Jump to content

All Activity

This stream auto-updates     

  1. Yesterday
  2. KUIH KALAKATAR merupakan sejenis makanan mayarakat orang Banjar di Perak yang mungkin ramai oreang Malaysia kurang mengetahuinya. Bagaimana pun pada bulan Oktober 2020 Program Majalah 3 di TV3 telah membuat penjelasan bagaimana kuih tradisional ini dibuat dan disediakan. Ada juga dakwaan dimana kuih ini di tempat lain ia dipanggil Bingka Kelapa Muda kerana kompponen utama kuih ini adalah isi kelapa muda. Memang kempen minum air kelapa muda telah lama di promosikan oleh Kemenpertian Pertanian semenjak awal tahun 1980'an oleh Menteri masa itu iaitu YB Sanusi Junid. Sehingga kini minuman air kelapa muda sudah menjadi satu minuman yang sangat popular di Malaysia. Minuman air kelap muda kini bukan sahaja dihidangkan sebagai minuman biasa akan tetapi telah dijual menjadi minuman popular 'Coconut Shake' yang sangat popular. Bagi penulis blog rasanya ada dua kali dapat ujirasa kuih Kalakatar ini semasa berkunjung dan bertugas di Perak dahulu cuma kurang ambil berat mengenai kehadiran juih ini. Mungin persoalan asas adalah pernahkah pembaca blog ini makan kuih Kalakatar?. Kepada mereka yang pernah memakannya tentu ada yang suka dan mungkin hanya segelintir yang tidak suka. Ini kerana kuih tradisi masyarakat Banjar ini pun bukan senang untuk mendapatkannya. Kalakatar atau bingka kelapa ini sangat popular hanya ada disediakan terutamanya bila tibanya bulan Ramadan. Kalakatar itu membawa maksud ‘ketika panas’ amat sesuai dengan namanya sebab kuih ini begitu enak jika dimakan ketika masih panas lagi. Mengikut cerita orang-orang lama kaum Banjar, nama Kalakatar sebenarnya membawa maksud ‘ketika panas’ iaitu kombinasi perkataan ‘kala’ bererti ketika dan ‘katar’ yakni panas. Jadi, tidak hairanlah, kuih tersebut yang juga dikenali dengan nama bingka atau bengkang, dikatakan sangat enak dimakan ketika panas sama ada dibakar menggunakan sabut kelapa atau ketuhar. Artikel subuuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" menulis mengenai kuih kalakatar sekadar berkongsi infi dengan pembaca semua. Apa pun memang kuih kalakatar ini menggunakan tepung gandum dan tepung beras sebagai bahan asas. Dalam pada itu bahan wajib ada adalah komponen air kelapa muda dan isi kelapa muda pula antara bahan penting dalam adunan kuih ini. Lebih enak didakwa iaitu jika isi kelapa masih berlendir-lendir yang asih lembut dan manis akan terasa lemaknya. Teknik semasa membakar juga turut mempengaruhi rasa kalakatar kerana cara membakarnya amat berbeza dengan menyediakan kuih biasa. Jika pembaca blog anim agro technology ini ingin ujirasa kuih kalakatar original maka kenalah kekalkan rasa tradisi dimana semasa membakar kuih kalakatar sebaiknya menggunakan sabut kelapa. Asas membuat kuih ini air kelapa muda, isi kelapa muda dan tepung beras ni memang istimewa bagi masyarakat Banjar di Perk. Memang ramai kalangan generasi muda kurang mengatahui dan menyediakan kuih kalakatar ini. Antara bahan-bahan membuatnya termasuklah sebanyak 1.5 cawan tepung beras, 0.5 cawan tepung gandum, 1 cawan gula, 2 biji telur, 6 cawan air kelapa muda (kalau hendakkan tekstur kuih keras sdikit makan boleh masukkan sebanyak 5 cawan air sahaja). Bahan lain adalah sebanyak 2 cawan isi kelapa muda dan 0.5 sudu teh garam serta hirisan isi atau dagung kelapa muda. Apabila semua bahan ini diperolehi makan ia perlulah dipproses membuat kuih kalakatar. Cara membuatnya dimulakan dengan mendapatkan kelapa muda yang elok dan dikeluarkan air serta isinya. Pertama sekali perlu dicampurkan dan menggaulkan bahan tepung, gula, telur, garam dan air kelapa di dalam satu bekas. Kemudian bahan adunan atau pun bahan campuran tadi sudah sebati digaul perlu di tapis dan ditadah didalam dalam bekas seperti mangkuk atau periuk. Menapis ini bertujuan untuk mempastikan tiada tepung yang berketul atau bergentel. Seterusnya dimasak adunan dalam periuk dengan menggunakan api sederhana sehingga naik wap dimana ia boleh dilakukan dengan sentiasa gaul. Cara membakar tradisional adalah dengan meletakkan api dibahagian bawah dan bahagian atas. Bagaimana pun dirumah sekarang jika ada 'oven' maka ia lebih mudah. Kemudian masukkan pula ke dalam dulang yg disapu dengan sedikit minyak dan boleh juga ditaburkan isi kelapa muda kemudian dibakar selama 1.5 jam dengan suhu kepanasan 200 celcius sehingga masak. Keluarkan kuih ini dan boleh dipotong dan dihidangkan. Dalam akhbar Sinar Harian dengan artikel bertajuk ''Kuih Banjar satukan 220 waris'' di Taiping memang berkaitan dengan artikel ini. Keenakan kuih banjar dan aktiviti permainan asli tradisional kampung berjaya menyatukan 220 waris keluarga tiga beradik dari tiga negeri dalam satu program jalinan kasih kali ke-7 dipanggil 'tahagaan kulaan'. Koordinator program Abdul Hadi dakwa jawatankuasa penganjuran majlis alumni keluarga tiga beradik membabitkan ahli keluarga pelbagai generasi. Ia juga melibatkan generasi tiga beradik tersebut seramai 500 orang, pihaknya bersyukur sambutan kehadiran 220 waris dari generasi keempat hingga keenam masih memberangsangkan dan meriah. Bagi menganjurkan pertandingan khas membuat kuih tradisional Banjar antara 13 wakil keluarga utama bagi membolehkan waris keluarga dapat mengenali kuih tradisi masyarakat itu yang terkemuka seperti balungan hayam, wadai kiping dan kalakatar di samping mempelajari kaedah menghasilkan kuih tersebut. Amalan masyarakat tradisional Banjar yang berkait rapat dengan keturunan mereka seperti membuat gubahan bunga menggunakan bahan terbuang turut diperkenalkan dalam majlis itu. Program jalinan kasih yang dianjurkan secara tahunan membolehkan kesemua waris keluarga hadir saling mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim sedia ada. Program jalinan kasih waris keluarga tiga beradik itu bertujuan memastikan hubungan silaturahim terjalin berpanjangan dan tidak terputus dalam kalangan generasi muda. Tradisi penganjuran program di negeri berlainan pada setiap tahun akan diteruskan dan kita berharap lebih banyak aktiviti kebudayaan dan kekeluargaan berasaskan tradisi masyarakat Banjar dapat dianjurkan untuk memupuk hubungan erat sesama kami. Pihaknya berharap majlis jalinan kasih sebegini dapat dianjurkan sendiri oleh generasi keluarga lebih muda demi kelangsungan hubungan keluarga teguh. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... KUIH BANJAR... KALKATAR NAMANYA... AIR KELAPA MUDA... BAHAN UTAMA... KUIH DIBAKAR... UNIK KAEDAHNYA... MEMANG ENAK... KENALAH UIJRASA... By, M Anem, Senior Agronomist, Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang, Bandar Melaka, Melaka, Malaysia. (28 Safar 1442H).
  3. Last week
  4. PERIOK KERA (Nepenthes spp) merupakan sejenis herba tumbuhan unik jenis karnivor (memakan serangga dan haiwan) yang lazimnya hidup liar di hutan dan belukar di Malaysia. Penulis blog mengenai periok kera semasa muda dahulu dikawasan kampong dimana kemudian mengetahui dimana periok kera rupanya banyak kegunaan seperti untuk dijadikan bungkus makanan dikenali Lemang Periok Kera. Pokok periok kera ini biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur dan tanah yang kekurangan unsur baja nitrogen (N). Ia merupakan pokok maging yang mana unik dengan apabila penuutupnya terbuka akan dapat memerangkap serangga dalam bukaannya yang berbentuk "periuk" untuk tujuan membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya. Tumbuhan jenis Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic). Terdapat lebih daripada 170 spesis pokok periok kera yang berlainan dari segi marfologi pokok, bunga, warna, saiz dan juga coraknya. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana kebelakangan ini nama periuk kera menjadi bualan umum ekoran kebimbangan pencinta alam akan nasib tumbuhan liar itu seandainya periok kera ini dituai berlebihan oleh masyarakat. Periuk kera adalah tumbuhan yang mana ia mempunyai bentuk unik seakan periuk atau mangkuk ini. Apa pun di Malaysia menjadi tempat tinggal kepada 46 spesies Nepenthes dimana 11 daripadanya berada di Semenanjung manakala 35 spesies lagi dapat ditemui di Sabah dan juga Sarawak. Artikel malam ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya sempat menulis mengenai seorang usahawan periok kera di Masjid Tanah, Melaka secara komersil untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca. Penulis blog yang pernah bertugas di Melaka selama 14 tahun memang mengenai semua daerah di negeri tersebut dan mempunyai rumah kediaman di Air Keroh, Melaka. Jarak diantara rumah dengan Masjid Tanah hanya mengambil masa 45 minit sahaja dimana dapat membuat tinjauan seorang usahawan periok kera yang komersil dan berjaya. Periuk kera spesis Nepenthes mirabilis kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat apabila spesies tumbuhan itu adalah menjadi variasi dalam juadah masakan tempatan dibeberapa negeri khususnya dijadikan lemang dan nasi lemak periok kera. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana hidangan unik yang berasaskan periuk kera ini bukan saja mendapat permintaan ramai ketika musim perayaan tetapi kini ia sudah turut menjadi hidangan bagi golongan orang kenamaan dalam majlis tertentu seperti majlis rasmi kerajaan, kenduri kahwin dan juga majlis kenduri lain. Pengusaha tersebut menjadikan ia bernilai komersial pada periuk kera dikenali sebagai Hashim Abdullah berumur 61 tahun dengan bntuan isterinya iaitu Rohaizat Jailani berumur 48 tahun yang kini menjadi pengedar utama dalam usaha memasarkan tumbuhan liar berkenaan. Temubual dengan En Hashim mendapati dimana dia mula mengenali periuk kera secara lebih dekat sekitar tahun 1999 apabila berasakan tumbuhan itu mampu menjadi tarikan baharu dalam menu masakan, terutama bagi pengunjung mengenalinya secara lebih dekat. Dia memang tidak mengenali tanaman periuk kera sehingga datang ke Melaka. Selepas makan lemang periuk kera di Pahang dan Seremban kemudian dia cuba untuk mendapatkan kelongsong di Melaka tetapi agak sukar. Kemudian telah timbul idea untuk mencari dan mengumpul beberapa anakpokok periok kera dengan jumlah sedikit dan kemudian lebih banyak iaitu dari sekitar Pahang dan Johor. Dakwanya selepas beberapa lama kemudian dia beranikan diri untuk bertemu Orang Asli di Pahang dan bermula dari situlah dia telah mengupah mereka mencarinya dan kemudian memasarkan semula kelongsong periuk kera dengan harga berpatutan. Memang di kawasan orang asli sekitar Daerah Rompin, Pekan dan sebagainya masih banyak kedapatan pokok periok kera yang tumbuh meliar untuk diambil. Apa pun perlukan orang yang mahir untuk mendapatkannya terutama masyarakat orang asli. Periuk kera berwarna merah dan berbintik lebih banyak mendapat permintaan dalam membuat masakan seperti lemang kerana bau aroma wangi yang dikeluarkan, walaupun kulitnya mudah pecah, berbanding warna hijau yang lebih liat. Beliau meneruskan kisahnya dimana apabila tiba musim perayaan jumlah permintaan bagi periuk kera boleh mencecah antara 2,000 hingga 3,000 guni sehingga memerlukan dia berulang-alik ke lokasi pencarian iaitu sejauh kira-kira 700 kilometer dua kali sehari menggunakan lori sewa. Dakwanya pada peringkat awal menjadi pengedar dia hanya mampu mendapatkan kutipan lima hingga enam guni pada hari biasa dan sekarang boleh mengumpul sehingga 50 guni dalam seminggu. Bagaimanapun dinyatakan jika awal bulan puasa sehingga sebulan selepas hari raya lazimnya jumlah permintaan meningkat berkali ganda. Beliau menambah dimana dia kini perlu mengutip tumbuhan itu sehingga kadar sebanyak 500,000 guni setahun. Katanya penjagaan periuk kera mempunyai risiko tinggi kerana ia mudah rosak dan mudah kering kerana tidak boleh terlalu terdedah dengan tiupan angin lebih lama. Oleh itu teknik dilakukan dimana tumbuhan ini perlu ditempatkan di kawasan redup dimana hanya mendapat pencahayaan matahari secara optimum dan apa yang penting adalah mempunyai medium lembap. Apa pun periuk kera dijual pada harga RM25 - RM45 bagi 100 biji bergantung kepada jarak penghantaran sama ada di dalam atau luar Melaka. Bagi pokok periok kera yang ditanam biasanya dia akan menjual pada harga RM100 sepokok iaitu harga ini termasuk pasu manakala anak pokok pula dijual pada harga RM15 setiap satu pokok. Pasaran dan juga tempahan kini diterima tempahan sehingga ke Negeri Johor, Kelantan, Terengganu dan Singapura. Apa pun dia agak kecewa dengan sikap segelintir pengedar kecil yang telah mendapatkan tempahan periuk kera dengannya apabila mengambil kesempatan menjual semula tumbuhan itu pada harga lebih mahal sehingga tidak munasabah. Dakwany ada yang menjualnya pada harga RM60 bagi 100 biji, malah turut mengaku sebagai pengedar utama. Tindakan ini memberi kesan buruk kepada saya sehingga terpaksa menjelaskan perkara sebenar terhadap Orang Asli dan Tok Batin. Apa pun cabarnnya dia akan tetap teruskan perniagaan saya seperti biasa walaupun tidak untung banyak. Periuk kera merupakan sejenis pokok yang memerangkap serangga. Ia dilaporkan mampu bertahan sehingga dua minggu selepas batang serta tangkainya dipotong dan dibersihkan. Tumbuhan yang hidup subur meliar di hutan tropika dengan tabiat peliknya itu emmang dilaporkan ada yang menggelarnya pokok misteri dengan kuasa mistik. Semuga artikel malam ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!... KELONGSONG UNIK...PERIOK KERA... ADA USAHAWAN...DIA DARI MELAKA... RM25 - RM45... 100 BIJI HARGANYA... POKOKNYA DITANAM... DIJUAL JUGA... By, M Anem, Senior Agronommist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (9 RabiulAkhir 1442H).
  5. REPAR atau Maintain® merupakan sejenis produk yang digunakan didalan industri penanaman nanas (Ananas comosus) iaitu didalam menghasilkan anakbenih sama ada pokok nanas tersebut telah mengeluarkan atau tidak/belum mengeluarkan buah. Teknologi ini sesuai untuk nanas jenis bukan hibrid tetapi masih dipersoalkan bagi pembiakan benih untuk jenis nanas hibrid. Di Malaysia teknologi menggunakan bahan Repar ini masih kurang popular disebabkan hanya beberapa pengusaha sahaja yang mengetahui teknik ini dan ada menggunakan bahan 'growth regulator ini sebagai bahan penggalak pengeluaran anak benih nanas (suckers). Bagaimana pun penulis blog mendapati masih ada banyak perdebatan mengenai penggunaan bahan kimia ini bagi tujuan pengeluaran benih nanas premium MD2 di negara kita. Belum ada penyelidikan atau penulisan rasmi atau khusus yang penulis blog jumpa di negara kita secara rasmi mengenai penggunaan teknologi ini. Perkara pertama adalah kerana produk ini memang tidak didaftarkan di Malaysia sebaliknya hanya boleh diperolehi dari luar negara dan dipercayai jika ada yang menggunakan produk ini dinegar kita ianya adalah tidak melalui proses yang betul (ayat mudahnya ia di seludup). Ini kerana ia bukan sejenis 'racun' untuk didaftarkan dimana ia sebaliknya ia adalah sejenis hormon growth regulator yang berfungsi untuk pertumbuhan tumbuhan. Daripada beberapa rujukan di internet penulis dapati produk REPAR ini dihasilkan oleh Repar Corporation di USA dimana ia merupakan sejenis 'biochemical substance Maintain® CF 125' yang unik untuk tanaman nanas. Artikel yang saya rujuk dan ia ditulis pada 15 Febuari 2017 ini menyatakan dimana pihak Repar Corporation (“Repar”) telahj terlibat dalam pembangunan produk dan aktiviti pemasaran yang berkonsepkan kepada kesihatan serta keselamatan manusia dan juga kelestarian penjagaan alam sekitar. Syarikat yang beribupejabat di Silver Spring Innovation Center (SSIC) di Maryland, USA akhirnya berjaya didalam membangunkan produk yang dinamakan sebagai 'Unique biochemical substance called Maintain® CF-125 (“Maintain®”)'. Artikel subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya ,enulis mengenai satu produk yang membantu didalam menghasilkan anakbenih nanas sebelum berbuah yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pembaca semua. Terimakasih kepada sahabat karib saya En Rizal Omar yang telah mengutarakan kepada saya untuk menulis rencana ini dan memberikan beberapa foto. Dalam membuat rujukkan didapati dimana produk ini sebenarnya adalah sejenis hormon penggalak pertumbuhan atau dalam bahasa saintifiknya ia adalah sebagai 'Plant Growth Regulator (PGR)' yang mana mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Chlorflurenol. Bahan Chlorflurenol ini sebenarnya merupakan sering digunakan di luar negara didalam teknologi bagi tanaman nanas mengeluarkan sulur (sliplets). Sebagai bahan penggalak pertumbuan (PGR) biasanya ia digunakan bagi tanaman nanas selepas setahun ditanam iaitu sebelum nanas mengeluarkan buah. Kajian mendapati penggunaan bahan PGR ini tidak meninggalkan sebarang sisabaki (accumulated residues) didalam tanaman nanas yang dijamin selamat untuk kegunaan manusia dan kelestarian alam sekitar. Di USA dilaporkan dimana penggunaan bahan Maintain® ini tidak menyebabkan kesan sisabaki dan hanya didaftarkan sebagai bahan pesticide yang khusus untuk dalam pengeluaran sukur nanas sahaja. Dalam pada itu produk ini juga digunakan didalam mengawal pengeluaran bunga dan buah olive dan buah citrus sebafai bahan penggalak pengeluaran debunga dan pembungaan. Bagaimana pun paling jelas adalah penggunaan Maintain® untuk pengeluaran sulur nanas sebagai bahan tanaman (planting material) telah dilakukan diluar negara dan juga di Malaysia. Sebuah syarikat penanam nanas dan membekal benih MD2 di selatan tanah air pernah menggunakan bahan ini didalam mengeluarkan benih nanas secara komersil. Produk jenama Maintain® ini dilaporkan sesuai digunakan dalam pengeluaran sulur di beberapa negara bagi nanas jenis varieti Gold. Di USA dilaporkan dimana variet Gold yang lebih sesuai (susceptible) dalam tibdakbalas dengan produk Maintain® jika dibandingkan dengan nanas dari kumpulan tradisional seperti varieti dari Smooth Cayene. Pengurusan pengeluaran bunga dan buah nanas secara semulajadi perlu disesuaikan dengan penggunaan bahan aruhan pembungaan bagi membolehkan penuaian dilakukan dengan serentak mengikut jadual penuaian buah nanas. Tanpa aruhan makan buah yag dkeluarkan oleh pokok nanas akan tidak seragam dan ini akan menyukarkan proses penuaian dan pemasaran serta operasi kilang (bagi nanas kaleng). Di beberapa negara dilaporkan penggunaan bahan kimia Maintain® ini pada varieti nanas Gold didapati memberikan pulangan signifikan kepada petani dengan buah nanas berkualiti dan jumlah anak benih yang banyak. Di Malaysia pula apa yang penulis blog tahu memang masih kekurangan beberapa varieti benih nanas premium untuk dikembangkan seperti benih nanas MD2 dan Maspine yang selalu mendapat permintaan tinggi. Terdapat beberapa syarikat dan usahawan yang pernah menggunakan produk PGR Maintain® untuk mengeluarkan benih nanas MD2 dengan banyak (Sila lihat foto disebelah). Teknik baru dengan menggunakan bahan Maintain® ini yang mana formulasinya sebagai cecair mengandungi sebanyak 3.5 gram bahan 'active ingredient' (chlorflurenol) atau pun formulasi 3.5 g a.i. / fl.oz. atau pun unitnya 118 g a.i. / Liter. Didalam usaha mengaplikasikan bagi pengeluaran sulur nanas, sebaiknya pemilihan pokok induk yang sihat dengan berat jisim pokok tersebut mencapai 3.5 kg keatas yang sesuai untuk dihormon. Sebaiknya pokok nanas yang dipilih untuk dijadikan 'bank benih' ini perlu dijaga dan dirawat daripada peringkat awal lagi dengan pembajaan dan pengagaan dari perosak dan penyakit. Ada dinyatakan pembeniaan unsur baja Nitrojen (N) diberikan lebih dari awal dimana ia akan menyebabkan pokok gemuk dan besar. Jika pokok sudah mencapai standard besar maka seawal 6 bulan ia boleh dan sedia untuk dihormon dengan produk Maintain®. Hormon yang diimport dari USA ini boleh didapati dengan harga agak mahal sekitar USD100++ seliter (RM420++ seliter). Seperti dinyatakan diatas produk ini bukan mudah untuk dibeli di Malaysia dan memerlukan sedikit effort untuk mendapatkannya. Daripada kenyataan meeka yang pernah membuat rawatan ini dimana cara menyembur Maintain® bukan hanya pada bahagian tengah pokok seperti menyembur bahan aruhan pembungaan untuk pembuahan sebaliknya disembur pada keseluruhan pokok nanas tersebut. Pokok nanas tersebut perlu 'dimandikan' dan dilakukaan sebanyak 2-3 kali penyiraman atau semburan. Pokok nanas tidak perlu diberikan keadaan 'stress' seperti kaedah biasa pengeluaran benih nanas dengan mencincang potong atau buang daunnya. Lazimnya sulur nanas yang keluar akan membengkok sedikit seperti kayu hoki (Sila anda lihat foto disebelah). Bagi nanas MD2 dilihat jumlah sulur yang keluar berbeza-beza sekitar 5 hingga 10 sulur sepokok. Sulur ini akan membesar dengan saiznya menyamai sulur yang dihasilkan melalui kaedah biasa. Daripada tinjauan didapati teknik ini agak sukar untuk berjaya pada kali pertama penggunaan bahan tetapi ianya amat berjaya pada teknik pengunaan Maintain® kali ke 2 dan kali ke 3 dan seterusnya sehingga mencapai kadar kejayaan sehingga 90%. Sulur yang cukup saiz lebih 30 cm panjang boleh dikutip sekitar 6 - 8 bulan selepas semburan dengan Maintain® dan diikat untuk dihantar kekawasan penanaman nanas yang baru. Penulsi blog merujuk kepada label dimana untuk pengeluaran sulur nanas disyorkan kadar penggunaan Maintain® iaitu pada kadar 1 gelen seekar (atai 1 gelen dicampur dengan 250 gelen air) kepada tanaman nanas matang. Kadar pertukaran adalah dimana 1 gelen = 3.8 liter dimana bagi keluasan satu hektar diperlukan sebanyak 9.5 liter Maintain®. Juga ada disyorkan menggunakan bahan Etephon sebelum anda cuba menyembur bahan Maintain® dikebun. Kepada pengusaha nanas yang ingin menggunakan produk sebaiknya perlu mendapatkan ilmu terlebih dahulu kerana jika tidak memahami secara betl maka anda akan kecewa. Artikel ini sekadar memberi idea kepada pembaca bagaimana hendak memperbanyakan sulur nanas (slips) menggunakan produk sebagai satu alternatif. Penyelidikan dan kajian lanjut oleh pihak berwajib diperlukan dan laporan kajian perlu didedahkan kepada pemain industri nanas di Malaysia khususnya dan jangan disimpan sendiri. Semua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!... BAHAN REPAR... PRODUK DARI USA... PENGGALAK SULUR... PERLU DI CUBA.. ILMU DIPEROLEHI... SILA MEMBACA... SUDAH FAHAM... APA LAGI SILA USAHA... By, M Anem, Senior Agronomist Expert, Taman Cendana, Pesimpangn Bukit Beruang, Bandar Melaka, Melaka, Malaysia. 15 RabiulAwal 1442H. Terimakasih Tn Rizal Omar
  6. DAUN PUDINA (Mentha piperita) atau dalam bahasa Inggeris disebut 'Mentha' sahaja merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya dimana ia boleh ditanam sendiri. Ia merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha. Terdapat berbagai jenis pudina di seluruh dunia. Jenis Mentha spicata morocan yang berkesan dalam meredakan untuk kekejangan otot. Jenis Mentha aquatica untuk kita merawat cirit-birit dan juga Jenis Mentha arvensis yang boleh melegakan masaalah demam selsema dan menghilangkan rasa loya. Sebenarnya daun pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Bahan yang terkandung didalamnya juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Mereka yang mengambil daun pudina didpati boleh merangsangkan tubuh badan untuk fungsi dalam usaha untuk mengeluarkan peluh. Kita selalu membeli daun pudina dengan jumlah yang sedikit dipasar atau pasaraya untuk kegunaan didalam rumahtangga sahaja. Di Malaysia dilaporkan masih kurang ada orang yang suka menanam daun pudina sendiri dirumah walau pun sebenarnya ia satu aktiviti yang mudah dilakukan sendiri. Ia juga agak jarang dipromosikan dalam program 'Buku Hijau' yang dilancarkan oleh MAFI dahulu sebagai tanaman penting. Daun pudina memang banyak gunanya dan sebaiknya ia perlu difahami akan khasiatnya dahulu sebelum timbul minat untuk menanam. Tanaman ini juga sesuai untuk ditanam dalam kawasan rumah sebagai satu aktiviti yang memberikan keseronokkan mereka yang minat dalam hobi ini. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tip menanam daun pudina sendiri dan khasiat daun pudina untuk tatapan semua pembaca setia. Daun pudina sering digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina dilaporkan boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi. Lazimnya ramai tahu dimana daun pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman kepada mereka yang mengalami masaalah tersebut. Jika ada diantara pembaca blog ini minat menanam pudina maka ia boleh dilakukan keliling rumah sama ada diatas tanah terus atau pun didalam bekas lain seperti pasu atau bekas terpakai. Penanaman diatas tanah sebaiknya dilakukan diatas batas kerana tanaman pudina tidak boleh terendam. Selalunya pilih tanah campuran atau tanah jenis subur kerana tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang juga berbeza. Buat campuran tanah atau beli yang siap bancuh kerana jenis tanah baik boleh membantu saliran. Tanah yang berbutir cepat menyerap air dan nutrient jika mengandungi tanah kompos. Sebaiknya gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan atau sungkupan dengan serat seperti daun kering serat tumbuhan, rumput kering di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah. Jika jenis tanah adalah tanah liat sebaiknya tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau hingga sebati, Cara ini dapat membantu pengudaraan tanah kerana lazimnya ia lambat menyerap ai dan hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air. Jika ia jenis tanah pasir disyorkan agar diatmbahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air. Sementara jika ia dari tanah gambut tidak menjadi masaalah serius. Penyediaan semaian pudina dibuat dengan menaburkan biji benih dengan campuran pasir halus (1:1). Tabur selapis pasir halus bagi menutup biji benih dan letakkan sungkupan dari rumput keatas batas. Siram batas setiap hari. Anak benih kelihatan tumbuh selepas 3-4 minggu. Penanam Anak benih yang sihat ditanam dalam dua baris sebatas. Jarak tanaman disyorkan ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan. Lakukan penyiraman mengikut kesesuaian dan cuaca. Seterusnya adalah aktiviti pembajaan dimana penggunaan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja perlu dibubuh di sekeliling pokok dan digaul kedalam tanah. Baja organik boleh digantikan dengan baja kompos iaitu campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria yang seterusnya menjadi baja semula jadi yang baik. Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan jika berbanding dengan baja organik. Kaedah membuat baja kompos adalah dengan kita memasukkan bahan pertama iaitu sisa makanan yang juga berupa sisa sayuran ke dalam acuan. Masukkan 1% najis ternakan dan disiram dengan air, kemudian tutup dengan lapisan rumput ataupun daun-daun kering. Amat perlu memampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi. Ulang langkah sehingga acuan penuh (sehingga 2 atau 3 kaki). Jangan lupa juga untuk melindungi campuran daripada terdedah, gunakan bekas-bekas atau pembalut yang sesuai dengan saiz kompos yang di buat. Terbalikkan adunan setiap dua minggu selepas sebulan adunan tadi disimpan. Baja kompos akan terhasil selepas 3 - 4 bulan. Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil. Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan dapat membentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan. Penyiraman batas pudina dilakukan dengan menyiram 2 kali sehari. Pada peringkat awal pertumbuhan, air banyak diperlukan untuk tumbesaran. Lazimnya selepas 2-3 minggu maka menyiram sekali sehari adalah mencukupi. Penuaian daun pudina boleh dilakukan sebulan selepas menanam bergantung kepada pengurusan. Memetik daun pudina dengan potong gunakan tangan atau pisau dan kumpulkan dalam bekas kemudian dibasuh bersih. Daun pudina akan segar dalam satu hari sahaja tanpa disimpan dalam bilik sejuk. Ia lazimnya digunakan sebagai daun segar untuk mendapatkan aroma dan khasiatnya. Dalam amalan biasa daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Kepada usahawan yang rajin, ia boleh juga menghasilkan minyak yang diperbuat daripada daun pudina. Minyak ini didakwa memang boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mampu untuk mempertingkatkan konsestrasi. Dalam dunia kosmetik, kegunaan daun pudina dikatakan dapat mengekalkan akan kecantikkan kulit, meredakan sakit tekak, boleh dijadikan ulam, meredakan batuk, demam, selsema, mengurankan tekanan dan boleh dijadikan minuman teh. Berapa ramai diantara kita yang ada menanam daun pudina sendiri disekelilin rumah dalam pasu. Apakah khasiat daripada daun pudina yang ditanam sendiri?. Ada sebanyak 18 jenis kebaikan darii daun pudina yang didakwa hebat oleh beberapa saintis. Daun pudina memang bertindak sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman. Ia akan bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh dimana daun pudina ada digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan. Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda. Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim. Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda. Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus. Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut. Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor. Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria. Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan. Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid. Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada. Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. Teh pudin adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis). Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!. TANAN DI PASU....IA DAUN PUDINA... BENIH KERATAN... MEDIA DISEDIA ... LEPAS SEBULAN... TUAIAN DIMULA... JADI HOBI... AKHIRNYA GEMBIRA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (24 RabiulAwal 1442H).
  7. PAPAIN adalah sejenis bahan getah (latex) atau sejenis hormon yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh buah Betik Muda (Carica papaya) secara semulajadi apabila ia telah dicederakan atau dipotong pada bahagian kulitnya. Papain juga didapati pada buah betik gunung yang banyak ditanam dikawasan tanah tinggi. Penuis blog mendapati di Malaysia sering dengar latek papaya ini iaitu merupakan 'papain' yang dikatakan mampu melembutkan masakan daging daging yang liat seperti otot-otot yang banyak urat jika dicampurkan sedikit kedalam masakan. Sebenarnya banyak kajian telah dijalankan bahawa papain merupakan enzim penghadaman yang amat berkesan (powerful digentive enzyme) yang juga dipanggil sebagai 'papaya proteinase'. Apa yang berlaku sebenarnya adalah dimana enzim papain telah memecahkan fiber protein dalam proses penghadaman dan telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu dikawasan Amerika Selatan. Membalut daging dengan daun betik atau daun lain yang mengandungi juga merupakan satu cara masakkan yang dibuat untuk melembutkan daging serta mendapatkan aroma yang sesuai. Bagaimana kita hendak mengumpulkan getah papain dari buah betik?. Caranya memang amat mudah dimana semua orang boleh membuatnya. Kita hanya perlu melukakan kulit buah betik muda dengan objek keras dan getah putih iaitu papain akan keluar mengalir iaitu getah pekat berwarna keputihan dari kulit (Sila lihat foto diatas). Kita boleh kutip getah ini dan kumpulkan dalam bekas dengan menggunakan sudu plastik atau pisau. Pilih buah muda yang sesuai untuk mendapatkan getah (latex) papain dan semua buah yang dilukakan akan mengeluarkan getah tersebut. Getah papain boleh terus digunakan untuk tujuan masak daging dengan memasukkan terus dalam masakan pada kadar yang bersesuaian kerana rasanya adalah PAHIT sedikit. Artikel subuh ini sambil melihat burung walit keluar dari sarangnya melalui tingkap bilik hotel, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai papain iaitu getah putih yang sering dikeluarkan oleh pokok papaya untuk dijadikan bahan rujukan dan menambah imlu kepada semua pembaca blog. Dalam menyediakan makanan berasaskan daging selalunya ada masaalah daging yang dimasak tidak lembut disebebkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah seperti salah memotong daging, kualitii dging yang tidak bagus, Daging masak kicap, daging rendang, daging merah dan sebagainya akan menjadi lebih enak jika empukk dimakan bersama dengan nasi putih. Dilaporkan dimana daging terutma daging lembu atau kambing boleh dijadikan pelbagai jenis hidangan yang enak dan ia juga merupakan satu pertiga sumber makanan yang paling banyak dimakan oleh penduduk seluruh dunia. Daging ini biasanya dikelaskan sebagai 'daging merah atau red meat' berbanding dengan 'daging putih seperti daging ayam dan isi ikan. Bukan smeua orang Malaysia yang mahir akan bahagian daging lembu dimana mereka biasanya hanya kenal akan 'daging batang pinang' dan 'daging peh'a sahaja. Artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda informasi berkenaan daging lembu. Primal cuts merupakan potongan paling asas yang untuk seekor lembu yang telah disembelih. Daripada 'primal cuts' pula potongan-potongan lain boleh didapati contohnya, pelbagai potongan stik yang boleh anda beli di pasar raya. Daging lembu juga ada yang diproses menjadi produk makanan lain seperti burger dan sosej. Namun setiap negara mempunyai pelbagai potongan daging yang tersendiri dan namanya juga berbeza. Ada juga jenis potongannya perlu mengikut kesesuaian masakan yang ingin dimasak. Gred atau kualiti memilih daging yang baik dilihat dalam dua kriteria utama iaitu kandungan marbling, iaitu lemak dalam daging yang memberi kelembutan pada daging dan mengikut usia kematangan lembu. Daging yang disimpan dalam peti ais akan bertambah lembut teksturnya. Proses ini akan menyebabkan enzim proteolitik dalam daging melembutkan protein myofibrillar. Tetapi ini adalah pada bahagian daging yang kurang bergerak dan usia lembu yang muda. Terdapat cara lain bagaimana anda boleh melembutkan daging dengan menggunakan cara mekanik seperti menggunakan pengetuk daging supaya proteinnya dapat dipecahkan. Didakwa dimana protein daging juga boleh dilembutkan dengan menggunakan cara tradisional seperti merebus daging dengan menggunakan daun betik dan buah betik atau dengan menggunakan nanas muda. Enzim papain dalam betik muda dan daun betik serta enzim bromelin dalam nanas muda dapat melembutkan daging. Garam dan sodium phosphate juga boleh juga digunakan untuk melembutkan daging dengan meletakkan dalam air rebusan daging. Sodium phosphate akan memberikan rasa sabun jadi jangan diletakkan terlalu banyak manakala garam akan memberikan rasa tambahan dalam daging rebusan. Teknik memilih daging juga ada caranya. Sebaiknya belilah daging yang baru daripada lembu yang baru disembelih. Daging yang baru disembelih warnanya masih lagi merah menyala dan dagingnya pejal dan baunya masih segar. Elakkan membeli daging yang sudah kusam warnanya atau gelap warnanya. Kesan penggunaan bahan awet telah berjaya mengelirukan pengguna kerana bahan pengawet ini akan mengekalkan warna merah daging untuk simpanan jangka masa yang lama. Sebagai pengguna anda hendaklah bijak memilih daging di pasaran. Kerana itu lebih baik jika dibeli pada peniaga daging yang mempunyai khidmat memotong terus daripada lembu yang telah disembelih kerana anda boleh melihat sendiri yang mereka ini terus memotong daging daripada seekor lembu. Daging lembu yang anda beli itu memang betul-betul dari lembu yang segar. Cara memotong daging lembu juga memberi kesan kepada kelembutan daging yang akan anda nikmati. Hiris daging lembu melawan urat lembu. Ini adalah teknik asas apabila anda menghiris lembu. Jika salah menghiris mengikut urat, daging akan liat. Jadi sebaiknya anda harus peka apabila menghiris daging. Lazimnya semasa masakan daging lembu sememangnya mempunyai khasiat yang tersendiri. Walaupun semua sumber protein seperti daging merah dan daging berwarna putih adalah sumber protein yang tinggi, khasiat daripada sumber protein daging lembu ternyata berlainan dari segi kandungan lemak, komposisi asid lemak, dan mikronutriennya. Protein daging lembu lebih mudah dihadam berbanding protein daripada kekacang dan penting untuk pertumbuhan, mengekalkan kecantikan kulit, kekuatan tulang dan pembinaan otot. Daging lembu juga membekalkan sumber zat besi yang baik untuk peredaran oksigen dalam badan dan memberi tenaga yang mencukupi untuk kecerdasan otak dan daya tahan penyakit. Zink dalam daging lembu dikatakan 21-26 peratus lebih efektif diserap dalam badan berbanding hanya 11-14 peratus serapan zink yang kita dapat daripada sumber tumbuhan. Vitamin B12 dalam daging lembu dapat mengawal sistem saraf badan. Daging lembu merupakan penyumbang utama Asid lemak omega 3 iaitu lemak tidak tepu poli yang baik untuk perkembangan otak, kesihatan jantung dan mata. Dalam akhbar Harian Metro bertajuk 'Daun Betik Lebih Membawa Mudarat' dirujuk dalam artikel ini. Dilaporkan dimana daun betik bukan penawar demam denggi akan tetapi ia didakwa pula boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang dimana kesannya sekali gus membawa maut kepada yang mengamalkan pemakanan daun itu. Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr A Krishnan berkata iaitu kebanyakan pesakit demam denggi di negara ini diberikan daun betik kononnya boleh mengubati penyakit terbabit dengan lebih cepat dan berkesan. Apa pun hakikatnya, mereka tidak mengetahui bahawa daun betik tiada khasiat, malah boleh menyebabkan pesakit menghidap pelbagai penyakit lain seterusnya berisiko maut. Beliau telah pun membuat kajian mengenai penggunaan daun betik sebagai penawar demam denggi dan hasilnya tumbuhan itu tidak membantu, malah berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya memang mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun. Oleh itu, penggunaan daun betik perlu dihentikan serta-merta kerana menjadikan pesakit demam denggi bertambah teruk, malah sistem imunisasi turut terganggu. Orang ramai perlu menitik berat mengenai pengambilan makanan yang berkhasiat dan memenuhi nutrisi badan. Orang ramai juga dinasihatkan tidak mengambil sebarang makanan yang boleh memudaratkan kesihatan walaupun ia adalah daripada turun temurun kerana kesannya boleh dilihat dalam jangka panjang apabila seseorang sentiasa sakit dan menghidap penyakit kronik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!.. TANAM BETIK.... MUDAH SAHAJA... BETIK MUDA... PAPAIN BERGUNA.... LEMBUTKAN DAGING... KENA CUBA... BACA ARTIKEL... FAHAM AKAN ISINYA... By, M Anem, Senior Agronomist, Taman Cendana, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia. (11 RabiulAkhir 1442H).
  8. MAKANAN SATA atau SATAR merupakan sejenis makanan berasaskan ikan dan kelapa yang penulis blog amat suka menikmatinya. Penulis yang pernah bertugas di Mersing, Pahang, Segamat sering mendapatkan bekalan sata segar daripada beberapa usahawan lokal yang menyediakannya. Bagaimana pun sata dari Mersing, Johor merupakan kegemaran penulis blog kerana resepinya yang lebih pedas, manis dan lemak berbeza denga sata dari kawasan lain. Apa pun dari segi sejarah, sata adalah sejenis produk tradisional yang popular di negeri Pantai Timur Malaysia yang disediakan daripada isi ikan, kelapa parut serta rempah kemudian ia akan dibentuk tigasegi dan dicucuk dan di bakar dengan buluh. Pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk memproses sata. Apa pun pada penulis blog ikan daripada spesies pelagik (daging merah dan banyak lemak) seperti ikan selayang (Decapterus sp.) adalah antara ikan yang paling sesuai digunakan. Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis hasil perikanan yang telah diusahakan sejak turun-temurun memang kreatif menyediakan makanan daripada hasilan ikan. Bukan itu sahaja malahan ikan juga merupakan sumber protein yang utama bagi penduduk tempatan. Menurut data dari Jabatan Perikanan Malaysia, 70% daripada ikan yang didaratkan digunakan secara segar, manakala 30% lagi diproses kepada pelbagai hasil perikanan. Hasil perikanan yang diproses termasuklah keropok, bebola, ikan kering, budu, belacan, udang, sotong sejuk beku dan sebagainya. Sata merupakan salah satu hasil perikanan tradisional yang popular di negeri Pantai Timur Malaysia terutama di negeri Terengganu, Pahang dan Johor Timur. Sata sesuai untuk dihidangkan sebagai kuih atau pencuci mulut selepas makan tengah hari dan semasa minum petang. Secara tradisi, sata dibungkus dengan daun pisang, dicucuk pada batang buluh dan dipanggang di atas bara api. Apa pun pada kebiasaannya makanan sata dijual di tepi jalan raya dan juga di pasar serta pasar malam. Secara amnya, cara penyediaan sata ikan yang diamalkan oleh pengusaha tempatan adalah dibuat secara tradisional dan bergantung kepada tenaga manusia. Kajian di MARDI telah berjaya mempertingkatkan teknik pemprosesan dan pembungkusan sata. Dengan teknik ini dilaporkan dimana sata sejuk beku dihasilkan dan seterusnya pengedaran sata dapat diluaskan. Artikel mlam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis semula teknologi menyediakan sata moden di adaptasi daripada e-bulletin MARDI dan tinjauan dari pengalaman penulis blog yang minat makan sata. Dari segi teorinya, antara prinsip asas pemprosesan Ikan mengandungi 15-23% protein adalah unik. Dalam pemprosesan sata, semasa proses penggaulan unsur penting protein bertindak balas dengan garam dan membentuk gel. Keupayaan dalam pembentukan gel bergantung pada kesegaran ikan. Suhu semasa pemprosesan sata sebaiknya hendaklah sentiasa dikawal kerana suhu yang tinggi akan menjejaskan mutu penghasilan sata. Sata mempunyai lemak yang tinggi mencapai sehingga 17% bergantung pada formulasi yang digunakan oleh pengusaha. Hasilan yang mempunyai lemak yang tinggi tidak akan tahan lama, cepat tengik, basi dan tidak baik untuk kesihatan badan manusia. Kandungan lemak dalam sata boleh dikurangkan dengan mengurangkan jumlah kelapa parut yang digunakan atau menggantikan dengan serbuk santan tanpa menjejaskan mutu, tekstur dan rasa sata. Kaedah pemprosesan sata moden Pemprosesan sata dimulakan dengan pemprosesan ikan segar dan berakhir dengan proses penyimpanan sata secara sejuk beku (-20 °C). Kini telah disediakan formulasi untuk membuat Sata Moden dimana bahan-bahan untuk pemprosesan sata moden perlu disukat dengan tepat bagi menghasilkan produk akhir yang sempurna dari aspek fizikal dan rasa. Jadual 1 dibawah juga menunjukkan sukatan bahan yang diperlukan dalam pemprosesan sata. Penyediaan isi ikan Pelbagai jenis ikan boleh digunakan dalam pemprosesan sata. Pemilihan ikan yang berkualiti akan menjamin kualiti yang baik untuk produk akhir sata. Di Terengganu apa pun kebanyakan sata dihasilkan menggunakan ikan selayang kerana mudah didapati dengan kuantiti yang banyak dan juga mampu memberi rasa yang enak. Harga ikan selayang lebih murah berbanding dengan ikan lain dan ini dapat mengurangkan kos penghasilan sata. Menurut Laporan Risikan Pasaran Tahunan 2017 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), terdapat lima spesies ikan pilihan rakyat yang diberi tumpuan harga runcitnya iaitu cencaru, kembung, pelaling, selar dan selayang. Antara kelimalima spesies ini, ikan kembung mencatatkan harga purata tahunan tertinggi diikuti oleh ikan selar dan pelaling. Manakala ikan cencaru dan selayang mencatatkan harga termurah. Dalam penyediaan isi ikan, ikan perlu disiang, dipotong kepala dan dibersihkan sebelum diasingkan isi daripada tulang. Proses pengasingan isi ikan boleh dilakukan secara manual atau menggunakan mesin pengasing tulang (deboner). Penggunaan mesin pengasing tulang adalah disyorkan kerana lebih bersih, efisien dan menjimatkan masa. Proses penggaulan didalam membuat sata dengan kelapa merupakan bahan yang paling banyak digunakan. Kebanyakan pengusaha menggunakan kelapa parut dalam nisbah satu bahagian kelapa dengan satu bahagian ikan. Manakala bawang besar dan bawang merah dicincang halus, cili hidup boleh dicincang halus atau dihiris nipis sebagai hiasan. Bagi sata sejuk beku sebaiknya bahan-bahan mentah seperti bawang dan cili hidup perlu dicelur dalam air mendidih atau stim pada suhu 100 °C selama 1- 2 minit sebelum digunakan untuk menyahaktifkan enzim bagi mengelakkan pemerangan bahan mentah dan mengurangkan kontaminasi bakteria. Proses penggaulan dimulakan dengan mencampurkan isi ikan dengan garam, gula, monosodium glutamat diikuti dengan bahan lain iaitu kelapa parut (nisbah yang digunakan ialah 1:3.7; kelapa parut:isi ikan), bawang, cili dan air berais sehingga menjadi pes. Untuk sata sejuk beku, kanji terubah suai dicampurkan pada kadar 0.5-1% daripada jumlah bahan yang digunakan. Kanji ini membantu untuk ianya menguatkan gel semasa penyimpanan sejuk beku. Pembentukan sata dengan membuat adunan yang telah siap akan dibentuk kepada bentuk bulat berukuran 5 cm x 5 cm menggunakan mesin pembentuk (Sila lihat foto disebelah). Sekiranya mesin pembentuk tidak ada maka adunan boleh dibungkus menggunakan daun pisang dan dibentuk seperti kon. Kemudian, dicucuk pada batang buluh atau batang besi. Adunan juga boleh dibentuk dengan menggunakan dulang, dicanai dan diterap dengan acuan kuih atau dipotong segi empat. Walau bagaimanapun, penggunaan mesin pembentuk (Gambar 1) adalah disyorkan agar menghasilkan bentuk yang seragam. Proses memasak sata sesuai dibakar atau dipanggang menggunakan ketuhar pada suhu 170-180 °C selama 10 minit (Sila lihat foto disebelah). Sata yang telah dimasak perlu disejukbekukan dengan cepat dengan menggunakan blast freezer pada suhu -18 °C hingga -35 °C sehingga suhu dalaman produk mencecah -20 °C. Kawalan mutu bagi sata moden adalah penting dalam teknik pemprosesan makanan bagi menjamin hasil yang diproses bermutu tinggi dan keselamatan makanan sentiasa ditahap yang optimum. Kawalan mutu perlu dilakukan pada setiap peringkat dimana pemprosesan termasuk pemilihan bahan mentah, semasa pemprosesan, selepas pemprosesan, semasa penyimpanan sehingga ke peringkat pemasaran hasil. Proses penyediaan isi ikan adalah penting kerana kesegaran ikan adalah faktor utama dalam menentukan hasil yang diproses bermutu tinggi. Oleh itu, dalam pemprosesan sata, pemilihan ikan segar akan dilakukan secara teliti. Oleh sebab ikan merupakan bahan makanan yang cepat rosak, maka penggunaan ais pada kadar 2:1 (bahagian ais:bahagian ikan) adalah disyorkan. Dengan ini, suhu ikan dapat dikawal dan seterusnya menjamin kualiti dan kesegaran ikan. Semua kotoran seperti darah, lendir serta isi perut perlu dibuang dan dibersihkan. Ini bagi mengelakkan terjadinya pencemaran dan pertumbuhan bakteria yang akan menjejaskan mutu hasil. Pelbagai teknik penyediaan isi ikan boleh dilakukan sama ada secara manual atau menggunakan mesin pengasing tulang (deboner). Walau bagaimanapun, isi ikan yang diasingkan dengan menggunakan mesin pengasing tulang adalah lebih elok, bersih dan bermutu dibandingkan dengan secara manual. Pengasingan isi ikan dengan tangan akan mengakibatkan pencemaran bakteria, jika tidak dikawal rapi. Garam digunakan untuk melarutkan protein dan bertanggungjawab dalam pembentukan gel yang kuat. Kadar yang disyorkan ialah 1.5 -1.8% daripada berat isi ikan. Kadar yang lebih tinggi akan memberi rasa yang masin pada adunan sata dan mempengaruhi nilai rasa produk. Kadar kelapa parut adalah dalam nisbah 1:3.7 dengan isi ikan. Penggunaan kelapa parut akan mempengaruhi kandungan lemak dalam sata. Penggunaan kelapa dalam penyediaan sata menyebabkan risiko cepat basi dan tengik apabila disimpan dan perkara ini perlu diberi perhatian. Tambahan pula lemak yang tinggi juga tidak baik untuk kesihatan. Kanji terubah suai Penggunaan kanji dapat membantu menguatkan gel agar tidak mudah pecah dan menguatkan tekstur hasil semasa penyimpanan sejuk beku. Kanji terubah suai dan dicampurkan pada kadar 0.5-1% daripada jumlah bahan yang digunakan. Kanji ini membantu menguatkan gel semasa penyimpanan sejuk beku. Kadar penggunaan kanji terubah suai adalah bergantung pada kadar penerimaan tekstur produk yang dikehendaki. Jika terlalu banyak juga akan mempengaruhi tekstur produk sama ada terlalu anjal dan sebagainya. Suhu Suhu perlu dikawal semasa penggaulan dengan menggunakan ais. Suhu hendaklah sentiasa bawah 15 °C bagi menjamin kualiti bahan mentah. Semasa penggaulan, haba dikeluarkan dan akan menyebabkan penyahaslian protein. Ini akan mengakibatkan sata tidak dapat dibentuk dengan baik dan menjejaskan tekstur serta mutu hasil. Penyejukbekuan cepat Setelah produk dibentuk, produk disejukbekukan secara bagas menggunakan blast freezer sehingga suhu dalaman produk mencapai –20 °C atau maksimumnya dua jam. Tujuannya adalah supaya pembentukan hablur ais lebih kecil dan menjamin mutu serta tekstur produk. Pembungkusan dan penyimpanan penting dijaga. Pembungkusan memainkan peranan penting dalam pemprosesan makanan. Pemilihan bahan pembungkusan juga bergantung pada pasaran dan hasil tersebut. Bagi pasaran secara kecil-kecilan, penggunaan plastik LDPE (polietilena berketumpatan rendah) boleh digunakan. Walau bagaimanapun, bagi pasaran di pasar raya dan restoran, penggunaan bekas plastik bertutup dan boleh dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro adalah dicadangkan. Dalam kajian ini, sata yang telah disejukbekukan secara bagas disusun di dalam dulang plastik LDPE atau HDPE (polietilena berketumpatan tinggi) dan dibungkus menggunakan plastik LDPE. Sata moden disimpan pada suhu -20 °C. Jangka hayat produk adalah selama 12 bulan pada suhu sejuk beku (-20 °C). Selain daripada bahan pembungkusan yang sesuai, label juga memainkan peranan penting dalam pemasaran hasil keluaran di samping menarik minat pelanggan untuk membeli. Gambar 3 menunjukkan pembungkusan sata moden yang telah dipasarkan ke pasaran tempatan. Maklumat pemakanan dan deskripsi produk sata moden Komposisi nutrien bagi setiap 100 g hidangan sata moden. Cara menghidang sata sejuk beku Sata moden sejuk beku boleh dikeluarkan daripada bungkusan terus tanpa memerlukan proses penyahbekuan. Untuk hidangan, sata moden sejuk beku ini boleh dipanaskan di dalam ketuhar pada suhu 170-180 °C selama 10 minit atau ketuhar gelombang mikro selama 3-5 minit. Produk tradisional yang telah diinovasi seperti sata moden ini berpotensi untuk diusahakan pada skala komersial dan berpotensi untuk diperluaskan pasarannya. Pasaran untuk produk makanan segera adalah luas dan semakin menjadi ikutan. Inovasi sata moden membolehkan sata mempunyai jangka hayat penyimpanan yang lebih lama iaitu selama 12 bulan pada suhu sejuk beku (-20 °C) berbanding dengan produk yang sedia ada di pasaran yang jangka hayatnya hanya satu hari. Setelah beberapa pembaharuan dibuat maka kinii produk sata moden lebih mudah disediakan, berkhasiat, lebih seragam dari segi rupa bentuk, persembahan fizikal yang lebih menarik dan mempunyai keenakan rasa ikan yang lebih. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.. Sumber: e-bulletin MARDI. NAMANYA SATA... ENAKNYA DIA... DIPANTAI TIMUR... MUDAH DIJUMPA... ASAS ADUNAN.... IKAN DAN KELAPA... DIBAKAR PANAS... HIDANG SEGERA... By, M Anem, Senior Agronoomist, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (6 RabiulAwal 1442H).
  9. TANAMAN PORANG (Amorphophallus muelleri Blume) yang dahulunya kurang dikenali kini telah menjadi satu komoditi yang sering digilai petani dan berkembang meluas di negara jiran Indonesia. Porang atau biasa disebut iles-iles termasuk jenis umbi-umbian yang kini sedang ramai diperbincangkan dinegara jiran kita. Awal mulanya ada dimaklumkan dimana tanaman porang di Indonesia dulu dianggap sebagai sejenis tumbuhan liar bahkan masyarakat lokal juga telah sempat menganggap porang sebagai 'makanan ular' sahaja. Padahal umbi porang diluar negera kini menjadi produk yang sangat berharga (laku keras) disebabkan umbi porang didakwa memiliki banyak manfaat sehingga menjadi umbi yang memiliki nilai eksport begitu tinggi. Bahkan seorang petani bernama ‘Paidi’ asal Madiun, Jawa Timur telah agak lama mmenjadi viral dan kini sukses menjadi kaya (miliarder) berkat bertani umbi porang. Sebenarnya apakah dia umbi porang yang kini menjadi primadona di kalangan para petani?. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai porang didalam blog ini untuk dibaca (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan ada beberapa lagi dan menerima banyak pertanyaan. Umbi porang memiliki bentuk seperti pada umumnya umbi-umbian dimana umbi porang berserat halus dan berwarna kuning kecoklatan (Sila lihat foto diatas). Tumbuhan porang bisa tumbuh sekitar 1.5 meter dan ia bergantung kepada faktur umur dan tahap kesuburan tanah. Hasil tuaian pada sepokok porang biasanya boleh menghasilkan 6-7 kg porang. Penulis blog percaya ramai kalangan opetani di Malaysia yang tidak mengenali tanaman ini. Umbi porang terdiri dari dua jenia iaitu Umbi batang yang berada di dalam tanah dan Umbi Katak atau Bulbil yang terdapat pada setiap pangkal cabang atau tangkai daun. Lazimnya bagi menanam porang kita boleh menanamnya dengan tiga cara. Pertama adalah dengan gunakan Katak atau Bulbil yang muncul pada tangkai porang dimana sebaiknya Katak/Bulbil ini boleh di tanam semula sebagai benih tanaman pada tanah. Kedua adalah dengan cara menggunakan Buah atau Biji porang yang berasal dari bunga porang yang biasa muncul semasa pokok porang berusia 4 tahun. Ketiga adalah dari umbi porang yang telah dituai dan dikumpulkan, disimpan dimana ia kemudian dijadikan Benih. Namun begitu perlu diingat menanam umbi porang tidak semudah dijangka kerana banyak perkara yang harus di perhatikan dari segi benih, jenis tanah serta teknik amalan agronomi atau pengurusan yang tepat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan artikel yang ke 6,129 mengenai bagaimana perkembangan tanaman porang di Indonesia terutama di kawasan Sulawesi Barat (Sulbar) dan beberapa lokasi lain untuk dijadikan bahan rujukan anda pembaca semua. Merujuk kepada beberapa artikel dan jurnal dari seberang yang penulis blog baca ada mendapati apa yang menjadikan umbi porang menjadi 'primadona' petani masa ini adalah disebabkan umbi porang banyak diimport dibeberapa negara seperti Jepun, Taiwan, China dan Korea. Biasanya umbi porang dijadikan bahan asas untuk pembuatan kosmetik, ubat, ramen dan juga bahan industri termasuk plasik dan perekat. Umbi porang diproses menjadi 'chip' atau tepung porang dimana dijual dengan 1kg tepung porang sekitar RM174.00 (600.000 rupiah). Pihak kerajaan Indonesia kini menyokong penuh atas penanaman serta budidaya umbi porang ini. Mereka mengharapkan tanaman porang menjadi sumber ekonomi baru bagi para petani. Ini kerana dilaporkan oleh media tempatan dimana kalau dahulu porang dianggap sebagai makanan ular akan tetapi kini umbisi porang telah menjadi primadona baru di Jawa Barat (Jabar). Ini dirungkai keana memang belum ramai petani disana yang mengenali tanaman bernama porang. Padahal dilaporkan dimana tanaman jenis umbi-umbian ini punya nilai jualan yang memang tinggi dan menjanjikan keuntungan budidaya yang menggiurkan. Perkara ini telah dijelaskan oleh Sekretaris Daerah Jawa Barat bernama Setiawan Wangsaatmaja yang mendakwa tanaman porang masa kini telah menjadi salah satu komoditi yang menjanjikan pulangan lumayan. Ianya bukan sahaja memberikan berpeluang menjadi komoditi eksport malahan umbisi porang juga memiliki nilai jualan yang memang tinggi. Perkara ini menjadikan ia sebagai satu peluang bagi petani dan pengusaha di Jabar untuk mengembangkan lagi penanaman porang. Apalagi masih banyak lahan subur di Jabar yang dapat dimanfaatkan untuk menanam porang. Dakwanya lagi kalau dilihat skala tahap penanaman porang yang mana masih ia diusahakan oleh golongan individu bukan usaha tanaman secara besar-besaran. Tanaman Porang sendiri juga dikenal dengan nama iles-iles adalah tanaman umbi-umbian dari tumbuhan spesies Amorphophallus muelleri. Porang dapat digunakan untuk bahan baku tepung, kosmetik, dan penjernih air. Kalau lihat segi khasiatnya didakwa ia sangat banyak dan mungkin lebih kegunaan dari yang dinyatakan tersebut. Kesempatan emas menanam porang mesti dimanfaatkan dengan baik untuk memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada pengusaha dan negara. Menurut kenyataan Ketua Pejabat atau Kepala Dinas Tanaman Pangan dan Holtikultura Jabar bernama Dadan Hidayat mengatakan dimana pihaknya akan mendorong budidaya Porang di Jabar untuk meningkatkan kesejahteraan petani. Mereka kini sedang merancang program penanaman porang dengan menentukan kecukupan benih tanaman dan teknologi mengenai penjagaan tanaman tersebut. Dinyatakan dinas iaitu tanaman porang merupakan tanaman yang sesuai ditanam pada musim hujan. Sebaiknya tanaman ini di kolaborasi kebun bersama hutan (perhutani) dengan tidak menjejaskan pokok hutan atau pokok balak sedia ada. Bukan sahaj di Jawa Barat akan tetapi tanaman porang telah dikembangkan ke Sulawesi Barat (Salbar). Artikel dari FAJAR.com dengan tajuk 'Porang, Tanaman Khas Sulawesi Selatan Jadi Primadona Internasional' menarik dirujuk. Umbi porang iaitu sejenis umbi-umbian yang dicari untuk keperluan bahan asas pembuatan kosmetik. Sebagai salah satu komoditi yang didakwa berasal dari Sulawesi Selatan kini umbi porang dieksport sehingga keluar negeri seperti China, Thailand, dan Jepun iaitu dalam kondisi kering dan dijual dengan harga RM11.60 - RM14.50 sekilogram (Rp 40 - 50 ribu per kilogram). Hanya pengusaha permu menanam dan memprosesnya dimana walau pun belum ada fasiliti mengeksport secara terus keluar dari Sulawesi akan tetapi ia akan diselaraskan. Pada masa ini pengeksportan produk proang hanya akan diuruskan melalui pelabuhan di Pulau Jawa. Perkara ini juga telah menyebabkan kos pengeksportan menjadi mahal disamping waktu untuk menunggu produk dieksport lama. Isu ini menjadikan produk porang dari Sulawesi kurang berdaya saing dengan kawasan lain. Lazimnya keadaan umbi yang dieksport adalah dalam bentuk umbi kering untuk bahan makanan. Baru-baru ini dilaporkan dimana porang dari Kabupaten Bulukumba, Gowa, Maros, Sinjai dan Takalar telah dieksport dengan jumlah 52 metrik tan bernilai sekitar RMRM205,000 (Rp.709 juta) aiitu hantaran ke Vietnam. Sulawesi Selatan merupakan Provinsi yang memiliki sumbangan sekitar 30% dalam bidang hasilan pertanian. Ini merupakan kerja semua pihak. Ada dakwaan petani disini bernama Kasman seronok di wilayah Bantaeng mengaku jika dulunya menanam porang yang sering dilihat tumbuh liar di kebun miliknya ternyata jadi ladang rezeki baru setelah dia kini tahu akan manfaat dan harga eksportnya. Tanaman porang juga berkembang ke Sulawesi Barat (Sulbar) dimana telah ada ratusan petani telah bergabung dalam Perkumpulan Petani Penggiat Porang (PPPN) dari enam kabupaten. Menurut kenyataan Ketua DPW PPPN Sulbar bernama Rayu mengatakan dimana tanaman porang memiliki daya tarik tersendiri dengan nilai ekonomik yang dilaporkan agak tinggi. Apalagi dimana masa ini sudah ada 12 buah kilang boleh memproses umbi porang di Sulbar dimana salah satunya berada di daerah Suppa, Pinrang. Anggota DPRD Sulbar dari PDIP ini sendiri telah menanam porang di kampungnya iaitu dikawasan Pasangkayu. Kebun porang seluas tujuh hektar yang selama ini hanya ditanam dengan jagung kini sudah diisi tanaman yang dikenal dengan nama iles-iles dan termasuk ke dalam spesies Amorphophallus muelleri ini. Beliau yang sudah kenal porang agak lama sejak 2-3 tahun lalu akan tetapi bermula Mac 2020 dimana memulakan kerja menanam di kawasan kebun seluas 7 hektar dimana sekarang sudah berbuah walau pun masih kecil. Dijangka pada Februari 2021 dijangka akan menuai sekitar 1.5 hektar dan ia boleh memberikan hasil sekitar 3 - 5 kg sepokok. Dakeanya pada 5 bulan selepas ditanam sudah ada pokok mengeluarkan seberat 5.5 kilogram dikebunnya. Dia menjangka jika harga bubil porang mencecah RM3.50 sekilogram (Rp. 12,500) dengan hasil sekitar 120 metrik tan (dengan purata hasil 2 kg satu pokok) dan ini memberikan anggaran pendapatan sebanyak RM420,000 (Rp 1.2 miliar). Bubil atau katak ini sudah kelihatan (Sila lihat foto disebelah). Beliau kini menanam sebanyak 40,000 pokok dengan jarak tanaman 30 cm x 80 cm dikebunnya. Seterusnya dijangka iaitu bagii tuaian umbi porang pula akan dilakukan dalam waktu minima dua tahun selepas ditanam dengan anggaran beratnya dikangka boleh mencapai 3-4 kilogram sepokok. Penuaian umbi porang ini sendiri boleh menghasilkan hasil sekitar RM435,000 (Rp1.5 miliar) dalam satu hektar. Dalam pada itu modal dikeluarkan adalah agak cukup fantastik dimana bagi sehektar untuk mmbeli benihnya saha diperlukan duit sebanyak RM26,100 (Rp90 juta). Ini kerana pada masa ini harga benih porang dipasaran sekitar RM130.40 sekilogram (Rp450.000 sekilogram) dan sehektar kebun memerlukan kuantiti sebanyak 200 kilogram. Ini bermakna jika penanaman yang subur boleh dituai daam masa 8 bulan masih perlukan modal benih sebanyak RM115,860 (Rp 400 juta). Benih ini diperolehi daripada kawasan kebun porang dari Madiun. Dia juga semakin yakin dimana tanaman porang akan menjadi tanaman prioriti atau tanaman penting di Sulbar pada masa akan datang apa lagi mendapat galakkan daripada pemerintah di Sulbar sendiri. Kini kadar permintaan porang dari luarnegara adalah sangat tinggi. Kelak Indonesia sendiri baru boleh mengeksport 7% dari keperluan porang pidalam pasaran luar negara. Pihak pemerintah sendiri di Sulbar menyediakan bajet sebanyak Rp 10 miliar untuk tujuan lmelatih petani dan pembentukan kelompok petani. Pihak lain yang terlibat termasuk komitment pembiayaan oleh pihak Bank Pembangunan Daerah (BPD) untuk membantu dari segi penyediaan kredit usaha rakyat. Bagi kawasan tanaman porang yang kurang dijaga akibat kekurangan modal dan masaalah lain akan dipulihkan oleh pemerintah setempat agar menjadi lebih produktif dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi sedikit idea dan penjelasan kepada semua pembaca anim agro technology bagaimana tanaman porang di negara jiran dijadikan komoditi penting. Kita di Malaysia belum ada 'bunyi' lagi dari pihak kerajaan dan petani yang mungkin berminat menanam porang dengan konsep perhutani dimasa akan datang. Wasalam!... MENANAM PORANG... POTENSINYA ADA... SUDAH BERKEMBANG... DIINDONESIA... ANASLIA DIBUAT... ANDA MEMBACANYA... IA JELAS... ADA YANG HANDAK CUBA?... By, M Anem, Senior Agronoomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (10 RabiulAkhir 1442H).
  10. Earlier
  11. BUAH NANAS (Ananas comosus) merpakan sejenia buah tropika yang enak dimakan segar atau dijadikan jus atau produk lain berasaskan nanas. Apa pun penulis blog memang ada mendapati dimana buah-buahan sememangnya kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral yang penting bagi manusia serta memainkan peranan dalam pencegahan penyakit tidak berjangkit [Non Communicable Diseases (NCD)] seperti sakit jantung, kanser dan diabetes. Minuman jus buah pula merupakan diet masa kini bagi kebanyakan pengguna disebabkan oleh rasanya yang sedap serta amat berkhasiat. Beberapa kajian dijalankan di MARDI dimana antaranya adalah mengenai minuman jus nanas untuk tujuan pemulihan atlet dibangunkan untuk membantu pemulihan atlet selepas bersukan. Minuman jus ini yang merupakan antara gabungan buah nanas dan bahan semula jadi lain seperti madu dan limau kasturi adalah tinggi dengan karbohidrat, cecair dan sumber elektrolit yang dapat memastikan badan kembali bertenaga, terhidrasi semula dan membina semula tisu otot. Penulis blog yang telah menulis lebih daripada 220 artikel mengenaii nanas tertarik dengan laporan kajian oleh penyelidik MARDI ini untuk dijadikan bahan bacaan. Laporan ini menyatakan dimana minuman jus ini telah dibangunkan berdasarkan saranan pengambilan bromelain iaitu sebanyak 80-320 mg sehari bagi membantu pemulihan dan didakwa ia mengurangkan keradangan pada atlet. Sebatian yang mana mudah dipanggil bromelain merupakan enzim utama dalam buah nanas dan mempunyai ciri-ciri antiinflamasi. Menurut kajian terdahulu didakwa dimana bahan bromelain dikatakan mampu merawat bengkak selepas pembedahan. Laporan juga mengatakan bahawa bromelain membantu memecahkan tisu yang meradang serta boleh membantu mencegah kerosakan otot selepas bersenam. Produk ini telah dibangunkan dimana ia menggunakan nanas MD2 dengan indeks kematangan empat. Kajian awal yang telah dijalankan mendapati dimana kandungan bromelain adalah paling tinggi dalam pulpa nanas pada indeks kematangan empat berbanding dengan indeks kematangan lain. Artikel dalam blog popular iaitu "Anim Agro Technology'' kali ini mengupas laporan kajian MARDI seperti didalam e-bulletin MARDI untuk dijadikan bahan bacaan semua. Nanas MD2 gred C telah dicadangkan bagi tujuan pemprosesan minuman jus nanas kerana gred A dan B harganya lebih mahal dan selalunya ia digunakan untuk tujuan eksport. Kajian mendapati kandungan bromelain dalam 200 mL produk minuman jus ini adalah sebanyak 323 mg dan skor penilaian rasa enam daripada tujuh. Brix minuman jus ialah pH17 dan pH 3.54. Produk ini dikategorikan sebagai rendah Glycemic Index (GI) dengan estimated Glycemic Index (eGI) 41. Minuman jus buah mengandungi mikroflora yang lazim hadir pada permukaan buah semasa penuaian dan pemprosesan lepas tuai. Kebanyakan daripada hidupan mikroorganisma seperti bakteria tahan asid dan yis serta kulat menggunakan nutrien dalam jus buah sebagai substrat bagi pertumbuhan. Selepas pemprosesan minuman jus buah dilaporkandimana keadaan pH yang berasid (<4.5) kebiasaannya mampu mengawal pertumbuhan kebanyakan bakteria perosak dan patogen. Kerosakan yang berlaku oleh mikroorganisma pada minuman jus nanas boleh juga ianya menyebabkan penurunan kualiti produk seperti kehilangan kekeruhan stabil, penghasilan gas karbon dioksida (CO2) serta perubahan ciri rasa, warna dan tekstur. Bakteria perosak yang secara kebiasaannya hadir pada minuman jus buah yang bersifat berasid adalah daripada genera Bacillus, Lactobacillus dan koliform. Namun begitu dilaporkan dimana bakteria patogenik seperti jenis Bakteria Escherichia coli dan Staphylococcus aureus juga mampu hidup dalam keadaan berasid ini disebabkan oleh faktor tindak balas tegasan asid. Kebanyakan penyakit bawaan makanan yang dilaporkan akan berlaku akibat pengambilan minuman jus buah adalah ianya melibatkan produk yang tidak dipasteur. Selain itu dilaporkan dimana terdapat juga beberapa jenis yis daripada genera Candida, Saccharomyces dan Rhoduturula yang turut boleh menyebabkan kerosakan terhadap minuman jus buah. Genera kulat seperti Penicillium, Botrytis dan Aspergillus turut dikaitkan sebagai penyebab kerosakan minuman jus buah. Spesies lain seperti Aspergillus niger dan A. fumigatus mampu menghasilkan mikotoksin seperti okratoksin, patulin dan byssochalamic acid yang akan menjejaskan kesihatan manusia pada jangka masa panjang. Justeru, melihat kepada permintaan yang meningkat kepada minuman jus buah serta kepentingan aspek keselamatan makanan produk tersebut, objektif utama kajian ini adalah untuk menilai kualiti mikrobiologi bagi minuman. Penghasilan minuman jus nanas melalui pemposesan produk minuman jus nanas telah dijalankan bermula dengan pemilihan buah di mana buah yang elok dan baik dipilih untuk diproses. Kemudian, buah dikupas kulit dan dibasuh dengan air bertapis sebelum dikisar menggunakan industrial juicer untuk mendapatkan jus nanas (Sila lihat foto disebelah). Kemudian airnya ditapis menggunakan industrial centrifuge bagi menyingkirkan kandungan serat pada jus nanas. Jus nanas kemudian ditambah dengan bahan-bahan lain seperti jus limau kasturi, madu kelulut dan kondisioner makanan serta dipasteur pada suhu 70C selama 10 minit. Minuman jus nanas dibotolkan semasa masih panas ke dalam botol kaca 200 mL. Selepas pembotolan, minuman jus nanas disimpan pada suhu penyimpanan berbeza (suhu bilik dan suhu sejuk) bagi tujuan analisis. Dalam kajian ini, analisis mikrobiologi minuman jus nanas dijalankan secepat mungkin di makmal mengikut jadual tempoh penyimpanan yang telah ditetapkan. Sejumlah 24 sampel telah dianalisis untuk menentukan kualiti mikrobiologi minuman jus nanas. Kajian telah dilaksanakan bermula 5 September 2019 (kosong bulan) sehingga 5 Mac 2020 (enam bulan) pada dua suhu penyimpanan berbeza iaitu suhu bilik (27 °C ± 2 °C) dan suhu sejuk (2 oC ± 2 °C). Dua sampel diambil daripada setiap suhu penyimpanan untuk dianalisis pada setiap bulan selama enam bulan. Dalam kajian ini, sampel diuji dengan analisis mikrobiologi melibatkan kiraan jumlah bakteria, kiraan jumlah yis dan kulat, kiraan koliform, Escherichia coli, Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus mengikut kaedah Wallas dan Thomas dengan sedikit pengubahsuaian yang dijalankan di dalam kabinet biohazard. Setiap pencairan dalam analisis juga dipiringkan secara duplikat. Bagi tujuan penyediaan sampel homogen, sebanyak 10 mL sampel minuman jus diambil secara aseptik dan dicairkan dengan 90 mL larutan Ringers lalu diemparkan selama dua minit. Pencairan bersiri 100-104 kemudiannya telah dilakukan. Bagi analisis kiraan jumlah bakteria, sebanyak 1 mL sampel diambil daripada setiap pencairan dan ianya dipindahkan ke dalam piring petri sebelum dicurahkan dengan Plate Count Agar (PCA) yang cair (suhu agar ditetapkan pada suhu 50 °C) dan agar dibiarkan keras pada suhu bilik. Kesemua piring petri dieram di dalam inkubator pada suhu 37 °C ± 2 °C selama 48 jam ± 2 jam. Bagi analisis kiraan koliform dan Escherichia coli, sebanyak 1 mL sampel daripada setiap pencairan dan dipindahkan ke dalam 3M Petrifilm lalu dieram di dalam inkubator pada suhu 37 °C ± 2 °C selama 24-48 jam ±2 jam. Bagi analisis kiraan jumlah yis dan kulat pula, agar yang digunakan ialah Malt Extract Agar (MEA) yang telah ditambah dengan 10% asid tartarik. Sementara itu, Baird Parker Agar (BPA) yang telah ditambah dengan Egg Yolk Tellurite Emulsion dan Bacillus Cereus Agar (BCA), masing-masing telah digunakan dalam analisis Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus. Sebanyak 0.1 mL sampel daripada setiap pencairan dipindahkan ke dalam piring petri yang telah dituang agar keras (solidified). Kemudian, sampel diratakan di atas agar keras dengan menggunakan kaca perebak yang steril. Kesemua piring petri dieram di dalam inkubator pada suhu 32 °C ± 2 °C untuk pertumbuhan yis dan kulat selama 72 jam ± 2 jam manakala pengeraman pada suhu 37 °C ± 2 °C bagi pertumbuhan Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus masing-masing selama 48 jam ±2 jam. Hasil analisis mikrobiologi minuman jus nanas menunjukkan sampel minuman jus nanas mencatatkan nilai Kiraan Jumlah Bakteria (TPC) yang memuaskan iaitu sehingga bulan keenam bagi tujuan penyimpanan pada suhu bilik dan suhu sejuk. TPC merupakan penanda aras kualiti makanan bagi sesuatu produk. Ia memberikan maklumat penting berkenaan kualiti umum serta potensi kerosakan produk daripada pengeluaran sehinggalah penyimpanan. Walaupun TPC bukanlah menjadi keutamaan dalam analisis risiko, namun julat mikrobiologi TPC boleh dianalisis bersama Kiraan Yis dan Kulat (Y&M) bagi menentukan tempoh umum jangka hayat sesuatu produk makanan. Dalam kajian ini, aras bacaan mikrobiologi bagi minuman jus nanas dirujuk kepada piawaian Microbiological Guidelines for Food (Centre for Food Safety Hong Kong) dan Compendium of Microbiological Criteria for Food (Food Standards Australia New Zealand) (Jadual 1) berikutan Akta Makanan 1983 masih belum mempunyai rujukan khusus bagi kategori minuman jus nanas. Jadual 2 menunjukkan kiraan jumlah bakteria (TPC), kiraan jumlah yis dan kulat (Y&M), analisis kiraan koliform, analisis Staphylococcus aureus dan analisis Bacillus cereus dalam minuman jus nanas selama enam bulan penyimpanan pada dua suhu berbeza. Bacaan TPC dan Y&M bagi produk minuman jus buah dalam kajian ini adalah sangat memuaskan sehingga bulan keenam bagi penyimpanan suhu bilik dan suhu sejuk kerana nilai TPC yang memuaskan (Satisfactory) adalah pada nilai kurang 104 cfu/mL sebagaimana yang dinyatakan oleh kedua-dua standard yang dirujuk. Aras koliform pula digunakan sebagai indikator umum status kebersihan sesuatu makanan. Kehadiran koliform dalam produk yang telah diberi rawatan haba dapat menjadi petunjuk proses memasak yang tidak sempurna atau telah berlaku pencemaran selepas pemprosesan. Bagi analisis kiraan koliform, sampel menunjukkan bacaan yang memuaskan sehingga bulan keenam bagi penyimpanan suhu bilik dan suhu sejuk. Di samping itu, sampel minuman jus nanas didapati tidak mengandungi Escherichia coli iaitu sejenis mikroorganisma indikator kekotoran di sepanjang tempoh penyimpanan. Ini adalah penanda yang baik bagi kebersihan produk kerana kehadiran E. coli akan menunjukkan pencemaran melalui najis secara langsung atau tidak langsung. Patogen bawaan makanan lain yang dikaji dalam minuman jus nanas ialah Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus sepanjang tempoh kajian. Jika patogen ini wujud, ia mampu membawa simptom keracunan makanan seperti pening dan muntah, cirit-birit serta dehidrasi. S. aureus telah dikesan pada bulan ketiga hingga keenam namun pada nilai yang sangat rendah (<25 x 10 cfu/mL) bagi penyimpanan suhu bilik manakala tiada kehadiran S. aureus dikesan pada sampel penyimpanan suhu sejuk. Walau bagaimanapun, produk ini masih boleh dianggap selamat kerana nilai ini secara amnya sangat rendah untuk menyebabkan keracunan makanan. Julat memuaskan bagi S. aureus mengikut piawaian Hong Kong menetapkan Satisfactory (<20 cfu/mL) dan Borderline (20-≤104 cfu/mL) manakala piawaian Australia dan New Zealand menetapkan Satisfactory (<102 cfu/mL). Bakteria Bacillus cereus pula merupakan bakteria yang mampu tumbuh pada minuman berasid dan mengeluarkan spora. Faktor-faktor kehadiran bakteria ini dalam produk makanan mungkin berlaku akibat pencemaran silang dan faktor pendedahan kepada persekitaran (mesin, tanah, habuk udara atau pestisid). Faktor pemprosesan seperti nilai pH, suhu penyimpanan serta kepekatan bahan pengawet yang digunakan turut menyumbang kepada kehadiran B. cereus. Dalam kajian ini, B. cereus telah dikesan pada bulan kedua hingga keenam bagi penyimpanan suhu bilik pada nilai <15 x 10 cfu/mL, manakala tiada pertumbuhan B. cereus pada penyimpanan suhu sejuk dikesan sepanjang kajian. Ia masih dalam julat memuaskan dan terkawal bertepatan dengan piawaian Hong Kong menetapkan Satisfactory pada nilai <103 cfu/mL manakala mengikut piawaian Australia dan New Zealand, Satisfactory pada nilai <102 cfu/mL. Berdasarkan piawaian antarabangsa, data diperoleh menunjukkan minuman jus nanas sesuai dan selamat diminum oleh pengguna. Secara purata, sampel penyimpanan suhu sejuk mencatatkan bacaan mikrobiologi yang lebih baik berbanding dengan penyimpanan suhu bilik iaitu tiada pertumbuhan bakteria perosak dan bakteria patogen sepanjang kajian penyimpanan selama enam bulan. Hal ini mungkin disebabkan oleh sinergi penyimpanan pada suhu sejuk serta faktor pempasteuran dan bahan pengawet yang bersesuaian. Sebagai kesimpulan dimana secara keseluruhannya, analisis mikrobiologi telah menunjukkan sampel minuman jus nanas untuk pemulihan atlet selepas bersukan adalah dalam keadaan yang mana ia memuaskan sepanjang tempoh enam bulan penyimpanan pada suhu bilik dan suhu sejuk. Namun, kaedah penyimpanan suhu sejuk mencatatkan kiraan mikrobiologi yang lebih rendah berbanding dengan penyimpanan suhu bilik. Kajian mengenai penyimpanan ini juga menunjukkan jangka hayat produk minuman jus buah ini adalah selamat diminum dalam tempoh enam bulan. Kajian penyimpanan ini boleh dilanjutkan sehingga setahun bagi tujuan data tambahan untuk penentuan jangka hayat yang lebih lama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Terimakasih kepada penyelidik MARDI yang membuat kajian ini. Wasallam!!... JUS NANAS ENAK.... MANISNYA... BROMELAIN ... BAHAN BERGUNA... KAJIAN JUS.. LAPORAN DISEDIA... PERLU DITERUSKAN... MEREKA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (10 RabiulAkhir 1442H).
  12. PERIOK KERA (Nepenthes spp) merupakan sejenis herba tumbuhan unik jenis karnivor (memakan serangga dan haiwan) yang lazimnya hidup liar di hutan dan belukar di Malaysia. Penulis blog mengenai periok kera semasa muda dahulu dikawasan kampong dimana kemudian mengetahui dimana periok kera rupanya banyak kegunaan seperti untuk dijadikan bungkus makanan dikenali Lemang Periok Kera (Sila lihat foto diatas). Pokok periok kera ini biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur dan tanah yang kekurangan unsur baja nitrogen (N). Ia merupakan pokok maging yang mana unik dengan apabila penuutupnya terbuka akan dapat memerangkap serangga dalam bukaannya yang berbentuk "periuk" untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya. Tumbuhan jenis Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic). Terdapat lebih daripada 170 spesis pokok periok kera yang berlainan dari segi marfologi pokok, bunga, warna, saiz dan juga coraknya. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana kebelakangan ini nama periuk kera menjadi bualan umum ekoran kebimbangan pencinta alam akan nasib tumbuhan liar itu seandainya periok kera ini dituai berlebihan oleh masyarakat. Periuk kera adalah tumbuhan yang mana ia mempunyai bentuk unik seakan periuk atau mangkuk ini. Apa pun di Malaysia menjadi tempat tinggal kepada 46 spesies Nepenthes dimana 11 daripadanya berada di Semenanjung manakala 35 spesies lagi dapat ditemui di Sabah dan juga Sarawak. Artikel malam ini didalam blog "Anim Agro Technology" sambil menonton rancangan Majallah 3 dirumah sempat menulis mengenai ancaman kepupusan periok kera jika tidak dilakukan kawalan atau penanaman semula untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca. Dalam beberapa artikel dilaporkan dimana spesies periok kera Nepenthes rajah adalah spesies periuk kera terbesar di dunia dan hanya boleh ditemui di Gunung Kinabalu, Sabah (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan ia boleh membesar sehingga 41cm tinggi dan 20cm lebar serta boleh mengisi sehingga 3.5 liter air di dalam mangkuknya. Didakwa juga antara spesies lain yang terkenal di negara ini adalah seperti spesis Ampullaria, Lowii, Albomarginata, Gracilis, Macfarlanei dan Rafflesiana. Apa pun ia merupakan tanda aras kesuburan didalam hutan dimana di sebalik rupanya yang unik masih ramai yang mungkin masih tidak tahu periuk kera memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan dan pembesaran hutan. Penulis blog dapati untuk memahami lebih lanjut perihal periuk kera banyak penyelidikan dan temubual seperti oleh pasukan penyelidik dari Program Konservasi dan Penggunaan Sumber Agrobiodiversiti, Pusat Penyelidikan Biodiversiti dan Persekitaran, MARDI telah dijalankan. Ini keranan diantara kelebihan tumbuhan ini adalah dimana tahap kemampuannya hidup di kawasan kurang subur kerana sumber nutriennya tidak bergantung kepada tanah semata-mata. Tumbuhan ini boleh mencernakan daun-daun kering, serangga atau binatang yang terperangkap di dalamnya untuk hidup, bergantung kepada spesies dan saiz. Kerana itulah ia tidak memerlukan sumber nutrien sepenuhnya daripada tanah. Lazimnya ketika sesuatu kawasan belum subur sepenuhnya maka periuk kera hidup di kawasan itu dan dalam tempoh puluhan tahun membantu menjadikan tanah menjadi lebih subur menjadikan ia sesuai dihuni tumbuhan lain. Ini juga adalah antara sebab periuk kera mudah ditemui tumbuh di kawasan pinggir hutan kerana kawasan itu belum subur sepenuhnya, tambah beliau. Uniknya tumbuhan ini adalah dalam keadaan tertentu ia menjadi sumber kehidupan kepada haiwan di dalam habitat yang sama. Sebagai contoh, ketam gunung dari spesies ‘Geosesarma’ sangat bergantung kepada spesies Ampullaria yang hidup di kawasan gunung untuk mendapatkan sumber air. Sementara itu spesies Rafflesiana turut memainkan peranan sebagai tempat tinggal kepada kelawar spesies Kerivoula hardwickii kerana saiznya yang cukup besar untuk memuatkan haiwan itu. Apa pun tumbuhan unik ini semakin terancam dengan pelbagai ancaman dilakukan manusia. Ini kerana dilaporkan hasil kajian tersebut dimana tumbuhan ini sedang mengalami beberapa jenis ancaman yang menyebabkan ia semakin sukar didapati. Hasil laporan beberapa ekpidisi mendapati dimana keadaan hutan negara diakui pada hari ini tumbuhan periuk kera semakin sukar dapat dilihat berbanding beberapa tahun dahulu. Dalam satu ekspedisi bersama Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) dihutan di Semenanjung Malaysia juga mendapati spesies Ampullaria dan Gracilis tidak lagi boleh ditemui di suatu kawasan yang dahulunya subur dengan spesies ini sewaktu lawatan saya lima tahun dahulu. Ada yang dakwa pengambilan periok kera untuk dijadikan pembungkus lemang sebagai salah satu daripada punca daripada ancaman kepupusan tanaman ini (Sila lihat foto disebelah). Ini berkait dengan makanan lemang periuk kera semakin mendapat perhatian sebagai juadah hari raya sehingga semakin ramai peniaga mengambil peluang untuk turut menjual sajian hebat tersebut. Bagaimanapun dakwaan seorng pakar taksonomi tumbuhan dan biologi pemuliharaan tumbuhan dari Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Prof Emeritus Dr Abdul Latiff Mohamad nyatakan dan melihat trend itu sebagai sesuatu yang membimbangkan biarpun tumbuhan periuk kera tidak tergolong dalam tumbuhan terancam. Perkara ini disebabkan kegilaan peniaga lemang periuk kera menuai tumbuhan tersebut dalam jumlah banyak setiap kali tiba musim perayaan. Dakwanya kalau mengambil dengan kuantiti sedikit tidak mengapa tetapi jika mengambil banyak ianya adalah mengancam sama juga dengan isu pembalakan. Selain itu dilaporkan ada yang diambil itu (spesis) yang macam cawan iaitu jnis Ampullaria dimana habitatnya ia juga banyak tumbuh dihutan atau ditanah kerajaan, di hutan simpan, di tepi-tepi jalan pun ada. Antara kemungkinan lain kepupusan walaupun ianya masih banyak sekarang akan tetapi kalau di ambil dengan banyak setiap bulan Ramadan makan proses pemulihannya juga lambat. Didakwa dimana ada spesis periuk kera dengan nama saintifik Nepenthes ampullaria yang sering dicari pengusaha lemang periuk kera untuk menyediakan juadah tersebut. Seorang pencinta alam dikenali Latiff adalah diantara individu yang membangkitkan kebimbangan terhadap trend lemang periuk kera di dalam Facebooknya dan hantarannya banyak dikongsi oleh mereka yang berkongsi pandangan serupa. Dalam hantarannya itu dia telah meluahkan rasa terkejutnya dengan laporan akhbar tentang pengusaha lemang periuk kera yang semakin berleluasa. Dilaporkan bukan hanya periuk kera spesis Nepenthes ampullaria sahaja yang diambil akan tetapi juga spesis lain seperti Nepenthes mirabilis dan lain-lain. Ada dinyatakan agar ada pihak tertentu seperti pihak Jabatan Perhutanan untuk mewartakan semua 13 spesis periuk kera yang ada di Semenanjung Malaysia dan meletakkannya dalam spesis yang dipelihara dan dipulihara. Kenyataan beliau dalam FB telah mengundang rasa tidak senang di kalangan pengusaha lemang periuk kera yang tampil memuat naik hantaran balas. Antaranya Adam Uzair membidas akan pandangan Abdul Latiff di Facebooknya dengan menyatakan pengusaha hanya menuai spesis Nepenthes ampullaria yang tidak terancam dan mudah didapati di seluruh hutan tropika. Tulisannya menyatakan dimana dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang Prof yang ternama di atas keprihatinan beliau dengan lemang periuk kera ini sehingga menimbulkan satu fenomena yang secara tidak langsung mempromosikan lemang periuk kera ini. Akan tetapi, adalah suatu yang perlu dielakkan bagi seorang yang berstatus Prof Emeritus mengeluarkan satu kenyataan yang tidak berfakta dan mungkin dipengaruhi oleh pendapat dan emosi semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan dikalangan netizen untuk memboikot lemang periuk kera dan menjejaskan ekonomi beratus keluarga selain dikecam teruk. Untuk pengetahuan fakta prof dan netizen yang dikasihi, spesis periuk kera yang telah dikenalpasti adalah sebanyak 172 spesis di seluruh dunia dan hanya spesis Nepenthes ampullaria sahaja yang digunakan untuk memasak lemang periuk kera. Mengapa? . Dakwanya pertama dimana spesis ini dikategorikan oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) sebagai least concern (LC) species. Spesis ini adalah diwartakan tidak terancam atau hampir terancam atau bergantung kepada konservasi oleh IUCN. Kedua dimana saiznya yang kecil dan kulitnya yang nipis. Ke 3 adalah ia mudah didapati dan pertumbuhannya yang meluas di seluruh hutan tropika dan mudah dijumpai di Borneo, Pulau Maluku, New Guinea, Semenanjung Malaysia, Singapore, Sumatra, dan Thailand. Ke 4 dimana spesis ini yang bukan karnivor (makan serangga) tetapi detritivor (menyerap nutrient/kompos dari tanah seperti pokok lain) menyebabkan ianya mudah membiak dan membesar. Ke 5 ia telah ditanam secara komersil oleh pengusaha landskap kerana ianya mudah membiak dan membesar. Ke 6 dilaporkan orang-orang yang menuai periuk kera ini di hutan tidak akan mengambil saiz yang besar dan terlalu kecil bagi kelangsungan hidup periuk kera itu untuk tahun seterusnya kerana ia menjadi punca pendapatan bila menjelang hari raya setiap tahun. Seterunya dinyatakan dimana berdasarkan fakta di atas, kami sebagai PENJUAL LEMANG PERIUK KERA terutama daripada Pengusaha Lemang Periuk Kera Bosscoo bukanlah penyebab kepupusan flora dan fauna. Kami juga sayang hutan kami sebab ia juga sumber pendapatan kami. Dari posting fb tersebut ada betulnya juga fakta yang diberikan untuk renungan bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!... PERIOK KERA....TERANCAM DIA... DIKUTIP SARUNG... SEBELUM RAYA... DIBUAT LEMANG... UNIK KUIHNYA.... BACA ARTIKEL... INFO DITERIMA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (10 RabiulAKhir 1442H).
  13. SOLAR PANEL yang dipasang di kawasan bercahaya mampu menghasilkan banyak tenaga kini merupakan salah satu kaedah membekalkan tenaga kepada umum. Dalam banyak negara kini pemasangan panel solar sudah tidak menjadi asing lagi didalam mendapatan sumber tenaga baru. Terdapat banyak penulisan dan kajian yang dilakukan di universiti dan institusi diseluruh dunia mengenai penggabungan diantara pemasangan panel solar dengan sektor pertanian (farming activity). Salah satu artikel yang penulus blog rujuk kali ini adalah daripada Universiti Arizona di USA yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukkan kali ini. Dilaporkan dimana sektor pertanian di bawah panel solar atau proses yang dipanggil 'Agrivoltaics' ini memang boleh meningkatkan pengeluaran makanan, penjimatan air dan kecekapan pengeluaran elektrik. Apa pun ketahanan bangunan dalam tenaga yang boleh diperbaharui dan penghasilan makanan adalah cabaran asas dalam dunia yang berubah hari ini terutama di rantau yang terdedah kepada panas dan kemarau. Teknologi Agrivoltaics ini juga dikenali sebagai perkongsian solar dimana ini adalah idea yang mendapat daya tarikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun hasil daripada penyelidikan tersebut hanya sedikit sahaja telah memantau semua aspek makanan, tenaga dan sistem air yang berkaitan, dimana ia tidak ada yang menumpukan pada kawasan tanah kering tiada air atau pun di kawasan yang mengalami cabaran pengeluaran makanan dan kekurangan air tetapi mempunyai kelebihan tenaga matahari. Walau pun dikatakan ramai mahu lebih banyak tenaga boleh diperbaharui akan tetapi sebaliknya di manakah mereka hendak meletakkan semua panel solar tersebut. Apabila pemasangan solar berkembang maka akan ada kecenderungan memasangnya di pinggir bandar yang akan menganggu kawasan tanaman dan pengeluaran makanan sedia ada. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" say apaparkan perkara mengenai teknologi panel solar dan sektor pertanian untuk digambungkan dimasa akan datang sebagai bahan rujukan anda semua. Terdapat Saintis yang menggunakan instrumen khusus untuk terus memantau beberapa faktor utama sektor pertanian termasuk tahap cahaya masuk, suhu udara, kelembapan relatif, suhu permukaan tanah dan kelembapan tanah. Dalam pada itu hasil kajian di Malaysia telah mendapati bahawa 'cropland' semasa adalah "meliputi tanah dengan potensi kuasa solar PV terbesar" berdasarkan kepada hasil dapatan analisa luas cahaya matahari masuk, suhu udara, dan kelembapan relatif. Sebenarnya kegunaan tanah lebih dipentingkan di sesuati lokasi berbeza-beza sama ada ia lebih praktikal dan ekonomik bagi Pengeluaran Makanan atau Pengeluaran Tenaga. Cabaran ini menyebabkan akan berlaku konfliks diantara keduanya jika kedapatn sumber TANAH adalah terhad dan keperluan keduanya amat mendesak sekali. Menurut seorang penyelidik dari Universiti Arizona menyatakan dimana 'Mengapa tidak melakukan kedua-duanya di tempat yang sama dimana sektor pertanian dapat dilakukan dengan menanam tanaman seperti tomato, lada, chard, kale, dan herba di bawah naungan panel solar dan tenaga eletrik dapat dijana'. Dengn cara menggunakan photovoltaic solar, atau PV, panel solar dan tanman sayur-sayuran serantau kajian mendapati dimana mereka mencipta kawasan kajian Agrivoltaik pertama di Biosphere 2. Kombinasi antara pasukan Profesor dan pelajar kemudiannya mengukur segala-galanya dari ketika tumbuhan bercambah kepada jumlah tumbuhan karbon yang diserap keluar dari atmosfera dan air yang mereka keluarkan, untuk pengeluaran makanan mereka sepanjang musim yang semakin meningkat. Kajian ini memberi tumpuan kepada beberapa jenis tanaman seperti Lada chiltepin, jalapeno dan tumbuhan tomato ceri yang diletakkan di bawah pelbagai PV. Sepanjang musim tumbuh musim panas purata tiga bulan dilaporkan para saintis ini terus memantau tahap cahaya masuk, suhu udara, dan kelembapan relatif menggunakan sensor yang dipasang di atas permukaan tanah, dan suhu permukaan tanah dan kelembapan pada kedalaman 5 cm. Kedua-dua kawasan penanaman tradisional dan sistem agrivoltaic menerima kadar pengairan yang sama dan penyelidik menguji mereka menggunakan dua senario irigasi-pengairan harian dan pengairan setiap hari kedua. Akhirnya mereka mendapati bahawa sistem agrivoltaik ketara mempengaruhi tiga faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan iaitu suhu pembiakan-udara, cahaya matahari langsung, dan permintaan atmosfera untuk air. Teduhan panel PV yang disediakan menyebabkan suhu siang hari yang lebih sejuk dan suhu malam yang lebih panas daripada sistem penanaman tradisional langit terbuka. Terdapat juga defisit tekanan wap yang rendah dalam sistem agrivoltaik, yang bermaksud terdapat lebih banyak kelembapan di udara. Mereka juga mendapati bahawa banyak tanaman makanan kami lebih baik di bawah naungan panel solar kerana mereka terselamat dari matahari langsung. Menurut Baron-Gafford lagi dimana jumlah pengeluaran buah chiltepin adalah tiga kali lebih besar di bawah panel PV dalam sistem agrivoltaic dan pengeluaran tomato dua kali lebih besar. Tanaman Jalapenos menghasilkan jumlah yang sama dalam kedua-dua sistem agrivoltaik dan plot tradisional akan tetapi berbuat demikian dengan 65% kurang kehilangan air transpirasi. Hasil kajian mendapati dimana setiap peristiwa pengairan didakwa boleh menyokong pertumbuhan tanaman untuk beberapa hari, bukan hanya jam, seperti dalam amalan pertanian semasa. Penemuan ini menunjukkan ia dapat mengurangkan kadar penggunaan air kita tetapi masih mengekalkan tahap pengeluaran makanan. Keadaan kelembapan tanah kekal lebih kurang 15% lebih tinggi dalam sistem agrivoltaik daripada plot kawalan ketika mengairi setiap hari. Kesimpulam awal dinyatan dimana adalah lebih baik untuk menanam dibawah panel solar daripada keadaan biasa bagi tanaman renek yang dijalankan. Di samping memberi manfaat kepada tumbuhan santis dakwa dimana sistem agrivoltaik meningkatkan kecekapan pengeluaran tenaga. Panel solar memang sensitif terhadap suhu kerana jika keliling agak panas maka kadar kecekapan menurun. Kajian mendapati dengan adanya tanaman di bawah panel PV maka ini akan membenarkan persekitaran mengurangkan suhu panel. Panel-panel suria yang terlalu panas juga sebenarnya dapat disejukkan dengan hakikat bahawa wujud tanaman di bawahnya yang akan memancarkan air melalui proses transpirasi semulajadi mereka. Teknolog ini adalah satu keadaan yang 'Win-win Situation' didalam usaha menghasilkan bahan makanan dan menghasilkan tenaga pada lokasi yng sama dimana langkah ini mampu didalam menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui. Teknologi Agrivoltaics untuk masa depan yang lebih hijau perlu dibangunkan dengan lebih meluas. Projek seperti ini boleh dilibatkan dengan komuniti dengan memberikan banyak kefahaman dahulu akan ancaman jika berada dikawasan ladang solar panel ini terutama melibatkan alatan dan solar yang mahal dan mengancam keselamatan. DIlaporkan dimana perlu ada lebih banyak penyelidikan dengan spesis tumbuhan tambahan diperlukan. Diperhatikan masih ada lagi kesan-kesan agrivoltaik yang negatif belum diterokai dalam bidang fizikal dan sosial yang libatkan buruh ladang. Data awal menunjukkan bahawa suhu sekeling kawasan solar ini akan menurun sebanyak 7.78 Celcius (18 darjah Fahrenheit) apabila bekerja di kawasan agrivoltaik daripada pertanian tradisional. Dilaporkan dimana akibat dari perubahan iklim juga telah mengganggu pengeluaran makanan dan kesihatan pekerja ladang di Arizona dari analisa kajian. Kajian lanjut diteruskan bagi melihat sejauh mana pendekatan agrivolta dapat berfungsi di kawasan lain di negara dan bagaimanakah dasar-dasar serantau dapat mempromosikan pendekatan baru untuk menyelesaikan masalah-masalah yang meresap ini. Gabungan ladang panel solar dengan pertanian khususnya tanaman sayuran jenis renek, singkat masa dan teknik menggunakan alatan minima atau konvensional sahaja disyorkan. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!... TEKNOLOGI SOLAR... MENCABARNYA... GABUNG PERTANIAN... BAGAIMANA... BOLEH DITANAM... ADA DIBAWAHNYA.... MAKANAN DAPAT... TENAGA JUGA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (9 RabiulAkhir 1442H).
  14. TANAMAN KELADI (Colocasia esculenta L.) merupakan sejenis tanaman kontan yang tumbuh liar di Malaysia dan beberapa negara asia (Indonesia, Thailand dan Filipina) serta kepulauan Asia Pasifik. Ubi keladi atau juga di panggil 'Taro' atau 'Yam' mengandungi sumber karbohidrat yang tinggi di samping protein, lemak, mineral dan vitamin. Harga pasaran ubi keladi adalah tinggi berbanding umbisi lain iaitu sekitar RM5.00 - RM8.00/kg. Saya ada menulis mengenai tanaman keladi dalam blog ini lebih daripada 40 artikel yang boleh dibaca dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Keladi boleh digunakan secara segar (sebagai sayuran) ataupun diproses sebagai perisa makanan, kerepek dan filem pembungkus makanan yang boleh dimakan sebelum dijual ke pasaran. Keseluruhan bahagian keladi daripada bahagian ubi, batang dan daun boleh digunakan untuk dimakan atau dibuat produk. Statistik menunjukkan pada tahun 2018 seluas 812 hektar keladi di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 4,643 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Kawasan penanaman utama keladi di Malaysia ialah Johor, Selangor dan Perak. Secara umumnya terdapat peningkatan luas kawasan penanaman keladi dari tahun ke tahun terutama ketika PKP akibat dari pandemik covid19. Langkah proaktif perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bahan tanaman yang kebiasaannya diperoleh melalui sulur ataupun anak yang keluar daripada sisi induk keladi matang. Mmendapatkan benih keladi antara persoalan yang penulis blog selalu terima dari seluruh negara. Memang benih keladi agak sukar diperolehi dengan jumlah besar dan varieti tertentu sukar diperolehi. Teknologi pengeluaran benih dengan cara Kultur tisu tanaman adalah salah satu kaedah menghasilkan anak pokok yang lengkap telah dibuat penyelidikan oleh MARDI. Penulis blog menulis semua laporan kajian dilakukan MARDI daripada info e-bulletin didalam blog "Anim Agro Tehnology" sekadar memberikan maklumat ini kepada kepada jutaan pembaca blog ini sebagai bahan rujukan dan bacaan semua. Secara tradsinya benih keladi diperolehi daripada anak yang dihasilkan apabila pokok matang. Ada juga jenis keladi yang benihnya ditanam daripada umbisinya itu sendiri. Antara varieti keladi yang ppular di tanam di Malaysia adalah Keladi Cina, Keladi Minyak, Keladi Mawar, Keladi Putih dan sebagainya. Benih keladi memang sukar diperolehi secara pukal kerana kurangnya penanaman keladi secara meluas komersil. Kebanyakan keladi ditanam pekebun kecil ditanah gembur atau diatas tanah gambut. Bagaimana pun dilaporkan MARDI telah membuat kajian menggunakan teknologi kultur Tisu (Tissue Culture - TC) didalam usaha memperbanyakan pengeluaran benih keladi. Kaedah ini bermula dengan mana sebahagian kecil tisu tumbuhan seperti hujung pucuk, tunas ketiak, meristem atau bahagian tumbuhan yang aktif akan membahagi. Bahagian tisu tumbuhan atau dipanggil eksplan perlu dikultur ke dalam medium tertentu yang terkandung di dalam botol kultur secara steril untuk tumbesaran. Melalui penyelidikan kultur tisu keladi, pengeluaran anak benih klon berskala besar dapat dilakukan mengikut jenis keladi yang diperlukan dalam masa yang singkat berbanding dengan kaedah konvensional. Selain itu dilaporkan kultur tisu dapat menghasilkan anak benih yang bebas penyakit, seragam tumbesarannya dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Kadar pengeluaran anak benih kultur tisu adalah lebih tinggi dan cepat berbanding dengan kaedah konvensional melalui sulur. Pengeluaran benih keladi melalui kaedah kultur tisu dapat memudah dan mempercekapkan pengurusan dan perancangan di ladang. Selain itu, bahan tanaman kultur tisu juga memudahkan proses pengangkutan. Kaedah kultur tisu adalah melibatkan penggunaan kemudahan makmal khusus yang memerlukan ruang kerja yang bersih dan bebas kuman, peralatan dan bahan kimia yang tertentu serta tapak semaian bagi proses aklimatisasi bahan tanaman. Proses pengeluaran Proses pengeluaran benih keladi melalui kaedah kultur tisu ditunjukkan dengan ringkas seperti dalam Carta alir 1. Medium kultur Medium membekalkan segala keperluan nutrien dan zat makanan, hormon dan bahan-bahan lain yang mempengaruhi tumbesaran tanaman. Medium yang digunakan ialah medium Murashige dan Skoog (MS) (1962). Kandungan nutrien medium MS adalah perlu mengikuti piawaian. Penyediaan eksplan keladi Untuk menyediakan kultur pemula keladi, bahagian umbisi dipilih sebagai eksplan. Umbisi perlu dibersihkan daripada kotoran tanah sebelum dibawa ke makmal untuk diproses. Terdapat empat jenis keladi yang dikultur menggunakan protokol kultur tisu iaitu keladi putih, keladi mawar, keladi wangi dan keladi minyak. Aktiviti pengkulturan dan penghasilan kultur pemula dengan melalukan pensterilan permukaan eksplan perlu dilakukan sebelum pengkulturan. Ubi keladi dipotong kecil hingga meninggalkan bahagian hujung pucuk berukuran 4-5 cm dan tapak berukuran 2.5 cm yang mempunyai lebih kurang 5-6 kelopak daun. Eksplan diberus bersama Teepol dan dibasuh dengan Dettol selama satu minit dan dibilas bersih dengan menggunakan air suling sebanyak tiga kali sebelum dipotong dengan saiz 2.5-3.5 cm dengan diameter tapak berukuran 1 cm (3-4 kelopak daun). Eksplan tadi dibiarkan di bawah aliran air paip selama satu jam dan dibawa masuk ke dalam kabinet aliran udara laminar yang steril. Eksplan direndam dalam larutan streptomisin 0.3 g/100 mL selama 30 minit lalu dibilas sebanyak tiga kali menggunakan air suling. Seterusnya, eksplan direndam dalam larutan Clorox® 50%, ditambah tiga titisan Tween 20 dan dikacau selama 15 minit lalu dibilas menggunakan air suling sebanyak tiga kali (Gambar 3). Beberapa helai pangkal daun dan tapak dirapikan (trim) dan dipotong sehingga bersaiz 0.4-0.6 cm. Eksplan direndam ke dalam etanol 70% selama 30 saat dan dibilas menggunakan air suling sebanyak tiga kali. Seterusnya, eksplan direndam di dalam bikar berisi Clorox® 10%, ditambah tiga titisan Tween 20 selama lima minit dan dikacau serta dibilas dengan air suling sebanyak empat kali hingga bersih. Eksplan tadi kemudiannya dikultur ke dalam medium Murashige dan Skoog tanpa hormon dan diinkubasi di rak kultur menggunakan lampu LED (16 jam cahaya, lapan jam gelap) di dalam bilik tumbesaran kultur bersuhu 25 ± 1 °C (Silal lihat foto disebelah). Selepas empat minggu di dalam kultur, ia perlu dipindahkan ke dalam medium mengandungi sitokinin (BAP/TDZ) bagi tujuan penggandaan pucuk. Penggandaan pucuk (multiplikasi) dan subkultur Pengawal atur tumbesaran tumbuhan sitokinin seperti 6-Benzylaminopurine (BAP) dan Thidiazuron (TDZ) perlu ditambah ke dalam medium kultur untuk menggalakkan pembentukan dan penggandaan pucuk berlaku. Bagi keladi, penambahan BAP berkepekatan 2 mg/L adalah yang optimum untuk menggandakan pucuk keladi. Hormon TDZ yang berkepekatan 0.5 mg/L juga boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang sama dengan 2 mg/L BAP. Namun, penggunaannya tidak digalakkan untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya variasi somaklonal. Subkultur adalah proses pemindahan tunas pucuk atau plantlet yang baru terhasil daripada medium yang lama ke medium penggandaan baru untuk mengelakkan kekurangan nutrien yang dapat menjejaskan pertumbuhannya. Subkultur perlu dilakukan dalam keadaan yang steril di bawah kebuk laminar. Subkultur dilakukan dengan memotong dan membelah plantlet bagi mengecilkan saiznya dan membuang sel-sel mati pada plantlet tersebut. Kekerapan proses disubkultur disyorkan 1 – 3 bulan sekali mengikut keperluan. Pengakaran Kultur yang ingin dikeluarkan daripada botol kultur perlu lengkap mempunyai akar dan daun supaya plantlet tidak mati. Medium MS tanpa hormon boleh digunakan sebagai medium pengakaran kerana plantlet menghasilkan bilangan akar, panjang akar dan tinggi plantlet yang sesuai dan mencukupi. Pemilihan medium tanpa hormon ini juga dapat kurangkan kos pengeluaran anak benih. Plantlet yang saiz lebih daripada 2-3 cm sesuai untuk dikultur ke dalam medium pengakaran. Proses pengakaran mengambil masa enam minggu sebelum dikeluarkan untuk proses aklimatisasi. Aklimatisasi plantlet di nurseri Aklimatisasi merupakan proses penyesuaian anak pokok kultur tisu dengan persekitaran luar sebelum ditanam di ladang. Aklimatisasi dapat mengurangkan peratusan anak keladi mati di ladang kerana cuaca yang terlalu ekstrim. Plantlet yang lengkap mempunyai akar dan pucuk yang sihat bersaiz 10-15 cm dikeluarkan daripada botol kultur dan dibasuh dengan berhati-hati dengan menggunakan air paip bagi membuang medium kultur yang melekat pada akar (Sila lihat foto disebelah). Anak benih keladi berumur enam minggu dan bersaiz 10-15 cm dikeluarkan daripada bekas kultur dan dibersihkan menggunakan air paip sebelum dibawa ke nurseri penanaman untuk diaklimatisasikan . Bagi anak benih keladi, akarnya mudah tumbuh dengan sendirinya tanpa memerlukan hormon pengakaran tambahan. Oleh itu, selepas membasuh, anak benih perlu dipindahkan terus ke dalam tray semaian bersaiz 28 cm x 28 cm yang mengandungi tanah gambut sahaja atau campuran gambut dan perlit (1:1). Tray semaian yang mengandungi anak benih ini dimasukkan ke dalam bekas takungan air bagi tujuan melembapkan tanah semaian. Air dimasukkan setinggi 1 cm di dalam bekas takungan dan boleh bertahan selama seminggu tanpa memerlukan siraman tambahan. Pada dua minggu semaian kemudian anak benih disungkupi dengan plastik lut sinar bagi mengekalkan kelembapan persekitaran dan mengelakkan medium daripada kekeringan. Kekerapan siraman adalah mengikut keadaan cuaca semasa. Pemindahan anak benih kultur ke ladang sebaiknya boleh dilakukan selepas enam minggu anak pokok diaklimatisasikan di nurseri (Sila lihat foto disebelah). Benih ini sudah sedia dipindahkan ke ladang dengan saiz benih yang sesuai. Lubang tanaman di atas batas perlu digali terlebih dahulu sedalam 5-7 cm bergantung kepada saiz anak pokok keladi. Semasa menanam sebaiknya mengelakkan memadatkan tanah di sekeliling akar anak pokok keladi. Kajian mendapati dimana kadar kematian anak benih kultur tisu yang ditanam di ladang adalah sebanyak 0-20% bergantung kepada cuaca dan musim semasa penanaman. Baja NPK 15:15:15 pada kadar 135 kg/ha diberikan selepas seminggu penanaman. Pembajaan kali kedua diberikan pada usia pokok dua bulan dengan kadar 270 kg/ha kawasan. Pada usia pokok empat bulan, baja NPK 12:12:17:2 boleh diberikan pada kadar yang sama bagi menggalakkan pertumbuhan ubi. Sekiranya pertumbuhan masih tidak menggalakkan, penambahan baja perlu dilakukan. Foto paling bawah menunjukkan penanaman keladi (2-9 bulan) di ladang menggunakan benih kultur tisu. asil tuaian Purata berat hasil ubian keladi berumur tujuh bulan adalah lebih kurang 600 g (purata) manakala pada umur sembilan bulan beratnya meningkat kepada 1,044 g (purata). Hasil kajian ini dimana kaedah pembiakan keladi secara kultur tisu merupakan kaedah alternatif terbaik yang dapat untuk pengusaha menggandakan tanaman dalam masa yang singkat, sama seperti induk, bebas daripada penyakit dan perosak. Keadah kultur tisu juga dapat menggantikan teknik konvensional yang sering digunakan oleh petani iaitu melalui pembiakan tampang menggunakan sulur. Tanaman keladi amat terdedah kepada bahaya penyakit virus. Oleh itu, kawalan penyakit sejak dari awal penanaman adalah penting yang merangkumi pemilihan anak benih keladi yang bersih dan bebas daripada sebarang penyakit. Pembesaran anak benih kultur tisu keladi yang seragam dapat memudahkan pengurusan tanaman di ladang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!... BENIH KELADI... SUKAR BELINYA... PERLUKAN BANYAK...BAGAIMANA... CARA KULTUR TISU... SUDAH DICUBA... APA LAGI... SUDAH PERLU DILAKSANA... By, M Anem, Senior AGronomist, Taman Cendana, Bandar Melaka, Melaka, Malaysia. (7 RabiulAkhir 1442H).
  15. IKAN SELAYANG (Decapterus maruadsi) atau turut dikenali sebagai ikan curut adalah spesies ikan pelagik. Spesies ini lazimnya jenis ikan yang mendiami bahagian permukaan air di laut termasuk sekitar Malaysia. Bagi penduduk Sabah pula ikan ini di kenali sebagai ikan basung selain memanggilnya sebagai ikan sardin. Penulis blog sememangnya suka makan ikan selayang sama ada di goreng, masak asam pedas, masak kicap, buat sambal dan sebagainya untuk dijadikan lauk kegemaran. DAri segi teknikal ikan ini adalah bersifat dengan badannya bulat bersisik penuh di seluruh badan dengan bentuk larus yang memberi kelebihan kepadanya untuk bergerak bebas terutama menyelamatkan diri dari pemangsa kecuali pukat nelayan (Sila lihat foto diatas). Pada bahagian ekor terdapat sisik keras bergerigis halus berfungsi sebagai perisai. Penulis blog dapati di bahagian batang ekor terdapat satu anak sirip di belakang sirip dorsal kedua dan satu anak sirip di belakang sirip anal sementara di bahagian bawah badannya terdapat sepasang duri sirip yang terletak di bahagian sirip anal manakala sirip pektoralnya pendek hanya sampai ke hujung sirip dorsal pertama saja. Ikan selayang memiliki sepasang mata besar bulat dengan kornia jernih dan mencapai saiz lazim sekitar 15 - 25 sentimeter. Dalam pada itu tabiat permakanan ikan selayang dimana makanan utamanya ialah anak ikan kecil dan plankton justeru imana tidak hairanlah ia menjadikan unjam atau payau sebagai lokasi tumpuan mencari makan. Ikan selayang biasanya mempunyai habitat dengan mendiami kawasan berair cetek dengan kedalaman sekitar 80 meter dimana ia akan bergerak secara berkumpulan dan gemar berhijrah dari suatu tempat ke tempat lain untuk mencari makanan. Penulis blog yang dahulu rajun turun kelaut semasa bertugas di Daerah Mersing menjadikan ikan ini sebagai salah satu yang diperolehi. Artikel malam Jumaat ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai ikan selayang dan kepentingannya didalam makanan kepada rakyat Malaysia dan dilaporkan didalam media cetak untuk bahan bacaan semua. Kaedah penangkapan ikan selayang oleh nelayan tempatan adalah ianya boleh ditangkap menggunakan pukat jerut, pukat tunda, tangkul dan pancing. Kaedah ini disebabkan dimana ikan selayang adalah mempunyai saiznya agak kecil serta bergerak berkumpula dan nelayan akan menyediakan unjam atau payau yang dibuat dari daun kepala sebagai perumah (Sila lihat foto disebelah). Kumpulan ikan selang ini akan berlindung dikawasan unjam dan mudah nelayan menangkapnya pada waktu yang betul. Selalunya setelah mendapati banyak ikan mendiami unjam berkenaan maka bot pukat jerut akan melabuhkan pukat sekitar unjam berkenaan sebelum ditarik perlahan keluar dengan memastikan tali jerut bahagian bawah pukat (kajar) dijerut kemas. Kemudian apa yang penulis blog lakukan bersama nelayan Mersing adalah dibahagian atas pukat diangkat naik ke dalam bot ketika inilah selayang yang terperangkap akan disauk ke dalam petak bot yang dipenuhi ais. Memang seronok apabila tangkapan berhasil dengan banyak walau pun tidak selalu. Dalam pada itu ada juga nelayan yang hanya menggunakan pancing iaitu dikawasan unjam berkenaan dengan menggunakan teknik 'apollo'. Penulis blog amat teruja ketika memancing dengan apollo di Pulau Tinggi, Mersing apabila setiap kali pancing diangkat banyak ikan melekat dimata kail. Laporan daripada Jabatan Perikanan menyatakan dimana ikan selayang dari segi nilai ekonomi didakwa tidak dikategorikan dalam ikan bernilai tinggi. Harga borongnya sekitar RM3.00 - RM5.00 sekilogram namun turun naik harga ikan ini dimana ia banyak bergantung kepada musim. Jika menjelang musim tengkujuh, harganya mampu mencecah sehingga RM10 sekilogram. Ia tetap mempunyai nilai produk hiliran yang tinggi jika diproses dengan sempurna terutama jika dijadikan serbuk isi ikan dan juga ikan masin. Banyak jenis makanan berasaskan ikan selayang yang disediakan. Selain itu isi ikan selayang memang tersohor dengan produk hiliran di kawasan Pantai Timur khususnya sebagai bahan asas untuk membuat keropok dan keropok lekor. Keropok lekor adalah kgemaran penulis blog dimana sering membelinya untuk hidangan waktu petang. Kelebihan ikan selayang bagi membuat keropok lekor juga kerana isinya yang lembut dan kurang berlemak menjadikan keropok lebih lembut, kenyal serta manis dan kembang ketika digoreng. Memang jika ke Pantai Timur makanan seperti gulai lemak kuning ikan selayang begitu digemari manakala selayang goreng mendapat permintaan ramai khusus dimakan bersama nasi panas. Penulis blog sertakan resepi membuat keropok lekor menggunakan ikan selayang. Bahan diperlukan adalah 2 kg ikan selayang, tepong (Kadar tepong dengan ikan adalah 1:1), 2 sudu kecil garam, 2 sb sos ikan dan juga air untuk merebus serta alatan memasak. Cara membuat keropok lekor ini dimulakan dengan mana ikan selayang dicuci bersih dengan membuang kepala dan ekor. Kemuidan dikeluarkan isi ikan selayang melalui proses 'debone' atau dibuang tulangnya. Kemudian diayak tepung sagu dan disukat kadar 1:1. Sebagai contoh contoh lepas proses 'debone; kita akan dapat sebanyak 2 mangkuk isi ikan jadi jumlah tepung sagu pun 2 mangkuk juga. Seterusnya digaul sebati ikan dengan tepung sagu, garam dan sos ikan. Kita boleh tambah garam secukup rasa atau tambah garam dalam air rebusan. Seterusnya di kiear halus dengan blender dan di uli jadi doh dengan menggentel kemudiannya menjadi bentuk panjang. Jika disukat dengan betul maka ia akan mendapat lebih kurang 30 batang keropok lekor. Proses seterusnya adalah merebus keropok lekor dalam air yang telah mendidih. Hasilnya boleh dimakan selepas rebus atau boleh juga digoreng dicicah dengan sos keropok lekor atau sos cili. Bernama melaporkan dimana "Ikan selayang pun mahal" di Kelantan khususnya Gua Musang. Hanya ikan selayang yang mampu dibeli sebelum ini tetapi dalam tempoh seminggu lalu harganya di Pasar Besar Gua Musang tu melambung tinggi dakwa penduduk Esah Husin kepada wartawan. Dakwanya ikan itu yang dijual daripada RM7 sekilogram sebelum ini naik kepada RM10 hingga RM12 sekilogram sekali gus membebankannya. Dia mengakui tidak mampu membeli ikan lain termasuk kembung, tongkol dan selar yang semuanya lebih mahal. Ikan selayang adalah untuk orang sepertinya yang berpendapatan rendah dan bergantung kepada bantuan setiap bulan. Dia juga terkejut dengan isu kenaikan harga ikan kerana yang dijual di pasar Gua Musang tidak segar seperti yang ada di pasar sekitar Kota Bharu. Dalam pada itu seorang peniaga ikan pula iaitu Daud Yusoff, ketika ditemui nyatakan peniaga bukan sengaja menaikkan harga ikan. Menurutnya, ia kerana semua jenis ikan termasuk selayang diambil daripada pembekal sekitar Pasir Puteh dan Bachok dengan harga yang sudah tinggi. Bagi peniaga juga memikirkan bebanan perbelanjaan bagi mereka yang berpendapatan rendah tetapi apa boleh buat terpaksa ikut pasaran. Dakwanya memang semua jenis ikan yang dijual di pasar bandar itu sama saja harganya sambil mengakui harga ikan selayang pernah dijual RM7 sekilogram sebelum ini. Berlainan pula di Chukai, Terengganu dalam akhbar lain dimana dilaporkan sebanyak tiga bakul kecil ikan selayang seberat lima kilogram hanya RM10 dan bagi setiap sekilogram pula cuma RM2 saja. Bernama melaporkan itulah harga runtuh ikan yang dijual di Pasar Tani Banggol Indah, dekat sini yang dijual peniaga ikan Ramdan Jusoh. Ramdan berkata, semua bekalan dan jenis ikan yang dijual di pasar tani itu diperoleh terus daripada nelayan di Kuala Kemaman, tanpa melalui orang tengah dan dijual terus kepada pembeli. Harga yang kami tawarkan serendah RM2 sekilogram hingga RM15 mengikut jenis dan saiz ikan. Kalau jenis ikan terpilih seperti kembong memang mahal sedikit. Harga yang kami jual di sini lebih murah berbanding tempat lain bagi memenuhi matlamat FAMA mewujudkan pasar tani untuk memberi faedah kepada kedua pihak, penjual dan pembeli. Bagi pembeli pula walau pun bersaiz kecil sedikit, harga yang dijual di pasar tani itu dikira cukup murah lebih-lebih lagi ia ikan segar yang diperoleh nelayan Kuala Kemaman yang dijual terus kepada orang ramai. Seorang pembeli Zakaria Ismail dari Kampung Bukit Kuang berkata, beli dengan mengeluarkan RM10, ikan selayang seberat lima kilo itu sudah cukup untuk bekalan selama seminggu buat dia bersama keluarga lima beranak. Bagi golongan berpendapatan kecil seperti saya, harga ikan yang dijual dipasar tani di sini sangat murah selain banyak pilihan pelbagai jenis ikan segar. Walaupun ada juga harga ikan yang dijual melebihi RM10 sekilogram bagi jenis terbaik, namun saya memilih yang murah seperti selayang kerana saya dapati jenis ini dijual lebih RM5 sekilogram di tempat lain,” katanya ketika ditemui di pasar tani itu. Seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Mar, 40, berkata harga ikan segar dijual di pasar tani itu memang murah berbanding di tempat lain dan berharap penjual dapat mengekalkan harga itu. Baginya harga ikan di sini memang murah berbanding di tempat lain, keadaan ikan pun masih segar dan ia menjimatkan belanja dapur sebaik datang membeli bukan saja ikan, malah sayur dan lain-lain barang. Apa yang agak berlainan mengenai cerita ikan selayang adalah kenyataan daripada Exco Terengganu dimana kes kegagalan suami membeli ikan selayang dipesan isteri adalah diantara punca perceraian pasangan Islam di Terengganu. Laporan menyatakan akibat keengganan suami membawa isteri bersiar-siar kerana faktor kewangan ianya juga turut menyumbang kepada kes perceraian di negeri ini. Rekod menunjukkan sebanyak 1,219 kes perceraian membabitkan pasangan Islam bermula Januari hingga Jun lalu, berbanding 1,383 pasangan dalam tempoh sama pada 2017. Kebanyakan kes perceraian pasangan Islam berpunca daripada masalah remeh seperti suami tak beli ikan selayang dipesan, suami tak mahu bawa berjalan-jalan kerana tak ada duit dan suami leka dengan hal sendiri. Bagi pasangan bukan Islam, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan ada 17 kes perceraian didaftarkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu. Kerajaan negeri serius mengambil langkah untuk menangani masalah perceraian yang berpunca daripada isu dan masalah remeh. Beliau akan meminta agensi kerajaan berkaitan untuk melihat punca ini dan mendekati mana-mana pasangan yang berdepan masalah untuk kita bantu dari segi kaunseling umpamanya dengan lebih teliti dari rumah ke rumah. Isu perceraian ialah masalah berpanjangan dan bukan baharu yang perlu ditangani secara serius bagi mengurangkan perceraian yang berpunca daripada alasan remeh. Beliau nyatakan dia tidak tahu di mana silapnya sehingga seorang suami sanggup menceraikan isteri dan membuang anak kandung semata-mata kerana anak yang dilahirkan itu mengalami masalah CP. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat terutama bapa masih rendah terhadap anak istimewa kerana mereka menganggap anak itu sebagai beban dan memberi masalah. Semuga artikel ini memberi info bergguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!... IKAN SELAYANG... MAHAL JUGA... MUSIM BANYAK... MURAH PULA... KEROPOK LEKOR...ENAKNYA... IKAN RAKYAT... SELALU JUMPA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (7 RabiulAkhir 1442H).
  16. PENGURUSAN KESUBURAN TANAH TANAMAN PADI dan nutrien merupakan satu aspek penting didalam usaha mempastikan penghasilan padi yang optima. Tanaman Padi (Oryza sativa) merupakan satu industri pertanian penting di Malaysia selepas industri Kelapa Sawit dan Getah dari segi keluasan dan produktiviti. Bagaimana pun tanaman padi di beberapa kawasan jelapang padi di negara kita masih memerlukan kos yang tinggi setiap tahun didalam usaha mempastikan keselamatan makanan ruji penduduk negara ini akan terus dijamin. Keluasan tanaman padi pada tahun 2018 mengikut Buku Stastistik Jabatan Pertanian Malaysia adalah seluas 689,810 hektar daripada seluas 300,446 hektar kawasan parsel padi. Daripada keluasan parsel padi 300,446 hektar seluas 210,708 hektar (70.1%) adalah didalam kawasan jelapang padi dan seluas 89,738 hektar adalah sawah padi di Luar Kawasan Jelapang. Data CCS Kebangsaan (Crop Cutting Survey) atau produktiviti tanaman padi di Malaysia adalah sebanyak 4,443 kg sehektar setahun. Malaysia mampu menghasilkan sebanyak 3,064,822 metrik tan padi pada tahun 2018 dan apabila padi ini diproses menjadi beras ia telah menghasilkan sebanyak 1,975,770 metrik tan beras. Terdapat beberapa varieti padi yang popular ditanam di Seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia antara varieti padi yang popular adalah seperti MR220CL2 (44.6%), MR297 (31.6%), MR219 (8.2%), MR263 (4.8%), MR 284 (4.8%). Lain-lain varieti yang popular ditanam untuk musim utama 2018 ini adalah seperti MR220, MR269, MRQ76, MR211 dan MR220CL1. Tanaman padi merupakan antara tanaman penting di negara kita yang mendapat suntikan kewangan tinggi setiap tahun sebagai insentif kepada pesawah untuk menghasilkan makanan utama di kalangan rakyat tempatan. Pelbagai bantuan seperti insentif diberikan oleh kerajaan melalui pelbagai Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Makanan dengan pelbagai jenis insentif. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" mengenai sebuah laporan kajian oleh MARDI bagaimana menguruskan kesuburan tanah dan nutrien untuk kawasan penanaman padi di Malaysia bagi dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua. Artikel ini dirujuk dari e-Bulletin MARDI Bil 8/2015 - 44 yang disesuaikan semula penulis blog. Pengurusan tanah merupakan salah satu komponen utama dalam menentukan kejayaan dan kegagalan petani dalam mengurus tanaman. Ini kerana tanah akan menentukan jenis tanaman yang sesuai untuk ditanam dan mempengaruhi pertumbuhan, hasil serta kualiti tanaman. Pengurusan tanah yang betul perlu dipraktikkan sebelum aktiviti penanaman dijalankan. Perkara ini bukan sahaja penting bagi keperluan pokok akan tetapi dapat memelihara kesuburan dan kandungan nutrien agar aktiviti penanaman pada musim seterusnya dapat memberi hasil yang optimum. Pengetahuan berkaitan tanah seperti status kesuburan, kemasaman dan lain-lain merupakan kelebihan kepada petani dalam usaha meningkatkan hasil tanaman kerana setiap tanah mempunyai tahap kesuburan yang berbeza dan bergantung kepada jenis tanah bagi sesuatu kawasan. Pengurusan nutrien pula merupakan amalan yang digunakan untuk mengurus kadar, bentuk, peletakan dan masa penggunaan nutrien (sama ada baja kimia, baja organik dan lain-lain) kepada tanaman. Ia bertujuan untuk memberi bekalan nutrien mengikut peringkat pertumbuhan pokok supaya nutrien dapat dimanfaat oleh tanaman untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil yang optimum. Selain itu, ia berperanan untuk mengekal atau membaiki kesuburan tanah. Baja merupakan keperluan input terpenting yang perlu diguna pakai dalam pertanian moden apabila pengeluaran hasil pertanian yang tinggi diutamakan oleh sesebuah negara. Pengeluaran hasil yang tinggi bagi varieti padi yang mempunyai tempoh matang singkat hanya boleh dicapai melalui pembajaan yang sempurna, kepadatan tanaman yang tinggi dan penerimaan cahaya matahari yang optimum. Pengurusan pembajaan yang bijak amat penting untuk mendapat pulangan hasil yang maksimum. Syor pembajaan padi negara juga berubah dengan perkembangan pesat amalan tanaman tabur terus pada akhir tahun 80-an. Perubahan syor pembajaan berubah bagi memenuhi keperluan nutrien oleh tanaman tabur terus yang didakwa mempunyai jangka masa lebih panjang di sawah berbanding dengan tanaman ubah. Di seluruh dunia termasuk Malaysia aktiviti penanaman padi merupakan industri pertanian negara yang tertua yang perlu diberi perhatian kerana beras merupakan sumber makanan utama penduduk kepada Malaysia. Pengeluaran padi perlu untuk terus ditingkatkan bagi memastikan akan permintaan beras negara sentiasa dipenuhi. Antara faktor utama yang mempengaruhi peningkatan hasil padi ialah kesuburan tanah dan keperluan nutrien tanaman. Tanah mempunyai siri dan kelas kesuburan yang berbeza. Terdapat tiga jenis tanah bagi kebanyakan tanah sawah di Malaysia iaitu lanar laut, lanar sungai dan organik yang berbeza kandungan bahan induk, ciri fizikal dan kimia yang mempengaruhi tahap kesuburannya. Tanah yang subur berupaya untuk membekalkan nutrien bermanfaat dengan kadar yang sesuai di samping meningkatkan keupayaan tanaman menyerap nutrien bagi memperoleh hasil padi tinggi. Semakin tinggi hasil, bermakna semakin baik pengambilan dan perpindahan nutrien daripada tanah ke pokok. Sejak kebelakangan ini dilaporkan hasil padi menurun dan serangan penyakit seperti bintik perang meningkat terutama di kawasan IADA Barat Laut Selangor. Antara faktor yang dikenal pasti ialah tahap kesuburan tanah yang rendah. Keadaan ini berlaku kerana petani hanya menitikberatkan pengurusan nutrien sahaja dan mengabaikan pengurusan kesuburan tanah. Kesuburan tanah amat penting bagi memastikan pokok dapat menyerap baja dengan berkesan. Ciri-ciri fizikal tekstur tanah yang sesuai untuk tanah sawah ialah lempung, lempung berkelodak dan lom lempung. Ciri-ciri kimia tanah seperti pH basah yang sesuai untuk tanaman padi ialah pH5.5 - 6.5 dan bagi pH kering pH4.5 - 5.4. Manakala nilai Keupayaan Pertukaran Kation (KPK/CEC) mestilah melebihi 16 mol (+)/kg. Sekiranya kurang, baja tidak dapat dipegang oleh akar pokok dan menyebabkan pokok tidak dapat hidup dengan subur. Keadaan ini akan menyebabkan pembaziran input baja dan hasil menjadi rendah. Tanaman padi memerlukan 17 unsur nutrien untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil yang baik. Sebanyak tiga unsur nutrien terdiri daripada unsur bukan mineral [karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (O)] dan 14 unsur lagi ialah unsur mineral. Nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) ialah unsur primer yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak oleh pokok padi, manakala magnesium (Mg), kalsium (Ca) dan sulfur (S) ialah unsur sekunder dan selebihnya merupakan unsur mikro [zink (Zn), silika (Si), kuprum (Cu), boron (B), ferum (Fe), mangan (Mn), molibdenum (Mo) dan klorin (Cl)] dan kekurangannya jarang berlaku di negara ini. Artikel ini mempunyai 2 part untuk dibaca bersama iaitu Part 1 dan Part 2. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.. TANAMAN PADI... DIKAWAL AIRNYA... TANAH SUBUR ... DIBERIKAN BAJA... PELBAGAI NUTRIEN...DIPERLUKANYA... MEMBACA ARTIKEL... INFO DITERIMA... By, M Anem, Senior Agronomist Expert, Precint 11, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia. (21 Ramadan 1441H).
  17. PENGURUSAN KESUBURAN TANAH TANAMAN PADI dan nutrien merupakan satu aspek penting didalam usaha mempastikan penghasilan padi yang optima. Tanaman Padi (Oryza sativa) merupakan satu industri pertanian penting di Malaysia selepas industri Kelapa Sawit dan Getah dari segi keluasan dan produktiviti. Bagaimana pun tanaman padi di beberapa kawasan jelapang padi di negara kita masih memerlukan kos yang tinggi setiap tahun didalam usaha mempastikan keselamatan makanan ruji penduduk negara ini akan terus dijamin. Keluasan tanaman padi pada tahun 2018 mengikut Buku Stastistik Jabatan Pertanian Malaysia adalah seluas 689,810 hektar daripada seluas 300,446 hektar kawasan parsel padi. Daripada keluasan parsel padi 300,446 hektar seluas 210,708 hektar (70.1%) adalah didalam kawasan jelapang padi dan seluas 89,738 hektar adalah sawah padi di Luar Kawasan Jelapang. Data CCS Kebangsaan (Crop Cutting Survey) atau produktiviti tanaman padi di Malaysia adalah sebanyak 4,443 kg sehektar setahun. Malaysia mampu menghasilkan sebanyak 3,064,822 metrik tan padi pada tahun 2018 dan apabila padi ini diproses menjadi beras ia menghasilkan sebanyak 1,975,770 metrik tan beras. Terdapat beberapa varieti padi yang popular ditanam di Seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia antara varieti padi yang popular adalah seperti MR220CL2 (44.6%), MR297 (31.6%), MR219 (8.2%), MR263 (4.8%), MR 284 (4.8%). Lain-lain varieti yang popular ditanam untuk musim utama 2018 ini adalah seperti MR220, MR269, MRQ76, MR211 dan MR220CL1. Tanaman padi merupakan antara tanaman penting di negara kita yang mendapat suntikan kewangan tinggi setiap tahun sebagai insentif kepada pesawah untuk menghasilkan makanan utama di kalangan rakyat tempatan. Pelbagai bantuan seperti insentif diberikan oleh kerajaan melalui pelbagai Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Makanan dengan pelbagai jenis insentif. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" mengenai sebuah laporan kajian oleh MARDI bagaimana menguruskan kesuburan tanah dan nutrien untuk kawasan penanaman padi di Malaysia bagi dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua. Artikel ini dirujuk dari Bulletin MARDI Bil 8/2015 - 44 yang disesuaikan semula penulis blog. Kekurangan salah satu daripada unsur primer akan terus mengganggu proses tumbesaran tanaman. Dalam keadaan biasa, unsur-unsur tersebut selalunya wujud walaupun dalam jumlah yang amat rendah. Jika jumlah yang wujud itu kurang daripada keperluan optimum, tumbesaran tanaman tetap akan berlaku, tetapi kecacatan atau gejala kekurangan nutrien boleh kelihatan. Kesan kekurangan unsur penting nutrien dalam tanaman padi. Kekurangan unsur Nitrojan (N) akan menyebabkan tanaman padi dan daun berwarna hijau muda, daun bawah menjadi kuning, tangkai menjadi pendek dan kecil. Kekurangan unsur Posforan (P) pula menjadikan tanaman berwarna hijau tua, bantut dan kurang anak. Kekurangan unsur Kalium (K) menyebabkan daun berbintik atau berklorosis, tompok-tompok kecil nekrotik di antara urat daun atau berhampiran hujung daun. Kekurangan unsur Zink (Zn) menyebabkan tompok-tompok nekrosis besar dan menyeluruh, selalunya melibatkan urat daun. Kekurangan Sulfur (S) pula menjadikan tanaman padi ini berwarna hijau pucat dan daun muda berwarna hijau muda. Kekurangan Silikon (Si) akan menyebabkan daun menjadi lembut dan terkulai. Kekurangan Magnesium (Mg) menyebabkan tanaman padi jadi kuning keorenan dan klorosis pada daun tua. Kekurangan Kalsium (Ca) menjadikan hujung daun muda menjadi putih, bergulung dan berpintal. Kekurangan zat Besi (Fe) menjadikan keseluruhan daun menjadi klorotik, pucat dan kekuningan. Kekurangan sterusnya unsur Manganese (Mn) boleh menyebakan berlakunya masaalah Klorosis daun pucat berwarna kelabu kehijauan merebak dari hujung ke pangkal daun. Kekurangan unsur Boron (B) boleh menyebabkan pokok padi jadi rendah, hujung daun muda bergulung. Kekurangan unsur Kuprum (Cu) pula boleh menyebabkan kesan nekrotik merah tua pada hujung daun. Peranan pesawah penting didalam melihat simptom kekurangan nutrien dengan baik. Kadar baja nitrogen (N) yang mencukupi diperlukan semasa peringkat vegetatif bagi memastikan pokok berkualiti tinggi. Jangka masa yang panjang bagi pokok yang subur akan memberi masa untuk pokok membentuk biji padi yang berkualiti. Penggunaan nitrogen dengan kadar yang tinggi akan meningkatkan tinggi pokok/ panjang batang, panjang tangkai, berat tangkai dan seterusnya pokok menjadi mudah rebah. Penggunaan baja nitrogen adalah amalan biasa di kebanyakan sistem pengeluaran padi. Untuk mencapai hasil 5 - 7 t/ha kadar baja nitrogen kebiasaannya ialah 80 - 150 kg/ha. Baja fosforus (P) pula penting di peringkat awal tumbesaran bagi tujuan pembentukan akar dan juga padi berbunga. Manakala penggunaan kadar baja kalium (K) yang tinggi pada peringkat reproduktif memanjangkan lagi proses didalam pembentukan biji padi, menambah bilangan buah, peratus bernas dan berat biji padi. Penggunaan kalium pada kadar tertentu dapat mengurangkan kejadian padi rebah. Apa pun penulis blog Anim Agro Technology mendapati penting ilmu pengetahuan mengenai status nutrien semula jadi tanah dapat membantu petani menguruskan penggunaan baja mengikut keperluan setempat. Pemeriksaan tanah sawah perlu dilakukan terlebih dahulu dengan mengambil sampel tanah sebelum bermula musim penanaman seelokeloknya dua atau tiga musim sekali. Sampel tanah perlu dianalisis untuk menentukan status kesuburannya (Sila lihat foto disebelah). Sampel daripada 10 lokasi/ha diambil secara rawak dengan dua kedalaman iaitu 0 - 20 cm dan 20 - 40 cm. Kaedah rawatan tanah yang boleh dipraktikkan oleh petani adalah menabur kapur jika pH kering bawah aras 4.5 dengan menggunakan mesin penabur lime separator (Gambar 3). Untuk meningkatkan 1 pH tanah, 10 tan kapur diperlukan. Kos upah menggunakan mesin ini di Barat Laut Selangor adalah sebanyak RM100/ha. Selain itu, kapur cecair juga boleh digunakan sebagai alternatif sekiranya kapur debu tidak dapat ditabur ketika musim hujan semasa peringkat penyediaan tanah. Bagi meningkatkan KPK tanah, penggunaan baja organik boleh digunakan. Baja organik secara semula jadi mampu membekalkan nutrien iaitu pada kadar rendah secara berterusan dan seimbang. Baja tahi ayam merupakan salah satu baja organik yang berkesan dan menjimatkan berbanding dengan baja tahi cacing. Baja ini perlu dirawat (bebas daripada patogen) dan diproses dalam bentuk pelet untuk memudahkan kerja menabur dengan menggunakan mesin penabur. Kadar baja tahi ayam yang diperlukan ialah 200 kg/ha untuk satu musim berbanding dengan baja tahi cacing yang memerlukan kuantiti yang banyak (1 tan dengan harga RM1.50/kg). Menurut kajian yang dijalankan oleh MARDI, didapati baja tahi cacing yang diperlukan bagi meningkatkan hasil ialah 1 t/ha. Status nutrien tanaman padi terutama unsur nitrogen dapat ditentukan dengan menggunakan SPAD meter iaitu satu alat yang dapat mengukur kandungan klorofil dalam daun. Carta warna daun pula lebih praktikal dan ekonomi untuk ianya digunakan oleh petani kerana harga SPAD meter yang terlalu mahal. Penambahan baja nitrogen seperti urea perlu diberi seandainya baja tersebut tidak mencukupi (sekiranya warna daun berada di skala 1 dan 2 carta warna daun). Bagi mengoptimumkan kecekapan penggunaan baja, strategi pengurusan nutrien yang sempurna perlu dilaksanakan terutama jadual masa dan kadar pembajaan. Jadual masa pembajaan bergantung pada tempoh matang dan peringkat pertumbuhan sesuatu varieti padi. Amalan pembajaan perlu diberi mengikut peringkat pertumbuhan tanaman padi iaitu peringkat tiga helai daun, pembiakan aktif, bunting kecil dan terbit tangkai (Sila lihat foto paling bawah sekali). Sebagai contoh, varieti padi MR 263 yang mempunyai tempoh matang 100 – 105 hari perlu dibaja pada peringkat hari lepas tabur (HLT) seperti yang berikut: 10 - 15 (tiga helai daun), 25 - 30 (pembiakan aktif), 45 - 50 (bunting kecil) dan 65 - 70 (terbit tangkai). Baja nitrogen perlu diberi masing-masing pada kadar 20, 31, 35 dan 14% pada setiap peringkat tersebut. Kadar pembajaan yang disyorkan oleh MARDI bagi luar musim ialah 120:70:80 kg N, P2O5 dan K2O sehektar. Manakala kadar baja nitrogen perlu ditambah 15% bagi musim utama. Perbezaan penambahan ini disebabkan kedua-dua musim penanaman padi berbeza dari segi cuaca (taburan hujan yang lebih tinggi pada musim utama) yang mempengaruhi kehilangan baja nitrogen dari petak sawah melalui proses larut resap. Selain itu, baja dedaun juga boleh digunakan pada peringkat akhir pertumbuhan tampang, selepas bunting kecil atau apabila terdapat simptom kekurangan nutrien pada daun. Sebagai kesimpulan bagi mencapai pengeluaran hasil yang tinggi maka satu anjakan paradigma dalam amalan pengurusan tanah dan nutrien amat diperlukan. Kedapatan nutrien dalam tanah perlu dikenal pasti terlebih dahulu untuk mengetahui status kesuburan tanah seterusnya mendapat faedah dengan pengurusan nutrien yang efisien. Dengan mengekalkan status nutrien yang seimbang menerusi amalan pengurusan baja yang cekap, dalam jangka masa panjang, tanah yang subur dan berpotensi tinggi mampu diwujudkan. Artikel ini mempunyai 2 part untuk dibaca bersama iaitu Part 1 dan Part 2. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.. TANAMAN PADI... DIKAWAL AIRNYA... TANAH SUBUR ... DIBERIKAN BAJA... PELBAGAI NUTRIEN...DIPERLUKANYA... MEMBACA ARTIKEL... INFO DITERIMA... By, M Anem, Senior Agronomist Expert, Precint 11, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia. (21 Ramadan 1441H).
  18. KILANG TANAMAN (Vegetable factory) merupakan satu tekologi terbaru didalam mengeluarkan makanan serperti sayuran dan ulaman didalam premis yang menggunakan konsep pencahayaan buatan. Menyedari tanaman seperti sayuran merupakan sumber utama makanan rakyat Malaysia, pihak MARDI tidak melihat isu tanah terhad sebagai halangan untuk terus membantu petani atau individu menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual. Pusat Penyelidikan Kejuruteraan MARDI menemukan satu alternatif terbaik bagi memastikan negara masih kekal mampu mengeluarkan hasil pertanian melalui kilang tanaman tanah. Kilang tanaman merupakan sistem pengeluaran sayuran dalam bangunan yang semua elemen yang diperlukan seperti cahaya, suhu, gas rumah hijau iaitu gas karbon dioksida (CO2) dan kelembapan di kawal secara tiruan dengan sokongan sistem kawalan pembajaan serta pengairan secara mekanisasi juga automasi. Penuli blog beberapa kali membuat tinjauan ke lokasi ini yang terletak di MAEPS Serdang bersebelahan dengan Pusat Informasi Nanas. Menerusi teknologi kilang tanaman itu juga memberi keperluan kepada jaminan dan keselamatan makanan. Teknologi ini mampu mengurangkan sisa racun kimia, pencemaran air dan tanah. Malah sayuran yang di taman menerusi kaedah ini tidak terbantut pembesarannya ekoran perubahan cuaca ataupun penyusutan kawasan pertanian. Jika direalisasi maka tiada lagi isu kekurangan tanah pertanian yang sesuai selain dapat mengelak daripada berlakunya bencana alam. Bagaimana pun dalam artikel "Anim Agro Technology" kali ini akan membincangkan mengenai perkara pengurusan faktor biologi dalam kilang tanaman yang menggunakan pencahayaan buatan diadaptasi dari lapornan e-bulletin MARDI. Sebenarnya isu sisa baki racun perosak merupakan isu utama dalam penanaman sayur-sayuran. Selain menjejaskan kesihatan untuk jangka masa panjang, ia juga memberi perspektif negatif kepada pengguna terhadap sayuran yang ada ditanam secara terbuka. Pelbagai inovasi dan teknologi dihasilkan bagi meminimumkan penggunaan racun kimia agar produk sayuran lebih diterima pengguna. Antaranya adalah penanaman dalam struktur pelindung hujan dan kalis serangga, penggunaan racun berasaskan ekstrak bahan semula jadi, penggunaan agen kawalan semula jadi seperti pemangsa dan amalan kawalan perosak secara integrasi. Terkini, teknologi kilang tanaman semakin mendapat tempat untuk mengeluarkan sayur-sayuran tanpa menggunakan racun. Dalam erti kata lain, produk sayuran yang dihasilkan 100% bebas racun. Teknologi kilang tanaman merupakan sistem tanaman dalam persekitaran terkawal dan tertutup (closed plant production systems). Sistem ini dapat mengawal semua faktor persekitaran dan keperluan tanaman seperti cahaya, suhu, pengudaraan, kelembapan udara, karbon dioksida, pembajaan dan pengairan. Terdapat enam ciri utama kilang tanaman yang perlu diaplikasikan dalam sistem iaitu persekitaran terkawal, struktur atau bangunan yang berteknologi hijau serta jimat tenaga, sistem tanaman bertingkat atau vertikal, penggunaan air dan baja yang efektif, bebas daripada penggunaan racun perosak dan penyakit serta penggunaan pencahayaan buatan seperti Light Emitting Diode (LED). Aplikasi teknologi kilang tanaman dapat menangani isu sisa baki racun dalam produk komoditi sayuran dan seterusnya meningkatkan kualiti hasilan segar. Di MARDI Serdang, sebuah kilang tanaman berskala perintis untuk menghasilkan sayursayuran dan herba yang bernilai tinggi telah dibina. Secara umumnya, serangan serangga dan jangkitan penyakit di dalam kilang tanaman adalah minimum iaitu kurang 0.05% insiden serangan. Walau bagaimanapun, kehadiran faktor biologi seperti alga, mikroorganisma dan serangga didapati boleh menyebabkan kualiti tanaman terjejas dan mengurangkan hasil pengeluaran. Langkah pemantauan dan pengurusan faktor biologi yang dibangunkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Kilang Tanaman MARDI. Sebelum ini tiada penetapan SOP Kilang Tanaman yang dikeluarkan oleh mana-mana agensi di dalam dan di luar negara. Setiap pengeluar mempunyai SOP yang tersendiri, sebagai contoh Japan Agricultural Standard (JAS) masih dalam peringkat perbincangan mengenai penetapan SOP Kilang Tanaman terutamanya berkaitan dengan pengurusan faktor biologi untuk negara Jepun. Pengurusan Algae merupakan organisma yang bersifat fototrofik dan boleh membuat makanan sendiri. Alga boleh menghasilkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Bagaimana pun di dalam kilang tanaman, ketumpatan alga (algae density) yang tinggi akan menyebabkan kualiti air dan tanaman terjejas. Secara visual, ketumpatan alga yang tinggi (>104 – 106 cells mL-1) akan menyebabkan larutan nutrien keruh dengan bacaan ketumpatan oksigen terlarut (dissolved oxygen) yang rendah iaitu kurang daripada 6 ppm. Ketumpatan alga yang tinggi boleh menarik kehadiran serangga seperti fungus gnat (Bradysia sp.) dan shore fly (Scatella sp.) dan juga jangkitan penyakit disebabkan oleh Phytium spp. Cara terbaik pengawalan alga adalah menggunakan medium tanaman (span) berwarna hitam dan menutup permukaan sistem penanaman dengan bahan legap (plastik hitam) bagi menghalang pantulan cahaya ke permukaan air. Selain itu, penggunaan tangki pelindung pantul cahaya dan paip legap juga turut membantu bagi mengurangkan ketumpatan alga. Namun, terdapat beberapa cadangan pengawalan alga seperti menggunakan hidrogen peroksida, klorin, air terozon dan cahaya ultra ungu (UV). Penggunaan aplikasi cahaya UV dilaporkan dapat mengurangkan masalah alga dan juga penyakit bawaan air. Kajian mengenai kesan aplikasi cahaya UV terhadap ketumpatan alga sedang dijalankan di Kilang Tanaman MARDI. Untuk langkah pencegahan, dulang penanaman termasuk keseluruhan sistem penanaman perlu dibersihkan dan disinfeksi dengan bahan disinfeksi seperti hidrogen peroksida (0.08%) atau sodium hipoklorik (10%) pada setiap pusingan penanaman bagi mengekalkan sanitasi yang baik di dalam kilang. Kaedah flushing dan semburan ke setiap permukaan sistem penanaman adalah disyorkan bagi tujuan disinfeksi. Bagi tujuan Pengurusan Mikroorganisma sama ada jenis mikroorganisma patogenik (mikroorganisma yang menyebabkan penyakit tanaman) atau tidak patogenik di kilang tanaman amat penting dan terbahagi kepada pengurusan persekitaran dan pengurusan kualiti. Bagi memastikan kualiti hasil pengeluaran adalah terbaik sebaiknya kawalan dan pengurusan mikroorganisma persekitaran terutamanya mikroorganisma patogenik harus dikawal. Antara penyakit utama pada tanaman salad adalah seperti Phytium spp. yang boleh menyebabkan penyakit lecuh anak pokok, Botrytis cinerea yang menyebabkan kulapuk kelabu dan Fusarium oxysporum yang menyebabkan penyakit layu (Sila lihat foto disebelah). Pemantauan secara berkala perlu dilakukan untuk mengelakkan penyebaran penyakit. Bagi pengurusan persekitaran, disyorkan ujian mikrobiologi mikroorganisma persekitaran dilakukan setiap bulan. Had mikrobiologi mikroorganisma bawaan udara dan permukaan tidak boleh melebihi kadar 0 - 4 cfu/m3 dan 100 cfu/25 m2 untuk bakteria manakala kulat pada kadar 16 - 24 cfu/m3 dan - 51 cfu/25 m2 berdasarkan had piawaian ditetapkan oleh Japan Agricultural Standard (JAS). Sekiranya jumlah mikroorganisma melebihi aras ditetapkan, aktiviti disinfeksi akan dijalankan dengan cara menggunakan bahan disinfeksi. Pemakaian peralatan perlindungan diri (personal protective equipments) atau PPE yang lengkap merangkumi kot makmal, penutup kepala, penutup muka serta penutup kasut oleh petugas di kilang tanaman adalah penting sepanjang aktiviti penanaman berlangsung termasuk bagi pelawat yang hadir. Ini penting bagi meminimumkan populasi mikroorganisma di persekitaran kilang tanaman dan seterusnya mengurangkan jangkitan penyakit. Penggunaan ujian ATP (Lumitester) selain ujian mikrobiologi mikroorganisma persekitaran bagi mengukur tahap sanitasi kilang tanaman dan kualiti air telah dipraktikkan di Kilang Tanaman MARDI bagi mendapatkan keputusan sanitasi yang pantas dan tepat. Had mikrobiologi sayuran yang ditanam di kilang tanaman adalah rendah berbanding dengan sayuran yang ditanam menggunakan penanaman secara hidroponik dan penanaman secara terbuka. Kajian yang dijalankan di Kilang Tanaman MARDI menunjukkan bahawa kiraan jumlah mikrob pada hasil tuaian yang menggunakan sistem teknologi penanaman di dalam kilang tanaman adalah lebih rendah berbanding dengan sayuran komersial yang dijual iaitu 101-102 cfu/g bagi bakteria mesofilik aerobik, koliform serta yis dan kulat (Jadual 5). Bagi memastikan kualiti sayuran yang ditanam di kilang tanaman adalah selamat, pengurusan kualiti tuaian sayuran perlu dijalankan. Pengurusan kualiti bagi hasil tuaian perlu dijalankan pada setiap musim penuaian di mana had mikrobiologi pada hasil tuaian tidak boleh melebihi 100 -106 cfu/g. Hal ini demikian kerana sayursayuran yang ditanam di kilang tanaman ialah sayur-sayuran berdaun dan cenderung dimakan mentah. Oleh itu, pengurusan persekitaran dan sanitasi adalah penting bagi memastikan ia selamat dimakan. Pengurusan serangga dalam kilang tanaman perlu diambilkira kerana selalunya serangan serangga perosak adalah sangat rendah di dalam kilang tanaman kerana menggunakan sistem penanaman bertutup dengan ujudkan persekitaran terkawal. Terdapat juga mungkin akann kehadiran serangga yang mengganggu kualiti dan sanitasi kilang tanaman yang dipanggil 'Nuisance pests' sekiranya tidak dikawal seperti serangga Shore fly (Diptera: Ephydridae), Fungus gnat (Diptera: Scaridae) dan Aquatic midge (Diptera: Chironomidae). Kehadiran nuisance pests ini adalah disebabkan oleh kehadiran dan ketumpatan alga yang tinggi. Serangga aquatic midget seperti di foto sebelah. Kehadiran serangga ini perlu diambil perhatian kerana dikhuatiri sebagai pembawa penyakit tanaman terutamanya fungus gnat. Pengawalan alga dapat membantu didalam cara mengurangkan kehadiran serangga. Walaupun kehadiran serangga perosak adalah minimum, serangga lain seperti semut, lipas dan lalat mungkin hadir di dalam kilang tanaman. Oleh itu, pemantauan secara berkala perlu dijalankan untuk membendung serangga perosak daripada memasuki kilang tanaman. Sesuai juga gunakan perangkap lekit berwarna kuning memudahkan untuk mengesan kehadiran serangga tersebut. Pemantauan kehadiran serangga perlu dijalankan secara berkala terutamanya melibatkan laluan pintu-pintu masuk seperti kemasukan bahan tanaman daripada nurseri, aktiviti keluar masuk individu/ bahan atau peralatan dan pembuangan sisa bagi mengelakkan sebarang serangga masuk ke dalam premis kilang tanaman. Secara ringkasnya, pengurusan serangga dan perosak adalamempaatikan penggunaan perangkap lekit kuning di dalam premis, di pintu-pintu masuk (utama dan nurseri). Kedua adalah caranya dengan menyelaputi bahagian kaki rak tanaman dengan bahan pelekat (insect coating barrier). Cara ke 3 adalah dengan menggunakan umpan perosak di setiap sudut premis (lipas, tikus, semut) dan cara ke 4 dengan tidak makan dan minum di dalam kilang tanaman . Sebagai kesimpulan adalah penting dalam melakukan pengurusan faktor biologi dengan mempastikan penghasilan tanaman yang berkualiti. Sanitasi sepanjang operasi perlu dititikberatkan dan pemantauan secara berkala perlu dijalankan. SOP pengurusan faktor biologi di kilang tanaman perlu dipatuhi bagi memastikan operasi penanaman di dalam kilang tanaman berjalan lancar dan hasil tuaian adalah yang terbaik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... MENANAM SAYUR... PELBAGAI CARA... DALAM KILANG... LAMPU DIGUNANYA... ADA PEROSAK... ADA PENYAKIT JUGA... DIKAWL... PENGURUSAN SEMPURNA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (3 Rabiul Akhir 1442H).
  19. TANAMAN UBI KAYU (Manihot esculenta Crantz ) atau Tapioca dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika dan diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubikayu selalunya ditanam secara monokrop komersil atau pun ditanam sebagai tanaman campuran dengan buah-buahan. Bagaimana pun di kawasan pendalaman di Malaysia serperti perkampungan orang asli dan di Sarawak serta Sabah tanaman ubi kayu ini ditanam bersama-sama dengan padi bukit juga ditanam secara kecil-kecilan yang menjadi penting didalam membekal makanan mereka. Kini ada usaha sektor swasta untuk menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel, kanji, prosesan keripik dan juga pelbagai produk lain. Tinjauan penulis blog ke negara jiran Thailand mendapati tanaman ubikayu idlakukan diatas tanah bris dimana ia merupakan tanaman komersil penting untuk dijual kepada kilang. Umum tahu dimana ubikayu boleh dijadikan sebagai makanan pada manusia serta haiwan ternakan dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi (sejenis pemanis dalam industri minuman dan mimuman yang bertin) dan pengganti separa tepung gandum. Seluas 3,337 hektar ubikayu ditanam di Malaysia pada tahun 2018 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 48,652 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Antara negeri yang luas menanam ubikayu di Malaysia adalah Johor (693 hektar), Selangor (676 hektar) dan Sarawak (641 hektar) dan negeri-negeri lain menanam luas kurang dari 100 hektar. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai teknologi tanaman ubikayu untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua. Tanaman ubikayu memang menghadapi ada masaalah serangan perosak dan penyakit. Salah satu penyakit yang penting menyerang tanaman ubi kayu ialah penyakit Antraknos. Ianya juga disebabkan oleh kulat Colletotrichum gloeosporioides f.sp. manihotis. Kulat ini menyebabkan bintik-bintik dan hawar pada daun (Sila lihat foto disebelah). Ianya juga menyebabkan kematian pada batang muda dan kanker pada batang-batang tua. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat carbendazim atau chlorothalonil iaitu jika perlu. Dalam pada itu dilaporkaan tanaman ubikayu juga diserang Penyakit “Velvet blight” yang disebabkan oleh kulat dikenali sebagai Septobasidium sp. Kulat ini mengeluarkan lapisan kelabu pada batang ubi kayu. Sebenarnya kulat ini secara semulajadi mempunyai hubungan simbiosis dengan teritip (scale insects). Serangga Teritip menghisap tisu batang dan kulat pula tumbuh di atasnya dan mengekstrak nutrient daripada teritip dimana pada masa yang sama akan menjadi pelindung kepada teritip. Sekiranya jangkitan sangat teruk dari teritip dan kulat, batang akan menjadi kering dan reput. Sebagai langkah kawalan, bahagian yang dijangkiti kulat hendaklah dikikis dan pastikan ianya tidak jatuh ke tanah. Didakwa untuk kawalan teritip disyorkan dengan penggunaan bahan dinamakan “White oil” (Albolinuem). Bagi perosak yang menyerang tanaman ubikayu perlu dikawal kerana serangan serangga dan hamama boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada tanaman ubi kayu terutamanya pada musim kering atau musim panas, kehilangan daun-daun dan pucuk akan berlaku. Namun demikian pokok akan pulih semula tanpa penggunaan racun perosak. Ubi kayu ialah tanaman berkayu/keras dan tidak mudah dirosakkan oleh perosak. Koyakoya, hama dan tikus merupakan perosak yang biasa menyerang ubi kayu. Pertama adalah Perosak Koya (Mealy bugs) dimana ada beberapa spesies koya-koya didapati menyerang tanaman ubi kayu (Sila lihat foto disebelah). Serangga betina dewasa berbadan lembut bersegmen, tanpa sayap, panjangnya 2.5mm dan diselaputi filamen putih berlilin. Kitaran hidupnya dari peringkat telur hingga dewasa mengambil masa 6 minggu. Simtom kerosakan Daun dan pucuk berubah bentuk dan berwarna kuning disebabkan oleh serangan serangga ini. Ianya merembes cecair manis yang menggalakkan kulat berjelaga yang mengakibatkan kehitaman pada daun, batang dan buah. Serangga ke 2 adalah Hamama (Mites) iaitu serangga peringkat dewasa sangat kecil, ianya berwarna kehijauan hingga kekuningan atau kemerahan bergantung kepada jenis spesies. Ianya kelihatan seperti titik yang bergerak. Semasa hujan lebat berlaku mungkin keseluruhan peringkat hidup hamama ini dilarikan oleh air hujan berkenaan. Simtom kerosakan Hamama menyerang dengan menghisap cecair pada pucuk, daun muda dan batang yang masih muda. Jika serangan teruk, daun muda akan cacat, daun tua akan layu dan gugur . pucuk juga berkemungkinan akan mati. Permukaan batang menjadi berparut. Serangan hamama ini biasanya berlaku dalam keadaan kemarau yang berpanjangan. Perosak ke 3 adalah Lalat putih (Whitefly) dimana serangga ini mempunyai kepak dan badan serangga dewasa berwarna putih, bersaiz 0.5 - 0.8mm panjang (Sila lihat foto disebelah). Badannya berwarna kekuning-kuningan dilitupi dengan serbuk (bedak) putih berlilin. Simptom kerosakan iaitu oleh serangga dewasa serta nimfa secara ianya menghisap cecair dari daun dan mengeluarkan sisa buangan”madu rembesen” yang menyebabkan pertumbuhan kulapuk hitam. Serangan biasanya tidak menimbulkan kerosakan yang jelas tetapi jika populasinya agak tinggi pembesaran pokok akan terbantut. Perosak ke 4 dikenali sebagai Teritip (Scale insect) dimana serangga dewasa dan nimfa melekat serta menghisap cecair dari bahagian batang atau daun ubi kayu. Keadaan ini menyebabkan pokok kelihatan pudar dan diselaputi kulapuk hitam. Daun akan menjadi kering dan layu dimana akhirnya dahan ubikayu yang diserang akan mati. Perosak ke 5 adalah serangan Tikus (Rat) dimana kadang-kadang tikus juga memakan dan merosakan ubi-ubi yang terkeluar dari permukaan tanah. Tikus boleh diracun dengan umpan yang mengandungi warfarin dan pastikan kawasan ladang adalah sentiasa bersih untuk mengurangkan tempat tikus bersembunyi. Pembentukan ubi mula berlaku selepas 2 bulan keratan ditanam. Tempoh matang ubi kayu bergantung kepada jenis varieti yang ditanam. Pada amnya ubi kayu boleh dituai hasil ubinya dari 9 - 24 bulan selepas ditanam. Ini adalah bergantung kepada jenis varieti, keadaan cuaca dan juga keadaan tanah. Ada juga varieti yang boleh dituai ketika mencapai umur 6 - 7 bulan selepas ditanam. Sebelum kerja-kerja menggali ubi dilakukan pokok-pokok ubi kayu hendaklah dipotong dan tinggalkan lebih-kurang 1 kaki dari permukaan tanah untuk memudahkan kerja menggali. Alat Fork yang mempunyai tiga mata boleh digunakan untuk kerja-kerja menggali. Kerja-kerja penuaian boleh juga dilakukan dengan menggunakan jentera akan tetapi penanaman menggunakan batas hendaklah diamalkan. Namun cara penuaian dengan menggunakan jentera juga menghadapi masalah kerana ubinya kadang-kadang menjalar jauh dan juga ubi masuk jauh kedalam tanah. Walaupun kerja penuaian dapat dipercepatkan tetapi kerosakan pada ubi boleh mencapai sampai 20%. Sebaiknya ubi segar yang telah dituai hanya boleh tahan dalam masa lebih-kurang 48 jam. Menurut penemuan penyelidik luar negara, penyaduran ubi dengan ”fungicidal wax” didapati dapat memanjangkan jangka hayat masa penyimpanan sehingga 16 hari dan penyimpanan di tempat sejuk (0 - 2 Celcius) dengan kelembapan udara relatif 85 - 90% dilaporkan boleh juga meningkatkan hayat penyimpanan sehingga 6.5 bulan. Kerja-kerja penuaian tidak dapat dilakukan sekali gus kerana ubi segar cepat rosak. Oleh itu kuantiti yang dituai bergantung kepada keperluan. Di ladang yang dijaga dengan baik, jenis yang pahit boleh menghasilkan ubi segar sebanyak 30.0-40.0 mt/ha. Untuk jenis yang boleh dimakan pula, hasil ubi segar ialah kira-kira 20.0-30.0 mt/ha. Faktor utama yang mempengaruhi penghasilan ubi ialah kesuburan tanah, jenis tanah, operasi kultura, jenis varieti yang ditanam, penjagaan pokok, penggunaan baja, umur pokok, jarak penanaman, keadaan cuaca dan kekerapan penanaman pada satu-satu kawasan. Artikel ini mempunyai 3 segmen yang perlu dibaca bersama. Semuga siri artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... MENANAM UBIKAYU... TEKNOLOGI ADA... JENIS MANIS... JENIS PAHIT YANG MANA... BENIH DITANAM... KEMUDIAN DI BAJA... BILA CUKUP UMUR... DITUAI HASILANNYA.. By, M Anem, Senior Agronommist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (29 RabiulAwal 1442H).
  20. TANAMAN UBI KAYU (Manihot esculenta Crantz ) atau Tapioca dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika dan diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubikayu selalunya ditanam secara monokrop komersil atau pun ditanam sebagai tanaman campuran dengan buah-buahan. Bagaimana pun di kawasan pendalaman di Malaysia serperti perkampungan orang asli dan di Sarawak serta Sabah tanaman ubi kayu ini ditanam bersama-sama dengan padi bukit juga ditanam secara kecil-kecilan yang menjadi penting didalam membekal makanan mereka. Kini ada usaha sektor swasta untuk menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel, kanji, prosesan keripik dan juga pelbagai produk lain. Tinjauan penulis blog ke negara jiran Thailand mendapati tanaman ubikayu idlakukan diatas tanah bris dimana ia merupakan tanaman komersil penting untuk dijual kepada kilang. Umum tahu dimana ubikayu boleh dijadikan sebagai makanan pada manusia serta haiwan ternakan dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi (sejenis pemanis dalam industri minuman dan mimuman yang bertin) dan pengganti separa tepung gandum. Seluas 3,337 hektar ubikayu ditanam di Malaysia pada tahun 2018 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 48,652 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Antara negeri yang luas menanam ubikayu di Malaysia adalah Johor (693 hektar), Selangor (676 hektar) dan Sarawak (641 hektar) dan negeri-negeri lain menanam luas kurang dari 100 hektar. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai teknologi tanaman ubikayu untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua. Peringkat asas menanam ubikayu adalah menentukan jenis dan varieti ubikayu yang hendak ditanam dan mempastikan benih mencukupi dan tulin. Penyediaan bahan tanaman menggunakan keratan dimana ia hendaklah diperolehi dari bahagian batang yang telah cukup matang iaitu bahagian tengah batang. Bahagian batang yang muda tidak sesuai dijadikan bahan tanaman kerana ianya mudah kering. Jika ianya diperlukan juga kerana kekurangan bahan tanaman sebaiknya hendaklah ditanam terlebih dahulu di tapak semaian untuk tujuan pengakaran. Bahagian pangkal batang perlu dielakkan kerana bahagian ini selalu diserang oleh mosaik virus. Keratan hendaklah diperolehi dari pokok-pokok yang bebas penyakit. Keratan berukuran lebih kurang 30cm perlu disediakan apabila kerja-kerja penanaman akan dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya untuk penyediaan anak benih 30 cm bahagian pangkal dan hujung atau bahagian batang yang masih hijau perlulah dibuang. Dengan itu sebatang pokok ubi kayu dapat memberikan 4 - 5 keratan iaitu untuk pokok yang berumur 6 - 8 bulan selepas ditanam. Jumlah batang pokok ubi kayu yang diperlukan sebagai bahan tanaman untuk kawasan seluas satu hektar ialah lebih kurang 2,000 batang. Sementara sebanyak 9 - 10 keratan boleh diperolehi dari sebatang pokok ubi kayu yang berumur 10 - 12 bulan. Sebelum menanam sebaiknya dielakkan dari kawasan penanaman yang lembab dimana ia menakung air yang boleh menyebabkan keratan anakbenih akan menjadi rosak atau buruk. Keratan benih akan mula tumbuh lebih-kurang dalam masa seminggu selepas penanaman. Kerja-kerja penggantian keratan yang tidak tumbuh boleh dilakukan dalam bulan yang pertama. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 1.0m x 1.0m dan jumlah keratan yang diperlukan untuk satu hektar ialah 10,000 keratan. Penanaman boleh dilakukan dengan 2 cara sama ada Secara Condong (Slanting) atau pun Secara Baring (Horizontal). Bagaimana pun penulis blog mendapati kebanyakan petani-petani mengamalkan penanaman cara condong. Kaedah ini dimana benih atau bahan tanaman ini akan ditanam dengan membiarkan lebih kurang 10cm batang di atas permukaan tanah dengan beberapa tunas terdedah. Kecondongan yang selalu dilakukan adalah dipraktikan sekitar 40 - 45 darjah. Teknologi ini didakwa membolehkan pengakaran dan pertumbuhan pokok akan menjadi lebih cepat. Kaedah kedua iaitu menanam car baring dilaporkan lebih sesuai untuk kawasan yang kurang menerima hujan atau tanah yang mudah kering. Cara ini adalah untuk tanah yang sering basah mungkin akan menyebabkan keratan mudah rosak atau buruk. Jika penanaman menggunakan jentera diamalkan maka selalunya kaedah penanaman secara baring adalah sesuai kerana pertumbuhannya akan lebih seragam. Ada pula amalan menanam Secara Menegak bagi diamalkan seseorang petani terutama dikawasan tanah gambut. Menanam secara menegak membolehkan akar akan keluar daripada semua sudut dan pembentukkan umbisi kebih menyeluruh kedudukannya. kelemahan tanaman secara menegak dimana ada kemungkinan anakbenh tumbang jika tidak terlalu dalam semasa mennamnya. Penanaman ubi kayu memerlukan makanan yang banyak. Oleh itu baja yang sewajarnya perlu diberikan. Pada amnya penggunaan baja lengkap/sebatian (NPK 12:12:17:2 ) dengan kadar 450kg - 700kg/ha boleh digunakan. Pembajaan secara tabur tidak begitu digalakan kerana ini akan memudahkan rumput rampai mengambil nutrien berkenaan. Pembajaan boleh dilakukan semasa penanaman dan pembajaan kali ke-2 boleh dilakukan pada ketika umur pokok 2 bulan selepas ditanam. Kawalan rumpai memang sangat penting didalam amalan agronominya. Semasa penyediaan tanah pada peringkat awal yang teratur dikatakan dapat mengawal rumput dengan baik. Pengawalan rumpai perlu dilakukan dalam masa tiga bulan yang pertama. Selepas pokok tumbuh dengan rimbun dan subur secara tidak langsung pertumbuhan rumput-rumpai dapat dikawal. Kawalan rumput-rumpai pada tiga bulan yang pertama ini boleh dilakukan secara manual atau penggunaan racun herba. Pengawalan rumput secara manual ialah samaada menggunakan tajak atau cangkul. Kerja-kerja merumput menggunakan kaedah ini boleh dilakukan ketika pokok berumur 25 - 30 hari selepas ditanam dan merumput kali yang kedua boleh dilakukan pada ketika umur pokok dua bulan. Penggunaan racun pra-cambah seperti Diuron (1.6kg a.i./ha ) boleh juga digunakan untuk mengawal pertumbuhan rumput. Penyemburan dilakukan sebelum atau sejurus selepas penanaman. Jika penggunaan racun ini tidak begitu berkesan kerja merumput perlu dilakukan pada bulan yang ke-2 atau ke-3. Racun rumput pra-cambah seperti seperti Atrazine dan Alachlor boleh juga digunakan. Artikel ini mempunyai 3 segmen yang perlu dibaca bersama. Semuga siri artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... MENANAM UBIKAYU... TEKNOLOGI ADA... JENIS MANIS... JENIS PAHIT YANG MANA... BENAIH DPTANAM... KEMUDIAN DI BAJA... BILACUKUP UMUR... DITUAI HASILANNYA.. By, M Anem, Senior Agronommist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (29 RabiulAwal 1442H).
  21. TANAMAN UBI KAYU (Manihot esculenta Crantz ) atau pun Tapioca yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika dan diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam keluarga besar Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubikayu selalunya ditanam secara monokrop komersil atau pun ditanam sebagai tanaman campuran dengan buah-buahan. Bagaimana pun di kawasan pendalaman di Malaysia serperti perkampungan orang asli di Semenanjung dan pribumi di Sarawak serta Sabah amalan penanaman ubi kayu ini ditanam bersama-sama dengan padi bukit juga ditanam secara kecil-kecilan yang menjadi aktiviti penting didalam membekal makanan mereka. Kini ada usaha sektor swasta untuk menanam secara besar-besaran ubi kayu untuk tujuan pengeluaran biodisel, kanji, prosesan kerepik dan juga pelbagai produk lain. Tinjauan penulis blog ke negara jiran Thailand mendapati tanaman ubikayu dilakukan diatas tanah bris dimana ia juga merupakan tanaman komersil penting untuk dijual kepada kilang. Umum tahu dimana ubikayu boleh dijadikan sebagai makanan pada manusia serta haiwan ternakan dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi (sejenis pemanis dalam industri minuman dan mimuman yang bertin) dan pengganti separa tepung gandum. Seluas 3,337 hektar ubikayu ditanam di Malaysia pada tahun 2018 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 48,652 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Antara negeri yang luas menanam ubikayu di Malaysia adalah Johor (693 hektar), Selangor (676 hektar) dan Sarawak (641 hektar) dan negeri-negeri lain menanam kurang dari 100 hektar. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai teknologi tanaman ubikayu untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua. Ramai mungkin tidak mengetahui akan jenis dan spesis ubikayu yang sesuai ditanam di Malaysia. Sebenarnya ada ubikayu ditanam mengikut kegunaan terakhir sama ada untuk dimakan segar, diproses menjadi keripik, untuk biodisel, barangan kosmetik, kanji, ubatgigi dan sebagainya yang berlainan jenisnya. Jenis-jenis ubi kayu boleh dikenali dengan ciri-ciri tertentu. Umpamanya dikelaskan berdasarkan ciri morfologi seperti bentuk daun, saiz daun, warna tangkai daun, tinggi pokok, batang dan kulit ubi serta kandungan asid hidrosianik. Kandungan asid hidrosianik telah digunakan untuk mengkelaskan ubi kayu jenis manis dan jenis pahit. Menurut Gerona (1994) dilaporkan dimana Ubi Kayu Jenis Pahit mengandungi kandungan Asid hidrosianik dari 100 ppm hingga 400 ppm berdasarkan berat ubi segar. Sementara itu jenis Ubi Kayu Jenis Manis mempunyai nilai kandungan asid hidrosianik kurang dari 100 ppm. Kandungan Asid hidrosianik pada varieti jenis manis hanya terdapat pada bahagian kulit ubi dan pada bahagian isinya boleh dikatakan rendah. Pengkelasan varieti ubi kayu berdasarkan kandungan Asid hidrosianik harus berhati-hati kerana kandungan Asid hidrosianik pada varieti-varieti tertentu mungkin berbeza mengikut keadaan persekitaran tanaman ubi tersebut ditanam (Onwueme,1978 ). Dilaporkan dimana Ubikayu Jenis Manis ini biasanya digunakan untuk makanan dan tangkai daunya kebiasaanya berwarna merah. Diantara jenis-jenis varieti ubi kayu yang tergolong dalam jenis manis ialah Varieti Sawah, Varieti Medan, Varieti Kabu, Varieti Betawi, Varieti Pulut dan sebagainya. Pada umumnya jenis manis mencapai kematangan 6 - 10 bulan selepas ditanam. Ubinya mudah rosak jika penuaian lambat dilakukan. Jabatan Pertanian mengesyorkan varieti Sawah untuk ditanam oleh petani. Varieti ini didapati sesuai untuk dimakan setelah direbus kerana isinya empuk. Disamping itu juga ianya boleh digunakan untuk membuat kuih yang berasaskan ubi kayu. Sebenarnya Varieti Putih pula disyorkan untuk membuat kerepek ubi kayu. Ciri-ciri kedua-dua varieti ini ialah seperti dalam jadual 1. Ubi Jenis Pahit adalah dimana ia ditanam untuk pengeluaran kanji dan juga makanan ternakan. Varieti jenis pahit pada kebiasaanya dari segi marfologi mempunyai tangkai daun berwarna kuning atau warna hijau. Diantara varieti ubi jenis pahit ialah seperti varieti Black Twig, varieti Perintis, varieti MM 92 dan lain-lain. Pada kebiasaanya jenis ubi kayu jenis pahit mencapai kematangan dalam masa 12 - 18 bulan selepas ditanam iaitu lebih lama daripada ubi jenis manis. Bagaimana pun satu varieti iaitu MM92 boleh mula dituai ketika umurnya mencapai 6 bulan selepas ditanam (Sila lihat foto disebelah). Varieti jenis pahit tidak mudah rosak jika penuaian lambat dilakukan dan selalunya lebih tahan lama disimpan berbanding dengan jenis ubi manis. Hanya bezanya adalah dimana kandungan serat mungkin tinggi. Varieti-varieti ubikayu pahit yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ditanam oleh petani ialah MM92 dan varieti Perintis. Ciri-ciri kedua-dua varieti ini ialah seperti pada jadual 1diatas untuk dirujuk. Anggaran penghasilan bagi ubi pahit sekitar 30 - 40 metrik tan sehektar. Kandungan kanji bagi jenis Perintis adalah 78.4% dan sebanyak 80.1% bagi jenis MM92. Kesesuaian tanah dan penyediaan tanah adalah penting dilakukan bagi tujuan penanaman ubikayu. Jenis tanah yang sesuai untuk ubi kayu adalah bersifat peroi berpasir dimana untuk kawasan penanaman yang baru dibuka seperti jika dari kawasan hutan sebaiknya kerja-kerja seperti pembersihan kawasan, pembuangan tunggul-tunggul kayu dan pembakaran perlu dibuat dengan sempurna. Penyediaan tanah hendaklah dibuat supaya perancangan jadual penanaman dapat dilakukan pada musim hujan. Tapak tanaman hendaklah dibajak dan putar. Ubi kayu sebaiknya ditanam di atas batas terutamanya tanah mineral tetapi boleh juga ditanam tanpa batas untuk tanah yang gembur seperti tanah gambut yang telah terurai. Namun paras air tanahnya hendaklah dikawal (30 - 60cm dari permukaan tanah). Cara penanaman tanpa batas untuk tanah mineral dapat dilakukan namun kerja-kerja penuaian sukar dilakukan, walau pun sebelum penanaman tanah telah dibajak. Akibat hujan dan panas tanah menjadi padat. Disamping itu ubi mudah reput sekira tempoh kematangan ubi berlaku pada musim hujan. Penggunaan batas-batas berukuran 60cm lebar dan 20cm tinggi membolehkan pembesaran ubi yang cepat serta memudahkan kerja-kerja seperti memunggut hasil, pengawalan rumpai dan sebagainya. Keadaan suhu yang optima untuk penanaman ubi kayu ialah antara 25 - 29 Celcius. Altitiud penanaman ialah dari 30 darjah utara (N) hingga 30 darjah Selatan (S). Ianya tidak tahan terhadap keadaan bersalji dan mesti terhindar dari keadaan bersalji selama 300 hari. Pertumbuhan ubi kayu akan terbantut sekiranya keadaan suhu kurang dari 10 Celcius dan hasil ubi segar akan berkurangan apabila keadaan suhu melebihi 29 Celcius. Ianya tidak sesuai ditanam di kawasan yang berada di aras ketinggian melebihi 1,000m dari paras laut. Jika ketinggian melebihi tahap ini, pertumbuhan pokok akan menjadi lambat dan hasil ubi segar akan berkurangan. Taburan hujan yang serata dengan kadar 100 - 150cm setahun adalah sesuai untuk pertumbuhan ubi kayu. Walau bagaimana pun untuk kawasan yang menerima hujan melebihi 250cm setahun ianya masih boleh ditanami dengan ubi kayu dengan syarat sistem peparitan hendaklah ada. Bagi kawasan yang menerima hujan tahunan kurang dari 50sm pula, sumber air hendaklah kedapatan di kawasan berkenaan.Walau pun ubi kayu tahan keadaan kemarau, namun peringkat awal pertumbuhan keratan memerlukan air. Artikel ini mempunyai 3 segmen yang perlu dibaca bersama. Semuga siri artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... MENANAM UBIKAYU... TEKNOLOGI ADA... JENIS MANIS... JENIS PAHIT YANG MANA... BENIH DI TANAM... KEMUDIAN DI BAJA... CUKUP UMUR... DITUAILAH HASILANNYA.... By, M Anem, Senior Agronommist, Precint 11, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (29 RabiulAwal 1442H).
  22. KAPUR BARUS (Kampor) merupakan sejenis pepejal yang lutsinar atau keputihan berlilin dan mudah terbakar beraroma kuat. Ia juga dipanggil sebagai Nafthalene Ball dikalangan pengedar di negara kita yang mudah dibeli dari kedai runcit dan perabut diseluruh negara. Ia merupakan bahan terpenoid dengan formula kimia C10H16O. Kapur Barus mempunyai bau dan ia berwarna putih dengan selaluinya didapati ditemui dalam kayu herba iaitu Cinnamomum camphora iaitu sejenis pokok malar hijau yang didakwa berada di Taiwan atau Hutan Borneo. Pokok ini memang ada di Asia terutamanya di pulau-pulau Sumatera dan Borneo serta merupakan salah satu spesies pokok balak Dryobalanops yang tiada kaitan dari kawasan hutan yang sama. Ia turut didapati dalam pokok yang berkaitan dalam keluarga Lauraceae terutamanya dari pokok Ocotea usambarensis. Minyak daun pokok Rosmerry (Rosmarinus officinalis) pula dilaporkan juga memang ada mengandungi 10 - 20% bahan kampor iaitu berbanding dengan tumbuhan Heterotheca yang hanya mengandungi sekitar 5% kampor sahaja. Bahan ini juga boleh diperolehi secara sintetik daripada minyak Turpentine. Bagaimana pun dilaporkan dimana nama "kapur barus" ini terdiri daripada dua perkataan komponennya iaitu "Kapur" dan "Barus" pula ianya merupakan nama sebuah pelabuhan lama yang kini terletak di kota moden Sibolga di bahagian pantai barat pulau Sumatera. Ada pun dari rujukkan mendapati kisah dimana dipelabuhan tersebutlah maka terkenal dengan perdangngan bahan ini yang diekstrakkan daripada pokok Cinnamonum camphora yang begitu banyak tumbuh di kawasan ini. Ada juga yang dilaporkan dimana pada zaman dahulu ada masyarakat yang menggunakan kapur barus ini untuk penyediaan makanan. Pada masa ini dikalangan umat Islam penggunaan bahan kapur barus memang bahan pewangi didalam proses untuk memandikan jenazah. Dalam dunia perubatan tradisional pula kapur barus yang dicampurkan dengan minyak bijan didakwa amat berkesan untuk merawat masaalah kulit kakii bersisik. Artikel malam ini sekali lagi dalam blog popular "Anim Agro Technology" saya menulis info asas mengenai kapur barus walau sering kita kenal akan tetapi kurang mengetahui asala usul dan kegunaannya untuk bahan rujukkan anda semua. Biasanya kegunaan kapur barus dikaitkan sifatnya sebagai bahan yang mudah memejalwap dimana ini membolehkan ia digunakan dalam pelbagai cara. Diantara cara guna adalah sebagai bahan pemplastik untuk nitroselulosa yang merupakan bahan mentah dalam pembuatan bunga api dan senjata api. Ia dipercayai memang mampu menjadikan racun kepada beberapa spesis serangga dimana ia digunakan sebagai bahan penghalau serangga (lipas dan sebagainya) didalam almari baju dan beg baju. Ia juga didakwa digunakan sebagai bahan pilihan alternatif kepada 'ubat gegat'. Asap yang terhasil daripada pepejal kapur turut menghasilkan suatu salutan anti-karat lalu ia digunakan dalam peti alatan untuk memelihara logam alatan sepertinya daripada berkarat. Dalam dunia perubatan tradisional sebenarnya kapur barus telah digunakan secara turun-temurun dalam perubatan tradisional. Di kawasan Pulau Sumatra Indonesia dilaporkan dimana kapor barus telah lama digunakan sebagai merawat masaalah kekejangan, bengkak dan keradangan. Ia juga digunakan dalam perubatan Cina secara berkurun-kurun untuk pelbagai tujuan kegunaannya. Dalam industri kapur barus digunakan didalam menghasilkan plastik, varnis, bahan letupan dan untuk menghasilkan ubat penahan sakit serta gatal-gatal. Banyak produk terkenal yang ada menggunakan kapur barus seperti produk sapuan dan salap luaran yang disapu atau digunakan terus kepada kulit kita untuk merawat masaalah kulit gatal. Dalam pada itu memang ramai juga ada menggunakan produk 'Vape Inhaler' yang dicucuk pada lubang hidung dan disedut untuk melapangkan pernafasan dahulu. Ia berkesan untuk atasi masaalah simptom hidung tersumbat, sakit tekan dan batuk yang berkaitan dengan selsema. Anda perlu tahu dimana antara produk yang menggunakan kapur barus adalah Salap (Balm) selsema seperti jenama Vicks (Sila lihat foto disebelah). Produk ini mudah dibeli dimana-mana premis seperti farmasi, kedai runcit, pasaraya dengan ia didapati amat berkesan menghilangkan kesesakan sistem pernafasan terutama dimasa malam hari atau ketika demam selsema. Ia juga ada digunakan didalam ubat sapuan pada dada, tekak atau pun belakang badan bagi membantu sistem pernafasan terutama yang bermasaalah. Ia amat berkesan membantu sistem pernafasan kerana kesan panas pada permukaan kulit. Kapur Barus juga mempunyai fungsi anti kerengsaan, rubefasien, kesan analgesik sederhana. Liniment pada kapur barus merupakan kompoen utama pada kapur barus untuk melegakan masaalah seperti fibrositis, neuralgia dan keadaan sakit yang sama. Kapur barus memang ada digunakan sebagai Ekspekstoran dimana kalau dimakan ia memberi kesan kepada pengeluaran angin didalam badan manusia. Ada banyak kapur barus yang digunakan dalam bentuk minyak atau cecair secara intramuskular atau subkutaneus iaitu perkara yang berkaitan dengan sistem pernafasan. Fungsi kapur barus sebagai Anastetik sederhana dilaporkan mampu untuk menghasilkan tindakbalas kesan kepanasan atau kehangatan bersama baunya yang kuat memang sudah lama digunakan sebagai bahan rawatan tradisional. Bagaimana pun didalam industri perubatan moden mereka telah mengkomersilkan didalam menghasilkan banyak pilihan produk sebagai ubat selsema dan ubat salap. Kapur barus juga dikaitkan sebagai bahan yang merangsang dan cepat bertindakbalas imunisasi tubuh untuk melawan serangan virus. Terdapat 5 petua untuk penggunaan kapur barus untuk didedahkan kepada anda. Kepada mereka yang ada masaalah bersisek kaki boleh ambil 3 ketul kapur barus dan satu cawan minyak bijan. Tumbuk kapur barus sehingga lumat dan masukkan dengan minyak bijan kemudian disapu pada kaki yang bersisik malam hari. Petua ke 2 adalah untuk menyegarkan pakaian sebaiknya ditabur beberapa ketul kapur barus dalam almari. Bagi mengurangkan isu nafas berbau anda boleh 10 biji buah pelaga pada setiap hari pada mulanya dan diikuti dengan ambil 3 ketul kapor barus dan ditumbuk hingga hancur. Kemudian masukkan kedalam kain putih yang bersih dan sedut melalui hidung setiap hari selama seminggu dan minum air limau selepas makan untuk hilangkan bau mulut. Ke 4 adalah bagi tujuan menghalau tikus boleh ditumbuk kasar kapur barus dan diletakan dilubang atau laluan tikus bersarang. Cara ini akan menjadikan tikus meninggalkan tempatnya akubat bau kapur barus. Ke 5 adalah untuk menyegarkan bantal kekabu diman ia dilakukan dengan menaburkan kapur barus kepada bantal kekabu sehingga baunya elok dan bubuk tidak memakannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro tchnology kali ini. Wasallam!!... KAPUR BARUS... TUMBUHAN ASALNYA... BERBAU HARUM... BANYAK GUNANYA... BOLEH DIBELI... DIMANA-MANA JUGA... MEMBACA ARTIKEL...DAPAT INFONYA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia. (4 JamadilAwal 1441H).
  23. TANAMAN HALIA (Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan umbisi dari keluarga Zingiberaceae yang mempunyai nilai perubatan dan komersial yang tinggi. Halia lazimnya akan menghasilkan rizom yang mempunyai daun berbentuk bilah serta batang yang mencecah tiga kaki tinggi. Tumbuhan ini mengeluarkan bunga seperti orkid yang dilihat berwarna kuning kehijauan yang menjadikan halia sesuai sebagai tanaman hiasan dan biasanya ditanam di kawasan tanah tinggi 1,200 - 1,500 m dari aras laut. Di Malaysia dari apa yang penulis blog tinjau, tanaman halia ditanam secara komersial di Bentong, Pahang, Keningau dan Tambunan, Sabah serta Sarawak. Varieti utama yang menjadi pilihan pengusaha ialah Halia Bentong, Halia Bara, Halia Cina, Halia Tanjung Sepat dan Halia Indonesia. Tanaman halia ini dikatakan dapat membantu didalam menghadam makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani dan mampu membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubatan daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada. Permintaan halia di Malaysia bagi pasaran domestik dan antarabangsa sangat tinggi terutama bagi halia Bentong yang mempunyai kualiti tinggi jika dibandingkan dengan halia daripada Indonesia, Thailand, China (Hong Kong), Taiwan dan Amerika Syarikat. Halia Bentong juga mendapat permintaan yang tinggi dari pasaran Hong Kong dan Britain. Tahap pengeluaran yang rendah mengehadkan jumlah kapasiti eskport halia dimana ia disebabkan kekurangan tanah yang sesuai untuk penanaman halia dan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) yang menjangkiti tanaman halia. Sistem fertigasi ialah satu teknik alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit bawaan tanah. Kedua-dua masalah ini merupakan masalah utama pengeluaran halia secara komersial di seluruh dunia. Penanaman sayuran daun dan buah dengan menggunakan teknologi fertigasi telah terbukti berkesan dan efisien. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat 3-5 kali ganda berbanding dengan cara konvensional. Penanaman halia secara fertigasi di tanah rendah turut meningkatkan hasil rizom halia berbanding dengan sistem konvensional. Dengan menggunakan sistem fertigasi, halia di tanah rendah dapat ditanam secara berulang di tempat yang sama secara berterusan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis teknologi penanaman halia secara fertigasi untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua. Antara faktor yang penting dalam usaha pengeluaran tanaman adalah aras keasidan larutan nutrien yang dinamakan pH iaitu pengukuran asid atau alkali sesuatu larutan. Larutan itu berasid jika pHnya kurang daripada 7, neutral pada nilai 7 dan alkali jika nilai bacaannya lebih daripada 7. Bagi tanaman halia secara fertigasi, pH yang disyorkan adalah antara pH5.5 - 6.5. Nilai pH dapat ditentukan dengan meter pH atau menggunakan kertas litmus. Teknik pengairan baja hendaklah dilakukan setiap hari dengan kekerapan 4 - 6 kali sehari, bergantung pada keadaan cuaca dan peringkat umur pokok. Pada hari yang panas pembajaan fertigasi dilakukan 4 - 6 kali sehari. Pada hari hujan atau mendung dan lembap pembajaan dilakukan 1 - 2 kali sehari. • Pokok yang baru ditanam tidak memerlukan banyak baja berbanding dengan pokok yang telah mengeluarkan rizom. Jangka masa penitisan ini dilakukan bergantung pada saiz paip dan tekanan air (pam) iaitu 3 - 5 minit. Biasanya pam dimatikan apabila kelihatan tanda-tanda lembap pada medium tanaman dan lebihan air mula keluar daripada lubang lebihan air. Secara umumnya, tanaman memerlukan 1 - 1.5 liter air sehari. Pada peringkat awal iaitu selepas dipindahkan ke dalam polibeg, kuantiti larutan baja yang diperlukan adalah antara 200 - 300 ml sehari. Selepas minggu ketiga dipindahkan ke dalam polibeg, keperluan larutan baja bertambah kepada 500 - 800 ml sehari. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan penitis yang tersumbat bagi mengelak pokok layu kerana tidak mendapat larutan baja. Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara jam 9.00 –10.00 pagi. Biasanya pokok halia akan layu bermula daripada daun. Apabila ini terjadi sebaiknya di cabut penitis daripada tiub mikro dan bersihkan. Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangkan masalah ini. Sebaiknya alat penapis perlu sentiasa dibersihkan dari semasa ke semasa supaya dapat berfungsi dengan baik. Mengawal penyakit dan serangga perosak Penanaman halia secara fertigasi di bawah struktur pelindung hujan menghadapi beberapa masalah serangga perosak dan penyakit. Faktor seperti kebersihan persekitaran ladang, kebersihan sistem pengairan fertigasi dan amalan kultur oleh pengusaha dan pekerja ladang memainkan peranan penting dalam mencegah sebarang serangan serangga perosak dan penyakit. Jika berlaku serangan serangga perosak dan penyakit utama tanaman halia boleh dikawal dengan cara amalan kultur yang betul atau menggunakan racun perosak atau kedua-duanya sekali. Penyemburan racun perosak hanya digunakan apabila perlu sahaja dan semua tatasusila penggunaan racun kimia mesti betul dan dipatuhi. Cara mengawal serangga perosak dan penyakit masing-masing adalah dengan semburan racun serangga dan melaksanakan amalan kultur yang baik iaitu membersihkan kawasan ladang daripada sisa-sisa tanaman seperti daun yang berpenyakit. Aktiviti menuai hasil dijalankan apabila halia boleh dituai sebagai halia muda atau halia tua/matang. Halia boleh dipungut sebagai halia muda selepas 4 - 6 bulan selepas dipindahkan ke dalam polibeg. Manakala halia tua atau matang boleh dituai dalam tempoh 9 bulan selepas dipindahkan ke dalam polibeg. Diantara tanda-tanda halia sudah matang atau tua adalah berlakunya nekrosis di bahagian hujung daun dan daun halia mulai kering pada usia 7 - 8 bulan. Secara purata setiap rumpun halia di dalam polibeg akan menghasilkan 2.4 sekilo halia muda manakala bagi halia tua, rizomnya mampu mencecah 5.4 sekilo. Proses penggredan dilakukan berdasarkan saiz rizom, timbangan berat dan rasa kepedasan rizom halia. Pengendalian lepas tuai yang teratur bagi halia amat penting untuk mengawal kerosakan dan kemerosotan mutu kualiti rizom. Mutu dan harga pasaran halia boleh menurun akibat jangkitan kulat, kehilangan air (kecut dan berkedut-kedut) dan juga percambahan tunas. Polibeg halia dialihkan ke bangsal atau tempat yang redup pada awal pagi ataupun petang. Halia akan dikeluarkan daripada polibeg dan dicuci dalam keadaan persekitaran yang redup bagi mengelak kehilangan kandungan air yang boleh menyebabkan halia menjadi kecut. Kesan pancaran matahari juga boleh menyebabkan penghijauan yang akan menjejaskan mutu halia. Rumpun halia akan dipotong dan diasingkan daripada beg tanaman. Halia dan medium tanaman akan dikeluarkan daripada beg tanaman. Seterusnya, rizom akan diasingkan daripada medium tanaman dengan menggunakan semburan air separa kuat supaya tidak menjejaskan rupa dan bentuk halia. Halia yang telah dibasuh dimasukkan ke dalam bakul plastik. Bahan pengalas seperti kertas atau span perlu bagi mengelak geseran antara bakul dan rizom halia. Kutipan harus dibawa dengan secepat mungkin ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan bagi operasi penyediaan yang seterusnya. Penulis blog membuat temubua dengan beberapa usahawan halia gertigasi di Pahang, Johor dan Selangor. Dalam membuat analisa ekonomi saya ambil kira kesemua kos yang terlibat serta pulangan (hasil) yang diramalkan daripada projek ini. Kos pembangunan awalan ini melibatkan kos pembangunan (kos permulaan) yang tinggi terutama untuk pembinaan struktur pelindung hujan dan sistem pengairan fertigasi. Bagi satu hektar tanah, sebanyak 30 unit struktur pelindung hujan tanpa jaring kalis serangga sesuai dibangunkan yang melibatkan kos sebanyak RM355,400. Kos operasi dan penyelenggaraan Kos operasi dan penyelenggaraan meliputi upah/gaji serta kos untuk kerja membaik pulih infrastruktur. Kos penyelenggaraan merangkumi 5% daripada jumlah kos pembangunan. Kos pengeluaran Kos pengeluaran merangkumi kos input (baja fertigasi, benih, racun dan lain-lain. Anggaran kos pengeluaran bagi halia muda dan tua dimana hasil dan pulangan Jumlah hasil yang diperoleh dianggarkan daripada bilangan [satu SPH x hasil sepokok x bilangan musim setahun x jumlah SPH (30 unit sehektar)]. Anggaran harga purata ini diambil daripada harga purata jualan di ladang bagi tempoh 3 tahun (2011 – 2013). Analisa bagi Halia Muda dengan anggaran hasil sebanyak 2.4 kg/pokok/musim, bilangan musim/tahun sebanyak 3 kali dimana iani menjadikan bilangan pokok/SPH sebanyak 500. Jika jumlah hasil sebanyak 108,000 kg dengan harga ladang purata adalah RM3.00/kg maka anggaran jumlah Kasar pendapatan/tahun sebanyak RM324,000. Dalam pada itu bagi analisa Halia Tua dengan anggaran hasil sebanyak 5.4 kg/pokok/musim atau bilangan musim/tahun adalah 1 kali (Tua dlam masa 12 bulan) dengan bilangan pokok/SPH sebanyak 500 pokok. Jumlah hasil didapati sebanyaak 81,000 kg dimana dengan harga ladang pada purata RM3.60/kg maka anggaran jumlah pendapatan kasar setahun sebanyak RM291,600. Dari segi analisis dayamaju akan projek ini bolh diukur dengan menggunakan tiga petunjuk iaitu Nilai kini bersih (NKB/BC Ratio), Kadar pulangan dalaman (IRR) dan Jangka masa pulang balik modal. Bagi Halia tua Halia muda Nilai kini bersih (NKB) @ 10% sebanyak 493,420 36,674 dengan nilai kadar pulangan dalaman (KPD) 34.57 dan bagi halia tua adalah 12.31. Bagi nilai tempoh pulangan modal (tahun) halia muda sekitar 3 tahun dan halia tua selama 5 tahun. Nilai Nisbah kos faedah (NKF) @ 10% 1.78 bagi halia muda dan 1.68 bagi halia tua. Berdasarkan analisis di atas projek ini boleh dijalankan bagi pengeluaran halia muda dan halia tua yang mana ia berupaya memberi pulangan yang baik kepada pelabur yang ingin menceburi bidang ini. Artikel ini ada 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana ia perlu dibaca bersama. Semuga anda memdapat info berguna dari artikel blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... HALIA FERTIGASI... SUDAH DICUBA...ADA PELINDUNG HUJAN...ASASNYA... POLIBEG ADA MEDIA... PAIP AIR JUGA... MUDAH DIJAGA... ANDA BOLEH CUBA... By, M Anem, Senior AGronomist, Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah, Bandar Melaka, Melaka, Malaysia. (30 Safar 1442H).
  24. TANAMAN HALIA (Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan umbisi dari keluarga Zingiberaceae yang mempunyai nilai perubatan dan komersial yang tinggi. Halia lazimnya akan menghasilkan rizom yang mempunyai daun berbentuk bilah serta batang yang mencecah tiga kaki tinggi. Tumbuhan ini mengeluarkan bunga seperti orkid yang dilihat berwarna kuning kehijauan yang menjadikan halia sesuai sebagai tanaman hiasan dan biasanya ditanam di kawasan tanah tinggi 1,200 - 1,500 m dari aras laut. Di Malaysia dari apa yang penulis blog tinjau, tanaman halia ditanam secara komersial di Bentong, Pahang, Keningau dan Tambunan, Sabah serta Sarawak. Varieti utama yang menjadi pilihan pengusaha ialah Halia Bentong, Halia Bara, Halia Cina, Halia Tanjung Sepat dan Halia Indonesia. Tanaman halia ini dikatakan dapat membantu didalam menghadam makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubatan daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada. Permintaan halia di Malaysia bagi pasaran domestik dan antarabangsa sangat tinggi terutama bagi halia Bentong yang mempunyai kualiti tinggi jika dibandingkan dengan halia daripada Indonesia, Thailand, China (Hong Kong), Taiwan dan Amerika Syarikat. Halia Bentong juga mendapat permintaan yang tinggi dari pasaran Hong Kong dan Britain. Tahap pengeluaran yang rendah mengehadkan jumlah kapasiti eskport halia disebabkan kekurangan tanah yang sesuai untuk penanaman halia dan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) yang menjangkiti tanaman halia. Sistem fertigasi ialah satu teknik alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit bawaan tanah. Kedua-dua masalah ini merupakan masalah utama pengeluaran halia secara komersial di seluruh dunia. Penanaman sayuran daun dan buah dengan menggunakan teknologi fertigasi telah terbukti berkesan dan efisien. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat 3-5 kali ganda berbanding dengan cara konvensional. Penanaman halia secara fertigasi di tanah rendah turut meningkatkan hasil rizom halia berbanding dengan sistem konvensional. Dengan menggunakan sistem fertigasi, halia di tanah rendah dapat ditanam secara berulang di tempat yang sama secara berterusan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis teknologi penanaman halia secara fertigasi untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua. Teknologi dalam menyediakan benih halia untuk tanaman fertigasi amat penting. Benih halia selalunya dihasilkan daripada rizom halia matang yang berusia antara 9 hingga 10 bulan. Halia matang yang dipilih dilerai dan sebaiknya mesti dipotong 7-11 cm panjang dengan memastikan 2- 3 mata tunas pada setiap potongan supaya benih cepat bercambah. Rizom benih kemudiannya dirawat dimana lazimnya dengan cara merendamkan ke dalam racun kulat seperti previcur N selama 3 - 5 minit sebelum disemai. Rizom benih halia boleh ditanam dengan dua cara iaitu disemai di dalam bekas semaian atau disemai terus ke dalam polibeg. Bekas semaian (5 m x 1 m) diisi dengan media cocopeat dan benih disemai pada jarak setengah kaki di antara satu sama lain. Selepas 21 hari sebaiknya anak benih halia yang disemai boleh untuk dipindahkan ke dalam polibeg. Semasa memilih medium dan menyediakan polibeg sebaiknya gunakan jenis medium tanaman yang sesuai. Disyorkan bahan digunakan adalah dari 100% cocopeat kerana mudah diperoleh, murah dan lebih mesra alam. Coco peat dimasukkan ke dalam polibeg hitam berukuran 24’’ lebar x 16’’ tinggi tanpa lubang. Sebanyak 3-4 lubang lebihan air dibuat 2’’ dari dasar polibeg di bahagian tepi kiri dan kanan. Cocopeat dibasah dan ditoskan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam polibeg untuk mengelak masalah hidung atau mata berair. Polibeg disusun rapat kiri dan kanan paip pembahagi. Setiap polibeg dilengkapi dengan tiub mikro 1.0 mm (garis pusat) yang menyalurkan nutrien dari tangki larutan baja. Teknologi dalam memindahkan anak pokok halia dilakukan dengan baik. Sebelum menanam, medium tanaman di dalam polibeg dibilas dengan mengalirkan air bersih menggunakan sistem pengairan fertigasi yang telah disediakan selama 2 jam setiap hari sehingga air jernih keluar daripada beg tanaman melalui lubang lebihan air yang mungkin mengambil masa 3 - 4 hari. Anak benih halia daripada bekas semaian yang sudah berakar (21 hari disemai), dialih ke dalam setiap polibeg. Selepas proses memindahkan anak pokok halia selesai, pengairan tanpa baja diberi dua kali sehari, selama 4 minit setiap kali selama 2 hari. Larutan baja akan disalurkan kepada beg tanaman mulai hari ketiga selepas menanam. Teknik untuk membuat larutan stok baja perlu difahami. Tumbuh-tumbuhan memerlukan 16 unsur nutrien untuk pertumbuhan yang sempurna. Ia dibahagikan kepada 2 unsur iaitu unsur makro dan mikro. Unsur makro iaitu unsur yang diperlukan dengan kuantiti unsur mikro iaitu unsur yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Unsur makro termasuklah nitrogen (N), fosforus (F), kalium (K), kalsium (Ca), sulfur (S) dan magnesium (Mg). Unsur mikro pula adalah seperti besi (Fe), mangan (Mn), boron (B), zink (Zn), tembaga (Cu), natrium (Na), ammonium (NH4) dan molibdenum (Mo). Kepekatan unsur ini dalam tumbuhan berbeza antara satu dengan yang lain. Unsur mikro sangat kecil kuantitinya, tetapi diperlukan dan sangat penting bagi pertumbuhan dan kesuburan tanaman. Manakala unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada udara. Sebaiknya unsur dalam sebatian ini akan diadunkan mengikut formulasi yang telah ditetapkan dan dilarutkan di dalam air menjadi larutan stok baja sebelum ianya dibancuh ke dalam air. Ia kemudiannya diagihkan ke setiap pokok dengan seragam. Formulasi baja berbeza mengikut jenis tanaman. Rumusan baja fertigasi halia fertigasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu stok A dan stok B (Sila lihat foto disebelah). Kaedah membuat larutan stok baja dengan larutan stok baja disediakan dengan kepekatan 100 kali ganda daripada yang diperlukan oleh pokok, tetapi boleh juga disediakan dalam kepekatan 200 kali ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok. Kalsium nitrat disediakan secara berasingan daripada sebatian yang mengandungi fosfat dan sulfat untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya pemendakan. Biasanya kalsium nitrat dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan stok yang mengandungi CN dan zat ferum dilabelkan sebagai larutan stok A. Manakala larutan stok B mengandungi sebatian-sebatian lain seperti kalium nitrat, monokalium fosfat, magnesium sulfat, mangan sulfat, kuprum sulfat, zink sulfat, asid borik, ammonium molibdat atau natrium molibdat. Apa pun sebatian stok A dan B ditimbang berasingan dan dilarutkan di dalam air yang bersih satu persatu. Larutan stok (pati baja) disyorkan supaya sentiasa tersedia dan dicairkan di dalam tangki larutan apabila diperlukan. Semasa membuat larutan baja, keduadua larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak ke dalam tangki air. Larutan stok hendaklah dituang satu persatu bagi mengelak berlakunya tindak balas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut. Pemberian larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan pengatur masa. Tanaman halia memerlukan larutan nutrien dengan kepekatan yang tertentu di beberapa peringkat pembesaran. Kepekatan larutan nutrien diukur menggunakan meter konduktiviti elektrik (EC). Penentuan EC mesti dilakukan setiap kali bancuhan dibuat atau apabila pertukaran EC diperlukan dan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Unit ukuran konduktiviti elektrik ialah µS. Tahap kepekatan yang diperlukan bagi kebanyakan tumbuhan adalah antara EC 1.5 - 4.0. Bagi pokok halia, EC yang disyorkan adalah antara 1.8 - 2.4. Pada umur pokok yang baru dipindahkan ke dalam polibeg, EC yang diberi ialah 1.8. Ia kemudiannya dinaikkan kepada 2.4 selepas minggu ketiga sehingga tamat musim penanaman. Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman sering terjadi di kawasan tanah rendah tropika. Selepas 30 hari, medium tanaman di dalam polibeg perlu dibilas dengan air bersih yang dilakukan setiap 15 hari bagi melarut dan seterusnya menyahkan timbunan garam yang boleh menyebabkan toksik kepada tanaman. Proses pembilasan dilakukan dengan menghidupkan pam selama 1 jam tanpa henti dan membenarkan air bersih sahaja mengalir ke setiap pokok. Artikel ini ada 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana ia perlu dibaca bersama. Semuga anda memdapat info berguna dari artikel dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... HALIA FERTIGASI... SUDAH DICUBA... ADA PELINDUNG HUJAN...ASASNYA... POLIBEG ADA MEDIA... PAIP AIR JUGA... MUDAH DIJAGA... ANDA BOLEH CUBA... By, M Anem, Senior AGronomist, Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah, Bandar Melaka, Melaka, Malaysia. (30 Safar 1442H).
  25. TANAMAN HALIA (Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan umbisi dari keluarga Zingiberaceae yang mempunyai nilai perubatan dan komersial yang tinggi. Halia lazimnya akan menghasilkan rizom yang mempunyai daun berbentuk bilah serta batang yang mencecah tiga kaki tinggi. Tumbuhan ini mengeluarkan bunga seperti orkid yang dilihat berwarna kuning kehijauan yang menjadikan halia sesuai sebagai tanaman hiasan dan biasanya ditanam di kawasan tanah tinggi 1,200 - 1,500 m dari aras laut. Di Malaysia dari apa yang penulis blog tinjau, tanaman halia ditanam secara komersial di Bentong, Pahang, Keningau dan Tambunan, Sabah serta Sarawak. Varieti utama yang menjadi pilihan pengusaha ialah Bentong, Bara, Cina, Tanjung Sepat dan Indonesia. Tanaman halia ini dikatakan dapat membantu didalam menghadam makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubatan daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada. Permintaan halia di Malaysia bagi pasaran domestik dan antarabangsa sangat tinggi terutama bagi halia Bentong yang mempunyai kualiti tinggi jika dibandingkan dengan halia daripada Indonesia, Thailand, China (Hong Kong), Taiwan dan Amerika Syarikat. Halia Bentong juga mendapat permintaan yang tinggi dari pasaran Hong Kong dan Britain. Tahap pengeluaran yang rendah mengehadkan jumlah kapasiti eskport halia disebabkan kekurangan tanah yang sesuai untuk penanaman halia dan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) yang menjangkiti tanaman halia. Sistem fertigasi ialah satu teknik alternatif yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit bawaan tanah. Kedua-dua masalah ini merupakan masalah utama pengeluaran halia secara komersial di seluruh dunia. Penanaman sayuran daun dan buah dengan menggunakan teknologi fertigasi telah terbukti berkesan dan efisien. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat 3-5 kali ganda berbanding dengan cara konvensional. Penanaman halia secara fertigasi di tanah rendah turut meningkatkan hasil rizom halia berbanding dengan sistem konvensional. Dengan menggunakan sistem fertigasi, halia di tanah rendah dapat ditanam secara berulang di tempat yang sama secara berterusan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis teknologi penanaman halia secara fertigasi untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua. Keperluan asas penanaman halia fertigasi sebelum memulakan proses menanam halia secara fertigasi sebaiknya pengusaha perlu menyediakan dua jenis infrastruktur utama iaitu Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan Sistem Pengairan Fertigasi. Kedua-dua infrastruktur ini perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mula proses menanam dimulakan. Struktur pelindung hujan sesuai digunakan untuk penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran dan bunga-bungaan sesuai di bawah struktur pelindung hujan. Struktur pelindung hujan dapat mengurangkan akan potensi kerosakan tanaman daripada serangan penyakit akibat hujan seperti antraknos, hawar pucuk dan kerosakan akibat timpaan hujan yang lebat dan secara langsung dapat mengurangkan penggunaan racun kulat. Lazimnya struktur pelindung hujan tanpa jaring kalis serangga digunakan untuk tanaman halia di tanah rendah. Struktur jenis ini biasanya dapat memberi kesan lindungan kepada tanaman dan ia sekali gus mengurangkan cahaya yang sampai kepada tanaman serta mengurangkan lembapan udara kerana peredaran udara di bawah struktur tidak terganggu. Struktur pelindung hujan yang sesuai bagi pengeluaran halia di tanah rendah terdiri daripada bumbung yang diperbuat daripada plastik telus cahaya (lut sinar) atau diperbuat daripada jaring hitam 50 - 70%. Anggaran kos bagi pembinaan seunit rumah pelindung hujan berdimensi 100’ x 20’ x 8’ dimana ia berkerangka besi galvani ialah RM15,500. Manakala kos pembinaan rumah pelindung hujan berkerangka kayu dianggarkan kurang 40% daripada kos pelindung hujan berkerangka besi galvani. Pilih kawasan rata yag sesuai dan selamat dari sebarang gangguan. Apakah dia sistem fertigasi yang sesuai untuk tanaman halia?. Ada pun komponen utama sistem pengairan fertigasi halia ialah tangki air baja 900 atau 600 gelen, tong stok baja, pam air berkuasa 2 hp, pengatur masa digital, penapis, injap dan sistem paip yang membawa larutan nutrien ke setiap beg tanaman. Sistem paip terbahagi kepada paip utama (polipipe HDPE) 32 mm, paip sekunder (polipipe HDPE) 32 mm, paip pembahagi (polipipe LDPE) 16 mm atau 20 mm dan tiub mikro 1.0 mm berserta penitis panah. Pengusaha juga perlu mendapatkan alat pengukur konduktiviti elektrik (EC) untuk menentukan kepekatan baja dan pH meter untuk mengukur nilai pH air. • Bagi penanaman halia secara fertigasi, polibeg tegak boleh digunakan. Polibeg berwarna hitam bersaiz 24’’ x 16’’ adalah disyorkan. Medium tanaman yang disyorkan bagi halia ialah 100% coco peat. Kajian MARDI telah menunjukkan penggunaan polibeg hitam sesuai bagi tanaman halia dan dapat meningkatkan hasil rizom bagi setiap meter persegi. • Pemberian air baja boleh dikawal secara manual atau menggunakan pengatur masa automatik. Sistem fertigasi perlu dipasang sebelum halia ditanam ke dalam polibeg. Sebaiknya jarak di antara polibeg yang disyorkan ialah 1’, manakala jarak di antara barisan tanaman ialah 5’. Susunan polibeg ini sebaiknya diatas plastik putih yang sesuai. Terdapat lapan langkah dalam penanaman halia secara fertigasi yang melibatkan persediaan sebelum tanam dan pengurusan selepas tanam. Lapan langkah tersebut adalah pertama dengan memilih varieti halia sesuai seperti Halia Bentong, Halia Sabah dan sebagainya. Kemudian aktiviti uuntuk menyediakan benih halia yang mencukupi dan berkualiti dengan saiz medium dan menyediakan polibeg. Kemudian masukkan benih halia kedalam polibeg yang berisi media tanaman dan siap pengairan fertigasi. Penting dalam membuat larutan stok baja set A dan Set Bdalam bekas yang disediakan pam mengalirkan air baja. Pastikan pengurusan pengairan dan amalan agronomi dilakukan mengikut jadual. Jika ada serangan perosak dan penyakit perlu dikawal dengan kaedah yang sesuai. Serangan ini hanya dapat dikenalpasti dengan membuat pemantauan disgnostik. Jika ada rumpai maka ia perlu di buang dengan cara manual. Penjagaan yang sempurna akan menentukan pembentukknan rizom halia mengikut penggurusan. Halia fertigasi ini boleh dituai sebagai Halia Muda atau Haia Tua. Dalam memilih varieti halia sebaiknya dipastikan varieti halia yang sesuai adalah penting untuk memastikan hasil yang tinggi. Penting juga anda kenalpasti jenis atau varieti halia yang digunakan oleh ramai masyarakat sekitar bagi memudahkan proses pemasaran hasil. Apa pun penulis blog dapati pada masa ini terdapat enam (6) varieti utama yang menjadi pilihan pengusaha untuk dikomersialkan di Malaysia. Varieti tersebut adalah Halia Tanjung Sepat, Halia Cina, Halia Indonesia, Halia Bara, Halia Sabah dan Halia Bentong. Ciri-ciri benih halia yang baik adalah seperti ia mempunyai saiz rizom besar, rizom berwarna pucat kekuningan, mempunyai isi rizom berwarna kuning cair, mempunyai serat yang rendah dan juga mempunyai tahap kepedasan yang tinggi. Harga benih bergantung kepada kualiti, jarak bekalan dan kuantiti sekitar RM12.00 - RM20.00 sekilogram. Artikel ini ada 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana ia perlu dibaca bersama. Semuga anda memdapat info berguna dari artikel blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.. HALIA FERTIGASI... SUDAH DICUBA... ADA PELINDUNG HUJAN...ASASNYA... POLIBEG ADA MEDIA... PAIP AIR JUGA... MUDAH DIJAGA... ANDA BOLEH CUBA... By, M Anem, Senior AGronomist, Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah, Bandar Melaka, Melaka, Malaysia. (30 Safar 1442H).
  26. GANODERMA (Ganoderma boninense) adalah termasuk organisma eukariotik yang digulongkan dalam kelompok cendawal atau kulat sejati yang memiliki bahagian tubuh buah. Dinding sel terdiri jenis Chitin yang tidak memiliki klorofil. Kulat ini juga termasuk jenis kulat yang mudah tumbuh dan membiak diatas yang bersifat saprofit dan parasit pada tumbuhan. Sebagai sejenis pahogen, kulat ini selalunya akan menyebabkan Penyakit Reput Pangkal Batang dan Bahagian Akar kepada pokok hutan dan juga paling berisiko adalah tanaman Kelapa Sawit. Penyakit reput pangkal batang (RPB) yang menyerang pokok kelapa sawit disebabkan kulat Ganoderma dianggap ancaman terhadap industri sawit negara pada masa kini dan masa hadapan. Jika tidak dikawal secara konsisten, industri sawit dijangka mengalami kerugian besar, sekali gus menjejaskan pengeluaran hasil dan akhirnya pokok mati. Rekod menunjukkan ada ladang sawit dijangkiti kulat berkenaan seawal usia dua tahun selepas ditanam. Sebanyak 632 daripada 1,061 ladang (59.57 peratus) di negara ini membabitkan kawasan 59,148 hektar dilaporkan diserang kulat Ganoderma dengan anggaran kerugian RM1.5 bilion. Kes serangan kulat Ganoderma di beberapa ladang FELDA menunjukkan peningkatan jangkitan saban tahun dengan rekod pada 2014 mencapai 60 peratus membabitkan 261 ladang. Penyakit ganoderma ini merebak melalui akar yang memusnahkan sistem saluran air dan nutrien pokok yang dijangkiti mengakibatkan pereputan batang sawit. Kesan perubahannya terhadap kanopi pokok seperti pucuk baru tidak berkembang, pelepah menjadi hijau pudar, kekuningan, terkulai layu dan kering sehingga akhirnya menyebabkan pokok tumbang dan mati. Pokok yang dijangkiti Ganoderma menyebabkan pengurangan hasil melalui bilangan tandan berkurangan manakala buah makin kecil dan ringan. Oleh itu pelbagai kaedah dan cara dilakukan secara tepat untuk mengatasi penyakit ganoderma agar ianya dapat dicegah dengan maksima. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi maklumat dengan pembaca semua mengenai ganoderma sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. Struktur kulat Ganoderma boleh mencapai saiz diameter sehingga 30 cm. Warna permukaan atas tubuh buah kecoklatan dengan tepi putih kekuningan dimana semasa kulat ini matang warnanya mengilat (Sila lihat foto disebelah). Pada permukaan bahagian bawah berwarna putih pudar dan ia mempunyau lubang atau berpori iaitu ditempat terbentuknya basidium spora. Spora bagi kulat ini lazimnya boleh bertahan dalam tanah dalam keadaan dorman sampai bertahun-tahun lamanya dan boleh tumbuh semula. Struktur kulat ganoderma ini selalunya akan terletak saling berdekatan atau ia saling menutup dan bersambung sehingga terbentuk susunan besar. Dari segi pengelasan kulat ganoderma ini sebenarnya ia dari kumpulan Kingdom : Fungi, Phyllum : Basidiomycota, Class : Basidiomycetes, Subclass : Agaricomycetidae, Ordo : Polyporales, Family : Ganodermataceae, Genus : Ganoderma dan yang dibincangkan adalah dari Species : Ganoderma boninense. Sebenarnya bila menyebut cendawan ganoderma ia juga banyak ditanam sebegai makanan berkhasiat yang komersil. JenisGanoderma berguna ini adalah sejenis cendawan yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau farmaseutikal yang unik. Istilah saintifik bagi kulat berfaedah ini adalah Ganoderma lucidum, manakala istilah am yang lainnya ialah Reishi yakni panggilan bagi masyarakat di Jepun dan Ling-zhi pula panggilan bagi masyarakat di China. Kulat ini berwarna merah dan mempunyai kulit luar yang keras dan berkilat. Ia adalah lebih terkenal dengan nama Reishi dan Ling-zhi dan telah digunakan oleh masyarakat China dalam bidang perubatan semenjak lebih 3,000 tahun lampau. Ciri-ciri Ganoderma yang perlu pembaca fahami adalah apabila spora dari kulat ini dapat bertahan selama bertahun-tahun dalam tanah dengan masa inkubasi yang lama dimana ia boleh menyebabkan berlaku serangan oleh kulat ini yang juga hampir tidak dapat dikenali sejak mula. Selalunya pada awalnya serangan oleh kulat dan penyakit ini hanya menyerang tanaman kelapa sawit generasi kedua dan seterusnya. Bagaimana pun ia juga boleh menyerang tanaman kelapa sawit yang baru ditanam dengan umur masih muda pada generasi pertama bahkan banyak juga dilaporkan ia menyerang semasa menyediakan benih ditapak semaian lagi. Tanda serangan oleh kulat ini pada pokok sawit muda dilihat bila daunnya menguning pada satu sisi, berbintik-bintik, bentuk daun yang lebih pendek yang diikuti nekrosis (Singh, 1991). Secara keseluruhan warna daun menjadi pucat dan pudar dengan kadar pertumbuhan pokok menjadi lambat serta daun tombak tidak membuka. Selalunya gejala serangan pada tanaman dewasa hampir serupa dimana dapat dibagi menjadi beberapa stadium iaitu Stadium 1, Satdium 2, Stadium 3 dan Stadium 4. Peringkat Stadium I dimana warna daun menguning, pucat, tidak berkilat, layu seperti kekurangan air dan terdapat nekrosis pada helaian daun mulai dari pelepah tertua. Dilihat juga dimana pelepah pucuk paling atas lebih kecil dibanding pelepah daun dibawahnya. Peringkat Stadium II dimana tanda serangan terus meluas dan muncul miselium benang-benang putih pada pangkal batang dan akar di sekitarnya. Gejala nekrosis semakin meluas sampai pada pucuk daun termuda. Peringkat Stadium III dilihat dimana miselium berubah menjadi tubuh batang jamur yang muncul pada pangkal batang, daun tombak yang tidak terbuka ≥3 pelepah di ujung tanaman serta pelepah ke 4,5 dan 6 patah dan menggantung. Peringkat Stadium IV apabila didapati pada pangkal batang dan akar keropos sehingga tanaman mudah roboh. Pada stadium ini tanaman sudak tidak mungkin bisa disembuhkan serta kemungkinan menjalar ke tanaman di sekitarnya sangat besar. Kaedah Penyebaran Penyakit Ganoderma pada kelapa sawit dari jenis Kulat Ganoderma boninense dilaporkan ia sudah tersebar meluas di seluruh dunia. Apa pun didapati sebenarnya diperingkat awal lagi kulat ini tumbuh subur pada tanaman dalam hutan dan keluarga Arecaceae (Palma). Dilaporkan dimana cara penularan penyakit yang disebabkan oleh kulat ini dapat melalui beberapa cara. Pertama sekali melalui kontek langsung dengan bahagian akar pokok yang telah sakit. Ia mudah berlaku apabila tanaman dewasa yang sudaj diserang iaitu bahagian pelepah daun dan akar tanaman sudah saling bertemu. Juga banyak dilaporkan sering terjadi pada tanaman kelapa sawit yang bersempadan langsung dengan hutan. Kedua penyebaran dengan penyebaran melalui Spora. Apa pun spora merupakan organ pembiakan kulat Ganoderma boninense dimana sebuah kulat atau cendawan Ganoderma dapat menghasilkan jutaan spora yang dapat tersebar melalui agen pembawa seperti udara, air dan tanah serta serangga. Ketiga dengan cara penyebaran innokulum sekunder iaitu daripada innokulum spora ganoderma berasal dari tanaman kelapa sawit yang terinfeksi dan sudah mati. Apa pun selalunya semakin tua umur tanaman sawit yang mati maka semakin banyak sumber populasi innokulum yang tersedia. Bagaimana pun memang banyak cara pencegahan dan Pengurusan Kulat Ganoderma ini dibuat penyelidikan dan rawatannya. Konsep yang selalu di pentingkan adalan "Adalah Lebih Baik Mencegah Daripada Mengubati". Ini amat penting difahami kerana pepatah ini sangat tepat untuk kaedah mengendalikan penyakit yang disebabkan oleh kulat dari spesis Ganoderma boninense ini. Memang agak sukar untuk mengesan dan mengesahkan simptom serangan ganoderma sejak daripada peringkat awal. Perkara ini menyebabkan penyakit ini sangat susah untuk dikendalikan kerana apabila ia sudah muncul tanda serangan biasanya sudah dalam stadium akhir serangan sehingga tidak mudah untuk dirawat. Apa pun banyak saintis berpendapat pencegahan dan pengendalian ganoderma dapat dilakukan secara bersepadu dan konsep menyeluruh melalui beberapa pendekatan. Kaedah paling asas adalah apa yang dikatakan sebagai mematuhi "Standard Operating Procedure (SOP)" dimana ia bermula dari cara pembukaan tanah, penyediaan benih tanaman, penanaman dan pengurusan tanaman yang baik. Amalan melakukan bancian dan diagnosis pokok secara rutin untuk mengetahui status serangan penyakit ganoderma sejak awal penting untuk diakukan pengawalan dengan baik. Antara bahan yang sering digunakan adalah penggunaan Trichoderma spp dan Gliocladium spp. Tetapi kedua bahan semulajadi ini didakwa bukan jawapan yang lengkap dimana ia juga masih belum memberikan hasil yang signifikan. Apa pun ada mereka yang menggunakan kombinasi lengkap produk GDM seperti GDM Blackbos, GDM SAME Granule dan Baja Organik Cecair khusus untuk tanaman Kelapa Sawit. Ada juga yang mana mereka menggunakan bakteria Pseudomonas alcaligenes dan Pseudomonas stutzeri yang terkandung didalam baja organik cecair. Ada dakwaan dimana hasil kelap sawit boleh meningkat sebaik sahaja serangan ganoderma terkawal. Penambahbaikan kesuburan tanah dengan penggunaan bahan perapi tanah seperti Dolomite dan Zeolite juga dilaporkan banyak mengatasi masaalah serangan kulat ganoderma. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... KULAT SERANGAN SAWIT...GANODERMA.. MUDAH MEMBIAK... MELALUI SPORA... PERLU DIKENALPASTI... DARI MULA... SUDAH ADA.. MESTI DIKAWAL SEGERA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11F, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (1 RabiulAwal 1442H).
  27. PASARAN GETAH MALAYSIA berkemungkinan meneruskan momentum aliran menurun adalah kerana perisytiharan pandemik Coronavirus (Covid-19) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada awal Mac 2020 lepas menyebabkan tinjauan negatif untuk pasaran global. Tanaman getah merupakan jenis tanaman yang penting di Malaysia dimana ia mendudukki keluasan kedua selepas tanaman kelapa sawt dari segi penggunaan tanah. Getah diusahakan oleh seektor perladangan (estet) dan sektor pekebun kecil diseluruh negara sebagai satu komoditi penting semenjak sebelum merdeka lagi. Malaysia pernah menjadi pengeksport utama komoditi getah dunia untuk jangkamasa yang lama. Akibat serangan wabak pandemik covid19 ini dilaporkan dimana kadar permintaan sarung tangan getah meningkat berlipat kali ganda untuk rawatan kesihatan. Menggambarkan situasi semasa sebagai 'sangat tidak menentu', Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) iaitu Denis Low mendakwa dimana dalam keadaan yang sentiasa berubah dijangka permintaan komoditi dan harga komoditi akan terjejas teruk. Kini pasaran getah tempatan dijangka kekal lemah dalam bulan yang akan datang dan ia mungkin menjadi lebih rendah. Ini kerana disepanjang minggu pertama awal tahun 2020 lalu, pasaran getah Malaysia didagangkan bercampur-campur ke tahap rendah ditambah dengan ada tekanan harga minyak mentah yang menjunam jatuh dan kebimbangan Covid-19 yang semakin meningkat berikutan perisytiharan pandemik WHO. Pada awal bulan Oktober 2020, dilaporkan harga fizikal rujukan Lembaga Getah Malaysia (MRB) bagi gred tayar SMR 20 turun kepada 515.50 sen sekilogram (RM5.155/kg) iaitu ia adalah paras terendah sejak Disember 2018 selepas harga minyak mentah dunia jatuh sebanyak serendah 30 peratus berikutan perang harga dicetuskan oleh Arab Saudi terhadap Rusia. Perkara ini juga telah menyebabkan pengeluar getah asli dunia harus bersiap sedia untuk menghadapi keadaan yang paling teruk dalam tempoh wabak ini. Bagaimanapun didakwa apa yang jadi penyelamat dalam keadaan ini ialah sektor lateks pukal (susu getah cair) yang akan melihat beberapa permintaan meningkat yang disebabkan peningkatan permintaan untuk sarung tangan getah perubatan dalam persekitaran Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Menurut laporan mingguan harga rujukan fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi gred tayar SMR 20 susut 10.0 sen kepada 527.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot 11.5 sen kepada 437.0 sen sekilogram. Bagaimana pun harga rujukan fizikal LGM bagi SMR 20 menokok 2.5 sen kepada 539.0 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 12.5 sen kepada 435.5 sen sekilogram pada minggu sebelumnya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kesan harga kepada komoditi getah asli dlam keadaan wabak covid19 untuk dijadikan bahan bacaan semua. Bagaimana pun terkini pasaran getah Malaysia telah ditutup tinggi dengan mengambil petunjuk daripada asas keuntungan di pasaran niaga hadapan getah serantau. Prestasi menggalakkan ini disokong oleh keyakinan diperbaharui terhadap pakej rangsangan oleh USA. Presiden USA Donald Trump dalam Twitter terbaru telah menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menandatangani Stand Alone Bill bagi Cek Rangsangan sebanyak AS$1,200. Posting artikel ini mendapati Donald Trump dikalahkan oleh Joe Biden (290 vs 214 undi). Dalam pada itu seorang peniaga yang ditemui wartwan berkata niaga hadapan getah Jepun turut melonjak ke paras tinggi dalam tempoh lima minggu hari ini kerana berita mengenai pakej rangsangan ini telah mendorong keyakinan pelabur dan meningkatkan kehendak risiko. Selain itu didakwa pasaran tempatan turut disokong oleh peningkatan harga minyak mentah Brent iaitu telah mengukuh 1.21 peratus kepada AS$42.50 setong. Bagaimana pun dilaporkan keuntungan seterusnya telah dikekang oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar AS. Pada Oktober 2020 mata wang tempatan diniagakan pada 4.1520/1570 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1600 ketika ditutup. Harga rujukan getah fizikal Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 meningkat dua sen kepada 579 sen sekilogram (kg) sementara lateks pukal naik dua sen kepada 513 sen sekilogram. Kemudian harga rujukan fizikal LGM untuk SMR 20 menokok setengah sen kepada 579.5 sen sekilogram manakala lateks pukal melonjak satu sen kepada 514 sen sekilogram. Di Kuala Lumpur dilaporkan beberap ahli-ahli ekonomi mengunjurkan Malaysia bakal menguasai 65 peratus bahagian pasaran sarung tangan getah dunia tahun ini meningkat tiga peratus daripada 62 peratus sekarang. Kenyataan daripada Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Datuk Dr Zairossani Mohd Nor telah nyatakan dimana ia berikutan jangkaan lonjakan permintaan terhadap sarung tangan getah perubatan susulan penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia. Seterusnya didakwa dimana dari segi impaknya kepada pendapatan negara maka berlaku kenaikan tiga peratus itu berjumlah RM3 bilion namun ia turut bergantung pada situasi COVID-19. Jika dilihat industri getah terutama sektor sarung tangan ianya memang telah lama berkembang sejak tahun 1980-an di Malaysia. Ini juga adalah berpunca kerana penyakit juga iaitu Penyakit HIV (Human Immunodeficiency Virus) sejenis virus yang telah pun memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan Penyakit AIDS (sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit). Daripada situlah sektor sarung tangan getah di Malaysia berkembang sehingga kini kita adalah pengeluar terbesar di dunia. Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara kelolaan Bernama TV, yang membincangkan mengenai tajuk ‘COVID-19: Kesan Kepada Industri Getah dan Hala Tuju Seterusnya’. Dilaporkan dimana apabila berdepan dengan sebarang pandemik maka industri getah serta sektor yang berkaitan penjagaan perubatan adalah antara sektor yang akan mendapat manfaat, terutama sektor sarung tangan. Sebenarnya selain sarung tangan, Malaysia juga ada juga menghasilkan kateter iaitu alat untuk pembedahan (yang memerlukan gantian getah). Apabila industri getah Malaysia berdepan dengan situasi harga rendah maka sektor sarung tanganlah yang menjadi penyelamat dengan sektor tersebut dijangkakan berkembang lima hingga 25 peratus dan ini juga bergantung pada situasi COVID-19. Pada 2019 dilaporkan dimana sektor sarung tangan getah menyumbang sebanyak RM17 bilion kepada pendapatan negara justeru Malaysia perlu memastikan industri ini kekal menjadi peneraju pasaran dunia. Apa pun isu harga getah yang rendah adalah berkait kerana fungsi kawalan harga getah bukan di bawah LGM, pihak RISDA ataupun mana-mana agensi yang terbabit namun ia dikawal oleh pasaran dunia. Secara umumnya kalau dilihat sejarah industri getah, ia akan turun naik, ini adalah kitarannya dimana pada waktu ketika ini iaitu pada tahun 2020 - 20201 ianya adalah berada dalam kitaran harga yang rendah. Harga getah yang jatuh merudum daripada RM3.00 sekilogram beberapa tahun 2019 kepada RM1.70 sekilogram pada 2020 ini telah memberikan kesulitan kepada penoreh dan pekebun kecil. Kini ramai rakyat berpendapat bahawa industri getah adalah ‘sunset industry’ yang tidak akan kekal lama sama ada di bahagian huluan mahupun hiliran akan tetapi tidak dapat disangkal bahawa sumbangan getah kepada eksport negara tetap meningkat dari tahun ke tahun. Dilaporkan sejak tahun 1990 lagi sehingga sekarang, industri getah kita berkembang lima hingga enam peratus setahun dimana ia adalah antara industri yang paling cepat berkembang di Malaysia. Jika kita lihat dari segi pengagihan kepada ekonomi negara, pada 1990 eksport kita adalah RM1.3 bilion dan eksport getah Malaysia adalah bernilai sebanyak RM31 bilion. Di peringkat global, Malaysia hanya menguasai tiga peratus daripada nilai industri getah dunia dan berpendapat banyak lagi peluang untuk industri itu berkembang. Malaysia harus pastikan pembangunan yang strategik dan industri getah serta pekebun kecil tidak boleh lagi bertindak menghasilkan getah cara seperti 20 hingga 30 tahun lalu. KP LGM nyatakan lagi dimana memandangkan tanah yang terhad pekebun kecil negara digesa untuk menggunakan teknologi kerana ia adalah cara yang paling baik untuk meningkatkan pengeluaran. Didakwa apabila pekebun mampu meningkatkan pengeluaran dan kualiti yang kita hendakkan maka bukan sahaja pekebun kecil akan dapat faedah dari pendapatan yang meningkat, tetapi yang penting sekali produk getah yang kita hasilkan dapat menyokong keseluruhan industri kita. Kerajaan masih yakin serta berpandangan jauh bahawa Malaysia ada masa depan yang cerah dalam industri getah. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... INDUSTRI GETAH ... SUDAH LAMA... KEDUA TERLUAS.. ADA DI MALAYSIA... EKSPORT 31 BILLION... BANYAKNYA... ADA PANDEMIK...PATUT NAIK HARGA... By, M Anem, Senior Agronomist, Precint 11, utrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (9 Rabiul Awal 1442H).
  28. KELKATU atau dalam bahasa Inggeris di panggil sebagai 'Termite swarmers' merupakan satu peringkat kitaran hidup bagi serangga Anai-anai (termite). Anai-anai adalah satu kelompok serangga dibawah famili Termitidae yang mana ia mempunyai lebih dari 2,500 spesis diseluruh dunia dengan berbagai bentuk, saiz, warna dan kesesuaian dalam lokaliti tertentu. Mungkin ramai diantara kita yang dibesarkan dikampong dulu akan dapat melihat kelkatu berterbangan dan jatuh dimana ada lampu (dulu pakan lampu minyak tanah atau lampu gasoline) atau sekarang dengan mentol lampu letrik. Kenapa kelkatu suka meuju lampu dan terdapat beratus-ratus yang datang kerumah kita?. Adakah ianya baik atau tidak terhadap keseamatan kita?. Kelkatu sebenarnya adalah satu peringkat putaran hidup Anai-anai yang bertujuan untuk pembiakan dan mencari kawasan baru untuk membina koloni baru. anai-anai umumnya diketegorikan dalam serangga perosak dan menjadi musuh manusia kerana ianya memakan tanaman berkayu, kumah dan perabot berasaskan kayu dan sebagainya. Anai-anai merupakan serangga bersosial yang mempunyai kitaran hidup dari TELUR, NIM, PEKERJA, ASKAR, ANAI-ANAI DEWASA BERKEPAK (KELKATU) , JANTAN DAN RATU. Merujuk kepada rajah diatas menunjukkan kelkatu merupakan fasa terakhir untuk anai-anai dewasa jantan dan betina mengeluarkan kepak dan 'swarming' kekawasan baru secara berpasangan untuk proses pembiakan. Anai-anai dewasa ini mampu terbang jauh mengikut angin dan dalam keadaan cuaca panas kering diikuti dengan hujan. Jika rumah kita dikunjungi kelkatu...AWAS! musuh kepada kayu dan perabut kayu dirumah anda sebenarnya sedang diancam. Apa pun blog "Anim Agro Technology'' kali ini saya aparkan mengenai beberapa kisah mengenai kelkatu dan kawalan anai-anai sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua. Memang ramai yang mungkin pernah mengetahui dimana kehadiran anai-anai akan memberi bahaya kepada kita apabila ia merosakan harta benda. Lazimnya mereka yang memiliki rumah kayu atau bumbung rumah konkrit yang dibuat dengan kayu dan juga perabot yang diperbuat daripada kayu atau mempunyai pelbagai perabot kayu di rumah perlu berhati-hati dengan ancaman oleh anai-anai. Serangga kecil yang bergerak senyap ini boleh menjadi sangat berbahaya dimana tanpa disedari semua barangan asas organik tahu-tahu hanya tinggal kulitnya dan isinya sudah kosong. Anai-anai yang hidup berkoloni ini akan membiak dengan cepat jika ada makanan yang cukup dan tidak diperiksa atau tidak dikawal daripada peringkat awal lagi. Lazimnya anai-anai atau ada juga orang kampong saya ada panggil sebagai 'Rayap' ini merupakan sejenis serangga yang membuat sarang di dalam tanah ataupun kayu (Sila lihat foto disebelah). Secara biologinya sebenarnya habitat anai=anai yang berkoloni ini akan makan kayu tetapi selain itu serangga ini juga memakan benda lain yang dikategorikan sebagai bahan lignoselulosa (iaitu bahan yang kaya dengan bahan organik) seperti Rumput, Daun kering, Tumbuhan rendah yang mati dan juga humus. Bagaimana pun dari segi ekosistem dan kebaikan kahadiran anai-anai adalah sebagai agen pereputan (composting agent) yang cekap dan berkesan. Apa pun selalunya orang memang tidak perasan kalau ada anai-anai didalam rumahnya sebab anai-anai akan makan bahagian dalam kayu dan cara bergerak pun selalu melalui bahagian belakang struktur kayu tu sendiri. Pemilik rumah yang tidak kisah dengan serangga anal-anai ini hanya akan mengetahui apabila kerosakan dilakukan pada tahap teruk dan tidak berfungsi lagi (Sila lihat foto disebelah). Apa yang berlaku adalah bila dapat tahu ada anai-anai dalam rumah semasa membuat pmeriksaan atau ada tanda laluannya memang barang sudahpun rosak teruk. Anai-anai selalunya akan menyerang kawasan rumah dengan masuk ke dalam jurang antara lantai dan dinding atau retakan yang ada. Kelkatu adalah serangga betina yang keluar untuk mengawan dimana setelah ia terbang masuk kedalam rumah maka ia akan bertelur dan seterusnya membuat koloni. Kehadiran kelkatu selepas musim hujan jangan anggap tiada ancaman sebaliknya ia adalah membawa 'induk' anai-anai untuk bersarang dirumah anda. Apabila anai-anai pekerja ini menjumai rumah baru maka ia akan dan boleh membuat laluan lain untuk masuk ke rumah. Kajian mendapati anai-anai dari luar boleh memasukki rumah melalui pendawaian saluran eletrik, Kabel atau saluran kabel telefon dan juga saluran paip. Apa pun semua kena faham akan tanda-tanda kehadiran serangga merbahaya ini. Memang agak susah untuk tahu kalau ada anai-anai dah masuk bersarang dalam rumah tetapi memang penting untuk anda peka dengan keadaan yang ada di sekeliling rumah. Antara tanda-tanda yang anai-anai sudah berada dalam rumah adalah seperti (1) warna kayu berubah dimana ini ada kemungkinan yang anai-anai sudah mula menyerang jika warna pada kerangka pintu dan tingkap atau lantai paquet dah mula berubah warna. Warna coklat gelap pada tempat-tempat tersebut selalunya akan bertukar menjadi warna coklat cair jika ada anai-anai. (2) Jika nampak laluan anai-anai maka anda boleh mengesan laluan ni pada dinding rumah selalunya. Anda akan nampak seperti satu laluan panjang bersaiz pensil muncul keluar dari perabot kayu atau kerangka pintu dan tingkap. (3) Kalau ada kalkatu yang dilihat berterbangan bermakna kalkatu selalunya menandakan yang di tempat anda ada anai-anai bersarang. Perhatikan di mana kedudukan kawasan kalkatu selalu keluar dan makan dan usaha untuk mencari anai-anai dalam rumah anda. (4) Kalau anda jumpa rekahan atau lubang maka cuba gunakan alat pemutar skru untuk mengetuk perlahan pada kawasan kayu untuk mengesan lubang. Tengok dengan teliti kalau ada apa-apa rekahan pada kerangka berkayu dan kalau bunyi ketukan berbeza pada tempat tertentu. Kalau anda terjumpa selut berpasir di rekahan tu, memang rumah anda dah diserang anai-anai. Bagaimana pun penulis blog dapat tahu semasa belajar dahulu du Universiti iaitu terdapat beberapa jenis anai-anai yang perlu diketahui. Sebenarnya serangga ini ada beratus jenis mengikut keadaan iklim, persekitaran dan habitat. Anai-anaj di kawasan tropika berlakinan dengan anai-anai di negara sejik dan padang pasir yang panas. Bagaimana pun di Malaysia ada 3 jenis utama yang di temui iaitu Jenis Anai-anai Kayu Kering, Jenis Anai-anai Bawah Tanah dan Jenis Anai-anai Busut. Anai anai kayu kering merupakan spesis yang selalunya merosakkan perabut kayu dan barang lain yang diperbuat daripada kayu, kertas, kain dan bahan organik lain. Ia tinggal dikawasan kayu kering dan juga cepat membiak tanpa disedari oleh kita. Sementara itu jenis anai-anai bawah tanah dan anai anai busut pula berkait rapat dengan tanah kerana mereka menggunakan tanah untuk membina sarang anai anai (dipanggil busut) dan laluan ke sesuatu tempat. Anai-anai ini juga merupakan agen pereputan kayu kayan dihutan dan selalunya akan menjadikan bahan organik seperti daun dan ranting kayu diatas tanah sebagai makanan. Busut anai anai pula boleh mencapai sehingga 2 meter tinggi dimana ia bergantung kepada spesis yang membinanya (Sila lihat foto disebelah). Seperti juga serangga semut selalunya anai-anai bekerja untuk menjaga dan melindungi ratu (Queen) mereka. Ratu anai anai tidak mudah untuk dicari akan tetapi ada juga orang yang memang mencari ratu tersebut hingga ke lubuk dalam sarang kerana ada dakwaan hebat khasiatnya bila dimakan. Bagaimana pun penulis blog nasihatkan jika jumpa ratu anai-anai sebaiknya dimusnahkan agar tidak membiak lagi. Bukan mudah untuk kita mencari ratu anai-anai tersebut dan sebaiknya jika ada duit panggil syarikat kawalan anai-anai komersil untuk mereka membasmi kehadiran anai-anai dirumah anda. Lazimnya kawasan perumahan di bandar sama ada rumah kampong, rumah teres, rumah Semi-D, Rumah Bunglow atau kadang-kala rumah pangsa akan ada syarikat kawalan anai-anai yang memberikan risalah untuk pembasmian anai-anai. Bergantung kepada kemampuan dan tahap pembasmian kos yang terlibat memang berbaloi harganya. Ada yang sampai beribu-ribu ringgit setiaap kali rawatan. Bagi promosi kawalan sepanjang hayat memang kos kawalan anai-anai mahal. Bagaimana pula jika anda yang tinggal dirumah teres membuat kawalan akan tetapi jiran sebelah tidak membuat kawalan, adakah kawalan ini berkesan?. Bila anda sudah dapat tahu yang ada anai-anai di rumah, kebanyakan orang akan terus cari racun anai anai yang berbentuk cecair untuk hapuskan mereka. Bagaimana pun penulis blog memang ada pelbagai jenis racun anai-anai yang anda boleh cari di luar sana akan tetapi tidak semua racun boleh menghapuskan koloni serangga kecil tersebut dengan serta-merta. Berikut adalah beberapa kaedah kawalan anai-anai yang anda boleh buat sendiri dan lakukan sebagai panduan: (4) Guna Garam Dapur Garam Dapur merupakan bahan paling mudah didapati dirumah anda dan juga ia murah. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan anda hanya perlu taburkan sahaja garam dapur (sebaiknya gunakan jenis garam sederhana halus) pada tempat dimana anai-anai bersarang. Satu lagi cara adalah dengan membancuh pekat garam ini dalam air dan kemudian ia di biarkan dulu semalaman sebelum anda sembur ke kawasan sarang anai-anai dengan mencukupi dan cukup basah. Kaedah ini akan membolehkan air garam ini akan menyerap masuk sampai ke dalam sarang anai-anai dimanakemudian dilihat lagi akan banyak anai-anai akan mati. Kalau perlu ulangi kaedah ini beberapa kali sehingga semua koloni anai-anai tersebut musnah akhirnya. Apa pun ia memerlukan kesabaran dan kerumitan sehingga kawalan berjaya. (5) Gunakan Air Kapur Sirih Kaedah ini memang telah lama dilakukan dikampong-kampong sejak dahulu kerana mudah mendapatkan bahan kapur dan daun sireh. Sebenarnya kapur dikatakan bersifat panas dimana ini menjadikan air daripada kapur sirih akan membakar kulit anai-anai yang nipis dan lembut jika tersentuh. Air kapur sirh ada dijual dengan harga yang murah sahaja dikedai-kedai runcit. Anda hanya perlu membuat air kapur sirih dan kemuidan siramkan pada sarang anai-anai atau pun diatas atas kayu yang diserang oleh mereka. Pastikan meniram sehingga semua basah dan merata diseluruh sarang. (6) Gunakan Daun Tembakau Daun Tembakau (Nicotiana tabacum) merupakan sejenis tumbuhan yang ditanam untuk dibuat rokok yang mengandungi bahan aktif Nicotine. Walau pun kini bagi mendapatkan daun tembakau segar ini agak sukar diperolehi akan tetapi jika pergi kekedai runcit memang mudah membelinya. Kandungan nicotine didalam daun tembakau ini didakwa memang dapat membantu untuk menghalau anai-anai disekitar rumah anda. Caranya hanya dengan anda perlu mencampurkan daun tembakau kering dengan air dan biarkan semalaman. Setelah sebati pada esok harinya maka anda boleh menyiram air campuran tersebut pada kayu yang dah diserang atau terus atas sarang anai-anai tersebut. Kaedah ini perlu dipastikan semua sarang menerima air tembakau dan perlu diulangi beberapa kali sehingga anai-anai hilang. Apa pun tidak kiralah anda ingin mencuba racun atau petua tradisional untuk menghapuskan anai-anai akan tetapi yang pentingnya anda tidak boleh biarkan anai-anai ini terus membiak di rumah anda. Bukan sahaja anai-anai ini boleh merosakkan harta benda sahaja akan tetapu ia boleh menyebabkan kos pembaikan yang tinggi kalau kerosakannya dah di tahap kritikal. Semoga berjaya dengan petua-petua yang saya tulis kali ini dan jangan lupa untuk berkongsi panduan ni dengan semua kawan serta ahli keluarga lain. Artikel ini ditulis dalam 2 bahagian iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...! ANAI-ANAI KELKATU... SATU BANGSA... KEHADIRANNYA...MEROSAK HARTA... MESTI DIKAWAL... DENGAN SEGERA... ARTIKEL INI... ADA PELBAGAI CARA... By, M ANem, Senior Agronomist, Precint 11F, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia. (8 Rabiul Awal 1442H).
  1. Load more activity


×
×
  • Create New...