Australia sejak tahun 1990. Buan nenas Maspine ini berbentuk Selinder dengan mempunyai berat sekitar 1.2 - 1.3 kg sebiji dengan warna kulit buah adalah hijau muda. Buah ini mempunyai sebanyak 120 -140 mata dengan kedudukan matanya adalah 'timbul' (Sila lihat foto disebelah). Penulis semasa membuat penelitian mendapati saiz empulur varieti ini sekitar 2.0 - 2.8 cm dengan warna isi nenas adalah kuning keemasan. Buah yang manis dengan kandungan gula sekitar 12 - 14 Brixs ini mengandungi kadar asid citrik sekitar 0.4 - 0.6%. Buah nenas varieti ini amat sesuai untuk dimakan segar atau pun diproses. Sila baca keterangan lanjut mengenai nanas ini dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Harga ladang nanas dari ladang ini sekitar RM6.00 sekilogram (antara harga ladang yang tertinggi) dengan harga runcit sekitar RM7 - RM8/kg dipasaran skitar Johor Bahru dan Singapura. Semuga usahawan in akan terus berjaya didalam memajukan industri nanas negara dimasa akan datang. Artikel ini ada dua bahagian iaitu Part 1 dan Part 2 untun dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.. TANAM NANAS... TANAH BRIS DI CUBA... TEKNOLOGI DIGUNA...MEMANG BERBEZA... GUNAKAN PLASTIK... BATAS MESTI DIBINA... BAJA ORGANIK... BAJA FOLIAR PENTINGNYA... By, M Anem, Senior Agronomist, TKPM Sedeli, Sedeli, Kota Tinggi, Johor, Malaysia. (22 Zulhijjah 1441H). Bersamaan 13 Ogos 2020.
  17. KUCING (CATS) merupakan haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai haiwan peliharaan (pets) diseluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan kucing merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis catus dipercayai ianya merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia. Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikamppong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka memburu tikus dirumah dan membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Konsep ini tidak sama dengan peminat mereka yang pelihara kucing dikawan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat menjengkelkan. Keperihatinan jiran yang memiliki kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" subuh ini saya menulis sedikit info mengenai fakta berkaitan kucing yang mungkin ada sebahagian manusia tidak mengetahuinya bagi dijadikan bahan rujukkan anda semua. Seperti mana yang kita tahu bahawa kucing itu adalah haiwan peliharaan yang manja sama seperti anjing. Namun begitu kucing sebenarnya mempunyai fakta yang hebat untuk dibincangkan dimana mungkin tidak semua orang tahu fakta ini. Kucing bukan sahaja hanya boleh menjadi tempat untuk bermain bersama manusia akan tetapi ia juga mampu menghilangkan tekanan (stress factor) kepada manusia. Ini adalah kerana haiwan kucing adalah binatang peliharaan yang boleh memberikan aspek ketenangan disamping mampu dalam menghilangkan tekanan yang dilalui manusia. Bergantung kepada bagaimana seseorang itu berhubungan dengan kucing lazimnya ia mampu menghilangkan tekanan sama seperti seseorang itu melihat ikan berenang didalam akuarium, membelai kucing kesayangan, melihat dan mendengar burung dalam sangkar dan sebagainya. Manusia zaman moden ini memang mempunyai masa yang terhad untuk mereka membuat aktiviti yang menghilangkan tekanan dan memelihara haiwan peliharaan seperti kucing ini sesuai dijadikan hobi. Fakta lain yang unik mengenai kucing dimana ia dilaporkan boleh mengesan gempa bumi. Secara logiknya perkara ini memang boleh masuk akal walau pun secara teorinya kajian khusus masih belum dipastikan kesahihannya. Menurut sumber daripada laporan Reader’s Digest dimana tapak kaki kucing mampu mengesan gempa bumi yang bakal berlaku. Tapak kaki kucing adalah satu bahagian tubuhnya yang sensitif dan peka pada gegaran bumi. Fakta selanjutnya adalah bagaimana kucing boleh menelan dan mencerna makanan tanpa perlu mengunyah dahulu. Ini tidak seperti haiwan lain seperti lembu dan kerbau yang mengunyah makanan mereka. Makanan yang dihidangkan kepada kucing akan tetelanm masuk kedalam perut menggunakan lidahnya. Sistem pencernaan haiwan kucing merupakan sistem yang cekap didalam penghadaman. Bagaimana pun penulis blog dapati tahi kucing merupakan tahi yang sangat busuk baunya dan kucing sendiri terpaska membuat lubang untuk menanam dan menimbusnya sebab tidak tahan dengan baunya. Ada juga didakwa dimana haiwan kucing juga bermimpi kerana jika dilihat selalu kelihat secara azalinya kita tahu bahawa kucing suka terlena walaupun sekejap. Namun apabila si kucing tidur nyenyak didapati ia juga akan menghasilkan gelombang deria dalam otak mereka sama seperti ketika manusia sedang tidur. Adakah mimpi kucing ini sama dengan mimpi manusia?... Mungkin tiada siapa boleh menjawabnya kerana bahasa kucing manusia tidak memahaminya. Ada kemungkinan dimasa akan datang santis nahu menjalankan kajian mengenai kucing yang bermimpi menggunakan teknologi yang komoleks. Dalam pada itu sebenarnya dilaporkan bahawa kucing tidak memahami sebab kenapa mereka dihukum jika melakukan kesalahan seperti dipukul, di baling dan sebagainya. Ini berkait dengan perangai kucing itu sendiri yang suka mengotorkan rumah (rumah sendiri atau rumah jiran), berbunyi bising tengah malam (mengiau atau bertengkar) sehingga mengejutkann orang dari tidur dan mungkin mengigit secara manja sehingga tangan terluka. Kalangan manusia ada juga yang memuji dan memberi apa jua ganjaran untuk tingkah laku kucing yang diingini seperti mampu menangkap tikus dirumahnya dan sebaliknya. Kehebatan haiwan kucing menghidu melalui hidung masing-masing kala bertemu dimana ia memang agak unik karakternya. Ianya meupakan salah satu cara mereka mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Bagaimana pun dengan tuannya kicing ini akan mengeselkan kepala dan anggota badannya untuk meminta perhatian atau lapar (Sila dilihat foto disebelah). Namun didapati tidak semua kucing akan dapat melakukan perkara ini dan hanya kucing yang sudah mengenali antara satu sama lain yang berani untuk berbuat demikian. Ianya membantu mereka untuk mengenal pasti kenalannya serta mengetahui personaliti kucing tersebut lebih mendalam. Sehingga kini para saintis masih tidak dapat mengenal pasti apakah punca kucing ‘purring’. Ini kerana lazimnya kucing akan menghasilkan ‘purring’ ketika kucing ini menghela nafas dan juga menghembus karbon dioksida. Kucing muda mempunyai nada ‘purring’ secara monotone berbanding kucing yang sudah lanjut usia. Kucing ini masih mengekalkan kadar vokal anak kucing untuk berkomunikasi dengan tuannya. Didakwa dimana sama seperti anjing iaitu kucing juga boleh jatuh sakit atau mati jika memakan coklat. Kucing akan memejam atau mengedip matanya jika secara tidak sengaja dimana lazimnya dia mempunyai hubungan mata dengan manusia. Jika anda cuba untuk menjinakkan seekor kucing liar sebaiknya cuba kedip mata anda dengan memandang ke arah lain kala merenung matanya. Kemudian disyorkan anda memberikan kucing dengan daging mentah setiap hari demi memastikan gusi dan giginya sentiasa sihat dan kuat. Didakwa kucing boleh menerima haba atau pun kepanasan dengan baik kerana secara azalinya keturunan kucing dahulu kala adalah binatang yang menetap di gurun. Mungkin ramai kuran tahu dimana nadi kucing berdegup sekitar 160-240 denyutan seminit iaitu kadar yang lebih tinggi daripada manusia. Bagaimana pun ianya bergantung pada umur kucing dimana semakin lanjut usia kucing itu maka akan semakin lambat kadar nadinya. Dilaporkan dimana haiwan kucing juga berpeluh seperti manusia akan tetapi tidak pada bulu atau kulitnya. Sebaliknya kucing akan berpeluh melalui tapak kakinya. Jika anda merasakan ada lembapan pada sekitar tapak kaki kucing bermakna perlu di berikan mereka sedikit rendaman pada air agar si comel kucing ini boleh kekal hidrat. Semuga anda mendapat info berguna daripada artikel dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!... HAIWAN KUCING...BANYAK RAHSIA... KUCING BERMIMPI...MACAM MANUSIA... NAJIS BUSUK... DITANAH TANAMNYA... BERGESEL DIKAKI...TANDA MANJA... By, M Anem, Senior Agronomist Expert, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (6 Syawal 1441H). SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
  18. SEKTOR PERTANIAN sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah sektor ini juga merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor pertanian ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut dimana majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan. Namun begitu penulis blog mendapati dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu walau pun peranannya masih sangat relevant. Para petani tradisional juga dilaporkan semakin berkurangan tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah dan juga kesan kemajuan sektor lain menyebabkan generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang didakwa ianya lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan. Perkara ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian didakwa masih tidak stabil. Berlaku penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh terutama untuk sektor pertanian. Malahan dilaporkan bilangan ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh turut meningkat tahun demi tahun. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" malam ini saya menulis mengenai kemajuan dan isu semasa sektor pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukan semua pembaca. Berlaku kekurangan tenaga buruh yang mendesak menyebabkan ramai pekerja asing dibawa masuk. Di antara tahun 2001-2003 sahaja dilaporkan ada seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil bekerja dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Lebih parah, petani asal yang tinggal adalah terdiri daripada petani yang sudah tua dan uzur. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian pada tahun 2002/2003, 39% daripada petani yang ditemubual berumur lebih dari 55 tahun. Selain daripada faktor dalam penghijrahan ini, antara masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian kini ialah saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik. Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang bersaiz kurang dari satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian juga terpaksa bersaing dengan sektor perladangan untuk mendapatkan tanah yang baik. Umpamanya, sektor perladangan sahaja menguasai 83% daripada 6.36 juta hektar tanah yang bertanam.Di samping saiz tanah yang kecil dan tidak ekonomik, terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi daya pengeluaran yang rendah dan kos purata yang tinggi di sub-sektor pekebun kecil. Pertama ialah kekurangan tenaga buruh yang berpelajaran, produktif dan cekap. Kekurangan ini akan menyebabkan perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap tidak dapat dilaksanakan. Juga, petani yang kurang pendidikan akan menghadapi masalah kekurangan modal kerana mereka sukar memperolehi kredit daripada institusi kewangan. Untuk mendapatkan kredit, mereka terpaksa memenuhi syarat dan keperluan yang kompleks yang ditetapkan oleh institusi berkenaan. Kekurangan modal pula merupakan penghalang untuk mereka menyerap teknologi moden, terutamanya menanam semula tanaman getah yang telah tua dengan baka benih atau klon yang tinggi daya pengeluarannya dan lumayan hasilnya. Sebabnya untuk menanam semula dimana ramai petani terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat tahun untuk mendapatkan hasil. Dalam tempoh tersebut lazimnya mereka tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan semasa lagi. Dengan itu walaupun ada teknologi moden berpotensi memberikan manfaat yang besar akan tetapi mereka tidak berkemampuan untuk menerimanya. Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang teknologi moden, kebanyakan petani tidak mengguna baka benih atau klon yang berdaya pengeluaran tinggi yang terkini, tidak menggunakan baja dan bahan kimia secara optimum dan betul maka mereka tidak melaksanakan pembaik pulih tanah dan mengamalkan adat dan budaya tradisi yang tidak mendorong ke arah memperoleh daya pengeluaran yang tinggi. Selain daripada itu, negara juga menghadapi masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu. Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi pula perlu djimport dari luar negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini agak tinggi dan mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran. Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa. Dari segi pelaburan swasta dalam sektor makanan, ianya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan di dalam sektor pembuatan atau sektor perladangan. Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain. Selain daripada itu, sektor pengeluaran makanan juga memerlukan usaha lebih intensif berbanding dengan sektor-sektor lain. Sebagai usaha untuk memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan ladang sedia ada kepada ladang berskala komersil, Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak syarikat swasta yang besar untuk menceburi sektor pengeluaran makanan. Kesan daripada proses liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang rendah. Lambakan hasil pertanian dijangka akan berlaku apabila sekatan bukan tarif di negara-negara ahli yang mempunyai kos pengeluaran lebih tinggi dihapuskan. Import makanan negara turut meningkat setiap tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion. Kenaikan permintaan makanan membawa kepada kenaikan harga makanan. Pada 1996, kenaikan harga makanan menyumbangkan 57% daripada kenaikan Indeks Harga Pengguna. Kejatuhan ringgit sejak Julai 1997 sebanyak 40% (RM2.6 kepada RM3.6 sedolar) telah meningkatkan kos import makanan dan input pertanian. Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang) dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion pada 1997. Krisis kewangan telah menyedarkan Malaysia akan perlunya peningkatan dalam aspek keselamatan makanan negara melalui pengeluaran makanan sendiri dan menyusun strategi bagi mengurangkan pergantungan makanan dari negara lain. Juteru, di sinilah sektor pertanian memainkan peranan pentingnya. Berlaku juga proses transformasi pertanian di Malaysia dengan beberapa Pelan Rancangan Malaysia (RMK). Sektor pertanian dan industri asas tani perlu mengalami transformasi untuk menjadikan sektor ini lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Justeru itu kerajaan di bawah kementerian yang berkaitan melihat usaha-usaha berikut sebagai jalan penyelesaiannya dimana strategi pertama dengan melakukan 'Transformasi Ladang'. Bagi saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Program untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok, pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok, Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalam skim-skim ini, Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices) digalakkan supaya keluaran pertanian yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat dimakan. Program seperti Plantation Integration Areas (TAC) juga dilaksanakan bagi tujuan untuk mengoptimumkan penggunaan kawasan perladangan bagi menjanakan hasil sampingan dengan ternakan lembu. Strategi kedua adalah melalui 'Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan Mekanisasi, Otomasi dan Teknologi". Cara ini dimana negara perlu meningkatkan tahap dan proses dalam pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian, dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat ´post harvest´ atau lepas tuai. Strategi ke tiga adalah melalui 'Pengurusan Ladang Yang Moden' dimana dialukan program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti manakala pakar-pakar dan pekerja yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani. Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal.Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar. Strategi ke empat dengan amalkan 'Daya saing Lebih Tinggi' dimana kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak dapat bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA, hasil pertanian negara akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa bagi membolehkan hasil pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara. Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang pemprosesan, stesen kuarantin dan setiap pintu masuk ke dalam negara. Strategi kerajaan yang ke lima dengan 'Mempelbagaikan Pulangan Pelaburan' bagi mengatasi masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan, intercropping, mixed farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Seterusnya melaksanakan 'Pengezonan (zoning)' yang selaras dengan pendekatan pembangunan pertanian yang berasaskan produk, pembangunan secara sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian akan berjaya dilaksanakan. Ini bertujuan bagi membolehkan pembangunan pertanian secara kelompok dapat dihasilkan supaya faedah perbandingan (comparative advantage) diperolehi. Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA), zon-zon tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan dan kawasan integrasi ladang (TAC). Perlaksanaan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil mereka kerana keadaan agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu, ia juga membolehkan kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu. Seterusnya adalah mewujudkan 'Insentif Untuk Projek Pengeluaran Makanan' dengan menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak mendapatkan insentif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti taraf perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya. Aspek ke 8 adalah mengadalan 'Latihan Pertanian' kepada golongan sasaran dimana peranan Pusat Latihan Pertanian Negara dipertanggungjawabkan bagi merancang, menyelaras dan menilai program latihan kemahiran selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan pekerja dan usahawan tani yang pasti ada berpengetahuan dan berkemahiran. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sedang membina Kolej Pertanian di Kedah di samping meningkatkan taraf 40 institusi sedia ada supaya dapat memberikan latihan yang lebih baik kepada golongan sasar. Strategi ke sembilan adalah menyediakan 'Kemudahan Infrastruktur Pertanian'. Sebagai usaha untuk meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor pertanian, kerajaan juga sedang berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur serta khidmat sokongan di sektor pertanian. Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Selain daripada itu, kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga disediakan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan keberkesanan rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang ke pasaran. Walaupun peruntukan yang besar memang diperlukan oleh sektor pertanian, kedudukan dan sumbangannya terhadap ekonomi negara tidak dapat disangkal. Justeru, mengekal dan memeliharanya merupakan langkah yang sangat bijak oleh kerajaan disamping dapat memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi bagi umat warganegara khasnya dan warga dunia amnya yang semakin bertambah. Sektor pertanian di Malaysia merupakan masih sangat relevan terutama disasakan selepas kes Pandemik Covid-19 apabila sektor lain tidak bergerak akan tetapi sektor pertanian dan makanan dilihat sangat kritikal kepentingannya. Apa pun sektor pertanian perlu dirancang terus program dan pertumbuuhannya demi kepentingan keselamatan negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepasa semua pembaca blog anim agro technology kali in. Wasallam!!!... SEKTOR PERTANNIAN..JANGAN DILUPA... PENTING DIBANGUNKAN... SENTIASA... PANDEMIK COVID19... AMAT TERASA... MAKANAN PENTING... MAJU MALAYSIA... By, M Anem, Senior Agronoomist Expert, Room Irama 5, Mezzanine Floor, Hotel Everly, Putrajaya, WP Persekutuan, Malaysia. (18 Safar 1442H).
  19. POKOK SENDUDUK (Melastoma malabriticum) merupakan sejenis tumbuhan renek atau sejenis pokok herba yang selalunya tumbuh meliar di negara kita. Bagaimana pun terkini ada usaha beberapa pihak tertentu yang menanam pokok senduduk ini untuk tujuan tertentu terutamanya sebagai bahan untuk perubatan dan kosmetik serta lain-lain tujuan. Ianya juga adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan dan lazimnya pada bahagian batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh. Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar dan amat jarang kedengaran ia ditanam kecuali jenis khusus senduduk putih. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luarnegara kerana didakwa diantara khasiat tumbuhan senduduk ialah berguna untuk merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim dimana selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit, dikatakan juga daun juga pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan ;leukorea, bagi merawat penyakit tersebut anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia, air rebusan tadi bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari virgina. Apa pun semasa belajar di universiti dahulu nama saintifik pokok senduduk adalah diantara yang paling awal kena tahu semasa praktikal di ladang selain daripada nama saintifik Lalang dan Rmput Kerbau. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai tumbuhan herba pokok senduduk dan kegunaanya didalam kehidupan harian. Pokok senduduk adalah juga merupakan sejenis rumpai di kawasan kebun tanaman serta kawasan pertanian dan perlu dibasmi kerana mampu menurunkan hasil kepada tanaman. Terdapat beberapa jenis pokok senduduk yang sering kita lihat seperti Senduduk Ungu dan Senduduk Putih. Senduduk mampu tumbuh sehingga melebihi ketinggian satu (1) meter dalam kawasan yang sesuai. Batangnya berwarna coklat dan mampu mencapai ukurlilit batang sehingga 3-4 cm jika capai ketinggian 1 meter dan ia mempunyi banyak cabang. Daun senduduk berwarna hijau gelap , berbentuk lonjong, agak berbulu serta tebal. Daun senduduk mempunyai lendir jika dihancurkan dan sangat sesuai untuk memberhentikan darah jika dibubuh apabila luka-luka kecil. Cara terbaik ialah dengan ambil daun senduduk segar yang sederhana tua dan kunyah kemudian letakkan pada luka dan darah akan serta merta berhenti. Bunga senduduk terdiri dari 5 kelopak yang berkembang pagi hari dan warnanya cantik (Ungu atau Putih) yang akan menarik serangga untuk hinggap. Akar senduduk merupakan akar tunjang dan akar serabut yang sangat kuat. Buah senduduk berwarna coklat, berbentuk seperti cawan, berangkai dan mengandungi banyak biji berwarna hitam serta rasa manis jika dimakan. Zaman kanak-kanak dulu saya memang sering makan buah senduduk organik dikampong. Buah senduduk muda juga sangat baik untuk dijadikan 'peluru' senapang buloh mini yang seronak menembak zaman dulu. Kaedah pembiakan senduduk ialah semulajadi iaitu dengan buah senduduk dimakan oleh binatang terutamanya burung (rasa manis) dan akan diberakkan dilokasi lain. Benih senduduk yang banyak akan bercambah dikawasan baru apabila mendapat situasi sesuai. Buah senduduk juga dimakan oleh serangga lain seperti semut, kerengga, binatang lain dan sebagainya. Serangga ini juga mempu membiakan senduduk. Buah senduduk yang matang juga akan gugur apabila kering dan jatuh ketanah. Benih tersebut akan tumbuh atau di bawa arus air kekawasan lain. Kawasan tanah mineral, tanah gambut atau tanah yang bermasaalah lain juga senduduk boleh tumbuh. Senduduk tahan dalam cuaca kering atau pun kawasan mudah terendam. Pokok senduduk merupakan sejenis tumbuhan kategori rumpai yang berlu dimusnahkan jika berada didalam kebun. Cara memusnahkan ialah dengan Kaedah Manual dan Kaedah Kimia. Kaedah atau cara manual ialah dengan mencabut atau menebas atau menajak menggunakan cangkul, parang atau dengan tajak. Kumpulkan pokok-pokok senduduk tersebut dan bakar apabila telah kering. Apa pun penggunaan racun sentuh tudak membunuh senduduk. Oleh itu disyorkan jenis Racun Sistemik perlu digunakan dalam kawalan senduduk seperti Round-up dan Basta. Ini kerana pokok senduduk mempunyai sistem akar yang dalam dan tidak mati jika guna racun sentuh walau pun daunnya kering. Bagaimana pun pokok senduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. Antaranya adalah apabila anda mengalami cirit birit maka amalkan mengambil pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulamdimana masaalah cirit birit akan segera hilang. Ia juga atasi masaalah keputihan bagi kaum wanita. Caranya dengan mengeringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya. Ke 3 adalah dimana pokok senduduk mampu menghilangkan bintik-bintik cacar iaitu dengan mengambil akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang. Pokok senduduk memang sejenis tumbuhan yang melegakan luka kerana buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka dan kesannya darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih. Bagi wanita yang baru lepas bersalin boleh amalkan dengan mengeringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim. Dalam pada itu didakwa dimana senduduk mampu mengatasi masaalah Buasir. Caranya dengan merebus akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir. Ia juga didakwa mampu melegakan Sakit Gigi dengan cara merebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda. Jika anda ada masaalah membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang sebaiknya amalkan minum air rebusan dari akar, batang dan daun senduduk dan dibuat mandian. Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar. Apa pun dalam kaedah perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan. Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi.Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong atau bertih atau cacar air. Bahagian daun senduduk sesuai diguna untuk menghilangkan rasa hanyir ikan keli atau ikan-ikan air tawar sila gunakan pucuk-pucuk atau daun senduduk. Daun-daun tersebut diramas-ramaskan bersama potongan ikan yang telah disiang atau dibersihkan. Gunakan bekas yang telah disiskan sedikit air dan bubuh potongan ikan tersebut dan masukkan sejumlah daun-daun atau pucuk-pucuk senduduk dan ramas-ramas bersama potongan ikan sehingga lendir-lendir ikan hilang. Apa pun diluar sana kena tahu dimana ada tiga jenis senduduk berdasarkan warna bunganya dimana senduduk putih ini mempunyai kelebihan dan sangat digemari pengamal-pengamal perubatan tradisional kerana khasiat dan kemujarabannya melawan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Senduduk boleh dibiakkan secara semaian biji benih atau dipotong anak yang tumbuh melalui akarnya. Anak pokok ini dipelihara di tempat teduh sebelum ditanam di atas tanah untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak. Bunga dan daunnya serta akarnya adalah bahagian-bahagian yang sering menjadi sasaran penggemar senduduk putih. Daun dan bunganya dikeringkan dan bahagian yang telah kering ini direndam pula dalam air panas untuk dijadikan minuman seperti minuman teh. Kalau rasa tidak tahan dengan rasanya, masukkan sedikit gula. Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Hghland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras.Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm.Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat.Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya. Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air. Senduduk Putih merupakan sejenis tumbuhan yang sukar ditemui, tidak seperti senduduk ungu yang tumbuh meliar di merata tempat. Senduduk khususnya yang berbunga ungu juga dikategorikan dalam kumpulan rumpai kerana ia banyak tumbuh di kawasan kebun dan perlu dibasmi. Ramai yang menyatakan Senduduk putih jarang dijumpai dan ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ada yang mempercayai ia boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular. Selain itu didakwa juga dapat dipercayai dapat mengubati penyakit wanita seperti keputihan dan darah haid yang tidak henti. Yang menariknya tentang khasiat pokok ini ialah ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap). Sejauh mana amalan ini dipratikkan saya sendiri tidak pasti. Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan tumbuhan ini di harap kongsikan bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... POKOK SENDUDUK.. DIMANA-MANA... MUDAH TUMBUH... MUDAH TUAINYA... HERBA BERKHASIAT...PELBAGAI GUNA... BACA ARTIKEL... DAPAT RAHSIANYA... By, M Anem, Senior Agronoomist, Pulau Rawa Resort, Mersing, Johor, Malaysia. (19 Safar 1442H).
  20. POKOK RANTAI EMAS (Lophanthera lactescens) pada penulis blog rasa memang ramai kalangan pembaca yang kurang kenal atau tahu mengenai kegunaannya. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Malphigaceae dimana ia berasal daripada hutan Amazon, Brazil. Tumbuhan ini juga mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2000 dan pada masa kini merupakan pokok landskap yang sangat popular digunakan oleh pihak kerajaan tempatan sebagai ornamental yang menarik (Sila lihat foto diatas). Pokok ini boleh tumbuh sehingga 20 meter tinggi dan kebiasaannya mempunyai satu batang utama. Dalam keadaan cuaca seperti di Malaysia dilihat iaitu tidak akan berlaku keadaan (fenologi) seperti luruh daun yang nyata tidak berlaku seperti mana negara asal pokok ini. Keunikan pokok ini adalah keupayaannya berbunga sepanjang masa dengan tangkai bunga yang mana ia bergantung sepanjang 40 cm dan mengandungi diantara 300 - 500 tangkai bunga kecil. Apabila ditelitu juga didalati sekitar 30% bunga yang berwarna kuning ini akan menghasilkan buah. Selain tumbuhan ini mampu untuk berbunga cantik, pokok ini juga mempunyai daun yang lebar, berwarna hijau berkilat dan kelihatan sangat menarik dan sesuai sekiranya ditanam dalam kumpulan atau berbaris. Apa yang penulis blog perhatikan dimana antara asas keunikannya ini telah menyebabkan pokok ini sangat popular. Pada awal pengenalan sebagai tanaman landskap, anakbenih pokok setinggi 50 cm dijual di pasaran dengan harga RM70.00. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kaedah membiakan pokok rantai emas untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua. Daripada beberapa bahan rujukkan dibaca mendapati dimana ujud kaedah pembiakan konvensional iaitu melalui biji benih dan cara tampang dilakukan untuk pokok rantai emas. Kaedah pertama dimana pokok rantai emas pada kebiasaannya akan dibiakkan dengan menggunakan biji benih (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun cara pembiakan dengan biji benih memang jarang dilakukan di negara ini dimana pada setiap tangkai bunga terdapat 100 - 200 buah dan setiap buah mengandungi satu biji benih yang tidak boleh disimpan lama. Biasanya biji benih yang matang dan masih segar akan terus disemai. Bagi tujuan menyemai biji benih, kulit buah perlu dibuang. Kerja membuang kulit buah merupakan kerja yang agak rumit sementara hasil dari percambahan biji pula amat rendah iaitu sekitar 2% sahaja yang bercambah. Jika kulit biji bernas dipecahkan pula maka ada cecair putih seperti susu yang pekat akan keluar. Dalam pada itu biji yang tidak bernas hanya mengandungi isi iaitu berwarna kekuningan dan keras. Penelitian mendapati dimana salah satu kaedah telah sesuai untuk mengasingkan buah dan biji benih yang bernas berdasarkan kepada ketumpatan buah dan biji benih. Buah bersama biji benih yang bernas dan lebih tumpat akan tenggelam apabila dimasukkan ke dalam air, manakala buah bersama biji yang tidak bernas akan terapung dan boleh diasingkan. Teknik kedua lazimnya adalah dengan kaedah pembiakan tampang. Ini kerana kebanyakan pokok rantai emas di negara ini dibiak dengan menggunakan kaedah tut. Kaedah tut mengambil masa yang agak lama untuk dahan berakar iaitu selepas 10 - 12 minggu. Kaedah keratan dahan juga telah dicuba, tetapi peratusan kejayaannya agak rendah. Satu kaedah yang dinamakan ‘keratan mikro’ telah diperkenalkan dan dapat memberi peratusan kejayaan yang tinggi dan memendekkan masa pengakaran. Bagi tujuan pemungutan buah sebaiknya pilih tangkai buah pokok rantai emas yang telah matang iaitu kulit buah telah berwarna hijau pekat diambil (Sila lihat foto disebelah). Buah yang telah dituai hanya boleh juga disimpan selama satu atau dua hari. Selebihnya maka baki biji dalam buah kurang bernas dan tidak boleh bercambah diasingkan. Buah dileraikan daripada tangkai dan ia kemudian dipastikan dimana kulit buah (sabut) dibuang untuk mengeluarkan biji. Kerja-kerja membuang kulit biji benih merupakan proses pengasingan yang amat rumit. Penelitian juga menunjukkan dimana seseorang pekerja yang mahir pun akan hanya dapat melakukan proses pengasingan 500 - 600 biji sehari. Cara untuk mengasingan benih pula dimana buah yang telah dileraikan dimasukkan ke dalam larutan air garam dengan kepekatan 40 gram/liter. Buah dibiarkan terendam selama 5 minit dimana buah yang timbul perlu dibuang, manakala buah yang tenggelam akan diasingkan untuk di proses seterusnya. Hasil kajian mendapati dimana peratusan biji yang tenggelam dalam larutan yang mengandungi garam 40 gram/Liter ini ialah sekitar 16% sahaja dan selebihnya sebanyak 86% adalah timbul. Didalam usaha untuk membuang kulit buah sebaiknya ia perlu dikupas secara manual untuk mengeluarkan biji benih. Setiap buah mengandungi hanya satu biji benih berwarna coklat. Pembuangan kulit buah memang perlu dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan biji benih daripada mengalami kerosakan secara fizikal. Kaedah pengasingan biji Tidak semua biji benih yang telah diasingkan daripada kulit biji adalah bernas. Lakukan pengasingan biji benih iaitu untuk pastikan biji benih yang telah diasingkan perlu dimasukkan ke dalam air garam berkepekatan 20 gram/Liter. Daripada beberapa kajian yang telah dijalankan, purata biji benih yang tenggelam dalam larutan garam ini hanya 35% dan biji benih sedia untuk disemai. Biji yang telah melalui proses pengasingan boleh disemai ke dalam bekas seperti pasu atau takung yang mengandungi medium perlit. Biji benih mula bercambah selepas tiga minggu penyemaian dan keseluruhan biji benih akan bercambah dalam masa lima minggu. Secara purata, hanya 30 - 40% biji benih yang disemai. Jika dilihat dari segi peratus percambahan secara keseluruhan, daripada jumlah buah yang diproses didapati hanya 2% daripada buah tersebut yang mempunyai biji boleh bercambah setelah disemai. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... POKOK RANTAI EMAS... APA DIA... POKOK HIASAN...CANTIK JUGA... SUKAR DAPAT BENIH... DI CUBA.... BACA ARTIKEL.. DAPAT RAHSIANYA.. By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (3 Muhharam 1442H).
  21. POKOK RANTAI EMAS (Lophanthera lactescens) pada penulis blog rasa memang ramai kalangan pembaca yang kurang kenal atau tahu mengenai kegunaannya. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Malphigaceae dimana ia berasal daripada hutan Amazon, Brazil. Tumbuhan ini juga mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2000 dan pada masa kini merupakan pokok landskap yang sangat popular digunakan oleh pihak kerajaan tempatan sebagai ornamental yang menarik (Sila lihat foto diatas). Pokok ini boleh tumbuh sehingga 20 meter tinggi dan kebiasaannya mempunyai satu batang utama. Dalam keadaan cuaca seperti di Malaysia dilihat iaitu tidak akan berlaku keadaan (fenologi) seperti luruh daun yang nyata tidak berlaku seperti mana negara asal pokok ini. Keunikan pokok ini adalah keupayaannya berbunga sepanjang masa dengan tangkai bunga yang mana ia bergantung sepanjang 40 cm dan mengandungi diantara 300 - 500 tangkai bunga kecil. Apabila ditelitu juga didalati sekitar 30% bunga yang berwarna kuning ini akan menghasilkan buah. Selain tumbuhan ini mampu untuk berbunga cantik, pokok ini juga mempunyai daun yang lebar, berwarna hijau berkilat dan kelihatan sangat menarik dan sesuai sekiranya ditanam dalam kumpulan atau berbaris. Apa yang penulis blog perhatikan dimana antara asas keunikannya ini telah menyebabkan pokok ini sangat popular. Pada awal pengenalan sebagai tanaman landskap, anakbenih pokok setinggi 50 cm dijual di pasaran dengan harga RM70.00. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kaedah membiakan pokok rantai emas untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua. Pengalihan anak benih atau anak pokok induk dimana sebaiknya anak benih yang telah berumur enam minggu boleh dipindahkan ke pasu untuk dibesarkan sebagai bahan tanaman landskap atau dijadikan pokok induk untuk pembiakan secara keratan mikro. Walaupun keratan boleh diperoleh daripada pokok di ladang, tetapi pokok muda yang terhasil daripada biji benih adalah sangat muda (juvenile) dan amat sesuai dijadikan sumber keratan mikro bagi pembiakan berskala besar dengan cepat. Keratan mikro Keratan mikro adalah kaedah pembiakan keratan batang dengan menggunakan keratan daripada pokok yang sangat muda atau yang dimudakan seperti anak pokok kultur tisu. Kebanyakan tanaman boleh dibiak dengan mudahnya menggunakan kaedah ini, termasuk pokok yang amat sukar dibiak seperti beberapa spesies pokok hutan, pokok landskap dan herba. Pokok induk Pokok induk keratan mikro selalunya disediakan khas sama ada ditanam di dalam pasu atau pada batas. Untuk ini anak benih yang terhasil daripada semaian biji benih ditanam pada jarak 10 cm x 5 cm. Batas diletakkan di bawah 70% lindungan. Pokok dipotong dengan kerap walaupun tiada pengambilan keratan bagi memastikan pokok induk kekal muda. Pokok induk yang berumur tiga bulan atau telah mempunyai tiga pasang daun sedia digunakan sebagai sumber keratan. Pokok induk selalunya boleh menghasilkan keratan muda dalam masa setahun, selepas itu ia perlu ditukar. Teknologi keratan mikro dilakukan dimana sepanjang 2 - 3 cm daripada pokok induk biasanya mengandungi dua Mata tunas atau node ditanam dalam sistem pembiakan kapilari tertutup (CCPS). Medium penanaman adalah perlit dimana keratan perlu ditanam pada jarak 5 cm x 5 cm. Keratan mikro pokok rantai emas mengambil masa selama 2 - 3 minggu untuk ianya mengeluarkan akar (Sila lihat foto disebelah). Tahap bagi keupayaan berakar keratan mikro pokok rantai emas berbanding dengan kaedah pembiakan yang lain bergantung kepada kemahiran membuatnya dan juga persekitaran. Hasil kajian mendapati dimana peratusan berakar bagi keratan mikro sangat tinggi dan boleh mencapai sehingga 100% dimana ianya adalah disyorkan untuk digunakan. Apa pun kelebihannya dimana jangkamasa untuk berakar sekitar tiga minggu sahaja. Semakin berumur pokok induk yang diambil mdahannya makan peratusan semakin berkurangan dan semakin lama masa diperlukan untuk keratan berakar. Proses untuk mengalih benih ke pasu atau beg tanaman boleh dilakukan selepas empat minggu keratan ditanam. Ketika ini akar pada keratan mikro telah banyak terbentuk. Selepas pengalihan sebaiknya pokok perlu diletakkan di bawah lindungan. Pokok keratan mikro boleh ditanam selepas 5 - 6 bulan dan sebaiknya pokok landskap hanya ditanam apabila telah mencapai spesifikasi yang ditetapkan seperti mempunyai ketinggian 2 meter dan garis pusat batang sekurang-kurangnya 3 cm. Pokok yang telah pun mencapai umur 5 - 6 bulan perlu dipindahkan ke dalam polibeg yang bersaiz lebih besar. Pokok keratan yang terhasil ini juga boleh dijadikan pokok induk untuk membekalkan keratan mikro. Kaedah pengurusannya adalah sama seperti sumber pokok daripada biji benih. Walau bagaimanapun, pokok ini lebih hilang juveniliti berbanding dengan pokok daripada biji benih. Sebenarnya didapati dimana gabungan antara semaian biji benih yang bernas dan keratan mikro merupakan kaedah yang amat berkesan untuk pembiakan pokok rantai emas. Semaian biji bertujuan untuk menghasilkan pokok induk yang muda, manakala keratan mikro pula digunakan untuk pembiakan berskala besar. Sekiranya 1,000 buah diambil dan diproses, sebanyak 20 pokok induk berpotensi untuk dihasilkan. Oleh yang demikian, seorang pengusaha yang memerlukan 200 pokok induk cuma perlu memproses kira-kira 1,700 buah yang boleh dilakukan dalam masa 2 - 3 hari, berbanding dengan 15 - 20 hari sekiranya tiada pengasingan dijalankan. Pokok induk tersedia sesuai untuk dijadikan bahan keratan mikro apabila berumur tiga bulan. Biasanya dianggarkan setiap pokok induk muda boleh menghasilkan 25 - 30 pokok baharu dalam tempoh 12 bulan melalui kaedah pembiakan secara keratan mikro. Begitu juga sebahagian daripada pokok keratan akan digunakan untuk membekalkan keratan mikro. Oleh yang demikian, sebanyak 5,000 - 6,000 pokok boleh dihasilkan dalam jangka masa 15 bulan. Kaedah pengasingan berdasarkan ketumpatan buah/biji dapat menjimatkan masa untuk memproses biji (membuang kulit buah) pokok rantai emas dan dapat meningkatkan peratusan percambahan biji benih. Pembiakan secara keratan mikro pula menghasilkan peratusan kejayaan tinggi dan dapat mengurangkan tempoh pengakaran. Gabungan antara semaian biji bernas dan keratan mikro merupakan kaedah pembiakan alternatif yang sangat cekap untuk pengeluaran pokok rantai emas berskala besar. Kepada pihak pengusaha nurseri swasta terutama mereka yang terlibat didalam menyediakan anakbenih tanaman bunga-bungaan dan pokok ornamental, tentunya berminat untuk membuat anakbenih pokok yang mempunyai permintaan baik. Oleh itu pembiakan pokok rantai emas diantara usaha yang dibuat dimana lazimnya teknik secara biji benih kurang dijalankan di negara. Perkara ini juga adalah disebabkan oleh peratus percambahan biji benih yang amat rendah. Pembiakan tampang konvesional seperti tut (marcot) dan keratan (cuttings) juga kurang berjaya untuk penghasilan bahan tanaman anakbenih berskala besar. Kini dijalankan beberapa kajian untuk mendapatkan sumber dari buah dan biji benih yang bernas. Caranya adalah dengan mana ia boleh diasingkan disebabkan ketumpatan pada buah atau biji bernas lebih tinggi berbanding dengan jenis buah atau biji yang tidak bernas. Melalui pengasingan ini maka kerja memproses buah (membuang kulit buah) dapat dikurangkan dan peratus percambahan dapat ditingkatkan. Kajian mendapati dimana dengan adanya anak pokok yang muda hasil daripada semaian biji benih maka pembiakan secara keratan mikro dapat dijalankan. Keratan mikro pula dilaporkan memberi peratusan kejayaan yang tinggi dengan masa pengakaran yang singkat. Gabungan kaedah semaian biji benih bernas dan kaedah keratan mikro membolehkan bahan tanaman pokok rantai emas dihasilkan dengan cepat pada skala yang besar. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... POKOK RANTAI EMAS... APA DIA... POKOK HIASAN...CANTIK JUGA... SUKAR DAPAT BENIH... DI CUBA.... BACA ARTIKEL.. DAPAT RAHSIANYA.. By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (3 Muhharam 1442H).
  22. BUAH 'NANGCHEM' (Artocarpus spp) merupakan sejenis buah yang amat jarang dijumpai dan di kenali di negara ini. Apa pun daripada tinjauan peribadi penulis di Taman Selangor Fruit Valley di Bestari Jaya, Selangor ini mendpati rupanya buah ini adalah gabungan diantara buah Nangka (Nang) dan Buah Cempedak (Chem). Dari taklimat yang diberikan kepada ahli rombongan kami di lokasi tersebut juga ada diberitahu dimana hanya di pusat ini sahaja ada ditanam dan juga memang ada dihidangkan buah Nangchem ini yang menjadi salah satu daya tarikan utama ramai pelancong tempatan dan juga pelancong asing datang. Bagaimana pun didalam membuat rujukan teknikal dengan Jabatan Pertanian didapati buah Nangchem ini rupanya lebih popular di Sarawak dan telah dilaporkan dalam media tempatan. Sebelum ini saya ada menulis mengenai 'Buah Cempedak Durian' dimana ia telah mula dipromosikan di Pameran MAHA 2010 dan dilaporkan luas ditanam di Perak dimana anda boleh membaca dengan pautan berikut (Sila klik disini). Buah Cempedak Durian memang berlainan dengan buah Nangchem ini dari penilaian penulis blog dalam banysak segi. Buah ini bagaimana pun telah didaaftarkan didalam Senarai Variieti Buah-buahan Nasional di Jabatan Pertanian dengan kod pendaftaran CH40 sebagai buah cempedak (Artocarpus chempeden Spreng) oleh pemiliknya bernama Bana anak Jaoang. Buah ini juga diberikan nama Rh Bana yang mana ditanam di Ladang Kontak Nangchem, Bintulu, Sarawak dimana ia telah berjaya didaftarkan pada 20 March 2017. Didalam deskripsi mengenai pokok Nangchem dinyatakan sebagai pokoknya mempunyai tabiat pertumbuhan pokok adalah mengembang. Pokok seperti pokok nangka. Ketinggian pokok didakwa boleh mencapai 30-60 kaki. Buah Nangchem pula dimana berbentuk Oblong. Purata panjang 45cm dengan lebar daun 55 - 60 kaki. Berat boleh matang boleh mencapai 5-7 kg dimana ia juga mempunyai isi bewarna kuning, Tekstur, rasa dan bentuk lebih menyerupai isi cempedak. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis mengenai buah nangchem sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua. Daripada tinjauan penulis blog mengenai ciri pada pokok dan buah yang didakwa merupakan hibrid atau kacukan daripada pokok nangka dengan pokok cempedak ini memang agak unik. Ia dilihat sebagai menyamai pokok nangka atau pokok cempedak pada tabiat pertumbuhan dan juga amalan agronominya. Bentuk daun, batang dan buahnya juga agak sukar untuk ianya dibezakan dengan pokok nangka dan juga cempedak (Sila lihat foto disebelah). Anak benih pokok nangchem agak sukar untuk dikebalpasti dengan matakasar kecuali bertanya kepada pihak yang menjualnya. Harga abakbenih pokok nangchem ini bagaimana pun ada dijual dibeberapa premis nurseri dan sebaiknya cuba dapatkan yang tulin sahaja dengan membuat beberapa penjelasan termasuk sijil SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman) jika ada. Penyediaan lubang tanaman sama dengan cara meanam nangka dan diberikan penjagaan yang sama dengan tanaman nangka atau cempedak. Baja asas pertmbuhan awal seperti baja organik, NPK 15:15:15 diberikan mengikut kadar disyorkan. Apabila pokok sudah matang diberikan baj buah NPK12:12:17:2 TE dengan perlu dipastikan tanaman mempunyai sistem pengairan dan saliran terbaik. Pokok ini didakwa akan mula berbuah setelah 3-4 tahun ditanam. Dalam ujirasa dan tinjauan teknologi yang penulis blog jalankan di Selangor Fruit Farm ini. Diliht dari segi bentuk ulasnya ada dua iaitu seakan ulas isi buah nangka (besar dan agak kental) dan ada yang seakan ulas buah cempedak (kecil dan lembut). Penulis blog dapati isinya memang manis dengan ada aroma nangka serta mempunyai aroma cempedak yang kuat (Sila anda lihat foto disebelah). Daripada ukuran melalui Brixmeter didapati tahap kemanisan bervariasi daripada sekitar 8 - 16 darjah brix mungkin akibat tahap kematangan yang berlainan. Ulas yang seakan buah nangka kurang manis, keras sedikit dengan warna kuning cerah seakan buah nangka. Bagaimana pun bagi ulas yang seperti cempedak mempunyai tekstur yang lembut, berwarna kuning oren dan sangat manis serta ada aroma yang kuat. Penulis blog berpendapat kestabilan pokok nangchem yang ditanam di pusat ini ada yang belum stabil ciri buahnya disebebkan oleh banyak kemungkinan. Antaranya adalah punca benih, pengurusan tanaman dan juga faktur persekitaran lain. Perkara ini agak berbeza dengan buah nangchem yang ditanam di Sarawak yang dilihat lebih stabil cirinya dan telah didaftarkan. Dalam pada itu Bernama melaporkan dengan artikel bertajuk 'Cempedak kahwin nangka ‘nangchem’ kini hidup subur di Sungai Serakit, Bintulu" sesuai dijadikan bahan rujukkan. Dinyatakan dimana ada peribahasa 'cempedak dah jadi nangka' sering diguna pakai untuk menggambarkan sesuatu yang sudah berlaku tetapi tidak dapat diubah, namun peribahasa itu kurang sesuai digunakan di sekitar kawasan Sungai Serakit di sini kerana baka kacukan nangka cempedak atau 'nangchem' sememangnya wujud, hidup subur serta diusahakan secara besar-besaran. Penduduk dari Rumah (Rh) Patrick Bana, rumah panjang 48 pintu yang dihuni lebih 300 orang di Sungai Serakit, berjaya menanam nangcem di tanah seluas 48 hektar (120 ekar) serta boleh disifatkan sebagai paling berjaya di Sarawak (Sila lihat foto disebelah). Bagi seorang pemilik kebun, Bana Japang, 79 tahun, berkata penanaman nangcem di kawasan tersebut merupakan kerjasama penduduk Rh Patrick Bana dengan Jabatan Pertanian Sarawak sejak tahun 2000. Benih pokok nangcem dilaporkan telah dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak. Dakwanya kini buah ini memberi pendapatan yang boleh dikatakan lumayan kepada penduduk di kawasan ini, disebabkan itu rata-rata penghuni di rumah panjang 48 pintu ini telah menyertai skim ladang kontrak nangcem. Nangcem yang sudah masak kami jual kepada FAMA dengan harga RM2 sekilogram. Bagaimana pun dakwanya lagi ada juga buah nangcem yang dijual terus kepada pelanggan di sekitar Bintulu. Didalam membuat penerangan kepada wartawan seterusnya Encik Bana yang mana beliau adalah bekas tuai rumah ini dakwa buah nangcem sedap dengan rasa lemak dan manis kerana memiliki tekstur buah nangka dan cempedak. Buah Nangcem tidak bermusim dan sentiasa mengeluarkan hasil dan setiap kali tuaian kira-kira lima tan hasil dapat diperolehi. Pihak Jabatan Pertanian dengan pihak FAMA pula sangat membantu kepada pekebun nangcem dikawasan ini. Kini berapa tan buah nangchem hasil diperolehi tidak ada masaalh pasaran. Pada beliau menyatakan memang tidak salahbeliau tanam pokok nangcem kerana mampu membberi pulangan lebih lumayan berbanding harga terkini kelapa sawit. Kini dia mengusahakan kebun tersebut bersama anak-anak dan dibantu beberpa orang pekerja. Encik Bana yang menanam lebih 100 pokok nangcem berkata kejayaan penanaman nangcem di kawasan tersebut, memberi peluang buat dirinya untuk menghadiri Pameran MAHA beberapa tahun lalu untuk mempromosikan keunikan buah tersebut. Menurut seorang lagi pekebun iaitu Encik Antalai Sulau berumur 60 tahun nyatakan tidak sukar untuk menanam nangcem kerana bentuk muka bumi serta tanah di kawasan tersebut amat bersesuaian. Pokok Nangcem pernah cuba ditanam di beberapa lagi kawasan sekitar, namun kurang menjadi. Mungkin disebabkan kawasan ini berbukit ianya hidup subur dan mengeluarkan hasil yang baik. Memang tidak sukar untuk tanam nangcem tetapi perkara asas seperti membaja, meracun perlu juga dibuat, paling utama buah perlu dibungkus kerana kadangkala ada lalat buah yang boleh merosakkan nangcem. Encik Antalai yang kini menanam sejumlah 60 pokok nangchem dakwa buah yang masak dan sesuai dipetik dianggarkan seberat kira-kira lima kilogram hingga 15 kilogram. Katanya ada beberapa varieti nangcem yang ditanam di sini seperti Nangcem CH28, Nangchem Mas Gading dan Nangchem Sri Gading. Bagaimana pun Nangcem yang sesuai untuk djual biasanya seberat kira-kira lima hingga 15 kilogram sebiji. Beliau dakwa dimana dia pernah juga jual nangchem seberat 27 kilogram kepada peminat buah-buahan tempatan. Kini lebih ramai yang mula berminat menanam buah nangchem. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!... BUAH NANGCHEM... APA BENDA... KACUKAN CEMPEDAK..DAN NANGKA... BUAHNYA MANIS... ENAK RASANYA... CARI BUAHNYA.... KENA UJIRASA.. By, M Anem, Senior Aronomist, Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya, Selangor, Malaysia. (12 Safar 1442H).
  23. MINUMAN JUS NANAS DENGAN TOMATO amat jarang kita dengar dan membuatnya sendiri dirumah. Penulis blog sempat merujuk beberapa artikel mengenai pembuatan dan kajian untuk menghasilkan minuman jus nanas campuran tomato sebagai salah satu formulasi terbaik dipilih melalui uijan sensori. Berdasarkan kepada beberapa ciri fizikal dan ciri kimia, komposisi proksimat dan jangkahayat simpanan jus tersebut. Kajian ini melibatkan sebanyak 9 formulasi bagi melihat akan kelainan dan ujirasa yang akan dijalankan. Apa pun kajian mendapati dimana hanya 4 formulasi terbaik dapat dipilih melalui penilaian sensori ujian. Ujian sensori yang dijalankan ini mempunyai sebanyak 7 skala dimana kaedah tersebut adalah Skala 7 sebagai kombinasi terbaik dan skala 1 paling kurang baik. Formulasi 5 yang mana ia mengandungi 35% puri nanas bersama dengan 10% puri tomato didapati menghasilkan keputusan jus dengan campuran sebanyak 49.76% air dipilih sebagai formulasi terbaik dengan skor palng tinggi. Kombinasi ini diukur dengan faktor seperti tahap kemanisan, kemasaman, keseimbangan rasa manis-masam, rasa selepas minum dan penerimaan keseluruhan pemeriksa semasa ujirasa. Dalam pada itu dari segi ujian makmal dilaporkan dimana Formulasi 5 mengandungi sebanyak 89.67% tahap kelembapan, Abu (ashes) sebanyak 0.31% abu, Serat 0.67, Protin 0.21%, Karbohiderat 9.14% manakala kandungan lemak tidak dapat dikesan dalam kajian ini. Formulasi 5 juga didapati memang mempunyai nilai pH 3.51 dengan tahap kemannisan sekitar 12.5 °briks, kandungan asid nitar sekitar 0.590% dan juga kandungan Vitamin C sebanyak 6.55 mg/100 g. Kajian mutu simpanan meliputi analisis fizikokimia dimana dilakukan ujian mikrobiologi dan penilaian sensori (ujian perbandingan berganda) yang dijalankan selama 8 minggu pada suhu dingin (4 °C). Analisis fizikokimia menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam menentukan kualiti jus tersebut. Artikel subuuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai kajian terhadap pembuatan jus nanas dengan tomato untuk dijadikan bahan rujukkan semua. Penulis blog memang tahu ramai kalangan peminat buah nanas (Ananas comosus) memakannya sebagai buah segar akan tetapi sebenarnya ia baik juga diminum sebagai jus. Ia sesuai dicampurkan dengan pelbagai buah atau pun bahan lain seperti karot, timun, limau, kurma, pisang, peria dan sebagainya. Kajian penghasilan minuman jus nanas (Ananas comosus) campuran tomato (Solanum lycopersicum) dilaporkan amat bersesuaian dan menyahut kehendak pengguna. Jus buah-buahan telah pun dikategorikan sebagai produk makanan sihat dimana pada masa ini sebahagian besar masyarakat dunia dilaporkan kerap mengambil jus buah-buahan yang berkhasiat ini sebagai satu amalan. Didakwa dimana jus buah-buahan tidak mengandungi sebarang bahan alergen tenusu seperti laktosa yang mungkin menghadkan pengambilannya oleh sesetengah masyarakat. Ramai pengguna selalunya tidak dapat membezakan antara minuman jus buah dengan minuman berperisa buah (Lee, 2000). Dalam kajian ini ada dilaporkan minuman jus nanas campuran tomato yang telah dihasilkan merupakan satu produk baru yang baik untuk kesihatan. Produk berasaskan nanas mula dibangunkan untuk mempelbagaikan produk nanas yang ada di pasaran Malaysia memandangkan nanas begitu senang didapati dalam negara kita (Hasimah et at., 2002). Terkini ada permintaan terhadap jus nanas sebagai minuman semakin meningkat (Anon, 2004). Terdapat keunikan kepada rasa manis dan masam nanas yang membolehkannya bergabung baik dengan pelbagai jenis rasa makanan yang lain dan ini menyebabkannya begitu popular. Dalam berbagai-bagai jenis buah-buahan di Malaysia, tomato dipilih untuk dicampur dengan nanas sebagai minuman jus. Idea ini diperoleh melalui pemerhatian bahawa rakyat Malaysia kurang menerima tomato sebagai minuman jus. Tomato merupakan sayuran jenis buah yang boleh didapati di seluruh pelosok dunia. Penggunaan tomato didapati lebih kepada penyediaan masakan, salad atau diproses menjadi sos tomato clan pun tomato. Buah nanas boleh dikatakan berperanan sebagai pendorong kepada jus tomato yang ada dihasilkan. Campuran nanas dan tomato dalam jus juga merupakan satu altematif untuk mempertingkatkan pada keseluruhan rasa jus campuran di samping mengurangkan rasa dan aroma tomato yang mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah masyarakat. Kombinasi nanas dan tomato dalam jus akan menghasilkan minuman jus yang seimbang kandungan khasiatnya. Menurut Thakur dan Das Gupta (2006) buah tomato mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan sebagai jus kerana mempunyai warna yang menarik serta kaya dengan vitamin dan garam mineral. Apa pun dilaporkan jus tomato yang dipasarkan biasanya hanya mengandungi kandungan garam dan bahan aditif lain yang tinggi yang mungkin mendorong kepada berlakunya alergi pada manusia (Pamplona-Roger, 2001). Kini permintaan terhadap jus sayur-sayuran dan jus buah-buahan yang mengandungi pewama semulajadi didapati semakin mendapat sambutan oleh pengguna. Ini kerana kebanyakan jus yang dipasarkan merupakan jus campuran dua atau lebih jenis buah-buahan. Biasanya tujuan utama campuran jus yang dihasilkan adalah untuk mengimbangkan kandungan pepejal terlarut, keasidan, kestabilan, aroma dan rasa yang kurang disukai oleh pengguna seperti pahit dalam 'single strength juice'. Pada masa yang sama ujud beberapa ciri-dri yang positif dalam jus seperti wama, aroma, kelikatan dan komposisi nutrien yang unik boleh dipertingkat dan ditonjolkan lagi. Selain dari itu campuran jus turut membantu mengatasi masalah kelebihan atau kekurangan buahbuahan terutama buah-buahan jenis bermusim. Perkara ini turut merendahkan kos penghasilan jus yang melibatkan buah-buahan eksotik. Diantara beberapa kebaikan produk buah-buahan dan sayur-sayuran dan segi pemakanan ialah makanan ini kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan juga fiber tetapi berkalori rendah dan berlemak rendah (Hasimah et al., 2002). Justeru itu program pembangunan produk berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran akan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet secara tidak langsung. Kajian dilakukan mendapati pengambilan sayur-sayuran clan buah-buahan oleh kanak-kanak Malaysia dikatakan masih rendah. Menurut kajian oleh Sinki dan Buco (1994), produk minuman meliputi minuman beralkohol, minuman ringan dan minuman jus dan menyatakan corak pengambilan produk minuman sentiasa meningkat disebabkan kemunculan produk minuman yang semakin inovatif dan kompetatif di pasaran. Produk minuman yang hendak berjaya dalam pasaran hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti mudah didapati (convenient), berkhasiat, 'multiplease' dan 'Functional'. Pengguna lebih suka membeli minuman buah-buahan yang mudah didapati dan senang dikendalikan disebabkan kerana kehidupan sekarang telah menjadi lebih sibuk dan rancak. Masyarakat dunia dan di Malaysia jarang mempunyai masa terluang untuk menyediakan jus buah-buahan segar. Justeru itu jika ada produk yang sedia untuk diminum dan tahan lama biasanya akan menjadi pilihan utama mereka. Memandangkan minuman jus buah nanas campuran tomato belum lagi ada dalam pasaran maka kajian asas telah dijalankan untuk membangunkan minuman jus tersebut. Di Malaysia sebenarnya Jus Minuman boleh juga dikategori kepada jus buah, minuman jus buah dan minuman buah mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan Malaysia 1985. Minuman jus buah didefinasikan sebagai minuman yang terdiri daripada air minuman, jus buah tidak tertapai atau campuran jus tak tertapai dan lain-lain bahagian daripada satu atau lebih jenis buah-buahan dengan atau tanpa gula, glukosa atau sirap glukosa yang berfruktosa tinggi yang boleh dimakan dan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 35% b/i jus buah seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan 1985 (352). Dalam pada itu penggunaan karbon dioksida dalam setiap minuman jus buah adalah dibenarkan. Minuman jus buah turut boleh mengandungi bahan pengawet, bahan pewama, bahan perisa dan kondisioner makanan yang dibenarkan. Salah satu produk jus nanas yang lama berada dipasaran Malaysia adalah daripada Lee Plantation dengan dijual dalam negara dan pasaran eksport (Sila lihat foto disebelah). Penambahan bahan perisa kepada minuman jus buah hendaklah terdiri daripada bahan perisa asli atau bahan perisa serba-sama bahan asli. Menurut Euromonitor International Estimates (2007), jus buah-buahan atau sayur-sayuran yang dijual di Malaysia dapat dibahagikan kepada 4 kategori iaitu 100% jus, nektar, miuman jus clan minuman berperisa buah (tidak mengandungi jus). Jumlah penjualan jus buah-buahan atau jussayur-sayuran di Malaysia didapati semakin meningkat dari tahun 2010 ke tahun 2015 denga agak ketara. Minuman jus ini didapati telah mendominasi akan keseluruhan pasaran jus buah-buahan atau jus sayur-sayuran dengan jumlah penjualan yang paling tinggi di antara semua kategori pada setiap tahun. Jumlah jus buah-buahan dan jus sayur-sayuran yang dijual di Malaysia dalam juta liter. Didapati penjualan jus buah-buahan atau jus sayur-sayuran di Malaysia turut sentiasa mengalami peningkatan yang menggalakkan sehingga mencapai 96.2 juta liter. Semuga tulisan dalam blog anim agro technologi ini memberi info berguna kepasa semua pembaca. Wasallam!!!.. MINUM JUS... NANAS SUDAH BIASA... NANAN DAN TOMATO... APA RASANYA... PELBAGAI PERISA.... BUAH YANG ADA... MEMANG ENAK... SELEPAS UJIRASA... By, M Anem, Senior AGronomist, Precint 11F, Putrajaya, Wilyah Persekutuan, Malaysia. (4 Syawah 1441H). SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!...
  24. BETIK EKSOTIKA (Carica papaya Linn var Eksotika) dulu merupakan sejenis varieti buah betik yang sangat popular selepas ianya dilancarkan oleh MARDI. Betik ini dikenali sebagai 'MARDI Backcross Solo' iaitu kacukan diantara varieti Betik Subang 6 dengan varieti benti Sunrise Solo dan diperkenalkan pada tahun 1987 (Penulis blog sudah bekerja 5 tahun). Bgaimana pun kemudiannya pada tahun 1991 MARDI telah berjaya memperkenalkan varieti betik yang baru iaitu varieti 'Eksotika II' yang saiznya lebih kedil sekitar 600 - 1,000 gram dengan rasa lebih manis dan bentuk fizikal yang lebih cantik serta menarik. Penulis blog yang bertugas di Melaka ada menanam dengan meluas betik Eksotika II ini di projek pembangunan di kg Tebong, Alor Gajah, Melaka dari tahun 1991 dalam jangkamasa agak lama. Pokok betik eksotika ini mempunyai saiz dan ketinggian yang sederhana dimana dengan penjagaan baik akan mula berbuah 4 bulan selepas ditanam. Betik eksotika akan matang dalam masa 17 - 20 minggu selepas pembentukkan putik buah. Betik Eksoyika dan Eksotika II ini memang manis dengan kadar kandungan gula sekitar 13 - 14 Brix dan selalu dimakan dengan memotong dua dan dikorek dengan sudu sahaja. Ramai penduduk Malaysia yang suka makan betik ini ketika itu dan sanggup membelinya dengan harga yang memang baik. Bagaimana pun betik ini sudah kurang ditanam berbanding dengan Betik Sekaki yang saiznya lebih besar dan kurang risiko serangan penyakit dan perosak. Memang benar selalu orang kata 'Buah yang baik dan manis mudah diserang perosak'. Pada masa ini lazimnya betik eksotika ini ada dijual di Pasar Tani dan Pasar Malam terpilih untuk para peminatnya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" bagaimana pun saya akan menunjukkan piawaian indeks kematangan dan gred buah betik eksotika untuk panduan semua para pembaca semua. Pengkelasan buah beti eksotika ini juga digredkan mengikut berat buah yang dipetik seperti jadual dibawah. Buah ini dikelaskan kepada saiz XL, L, M dan S. Ada juga buah betik eksotika yang rosak dan tidak sesuai untuk dipasarkan. Kerosakkan biah betik ini berpunca dari banyak sebab seperti serangan serangga [erosak, serangan penyakit kulat, kerosakan akibat kecederaan fizikal, ditebuk burung atau tupai, cedera jatuh dari pokok dan banyak lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Artikel ini merujuk kepada Risalah Manual Kualiti Buah Betik Eksotika yang diterbitkan oleh FAMA dengan kerjasama MARDI dan Jabatan Pertannian Malaysia. Wasallam!.. BETIKK HIBRID... NAMA EKSOTIKA... EKSOTIKA II... LEBIH MANIS ISINYA... PASARAN DOMESTIK... EKSPOT ADA... MEMANG GEMBURA... BUAT UJIASA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (27 Syawal 1441H).
  25. TANAMAN SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia dimana penulis blog diberitahu ia didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Penulis blog yang ketika itu sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pertanian I (Pembangunan) di Jabatan Pertanian Malaysia Putrajaya menerima banyak pertanyaan dari pihak RISDA sendiri dan juga bakal pekebun yang ingin untuk mendapatkan maklumat atau ingin untuk menanamnya. Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci' jarang kita dengar sebelum ini walau pun produk dari tanaman ini sudah meluas pasarannya di Malaysia. Produk Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu lagi produk ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016. Teringat penulis blog bagaimana jus buah Noni (Jus buah mengkudu) yang mendapat pengiktirafan dunia mengenai kehebatanya sbagai superfood juga. Maka ramai yang menanam pokok mengkudu secara meluas di Malaysia akan tetapi sekarang sudah 'senyap'. Say ada menulis artikel mengenai mengkudu dan boleh dibaca dengan pautan brikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Apa pun berbalik kepada tanaman Sacha Inci ini walaupun ia baru diketahui ramai tetapi ia sebenarnya telah lama digunakan sejak 3,000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru. Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan teknologi amalan penanaman sacha inci untuk bahan rujukkan anda semua. Sacha Inchi adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diatas kayu sokongan untuk penanaman komersil (Sila lihat foto disebelah). Ia adalah jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja dimana ia juga amat memerlukan tanah yang subur dengan air yang mencukupi dengan memasang 'sistem pengairan titis' dan sistem saliran yang baik. Penulis blog yang pernah melawat tanaman inii di Thailand dan Vietnam mendapati kesuburan tanah penting disemak kerana tanah dengan pH diantara 5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan. Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong. Terkini juga dipasaran telah banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi dipasaran sebagai makanan kesihatan. Permintaan terhadap herba ini terutama untuk produk kesihatan, kecantikan dan minyak sangat tinggi di peringkat antarabangsa. Tumbuhan ini mampu tumbuh menegak setinggi 2 - 3 meter tanpa sokongan tiang kukuh yang asas. Bagaimanapun untuk penanaman baik ia memerlukan kayu sokongan atau sistem para setinggi 3 - 4 meter daripada bahan kayu kuat atau konkrit. Tumbuhan ini mempunyai sistem batangnya yang akan menjalar atau merambat dengan mempunyai daun deciduous yang berwarna hijau dikawasan tropika. Daun yang berwarna hijau tersusun dengan baik dan menghasilkan pucuk baru untuk terus menjalar (Sila lihat foto disebelah). Ia mengeluarkan bunga dalam jambak yang berwarna putih hijau yang kecil dibahagian hujung dahan. Daunnya berbentuk hati (heart shape) dengan susunan bersilang berukuran 10-12 cm panjang dan 8-10 cm lebar dengan panjang tangkai sekitar 2-6 cm panjang. Bunga Jantan yang berwarna putih bersaiz kecil dalam jambak sementara bunga betina berada dibahagian bawah jambak. Tanaman dikawasan tropika mampu tumbuh dengan baik dimana pokok akan menghasilkan bunga dan buah sepanjang tahun. Buahnya dalam kapsul berukuran 3 - 5 cm garis pusat dengan ada 4 - 7 point yang berwarna hijau semasa muda dan bertukar warna coklat gelap apabila masak. Bila cukup matang, ia akan terbuka sendiri dan dapat dilihat melalui bijinya dan dituai apabila buah telah betul-betul kering. Jika diteliti buahnya ada 5 lobes dan ada yang mempunyai sehingga 7 lobes. Didalamnya terdapat bijinya yang berbentuk oval dengan warna coklat kehitaman berukuran 1.5 - 2.0 cm garis pusat. Ia mempunyai berat sekitar 45 - 100 gram setiap biji, mempunyai kotilidon terbuka dengan ada lapisan nipis dan jika digoreng memberikan rasa yang sangat sedap. Cara menanam bagi tanaman sacha inci menggunakan biji benih yang diambil dari pokok matang. Biji benih perlu direndam selama 24 jam dalam air bersih sebelum disemai diatas tapak semaian dalam suhu sekitar 25 - 30 Celcius untuk bercambah. Lazimnya ia akan bercambah dalam masa 14 hari dan boleh dialih ke kebun. Ada juga petani yang menanam terus biji benih ke ladang tetapi percambahan tidak sekata. Kaedah menanam dengan bahan keratan jug ada dilakukan tetapi lebih mudah dengan semaian biji. Bagi mereka yang ingin menanam sancha inci dalam bekas, sebaiknya ia berukuran 3 gelen media tanam atau lebih besar lagi untuk satu point tanaman (Sila lihat foto disebelah). Penjagaan agronomi seperti mengawal rumpai, mengawal perosak dan penyakit dilakukan mengikut pakeej amalan teknologi. Tanaman sacha inchi ini mudah dijaga kerana kurang serangan serangga perosak dan penyakit. Kerja melatih pokok untuk menjalar pada tiang disediakan perlu sentiasa dilakukan diperingkat awal penanaman. Pokok merambat ini sebaiknya diberikan sokongan untuk tujuan membolehkan kerja-kerja memetik buah mudah dijalankan. Pokok yang berhasil perlu dipetik buah matang dan akan dikumpulkan dalam bekas sebelum dijual atau diproses terus. Dilaporkan pada masa ini belum ada harga ladang jualan buah sacha inchi ini di Malaysia kerana tidak ditanam secara komersil. Cadangan pihak RISDA yang yakin bila tanaman sacha inchi mampu memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah sehingga RM500 sebulan dipaparkan oleh akhbar tempatan. Dilaporkan dimana pihak RISDA akan memberi 20 hingga 30 batang pokok untuk setiap isi rumah pekebun kecil getah bagi mengusahakan tanaman tersebut. RISDA dilapor untuk mengedarkan benih sacha inchi dari Thailand ini kepada pekebun kecil getah. Penting bagi penanam sacha inci ini belajar bagaimana perlu tahu akan tempoh matang buahnya. Apa yang penting kepada tanaman Sacha Inchi adalah buahnya yang berbentuk lengai dihasilkan apabila pokok matang dalam masa dua tahun sahaja (Sila lihat foto disebelah). Semasa lawatan penulis diberitahu dimana pokok mula berbunga 5 bulan selepas ditanam dan mula berbuah 8 bulan selepas ditanam. Dilihat lanjut sepokok dewasa mampu mengeluarkan 100 kuntum buah setahun dengan sebanyak 400 - 500 biji yang terhasil dan bahagian biji inilah yang bernilai untuk digunakan. Biji Sacha Inci yang matang dikeluarkan daripada kelongsong berbentuk bulat leper dengan warna coklat kehitaman. Apa pun bagi penduduk tempatan dimana mereka akan memetik buah sacha inchi ini dan merebusnya untuk terus dimakan begitu sahaja dengan rasa lemak. Bagaimanapun, bahagian biji inilah yang dikatakan mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids. Nilai khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dulu sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik didunia. Bagaimanapun, kini produk dari sancha inci ini telah dikomersilkan dan boleh dibeli daripada kedai farmasi dengan mudah. Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan. Bagi tujuan menyediakan produk pati minyak sancha inchi ini, negara Thailand banyak mengkomersilkannya dalam bentuk minyak pati cecair dan produk didalam kapsul. Semuga artikel ini menarik minat pembaca blog untuk cuba menanamnya dengan mendapatkan benih dan ilmu teknologi yang sesuai untuk diamalkan. Artikel ini diharap memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... TEKNOLOGI TANAMAN... SUDAH ADA... BENIH SACHA INCI... DI BELI SAHAJA... PASANG TIANG... JALARKAN AWALNYA... LEPAS 8 BULAN... MEMETIK BUAHNYA... By, M ANem, Senior gronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. 28 Syawal 1441H,
×
×
  • Create New...